Tottenham
Hotspur bimbingan Mauricio Pochettino tiba di ibu negara bersama barisan pemain
bintang mereka antaranya sensasi baru di White Hart Lane, Harry Kane, penjaga
gol Hugo Lloris, pemain tengah Erik Lamela dan Christian Eriksen untuk aksi
Piala AIA Kuala Lumpur 2015 menentang Malaysia XI.
Dianjurkan
oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan dipromosikan oleh ProEvents
International Sdn Bhd, Lilywhites
akan menentang Malaysia XI bimbingan Dollah Salleh di Stadium Shah Alam, esok (sepak mula jam 8.45 malam).
Pengerusi
Tottenham Hotspur, Daniel Levy berkata : “Kami bersedia untuk memberi peminat
kami di sini peluang untuk menyaksikan pasukan kami beraksi menentang antara
pemain terbaik di Malaysia sebagai cara untuk menyatakan penghargaan kami
terhadap usaha dan sokongan yang telah mereka berikan kepada kami dari segenap
pelusuk dunia setiap minggu. Kami berharap dapat bertemu sejumlah besar di
antara mereka sepanjang kunjungan ini.”
Kane sensasi terbaru White Hart Lane |
“Kunjungan
ini juga akan membolehkan kami untuk meneruskan jalinan kerjasama hebat bersama
AIA, rakan kongsi jangka panjang kelab, yang mana akan menyaksikan pasukan
Kejurulatihan Global kami mengendalikan klinik kejurulatihan bolasepak akar
umbi untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan sejahtera di seluruh rantau ini. Kami juga berterima kasih kepada
Persatuan Bolasepak Malaysia, ProEvents, CIMB dan Astro di atas sokongan dan
kerjasama hebat yang diberikan.”
Dollah
telah menyenaraikan lima pemain import yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia
- Ali Ashfaq (PDRM), Paulo Rangel (Terengganu), pertahanan Perak dari Brazil,
Thiago Junior Aquino serta dua pemain Selangor Robert Cornthwaite dan Guilherme
De Paula (Selangor) di dalam skuadnya.
“Peluang
beraksi menentang kelab EPL bukan sentiasa datang dan saya yakin Malaysia XI,
termasuk pemain import yang telah saya namakan, akan memberi aksi terbaik
mereka kerana ini adalah peluang terbaik mereka untuk menonjol,” ujar Dollah.
Saya mengharapkan satu perlawanan yang menarik menentang Spurs dan ia tentunya
hebat dengan penyokong berdiri memberi sokongan padu di belakang kami.”
Ali antara 5 impot disenarai Dollah |
Setiausaha Agung FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin, berkata
: “Bagi pihak FAM,
saya menyatakan rasa keterujaan kami di dalam mengalu-alukan kehadiran
Tottenham Hotspur FC untuk saingan Piala AIA Kuala Lumpur 2015. Kita telah
menanti sekian lama untuk perlawanan ini dan saya percaya banyak yang boleh
pemain kita pelajari sebelum beraksi di Kelayakan Piala Dunia.”
Pengarah Urusan ProEvents International, San Boon Wah, berkata
ini sememangnya satu detik bersejarah buat penyokong Tottenham Hotspur di
Malaysia dan ribuan lagi penyokong
Spurs yang akan bertandang dari China, Hong Kong, Australia, UK, Singapura,
Indonesia, Thailand dan Kemboja.
“Tatkala peminat di Malaysia akan mendapat peluang
menyaksikan Spurs beraksi di Stadium Shah Alam, kami juga ingin memaklumkan
bahawa Malaysia akan dipasarkan kepada jutaan peminat di seluruh dunia melalui
siaran luar negara perlawanan ini termasuk di UK
& Eire, Perancis, China, Indonesia, Jepun, Maldives, Norway, USA, Kanada
dan di Timur Tengah,” kata San.
Sebagai
sebahagian dari perancangan di Piala AIA Kuala Lumpur 2015, kelab ini dan
pasukan Kejurulatihan Global mereka komited untuk mengadakan sesi
kejurulatihan sejumlah 100 jam keseluruhan dan klinik ini dihadiri oleh
jurulatih-jurulatih Harimau Muda B, C, dan
D, pemain dari Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Sekolah Sukan Bukit Jalil, SMK
Seri Perkasa (Teluk Intan, Perak), Akademi FAM dan tidak ketinggalan Sukan
Olimpik Khas Malaysia.
Ketua
Pegawai Pemasaran AIA Bhd, Thomas Wong, berkata : “Hari ini adalah hari yang
cukup mengujakan bagi kami di AIA, selepas setahun menjalin kerjasama tajaan
jersi bersama Tottenham Hotspur FC; kami
mempunyai peluang untuk bekerjasama dengan Kelab ini dan membawa skuad utama
mereka merentasi sempadan dunia untuk beraksi menentang Malaysia XI di Piala
AIA 2015!
“Sebagai sebuah syarikat insurans hayat, kami sedar
betapa seorang ahli sukan berpengaruh boleh menjadi contoh yang baik di dalam
menyampaikan motivasi khas untuk menggalakkan gaya hidup sihat justeru AIA dan
Spurs telah bekerjasama untuk menyampaikan mesej ini melalui pelbagai klinik
kejurulatihan dan aktiviti kemasyarakatan yang telah dirancang minggu ini.”
Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Tengku Dato’
Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata, “CIMB, sebagai rakan kongsi rasmi, berbangga
untuk menyokong inisiatif untuk membawa aksi bola sepak berkelas dunia ke
Malaysia – di sini di Kuala Lumpur. Kami cukup pasti kumpulan besar penyokong
EPL di Malaysia akan terhibur menyaksikan sebuah perlawanan yang tanpa ragu
sebuah perlawanan hebat dan cukup bersejarah.”
Tiket terbuka dijual pada harga RM58 dengan tiket VIP
terhad boleh didapati pada harga RM428 dan RM328. Kesemua tiket sudah boleh
didapati untuk pembelian secara online di www.ticketpro.com.my, di cawangan Ticketpro
dan juga menerusi talian hotline, +603-7880-7999.
Tiket juga akan dijual di Stadium Shah Alam hari ini
(26 Mei) bermula jam 11 pagi ke 8.30 malam dan pada hari perlawanan (27 Mei) dari
11 pagi hinggalah tamat separuh masa pertama.
Pintu masuk akan dibuka pada jam 4.30 petang pada hari
latihan, dan 6 petang pada hari perlawanan.
No comments:
Post a Comment