Wednesday, February 20, 2013

FAM nafi campur tangan Hamidin

Berikut kenyataan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia tentang tiadanya tindakan diambil berhubung kes pergaduhan membabitkan pemain Selangor dan Angkatan Tentera Malaysia pada aksi Piala FA, 25 Januari lalu. 

Kenyataan ini dibuat berdasarkan gesaan daripada salah satu akhbar arus perdana yang menyatakan “FAM pilih kasih” kerana gagal mengambil tindakan terhadap insiden “pergaduhan” pemain Selangor dan ATM selepas tamat perlawanan Piala FA pada 25 Januari 2013 yang lalu. 

Hamidin. Foto : sinar
Akhbar berkenaan juga menyatakan bahawa Dato’ Hamidin Mohd Amin, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, FAM (JKPT)  dan Setiausaha Agung PB.Selangor telah campur tangan  bagi menyelesaikan isu ini diluar pengetahuan JK.Tatatertib FAM.

Perkara ini semua adalah tidak benar atau tidak tepat dan berikut adalah penjelasan daripada FAM: 
      
1. Insiden ini adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Tatatertib FAM, di mana Jawatankuasa-Jawatankuasa FAM yang lain seperti JKPT  tidak boleh mempengaruhi apa-apa keputusan yang akan, sedang atau sudah diambil oleh Jawatankuasa tersebut.  Ini adalah selaras dengan kedudukan Jawatankuasa tersebut sebagi badan bebas di bawah Statut FAM.

2. Pendakwaan terhadap kesalahan yang dilakukan semasa perlawanan boleh dibuat dalam masa  dua (2) tahun daripada tarikh kejadian iaitu mengikut Perkara 6.1.1 Kod Tatatetib FAM yang mana ia adalah selari dengan Article 42.1 AFC Diciplinary Code dan Article 42.1 FIFA Disciplinary Code (2011). Walaubagaimana pun FAM tidak pernah mengambil masa sehingga dua tahun untuk membuat pendakwaan.

3. Pihak Sekretariat telah meneliti laporan yang telah dibuat oleh “Match Commissioner’ (Wakil FAM dalam Perlawanan tersebut)   yang dengan jelas menyebut supaya rujukan lanjut hendaklah dibuat melalui rakaman video. FAM juga ada menerima laporan daripada Pengadil dan Penolong Pengadil tetapi tidak menyebut mengenai insiden tersebut kerana Pegawai berkenaan telah pun meninggalkan padang permainan sebelum kejadian berlaku. 

FAM telah menerima rakaman video yang diperolehi dari Persatuan Bolasepak Selangor tetapi tidak menunjukkan dengan jelas kejadian tersebut, kerana rakaman hanya higga tamat perlawanan sahaja dan tiada kejadian selepas tamat perlawanan.  Oleh yang demikian  Sekretariat sedang berusaha untuk mendapatkan rakaman dari sumber lain, iaitu daripada stesen lain-lain  TV dan ini mestilah mengambil masa.

4. Setelah rakaman tersebut di perolehi, ia akan dibentang ke Mesyuarat JK.Tatatertib untuk membincang dan meneliti klip video tersebut sebelum pertuduhan dibuat. Ini bertujuan supaya FAM tidak membuat pertuduhan yang salah atau tidak tepat. Jika tiada klip video tersebut, kes ini akan juga dirujuk kepada Mesyuarat JK.Tatatertib pada 20 Februari 2013 untuk diteliti sebelum pertuduhan dibuat.

No comments: