Saturday, December 20, 2014

Baru latihan ringan, rumput sudah tercabut ..

Tutup hampir setahun, habiskan duit juta-juta untuk pemulihan padang dan fasiliti stadium. Pakai baru satu game, rumput tercabut. Lepas tu tutup balik, bagi alasan takde cahaya la, glowlight, tube light, katanya kontraktor sama akan bertanggungjawab. Nak cover malu punya pasal Datuk Rozabil cakap KALAU Malaysia masuk final, padang Stadium Nasional Bukit Jalil boleh digunakan. Mungkin ketika menggunakan perkataan KALAU tu, beliau rasa Malaysia takkan layak ke final sebab masa tu dah kalah 2-1 dengan Vietnam di Shah Alam.

Nak buat macam mana, Malaysia menang mencipta kejutan, sah-sah beliau pun terkejut. Dan sekarang, atas janji yang dibuat dengan guna perkataan KALAU layak ke final tu, sekarang perlu ditunaikan. Tapi, skrip sama tetap berulang. Cerita sama tetap berlaku, belumpun apa-apa rumput sudahpun tercabut sana-sini.

Ini gambar yang dikongsi oleh kawan saya, Dayne Azmin, wartawan Utusan Malaysia. Katanya, Thailand baru buat light training, rumput sudah tercabut sana sini.

Secara peribadi, saya rasa game sepatutnya diteruskan sahaja di Shah Alam, bukannya bermain di Bukit Jalil semata-mata kerana janji yang dibuat untuk cover malu. Penganjur/AFF/FAM tidak perlu pun untuk bersetuju dengan cadangan bermain di Bukit Jalil, mahunya rumput melayang ke tempat duduk VIP siapa nak jawab?

p/s Dulu Barcelona hampir malukan kita sebab taknak main di Bukit Jalil, Shah Alam hadir sebagai penyelamat. Jangan Thailand kata taknak main sudah malam ni ...


 Foto : Dayne Azmin

2 comments:

Anonymous said...

shah alam 80,000 penonton...

dgn bukit jalil buleh tambang lagi kantung 20,000 penonton..

20,000 x rm 50 banyak beza tu..

ramai yang tak dapat seat walau beli tiket...terpaksa tgk pakai skrin besar kat luar stadium...tiket free seating..masuk gate mana-mana...biasanya masuk ikut gate asing(ungu or biru or kuning or lain lain)kalau cetak 110,000 pon tiada siapa yang tahu...

masuk ikut gate sebenarnya senang nak organise seating...

toilet sgt teruk..ingatkan rumput jer 'rompak duit'...tandas pun tak cuci...kontrak buta kayu semuanya...

Anonymous said...

satu lagi...apa hal yang susah sgt nak letak no seat kat kerusi???

senang orang nak duduk...terutamanya famili...dan kawan-kawan...ni konsep cap ayam...sapa cepat dia dapat...

tu ada seat kosong...walaupun stadium penuh sebab dtg berdua dan bertiga takkan nak duduk seat yang satu tu....

kueh-