Sunday, April 22, 2012

Khalid Dedah Agenda Sebenar FAM


Meskipun sudah hampir 3 minggu berlalu, nampaknya cakap-cakap mengenai isu penggantungan Tan Sri Annuar Musa masih menjadi topic hangat yang dibualkan pengemar sukan bolasepak negara, termasuklah dari kalangan bekas pemain kebangsaan sendiri.

Khalid Ali, yang pernah menyarung jersi kebangsaan selama 9 tahun pada pertengahan tahun 70-an hingga 80-an, berkongsi rasa kecewa dan mendedahkan dia dan beberapa rakan lain tahu apa agenda sebenar di sebalik penggantungan TSAM, ketika ditemui SS di satu majlis ringkas yang dianjurkan untuk bekas atlet negara petang tadi.

“Pertama sekali saya nak tanya jawatan Timbalan itu lantikan atau undian? Kalau undian jangan cakap kepada saya bahawa Timbalan tidak mempunyai hak eksekutif untuk bersuara!! undang-undang negara mana digunapakai ni? Kalau TSAM menang jawatan timbalan melalui UNDIAN, dia mempunyai EXECUTIVE RIGHTS utk bersuara, kalau tak, tak perlulah dia pegang jawatan tu dan duduk dalam FAM, jawatan paling tinggi selepas presiden, tapi tidak boleh menegur apa-apa? Kelakarla sistem diorang ni, kenapa FAM begitu dengki dan tidak pernah memberi peluang kepada orang yang betul-betul PASSIONATE terhadap bolasepak untuk berbakti? Naik sikit, mereka cantas,”

“jangan ingat saya tak tahu agenda sebenar mereka ni, they have their OWN AGENDA! Saya bukan nak wujudkan gimik atau polemic, nak bukti? Awak tengoklah berapa banyak kenyataan dikeluarkan Tengku Mahkota, termasuk semalam kenyataan tentang ranking, itu tak menjadi kesalahan ke?? Kenapa si Azudin tak gantung dia? Atau dia (Azudin) takut kena gantung terus?? Kenapa ada double standard? Saya bukan minta TM digantung, tapi saya mahu rakyat dan peminat fikir, TSAM kena gantung kerana bersuara tentang prestasi pasukan negara, TM pula bercakap tentang ranking yang mana secara langsung berkenaan dengan prestasi pasukan negara, kedua-duanya timbalan tapi seorang disokong, seorang lagi dihukum??..”.

“kalau awak nak tahu, Presiden FAM ni sebenarnya nak berundur sudah, dia nak kosongkan kerusi dia, tapi dalam masa sama nak anak dia (TM) yang naik jadi presiden. Takkan senang-senang nak bagi kerusi diraja kat orang luar? Sekarang kalau awak tanya saya sekalipun, saya mahu TSAM yang dilantik jadi presiden, dia sudah terbukti bagus, tak perlu saya cakap. Exco dan ahli gabungan FAM pun saya yakin akan calonkan TSAM berbanding TM, apa sumbangan dia? TM ada persatuan lain nak jaga, macam mana nak bagi komitmen? So mereka dapat peluang, mereka KILL dia (TSAM)..kalau tak percaya, tanyalah kawan-kawan saya tu, semua ex-national, mereka tahu tentang perkara ini”. – Khalid Ali.

Klasik : Khalid berentap bersama Allahyarham Mokhtar
Di zaman kegemilangannya, Khalid merupakan tonggak tengah skuad negara, dan pernah membantu pasukan Malaysia layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980, yang mana kita kemudiannya menarik diri sebagai bantahan terhadap pencerobohan Russia ke atas Afghanistan -  itu juga kali terakhir skuad bolasepak negara layak ke temasya terulung dunia itu, dan Khalid menyifatkan kegagalan itu sebagai suatu TRAGEDI HITAM bolasepak tanah air, dan MENGHENTAM Setiausaha Agung, Datuk Azuddin Ahmad yang memalukan bolasepak negara dengan mengeluarkan kenyataan RANKING TIDAK PENTING. 

Tambahnya lagi, Azuddin sepatutnya angkat kaki dari FAM dan berpendapat calon terbaik untuk mengisi jawatan SU Agung adalah Rosli Hussin, bekas pemain Kelantan dan kebangsaan, yang disifatkannya cukup tegas dan berdisiplin.

“saya rasa dia (Azuddin) tu bodoh dan tidak layak untuk duduk di kerusi SU Agung, perlu ganti dengan orang yang tahu pasal bola, Rosli Hussin cukup sesuai, dia bekas pemain dan berdisiplin tinggi. Zaman saya main dulu, presiden Tan Sri Abu Samah, S/U Datuk Yaw, ranking adalah cukup penting, kita jagoan Asia, semua team nak lawan kita masa tu, sekarang kenapa kita asyik lawan Bangla, Maldives, India? Tak lama lagi lawan Papua New Guinea? Saya dengar Rajagobal juga cakap benda sama, PAK TURUT la katakan, kalau dia lawan kena pecat macam Sathia, sejak Presiden FAM sekarang ambil alih, kita tak pernah ke Olimpik, tunggu 20 tahun untuk menang emas Sukan Sea..”.

41 comments:

Anonymous said...

terbaik bro. kasi londeh lagi

Anonymous said...

Tabik spring pada KA dan juga bro Aiman kerana keberanian anda menonjolkan kebenaran. Berani kerana Benar!

Diharap orang2 media yg lain juga mempunyai keberanian seperti anda berdua dalam menjelaskan perkara yg benar..cukup2lah jadi pembodek yg hanya pandai tutup kain yg koyak sana sini. Kalau dh bangkai tu, lama2 org tau jugak.

Good job bro!

Anonymous said...

habis tu xkan berita ni terhenti kat sini jer? tlg la report polis atau sprm ke utk ambik tindakan? fam xboleh blah..

The Fakhirin said...

Teruskan membongkar Mey...Budok Skoloh Kg.Sireh Memey Biso...

Farah said...

x ke mana lagi bola sepak malaysia klu ada individu cmni

Anonymous said...

Camna org yang xtahu pasal bola sepak boleh memegang dalam jawatan tersebut eik? Memang jenis MAKAN DUIT tul...DUIT dapat tapi buat KIJE HAMPESSSS!!!

abang lampu kalimantang said...

yeah!!!!

Anonymous said...

nk report sprm kena ada bukti takleh main report jer..kena plak main ngn kerabat diraja, slack sikit backfire nanti...betul tak SS?

Anonymous said...

Wk tbik banyok lg mey.. Biar dia takut nk buat pelik2... Bengonm dooh lalu etek FAM ni.. Benok pah atah belakey!!

Anonymous said...

sy sbagai peminat bola sepak mmg merasakan pergantgan TSAM telah lama di rancang oleh kuncu2 lam FAM ni...mereka yg didlm persatuan tersebut bkn nyer berniat nak memajukan bola sbalik nyer berebut2 utk memegang kuasa dan wang ringgit semata2..mreka ni x leh lihat org berkeblhan skit dan mrk akan rasa tergugat...betul kata khalid Ali ..timbalan presiden tengku mahkota dah beberapa kali komplen psal skuad negara tp x ade sbrg tindakan displin diambil malahan media yg seblm ni lantang bersuara terhadap tsam tp x berani pulok menghentam tengku mahkota..

zool said...

Panas-panas.. Hangat ni..

Anonymous said...

apa lagi, buat je macam indonesia, pakat buat satu pertubuhan baru.... muahahahaha

Anonymous said...

Jangan stakat sembang kat FB/ blog jer..ada bukti wat report polis..klau stakat bagi andaian sendiri rasa mcm xbetul jer...

silent reader said...

tapi proses nak dapatkan bukti tu la yg susah aku rasa...SS ni blogger, brapa ramai jer nak bantu dia sedangkan media rasmi/arus perdana semua wat tutup mata... risiko tinggi di pihak SS kalau report tapi bukti gagal dikemuka, pada aku, lets follow the flow jer, insyaAllah satu hari akan terbongkar juga, lama mana sangat pun...sepandai tupai melompat jatuh ke tanah jugak nanti..

Anonymous said...

dah kaya pun tamak harta lagi. babi betul diorang nih

Anonymous said...

memang respect! tak ramai yang berani bersuara lantang dalam FAM. sudah sampai masanya FAM dipulangkan semula kepada mereka yang benar2 tahu pasal bola sepak. raja/sultan/kerabat/ahli politik tidak diperlukan dalam pertubuhan sukan jika hendak berjaya.

p/s: Bakal menggegarkan dunia blogger pada 30 April 2012: RahsiaSocialBookmarking.com
Rahsia Jana RM45,000 dari laman komuniti!

Anonymous said...

nie yg susah bile sultan pegang jawatan neh...payah sbb xramai pihak yg berani..nnt di cop derhaka plak...

Unknown said...

teruskan mcm nie!!! dah sampai masa FAM ditunjuk jalan keluar.. hrap byk bnda lg psal FAM di dpt dibongkarkan.. semua org2 berpengaruh dalam arena bola sepak harus bersuara.. kita hentam sama itu FAM..

Anonymous said...

aku memang xpernah setuju dari dulu kalau kerabat diraja pegang jadi president mana2 persatuan sukan...please la...bg la yang background sukan pegang pujuk pimpinan...haiyooooo...

Anonymous said...

http://sembangbolasepak.wordpress.com/2012/04/22/1-pemain-1-agent/ jemput baca & komen..tq

Anonymous said...

aku sokong...

Anonymous said...

Aku sokong klu Judin yg xtau apa2 psl bola tu ditendang keluar dan diganti dgn Rosli Hussin sbg SU agong.. Rosli ni pemain bola yg semestinya lebih arif utk meningkatkn keupayaan bolasepak negara kita... Rosli ni pun org yg terpelajar...lepasan universiti Di United States... dan jawatan Presiden FAM juga perlu diganti dgn org lain selain dari dua beranak ni..perabihkan bogheh jerrr

Anonymous said...

cayalah KA

Anonymous said...

betul tu,depa ada kuasa,.

Anonymous said...

pasal duit kena songlap tu mmg xde bukti,xboleh nk kata ape2..
tp kalau pasal knowledge n sumbangan pasal bola ni..
dah jelas sgt xlayak dan xpatut..
dorg xpaham ke bolasepak ni besar makna kt orang malaysia..

Anonymous said...

bagus! kita peminat pn boleh nampak la yang mana yang baik yang mana yang buruk. agenda FAM selama ni perlu dibongkarkan lagi, biar satu malaysia tau. teruskan perjuangan! dah tak boleh duduk diam lagi. kalau dibiarkan lagi lama benda akan jadi lagi teruk. presiden FAM dan sekutu2nya sila letak jawatan! bagi bekas pemain negara yang pegang jawatan!!

Anonymous said...

Orang sarawak dan Sabah memang 100% sokong KA. Yang satu lagi jangan guna nama pasukan kebangsaan HARIMAU MALAYA. Kami tahu tidak ada orang sarawak dan sabah yang bermain dalam pasukan kebangsaan. Kalau ada bagaimana pemain Sarawak dan Sabah boleh menerima sebagai HARIMAU MALAYA. Kita bukan sensitif.

Anonymous said...

bro, HARIMAU MALAYA tu nama spesis harimau yang ada kat malaysia ni.nama pasukan kita diambil sempena nama harimau tu.dan takde spesis nama HARIMAU MALAYSIA pun kat dunia ni.harap paham.
tu kalau kamu dah cakap camtu dan tak open minded,itu bermakna kamu sensitip la tu....

~ isu remeh ~

Anonymous said...

nma harimau pn nk jd isu ke..sng2 tkar nma rimau india ke rimau sebia ke rimau brantai ke pn ok jgk.hahaha

Anonymous said...

Ok lah, kalau spesis harimau malaya boleh bawa kita ka world cup tak apa. Dua kali kita ka olimpik tak ada spesis harimau pun.

Anonymous said...

Dedah biar kasi pecah..demi menaikkan ranking(yg dikata x penting tu) dan memajukan bolasepak malaysia yg semakin malap dek kerana kebodohan FAM!

Anonymous said...

cuba wujudkan pertubuhan seperti Nusa Mahsuri dlm arena badminton negara. BAM pon terhegeh2 nak tagih bakat mereka. kalo nak tunggu berganti presiden FAM, lmbt lagi la gamaknya. jawatan dijadikan seperti warisan turun-temurun. dah lame sangat pegang jawatan tu..sudah2 la.

johm said...

Aku tak ada lain cuma tahniah kata azuddin tu bodoh sebab dia memang bodoh

riss aziela said...

taniah bro sebb berani..
n tahniah again sebab menang award di astro arena td..=)

Anonymous said...

tahniah saudara aiman,
Anda memang patut menang pun..sbb anda adalah Blogger yg betul2 brani menegakkan kebenaran..yg salah anda perlu hentam..yg betul anda bg suport..
tidak bg sesetengah blogger sukan lain..hanya menhentam individu yg dia tak suka sahaja, bukan utk menaikan mutu sukan negara kita..skali lg tahniah..
Teruskan penulisan saudara..demi memajukan sukan di malaysia..

Ozwanz said...

"Ampu Tuanku Beribu2 Ampu..Sembah Patik Harap DiAmpu"....
kalau dh bodoh tuu...jgn la cuba memperbodohkan org pulak...hehee..

Anonymous said...

lol..sultan jd penasihat FAM cukup la..ni nk pegang jawatan wat pe..ptuii la nk sembah ko sultan..ko igt ko tuhan..

Aiman said...

terima kasih kepada rakan-rakan pembaca, komen anda semua dihargai. terima kasih juga di atas wish.

maafkan saya paragraph terakhir terpaksa saya remove kerana buat masa ini perkara itu tidak dapat dibuktikan - biasalah nak dakwa kena ada bukti, kalau tak dikira fitnah...am i right? saya harap pembaca semua faham.. thanks again..

Anonymous said...

sorry to say..selagi jawatan presiden di jawat oleh orang yg sama @ ahli2 kerabat dia ni..smpai bila2 pon bola sepak Malaysia xkan maju..hnya sbb dia sultan org lain xbley nak bantah..konon2nya x bley derhaka titah sultan..derhaka ker klu bg pendapat @ kritikan membina?? mampus pi la ngan status dia..salah tetap salah (raja adil raja disembah..raja zalim??)..dah la xtau pasal bola (main bola jauh skali)..harapkn penasihat2 jer bg info (penasihat dia pon 2x5 gak)smpai bila?? rakyat bagi pendapat kena banned..bagi aku adalah lebih baik jawatan presiden tu di isi oleh golongan biasa jer..lebih elok klu berpengetahuan luas tentang bola sepak..ex-player contohnya..xyah lah nak bg kat golongan diRaja..x membantu pon..bukan reti nak terima pendapat umum pon..


p/s :- tempat asal aku xda sultan..so aku x reti camana nak hormat sultan..kena plak sultan yg camni..tp sebagai rakyat malaysia aku tetap hormatkn YDP Agung..so tggu jd Agung dlu baru aku hormat k..(aku hanya takut & sembah kepada ALLAH..!)

Anonymous said...

menang ngan sri langka jgn nak blagak la rajagopal, msia ni jaguh kmpng je kat tmpat sndiri bukan main kuat lagi cuba lwn sri langka kat tmpat sri langka aku rasa seri atau kalah je. kat tmpat sendiri ngan kelab epl pun leh lawan kalu pegi tmpat lawan ngan filipina pun seri, ngan india pun seri ngn kalah, cuba ajak filipina ngan india lwn kat msia mesti menang huhu.. pas ni frendly ngan singapura ngan filipina kalu lwn kt msia aku yakin menang, kalu kt tmpt lwn aku yakin kalah, lwn australia kalah 5-0 kalu ajak autralia dtg msia kalah gak tapi kalah tipis atau seri sbb kt tmpt sndiri, chtoh sebelum ni piala aff kalah ngan indon 5-1 pringkat kmpulan kt tmpt lawan. kt tmpt sndiri kuat menang 3-0, final kt tmpt lawan kalah 2-1. singapura kt tmpt lawan kalah 6-2 kat tmpat sndiri seri 1-1, ngan taiwan kat tmpt sndiri menang x ingat jmlah gol. kt tmpt lawan kalah 3-2. betul2 jaguh kmpng huhu

rush-it said...

tu lah jadinya bila persatuan sukan dikuasai oleh orang politik.biarlah orang sukan pegang jawatan dalam persatuan sukan.camtu lah jadinya kalau orang sastera pegang ekonomi,hancur lebur jadinya