Tuesday, September 20, 2011

Alasan Rajagobal Tak Boleh Pakai, Sila Rasional Dalam Beri Jawapan


Jurulatih POPULAR skuad kebangsaan, Datuk K.Rajagobal mungkin mempunyai alasan mengapa dia menyisihkan khidmat beberapa pemain utama ketika mengumumkan senarai 26 pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat menjelang aksi persahabatan menentang Australia di Canbera, bulan depan.

Ini termasuklah khidmat dua pemain tonggak Selangor, Amirulhadi Zainal dan kapten berpengaruh, Safiq Rahim, yang mana disifatkannya TIDAK BERADA DI TAHAP TERBAIK? Alasan apakah ini? Adakah betul Rajagobal seorang jurulatih yang memilih pemain berdasarkan tahap terbaik seseorang pemain itu? Kalau betul, maka ia pastinya disambut penuh kejutan peminat bolasepak tanah air.

Takkan hanya kerana Safiq direhatkan jurulatih Selangor, K.Devan, dia terus dikatakan tidak berada di tahap terbaik?

Kalau itulah alasan Rajagobal yang serba ‘PANDAI’ menilai potensi pemain, atau jika dalam Football Manager disebut JUDGING PLAYER POTENTIAL, apa pula alasan Rajagobal mengugurkan Shakir Shaari dan S.Chanturu dari Kelantan? Bukankah Shakir layak diangkat antara defensive midfield terbaik Liga Malaysia berbanding pemain kesayangan a.k.a anak emasnya, Amar Rohidan yang nyata tidak mempamer sentuhan konsisten bersama Kedah? Bukankah Chanturu adalah pemain wajib dalam kesebelasan utama Datuk M.Karathu?

Bagaimana pula dengan Ashaari Shamsudin yang menjadi tonggak Terengganu dalam saingan Piala Malaysia yang sedang berlangsung ketika ini - apakah aksi K.Rubben (UKM) dan Shahrizal Saad (Johor Fc) lebih hebat dan mencuri tumpuan, malah lebih layak untuk diberi tempat dalam pasukan tatkala Ashaari dan Shakir berterusan dinafikan tempat dalam pasukan?

Laporan sebuah akhbar tempatan menyebut tindakan Rajagobal ini menangkis dakwaan bahawa dia mengamalkan sikap pilih kasih dalam pasukan, tetapi pemain yang digugurkan hanyalah pemain yang sebelum ini kerap memanaskan bangku simpanan – Shakir, Ashaari, Rizal Fahmi, Helmi Remeli, dan Azmi Muslim, manakala pemain seperti Asrarudin Putra Omar dan Amar masih terjamin tempat mereka dalam pasukan – justeru adakah betul alasan diberi Rajagobal bahawa beliau memilih pemain berdasarkan prestasi semasa seseorang pemain?

Kenapa tidak peluang yang ada untuk beraksi menentang salah sebuah pasukan terkuat Asia ini, dimanfaatkan Rajagobal untuk menguji pemain yang sebelum ini biasa menjadi pemain simpanan, kenapa memilih untuk mengugurkan mereka tanpa alasan munasabah – alasan diberi Rajagobal nyata tidak boleh diterima pakai dan beliau perlu lebih relevan dalam pemilihan pemain, bukan terus mengamalkan corak pemilihan lapuk seperti sebelum ini.

SS : Tepuk dada tanya selera, jangan persiakan bakat yang ada kerana ego anda wahai King Gobal.

Monday, September 19, 2011

Saingan Piala Malaysia 2011 Paling Sukar Diramal


Adalah menjadi kebiasaan, setiap kali bermula saingan musim baru Piala Malaysia, beberapa pasukan diletakkan sebagai pilihan manakala beberapa pasukan lain dikatakan mampu memberi cabaran seterusnya mengiringi pasukan pilihan itu ke pusingan seterusnya, manakala beberapa pasukan lain pula hanya dilihat sebagai pelengkap saingan.

Saingan musim 2011 tidak ketinggalan dari mengalami situasi tersebut – Kelantan, Terengganu, Selangor dan Kedah adalah pilihan awal, manakala Perak, Johor FC, Negeri Sembilan dan T-Team dikatakan mampu memberi cabaran dan menjadi PENGIRING, tatkala pasukan seperti Felda Utd, Kuala Lumpur, PDRM, Sime Darby, Sarawak dan Sabah dilihat tidak lebih sebagai pelengkap.

Perak, Juara 1998
Apa yang terjadi, daripada 4 pasukan PILIHAN UTAMA, TIADA SATUPUN pasukan tersebut mengungguli saingan kumpulan masing-masing. Kumpulan A didominasi Perak, Kumpulan B (Negeri Sembilan), Kumpulan C (Felda Utd) dan Kumpulan D (T-Team) - tatkala Kedah dan Selangor berdepan prospek tersingkir seawal saingan peringkat kumpulan andai gagal mengutip mata penuh dalam baki 2 perlawanan yang tinggal.

Dengan Sime Darby, Sarawak dan PDRM sudahpun SAH tersingkir, masih tinggal 13 pasukan bersaing untuk merebut 8 slot beraksi di suku akhir – Perak, Felda, Kelantan dan T-Team hanya memerlukan 1 mata sahaja lagi untuk mengesahkan tiket beraksi di suku akhir sama ada sebagai juara ataupun naib juara kumpulan.

Kedah, Juara 2007 / 2008
Mengimbau saingan Kumpulan A, pastinya mengejutkan untuk melihat juara 2007 & 2008, Kedah bergelut di dalam kumpulan yang seharusnya mudah didominasi mereka – terbaru selepas seri 3-3 menentang Johor, tatkala Perak yang kehilangan khidmat 5 pemain tonggak akibat pengantungan menepis segala cakap-cakap awal yang meragui kredibiliti mereka selaku pencabar kejuaraan. 

Kebangkitan Sabah, finalis 2002 dan 2003 juga pastinya menutup mulut pengkritik, di mana Sang Badak mengintai kemaraan ke pusingan kalah mati buat kali pertama sejak mara ke semi-final 2007 – situasi yang hampir pasti menjadikan laluan Kedah selaku pilihan untuk mara setidak-tidaknya ke semi-final seperti jangkaan awal semakin berliku.

Saingan Kumpulan B pula sememangnya sudah dijangka bakal menjadi milik juara Piala FA, Terengganu dan Negeri Sembilan, namun hadirnya saingan LEWAT menerusi juara Liga Perdana, PKNS Selangor menghangatkan lagi perebutan untuk mengisi dua slot teratas kumpulan.

Dengan Terengganu umpama HANYUT DIBUAI MIMPI selepas kemenangan memberangsangkan pada perlawanan pertama, manakala Negeri Sembilan meneruskan tradisi selaku pakar saingan Piala Malaysia sebelum dikejutkan PKNS, menampakkan kekuatan kesemua pasukan seakan-akan seimbang, dan cukup sukar untuk diramal pasukan mana akan berputih mata.

Kumpulan C, pada awalnya dilabel sebagai kumpulan yang menawarkan hanya ‘SATU’ slot apabila juara bertahan Kelantan diramal mampu menempah tiket ke suku akhir dengan cukup mudah – tetapi sebaliknya berlaku apabila Sang Kijang ditunjukkan LANGIT ITU TINGGI ATAU RENDAH dengan kekalahan kepada SURPRISE PACKAGE saingan Piala Malaysia 2011 – Felda Utd.

Kelantan bagaimanapun tidak cepat melatah, dan bangkit memperaga perwatakan garang dengan meledak 4 gol dalam 10 minit terakhir menentang Sarawak, sekaligus kembali ke landasan tepat memburu kejuaraan berganda.

Felda, selepas bergelut dalam saingan Liga Super, memilih waktu yang tepat untuk memuncak dan tindakan merekrut beramai-ramai barisan bekas bintang kebangsaan antaranya Liew Kit Kong, K.Rajan, Hamsani Ahmad, Khaironisam Sahabudin, Farderin Kadir dan Nizarudin Yusof pada awal musim dilihat akhirnya membuahkan hasil pada ketika peluang Johor FC (kelab paling berjaya dalam Liga Malaysia) kini sepenuhnya bergantung kepada bantuan nasib.

Dan akhir sekali, saingan kumpulan ‘FAVOURITE’ ramai, Kumpulan D – di mana Juara 32 kali, Selangor yang berharap dapat menamatkan musim suram mereka dengan menjulang setidak-tidaknya 1 piala, kini berdepan prospek tersingkir dari saingan peringkat kumpulan buat kali pertama sejak 2006. 

Kekalahan kepada T-Team (yang keempat berturut-turut musim ini) menyaksikan ‘Misi 33’ kini umpama TELUR DI HUJUNG TANDUK, sekaligus menambah tekanan di bahu pengendali, K.Devan yang telahpun menjulang kesemua piala dalam kariernya, KECUALI Piala Malaysia, apatah lagi pasukan bimbingannya sudah hilang apa yang dipanggil X-FACTOR, dan mereka kini tiada pilihan lain melainkan menang baki 2 perlawanan, sambil mengharapkan Kuala Lumpur mencicirkan mata.

Selangor, kali terakhir 2005
Apapun, tekanan dialami Gergasi Merah Kuning secara tidak langsung turut membantu juara 3 kali, Kuala Lumpur, langsung tanpa diduga berada dalam kedudukan terbaik menghapuskan badi gagal ke pusingan kedua selama lebih sedekad, namun perlu diakui skuad Warga Kota juga tidak memiliki rencah untuk mencipta kejutan, sebaliknya dibantu aksi tidak konsisten Selangor dan T-Team.

T-Team pula, dengan barisan pemain yang mereka miliki, sepertimana Felda Utd, memilih waktu yang tepat untuk memuncak, dan bukanlah satu kejutan untuk melihat mereka di DRIVER SEAT, namun untuk mara lebih jauh dalam saingan kali ini, anak buah Yunus Aliff perlu mengatasi aksi tidak konsisten yang kerap membayangi dan menjadi masalah besar buat mereka. 

Justeru, dalam saingan 2011 yang sukar diramal ini, pasukan pilihan atau bukan pilihan nyata tidak mempunyai sebarang kelebihan atau kekurangan sepertimana yang bisa kita congak di atas kertas, hanya aksi 90 minit atas padang menjadi penentu halatuju cabaran mereka, dan semoga berjaya kepada kesemua 13 pasukan yang masih memiliki peluang untuk mara.

Lawan Australia, Rajagobal Gugur Deretan “Anak Emas”


Menjelang aksi persahabatan menentang Australia di Canbera 7 Oktober depan, Jurulatih Skuad Kebangsaan, Datuk K.Rajagobal memanggil seramai 26 pemain untuk melapor diri ke latihan pusat skuad negara bermula 28 September depan.

Joseph, terus dapat kepercayaan
Apa yang ‘MENGEJUTKAN’ - call-up kali ini, tanpa nama-nama pemain kesayangan a.k.a anak emas beliau antaranya Sharbini Allawee Ramli, Ahmad Fakri Saarani, Amirulhadi Zainal, dan Ismail Faruqi Ashaari tatkala Rajagobal cuba membentuk semula pasukan yang tersingkir dari Kelayakan Piala Dunia dengan mencuba gandingan pemain lama dan baru.

Selain Farizal Marlias dan Norhafiz Zamani Misbah, kembali tersenarai dalam pasukan - pemain sayap/penyerang Kedah, Khyril Muhaimin, manakala Joseph Kalang Tie (Terengganu) berpeluang membuktikan  kehebatannya bersama skuad senior selepas mendapat peluang pertama ketika menentang Chelsea (skuad Ong Kim Swee) Julai lalu. 

Antara nama lain yang digugurkan – Rizal Fahmi Rosid, Shakir Shaari, S.Chanturu, Abdul Hadi Yahya, Ashaari Shamsudin dan kapten berpengaruh, Safiq Rahim.

Senarai penuh 26 pemain yang dipanggil menjalani latihan bermula 28 September hingga 4 Oktober :

Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat, Farisham Ismail
Kelantan
Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhaimeen
Kedah
Farizal Marlias, S.Kunalan, Norhafiz Zamani Misbah
N.Sembilan
Asrarudin Putra Omar
Selangor
Joseph Kalang Tie, Zubir Azmi, Faizal Muhamad
Terengganu
Shahrom Kalam, Norazlan Razali, Yong Kuong Yong
Kuala Lumpur
Shahrizal Saad
Johor FC
G.Gurusamy, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Wan Zaharulnizam, Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari
Harimau Muda
K.Rubben
UKM
Safee Sali
Pelita Jaya

Thursday, September 15, 2011

Apabila Pengadil Tidak Boleh Dikritik ...


Tegur sikit walaupun benda yang betul, yang nampak secara terang-terangan di depan mata akan disusuli dengan hukuman penggantungan, denda, dan pelbagai bentuk DAMAGE tidak masuk akal yang lain, hinggakan hak untuk bersuara pun disekat, lebih baik berdiam diri terima sahaja apa jua keputusan pengadil yang KEBAL, TAK BOLEH DIUSIK, DISENTUH APATAH LAGI DIKRITIK walaupun keputusan itu dengan jelas boleh dipertikai.

Mungkin itu yang bermain di pemikiran Jurulatih Kuala Lumpur, Razip Ismail hingga beliau mengambil keputusan membisu, enggan mengeluarkan sebarang komen meskipun pasukannya terlepas peluang meraih tiga mata gara-gara dinafikan dua CLEAR penalti pada penghujung babak permainan menentang Selangor, Selasa lalu.

Berpeluang menyaksikan semula rakaman perlawanan itu yang disiarkan Astro Arena, cukup mengecewakan untuk melihat Liga Malaysia mempunyai pengadil yang TERLALU AMATUR, yang tidak dapat membezakan antara FOUL and NOT FOUL, bila nak bagi advantage, malah tidak dapat membezakan antara DIVE dan KENA TAKEL, yang kena takel pula dilayangkan KAD KUNING – namun apakan daya bila dikritik, maka you’re THE NEXT REDUAN ABDULLAH & B.SATHIANATHAN. 

Pengadil, Shukri Nor gagal mengesan kekasaran dilakukan Asrarudin Putra Omar ke atas Azwan Malek pada minit ke-80, diikuti kekasaran oleh pemain sama ke atas S.Sivaraj (STAMPING ALA ALEX SONG KE ATAS JOEY BARTON), tetapi boleh pula melayangkan kad kuning kepada Yong Kuong Yong kerana kononnya SENGAJA MEREBAHKAN BADAN, meskipun dapat dilihat dengan jelas ada CONTACT antara pemain itu dan penjaga gol Selangor, G.Jeevanathan.

Jika di liga luar, jika seorang pengadil itu membuat keputusan yang silap, dia akan tampil memohon maaf secara terbuka bukannya dipertahankan oleh badan induk negara terbabit, ataupun FIFA, (baca sini), juga (sini), dan juga (sini) - dan individu yang mengkritik pengadil tersebut tiada pula dikenakan hukuman, kerana mereka tegur benda yang betul.

Malangnya di Malaysia, keadaannya sedikit jauh berbeza, macam mana khilaf sekalipun pengadil tersebut dia akan dipertahankan oleh FAM, dan lebih perit individu yang mengkritik persembahan buruknya pula akan menjadi mangsa. 

Subkhiddin, dirindui
Belum pernah rasanya ada pengadil Malaysia tampil memohon maaf jika ada membuat keputusan silap dalam sesuatu perlawanan (umpamanya silap melayangkan kad merah, menghadiahkan penalti, terlepas pandang kekasaran atau sebagainya) – CORRECT ME IF I’M WRONG, alasan yang sering kita dengar, pengadil juga manusia, tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Satu-satunya pengadil yang penulis respek dalam saingan Liga Malaysia (hanya yang masih aktif) - Cikgu Subkhiddin Salleh - namun sudah lama tidak melihat kelibat Cikgu, harap Malaysia dapat melahirkan lebih ramai pengadil setanding beliau.

Elavarasan Terkejut, Karathu Salahkan Taktikal Lawan


Hamsani, wira Felda, foto : nst
Dikejutkan Felda United : Kelantan mungkin menguasai sebahagian besar perlawanan, malah statistik perlawanan juga pastinya menunjukkan betapa ‘garang’nya barisan depan skuad juara bertahan itu mengasak gawang kawalan bekas penjaga gol kebangsaan, Hamsani Ahmad dengan melancarkan serangan bertali arus - hampir dua dozen percubaan, namun sayangnya tiada satupun daripada percubaan Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azwan Roya, Azamudin Akil atau Badri Razi mampu menembusi gawang yang dikawal begitu cemerlang Hamsani.

Berbeza buat Felda United, mereka hanya beroleh 4 peluang mencipta gol, dan dua daripadanya singgah di dalam gawang kawalan Shahrizan Ismail - kesimpulan mudah Jurulatih Felda United, E.Elavarasan, tiada guna cipta banyak peluang jika tidak dapat menjaringkan gol. 

“memang satu keputusan yang mengejutkan, honestly saya tak sangka kita mampu tewaskan Kelantan 2-0, bezanya team saya dengan Kelantan malam ini, kita dapat peluang walaupun satu, dua peluang, kita skor, kita manfaatkan, Kelantan pula u boleh tengok second half begitu banyak peluang mereka, tapi satupun tak masuk, kalau dia skor satu mungkin keputusan berbeza, kita bernasib baik untuk menang..”.

Ela, di puncak kayangan
“dan terima kasih kepada Hamsani (Ahmad), sebagai pemain berpengalaman dia mainkan peranan dengan cukup cemerlang, dia cukup menakjubkan hari ini, dibantu Khaironisam (Sahabudin), mereka bertindak sebagai watak penting malam ini, tapi selagi belum dapat tiket ke suku akhir, saya tak boleh kata Felda  dah selesa, perjalanan masih jauh, kemenangan ini cukup penting, tapi game akan datang sebenarnya lagi penting, lepas tu baru kita akan nampak bayangan, sekarang belum lagi..”. – E.Elavarasan.

Dengan kemenangan ini, Felda menyertai Kuala Lumpur dan Sabah selaku SURPRISE PACKAGE saingan peringkat awal Piala Malaysia dengan muncul pendahulu tidak diduga kumpulan masing-masing, dan bersama-sama Negeri Sembilan sebagai pasukan yang mengekalkan rekod kemenangan 100% dengan mengutip 9 mata maksimum dari 3 perlawanan.

Kekalahan buat Kelantan, yang pasti mendedahkan betapa mereka sebenarnya sukar untuk beraksi di atas padang becak – dua kali bergelut mencari rentak permainan termasuk menentang Johor FC tempoh hari di Kota Bharu - gara-gara permainan SHORT PASSING yang diterapkan Datuk M.Karathu, dan beliau sendiri mengakui kelemahan tersebut namun berpendapat kekalahan pada Rabu lebih disebabkan permainan negatif dipamerkan pasukan tuan rumah.   

“memang pitch problem, becak susah untuk kita pass bola, kita dah biasa main short-passing game, padang ada air, becak so memang suddenly nak tukar approach sedikit susah, water-log pitch, padang basah dan dan padang becak adalah berbeza..”.

Karathu, yakin bangkit - foto : mazram-iv
“kalau u tengok dia main defend, 8-1-1, dia panggil semua player turun bila dah leading satu gol, full game we dominate, cuma finishing tak sharp, lagipun mereka skor satu mistake centreback kita (Subra), wrong passing, dan satu lagi counter attack, kita seperti biasa fighting hard, but they put everybody defend, dapat bola buang, dalam second half, kita main 40 minit on their half, created numerous chances, tapi nasib mereka baik 1 pun tak masuk, we play attacking game, kalau skor 1 maybe we can come back, tapi inilah bolasepak..”. – Datuk M.Karathu.

Apapun, Karathu berkata kekalahan kepada Felda bukanlah sesuatu yang dikhuatiri menghadirkan tekanan kepada pasukan dan menjejaskan moral pemain, sebaliknya sekadar satu ALERT/PERINGATAN kepada The Red Warriors agar tidak leka dengan status pasukan pilihan.

Beliau yakin Kelantan akan bangkit memenangi kesemua baki 3 perlawanan selepas ini.