Friday, July 29, 2011

Usah Panggil Pemain Ke Kem Kebangsaan, Kalau Sekadar Jadi Pelengkap


Kumpulan pertama : Asrarudin Putra Omar, Mohd Fadhli Shas, Amar Rohidan, S.Kunalan, Amirulhadi Zainal, Ahmad Fakri Saarani, dan terbaru Ismail Faruqi Ashaari.

Kumpulan kedua : Baddrol Bakhtiar, Shakir Shaari, Ashaari Shamsudin, Rizal Fahmi Rosid, dan Azmi Muslim. 

Tahukah anda apa beza antara dua kumpulan pemain yang disenaraikan ini? Kumpulan pertama, favourite player Datuk K.Rajagobal yang terjamin tempat mereka dalam kesebelasan utama atau setidak-tidaknya sebagai gantian, langsung tidak tergugat walau seteruk manapun mereka beraksi di atas padang.

Manakala kumpulan kedua, pemain yang sekadar menjadi pelengkap senarai/kuota pemain walau sehebat mana aksi mereka bersama pasukan negeri masing-masing, atau sebagus manapun komitmen diberikan sewaktu sessi latihan skuad kebangsaan, berbanding pemain di dalam kumpulan pertama. 

Azmi, pelengkap
Nyata, pemilihan Rajagobal masih bersandarkan kepada prestasi lampau, bukan prestasi semasa. Mungkin oleh sebab itulah, seburuk mana aksi Asrarudin Putra, tiada ruang buat Azmi Muslim mencuri tempatnya sama ada di kesebelasan utama, mahupun sebagai pemain gantian. 

Mungkin oleh sebab itu juga, prestasi Amar semakin merudum perlawanan demi perlawanan, kerana dia yakin tiada ruang buat Shakir Shaari mengambil alih tempatnya, dia pemain kesayangan Rajagobal, main dengan rating 3/10 masih boleh kekal 90 minit perlawanan.

Dan disebabkan alasan yang sama jugalah, Ahmad Fakri Saarani yang tidak langsung berkesan pada perlawanan pertama, menjadi pilihannya untuk menggantikan Abdul Hadi berbanding Ashaari Shamsudin atau Baddrol Bakhtiar, dan ‘pulangannya cukup lumayan’, dapat dilihat dengan jelas pada perlawanan semalam.

Amar, tidak begitu berfungsi
Rajagobal nyata tidak menghargai sepenuhnya bakat yang ada dalam skuadnya, stick to one batch of players

Apabila jurulatih berusia 55 tahun ini mengumumkan senarai pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan, terbit keyakinan dalam diri setiap peminat, betapa inilah skuad yang akan mencipta sejarah demi sejarah baru bolasepak tanah air kerana ia menghimpunkan barisan pemain terbaik Liga Malaysia.

Namun sayangnya, himpunan pemain berbakat besar sekadar untuk melengkapkan senarai pemain, dan sekadar menjadi pemerhati – Rajagobal gemar menurunkan lineup sama, apabila diganti pun dengan anak emasnya juga, jadi mengapa bersusah payah memanggil wajah-wajah baru, jika mereka tidak diberi peluang membuktikan kehebatan, cukuplah sekadar mempunyai 15 pemain, kenapa perlu 24 pemain?

Alasan mereka tidak bersedia, belum layak, tiada pengalaman sebenarnya tidak boleh lagi digunapakai – kalau itu alasannya mengapa menurunkan Khairul Fahmi di Sukan Asia 2010 lalu, bukankah dia tiada pengalaman ketika itu, namun mempamerkan aksi cemerlang?

Shakir, tiada peluang
Mengapa mengandingkan Muslim Ahmad, Mahali Jasuli dan Fadhli Shas di Piala AFF Suzuki lalu, bukankah mereka mentah pengalaman tetapi tetap menjadi tonggak sehingga muncul juara? Dan persoalan paling utama, mengapa menurunkan Ismail Faruqi di kesebelasan utama pada kedua-dua perlawanan menentang Singapura, bukankah dia juga mentah dari segi pengalaman? 

Jadi, aspek atau kriteria apakah yang dinilai Rajagobal sebelum menentukan LINEUP untuk setiap perlawanan? Kecergasan? Komitmen? Pengalaman? Ketenangan? Disiplin? Apa kriteria untuk menjadi anak emas, atau favourite player, adakah kerana mereka Pak Turut?

Contoh lain, umum mengetahui Sharbini Allawee adalah hero Rajagobal ketika Sukan Sea Laos 2009, justeru atas faktor itulah Sharbini kekal sebagai no.1 dalam MINDSET Rajagobal, cuma kecederaan Sharbini memaksanya menurunkan Khairul Fahmi sebagai penjaga gol ‘bidan terjun’ di Sukan Asia.

Bukti yang nyata, siapakah penjaga gol Malaysia ketika tewas 1-5 kepada Indonesia pada perlawanan pertama Piala AFF – Sharbini, walhal bukankah penjaga gol itu tidak beraksi 2 bulan dan baru pulih daripada kecederaan, manakala Apek pula ketika itu di kemuncak prestasi. Apakah yang meyakinkannya untuk menurunkan Sharbini, ANAK EMAS (Ketepikan soal kenegerian, di sini kita bercakap soal prestasi).

Apek, cemerlang
Seharusnya pada perlawanan menentang Singapura di Jalan Besar, apabila sudah bolos 3 gol, Sharbini seharusnya sudah dikeluarkan (diakui Datuk Subahan Kamal, pengurus pasukan), namun beraksi sehingga tamat perlawanan?  Kenapa, ANAK EMAS. 

Namun Rajagobal pandai menutup semua itu, dengan menurunkan Apek pada perlawanan semalam, dan memuji aksi cemerlang penjaga gol Kelantan itu.

Keputusan Rajagobal menggantikan Ismail Faruqi (attacking minded) dengan K.Gurusamy (defensive minded) menimbulkan satu lagi tanda tanya, apatah lagi Malaysia perlu mencari 2 gol dan perlu menyerang, bukannya bertahan. Sudah ada Amar di posisi DM, mengapa tidak memasukkan Baddrol untuk menghidupkan barisan depan yang buntu idea, dan hanya mengharapkan Safee Sali?

Keluarkan Hadi, masukkan Fakri? Sekali lagi, mengapa tidak Baddrol atau Ashaari Shamsudin? Jangan kerana status mereka selaku ANAK EMAS/FAVOURITE PLAYER atau apa saja gelaran diberi, bakat lain yang ada disia-siakan begitu sahaja. 

Kalau tidak, tidak mustahil di masa akan datang pasukan negeri atau kelab keberatan untuk melepaskan pemain mereka ke kem kebangsaan, kerana mereka inginkan pemain mereka menyumbang khidmat kepada negara, bukan duduk menangguk di bangku simpanan.

80 comments:

Akif Mazlan said...

Aiman, inilah artikel hok paling kawe suko. KALAULAH RAJAGOPAL DAPAT BACA INI ARTIKEL, BARU DIA TAHU APA ITU ERTI PENYESALAN. haha

Anonymous said...

satu komen..yg bagus...patut king gopal baca..ape yg saya nakcakap ..didalam ni semua dah ada..

Fazellah Husain said...

Setuju!The moment masuknya Fakri Saarani tu,dah boleh taw Malaysia akan kalah.Too bad..:(

adiPure said...

well said

Anonymous said...

ShUkRi : THE BEST EVER ARTIKEL YG PERNAH DIBACA.. same pendapat dgn admin.. plus kump 1 : Izzaq Faris Ramlan sbb dia x berfungsi sjk ade dlm skuad Sukan Asia 2010 lg..

Mungkin sbb tu manaf mamat xnk masuk dlm skuad rajagopal sbb dah tahu bakal jd pelengkap kuota je.. hehe..

Anonymous said...

Bagus artikel ni...setuju sangat2....klu betul la ape yg diperkatakan sebelum ini mengenai ANAK EMAS dan FAVOURITE PLAYER, diharap kepada player2 dr kumpulan ke dua khasnya dan pemain2 baru amnya, berfikir la berkali2 sebelum menerima pelawaan mewakili Malaysia selagi Malaysia memiliki jurulatih sekarang....bukan tidak patriotik, bukan tidak menyanjung tanah tumpah darah, bukan tidak mahu memebri sumbangan kepada negara jauh sekali untuk menderhaka tetapi risau takut terjadi lagi apa yang terjadi sekarang.

pokjik said...

Dlm semua pelawanan Malasia,friendly Malaysia dengan Taiwan paling mantap midfield Malaysia...
kalu x percaya cuba tengok, dan dengar pengulas sendiri cakap...
masa tu Shakir ngan Shafik..Mantap..
Defend tengah Aidil ngan Farisham...

tu la best game Malaysia lepas piala AFF...
soalan nya...kenapa RAja, x guna fomasi tu.. atau dia igat Shakir ngan Farisham boleh main atas padang kt KOta Bharu je ke..??

kaki_bangku said...

Harap mesej sampai ke gobal.. nampak dia xde ape2 pun..

taik itik said...

post yg bagus.tp apakan daya yg beraksi smlm bkn team kebangsaan Malaysia tp team kebangsaan RAJAGOBAL,dan ternyata dia lebih mengetahui pemain2 nya dan juga Rajagobal lebih tahu siapa yg layak dan x layak untuk bermain dgn team Ragagobal.

tgk pada line up smlm da bleh agk kputusan samada kalah seri paling baik mng tipis,tgk 10min prtama mmg TEam Rajagobal x akn kemana klau 2nd half x ubah cara prmainan dan tukar pmain.last2 lepas game DIa kata "kita x kalah cuma seri tp kita x layak ke pusingan k-3".
komen yg paling x masuk akal drpd sorg coach yg berpengalaman mbawa Malysia juara skn sea dan AFF.

Anonymous said...

satu kritikan yg padat n jitu..kritikan beginilah yg perlu utk mengimbangi kemajuan sukan bolasepak kita..hrp DR n pengurusan mengambil ikhtibar atas kegagalan smlm n bkn hanya bersandarkan kenangan..apapun ucapan tahniah pd DR n Harimau Malaya kerana memberikan peminat satu komitmen 100% walaupun pd dasarnya kita masih lg jauh ketinggalan dr sudut tektikal n kualiti utk mencabar kuasa besar khasnya Asia..selamat maju jaya n Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak..

p/s :kalau bole print atau forward kat DR n DSkamal.

Anonymous said...

pedasss....

Dunia Baru said...

terbaik la artiket nih weh....


adusss...

yg ni artiket paling aku kagum sgt2...


nate sungguh...semua nye ada dlm artikel nih...

semua nyata padat & jelas sgt2...

bravooo boh...

terbaik la demo karang artikel nih.,.

ni lahir dr semangat nk malaysia maju jaya pas nih...

supaya coach yg dipilih tak la anggap team tu team dia sorg sahaja...koya biso.

ni team semua yg punyer termasuk peminat....

print weh...anta ko raja gobal n FAM.....


aiman, demo kata baik ngan Tan Sri kita....print kasi tan seri serah ko raja gobal la..kasi dia baca...

jgn dia pk dia hebak sgt...

Anonymous said...

arghh makin lama makin meluat n mnyampah thp gila babi ak dgn no 4 n no 12...wtf!!!

Anonymous said...

btol aiman...artikel yg betol2 lengkap,padat, n kemas..artikel ni sebenarnya bagi kawe bukan utk menhentam rajagopal..tp lebih kepada persoalan kenapa rajagopal bertindak tanpa megira pendapat org lain...walo hebat idea yg kita ada,dan ditambah lg dgn idea yg org lain ada lagi hebat n berkesan..jgn sombong dgn ape yg kita ada..

Anonymous said...

spt yg tsam ckp, status kelantan sbg naib juara piala fa,juara liga dan juara piala malaysia tdk diendahkn oleh rajabebal,,rajabebal spt yg sedia maklum sentiasa bebal n semakin bebal mggunakan lineup yg sama,wlhal dy mpunyai pilihan utk mgunakan player lain msuk dlm 1st eleven, atau stidak tidaknya msuk mgantikan player lain yg dilihat kurang bfungsi atau tdk bfungsi lgsg.tp apakan daya penyokong hnya mampu utk terus mnyokong dgn mbeli tiket atau terpekik2 dgn tv mneyokong pasukan ank emas rajabebal,bak ktnya dy lebih paham akn kemampuan player2ny,,

egypt85 said...

trbaik bro...wahai gopal king..dgr la jgk pe y pminat bgtau ni..tanpe pminat siapalh anda..jgn ego n somobong!!!

Anonymous said...

tukar coach lain je laa..ape pn xbleh..skill harimau malaya main sma je.anta bola xsmpai.main kelam kabut

tycoon said...

bro aiman, terbaik ulasan kali ini.

kita semua selalu dipesan supaya jangan lupa sejarah.. ya, memang kita tak boleh lupa sejarah tapi apa yang utama kita tak boleh terus hidup dalam sejarah.. kalau tidak inilah padahnya..

sentuh bab pemain kesayangan ni, ada fakta yang agak menarik.. kalau diteliti, ada pemain yang menjadi pilihan sejak Sukan SEA 2009 dulu masih ada dalam skuad utama hari ini walaupun performance boleh dicabar pemain2 lain, dan lebih menarik nya coach di team negerinya pun pernah merehatkan pemain2 ini, tetapi tidak bagi DKR. itu yang pelik dan itu yang menarik utk diulas.

harap pemilihan pemain lepas ni lebih telus. layak kita kata layak, kalau tak layak main kita kata tidak. jangan ada unsur pilih kasih utk memberi kelebihan 'caps' kepada pemain2 yang merosot prestasinya..

lagu dan lirik Sukan SEA 2009 dan AFF Suzuki sudah boleh disimpan dalam Arkib.

SEJARAH bukan untuk DIKENANG tapi SEJARAH adalah untuk DIULANG!!

ibun_jogho said...
This comment has been removed by the author.
ibun_jogho said...

Perth..!! Ambik ko.. Hhhah..

MAaf ckp: Ini bukan pasukan kebangsaan Malaysia, tp pasukan Kebanggaan DKR. Ini barisan kesayangan. DKR tanpa rasa bersalah mencurahkah kasih sayang yg x bbelah bg pada anak kesayangan tanpa mhiraukan pendapat ramai?

Itu dia brsn trbaik Rajagobal.. Brsn Rajagobal, bkn brsn MALAYSIA.. Ada APEK; simpan (kmudian diturunkan ketika d SNBJ), ada FARISHAM; hambat balik, ada RIZAL FAHMI; tolong jaga bangku simpanan, ada SHAKIR; wat hiasan. Yeah.. I like RAJAGOBAL.. Yeah..

Apa alasan kali ini? Alasan yg lebih konkrit, lbh keras drp tambak Johor tu.

Kawe copy paste dr FB (tp x tau post siapa yg sebenarnya);

‎"..ketiadaan NORSHAHRUL
amat dirasai,
ketangkasan APEK bkn tndingan SHARBINI,
tiada ape drpd ABDUL HADI,
masuknya FAKRI mnyakitkan hati,
kpincangan prtahanan kerap terjadi,
perjuangan HARIMAU sdah pn mati,
kini SINGA brgembira menari,
K RAJAGOPAL, APA SUDAH JADI,
ke mana perginya SHAKIR SHAARI,
bgitu juga RIZAL FAHMI,
bkn brcakap kerana NEGERI,
ini dilihat melalui PRESTASI.. ......"

Kmudian kawe sambung sndiri;

"‎..tp sayang King x peduli,
Telinga besar tp buat tuli,
Anak emas syg nk letak tepi,
Walaupun prestasi x ckup tinggi,
Matyo cedera sgera dicari ganti,
Pmain ganti yg xde semangat sengoti,
Pminat panas krn sakit hati,
Sumpah seranah x henti-henti,
King kata ini team saya, u all jgn curigai,
Apa yg i nk, tiket u kena beli,
Tiket dh beli jgn lupa mari,
Tp VVIP blh tiket peri,
Mintak je dgn FAM, jgn dibeli,
Dtg sorak ramai-ramai,
Hajatnya kmenangan nk dirai,
Tp syg impian dh lari,
Kita cuba lg lain kali,
Itupun kalu King jdi couch lagi"..

Nmpaknya skrg bukan sejarah yg dikenang, tp sejarah yg digenang. Digenangi air mata.

Apa2pun, trima ksh DKR krn sumbangan & jasa DKR slama mana mlatih skuad ngr. X kiralah anak emas ke, anak gangsa ke, anak buluh betung ke, yg ptg DKR ada jasa.

Tp skali-skala DKR kena igt la sama dgn pnyokong yg sakit2 anak2 tekak bersorak..

Terima kasih, terima kasih, terima kasih Datuk K. Rajagobal..

Anonymous said...

saya rse lg el0k sebenarnya kalau setiap match 2, setiap striker ad wing 0r defend y paham cre die main and tau cmne die nk strike..

klau anda semua perasan, ABD.HADI merupakan penjaring terbanyak LIGA SUPER tp, main je dgn MALAYSIA kurang g0l y dihasilkan!! kenapa???


adakah sebab player lain y tak bagi b0la kat die atau die y tak nak amik b0la???

sy pernah kaji game sbl0m nie, ad satu game 2 sy lupe MALAYSIA lwn ap..tp MAT YO merupakan striker bergandingan dgn SAFEE SALI, pd malam 2, sy harap sgt MAT YO dpt shoot tp b0la x penah smpai p0n kat kaki die??? pers0alannyer 0rg x bg die b0la 0r die y malas kejar b0la??

tup..tup...CHANTURU masuk!! 3 minit selepas CHANTURU masuk, CHANTURU terus je bg kat MAT YO and die cube shoot..tp x berjaya..selepas 2 plak juga hasil kerjasama antara MAT YO and CHANTURU, CHANTURU plak yg cbe masukkan g0l..tp x dpt jgk..

sy nk tny, rse2nye kan, klau la DKR amik

DAUDSU - SHAKIR - CHANTURU - SHAHRUL ..dpt x d0rg hasilkan sebuah g0l???

rse2nye x mustahilkan???

klau tgk game semalam kesian plak dkt ABD.HADI..nnmpak sgt 0rg x bg die b0la..

S.KUNALAN memg se0rg y PENTINGKAN DIRI SENDIRI!!!!die x pnh nk bg b0la kat 0rg lain..lbih2 lg kat ABD.HADI..

klau SAFEE 2 xpela c0z die dh lme main ngan MALAYSIA..

cbe amik MAZUKI - ASHAARI - HADI..
rse2nye HADI p0n dpt mengegar gawang jgk..bt0l x??

lg satu sy nk k0men pd 0rg y cakap "dh klau sedap sgt kutuk pemain, pegi main sendiri la tgk dpt sc0re x" THE STUPID WORD THAT I EVER READ!!!!

kalau k0rg bleh ckp cm2, ak nk ckp ckit, klau PENGUTUK nie jd PEMAIN..and PENGUTUK main x dapat sc0re b0la, dah PASTI nye jgk PEMAIN akan mengata PENGUTUK y main tp x sc0re nie??? bt0l x?? ad 0rg bleh jmin ke PEMAIN xkn KUTUK PENGUTUK y main b0la nie!!!


BODOH punye 0rg x reti nk pikir!!!

MHN said...

Aiman..pade dah tuh, DKR pun tak baca hak demo dok tulis tuh, kawe nak cadang kita dah nak masuk bln puasa dan sdh tentu kegiatan sukan akan berkurangan, saya nak cade demo buat posting berkaitan dgn kejohan piala Malaysia yang dijangka akan kick off pada minggu kedua bln sept. minta aiman fokuskan kepada keperluan piawaian di semua stadium, khabarnya banyak stadium yang masih belum menepati piawaian yg di perlukan olih FAM, khabarnya juga FAM tidak akan berkompromi dalam hal ini. SSMIV Kota Bharu, adalah satu2nya stadium yg termasuk di dalam kategori ini, saya minta aiman dapat buat sedikit home work batulkah apa yang di khabarkan itu. Kami tidak dapat bayangkan apa yang akan terjadi jika berita ini benar....

Anonymous said...

i tim saya..lu olang jangan kacau...

Dunia Baru said...

jgn marah brader 4:49..rileks..rileks....hehe...wpun mmg aku pun marah baca statment budak tu..ekeke..anggap jek dia tu perempuan yg tk penah turun stadium tgk bola live dpn mata...mayb tgk bola kt tb jek..tu dia komen mcm tu..hehhee

so kita yg mmg fanatik bola ni kira bagi jek can kt dia..hehhee

Cikli said...

rajagobal patut gi belajar dengan ambiga

Azremiey said...

Ringkas dan padat..ulasan yg cukup bermakna.. kata2 mudah ..tak kira siapa..samada team Rajagopal..mungkin TRW juga.. jangan biarkan ada anak emas dlm sebuah pasukan..benarkan mereka bersaing dgn sihat.. lakukan sesuatu bila prestasi menurun.. tingkatkan lagi bila prestasi memuncak..

mdfaizal said...

setuju 100% dengan apa yg bro tulis. Memang mengecewakan bila yg dimasukkan adalah Gurusamy & Fakri. Kenapa la bukan Badrol & Ashaari.. arhhhhh tensen betul.

lagi satu paling hangin dgn Aidil, Aku rasa dia tau yg dia belum 100% fit. kenapa tak terus terang ckp tak boleh main..

dan aku harap lepas ni Safiq sbg kapten dapat mainkn peranan lebih meluas.. termasuk dlm "melobi" pemain yg sepatutnya main 1st eleven...

Anonymous said...

mintak izin share bro.

cinamakanbabi said...

ni mesti oghe klate . nk kutk2 ape kehe nye . biar die buat pilihan .die lebih arif. kau ape ade .

Nasionalis1982 said...

Tuan, minta izin copy artikel ini. Kami akan linkkan.

Anonymous said...

opponent pun kaji dlu team kta sblm lwn..tuk kes sini, coach kta kna verstyle sket..safiq slh sorg playmaker dlm team..and bila dia xmasuk, coach ptutnya masukkn sorg playmaker..bru open game n xde stick ngan corak serang yg sama je..nway..gud luck Malaysian team..at least korg dh buktikan something..cuma bnda yg positif tu kta up kn lg..yg negatif tu..kta overcome..

Nazrin said...

Tiada maaf bagimu rajabebal.. serius aku benci gila dengan ego rajabebal ni... BODO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Apekata artikel admin post kat FAM @ emel K. rajagopal,atau mana2 bdn persatuan yg bila dia baca dia bgtau kat rajagopal.

Anonymous said...

Apekata artikel admin post kat FAM @ emel K. rajagopal,atau mana2 bdn persatuan yg bila dia baca dia bgtau kat rajagopal.

junsang said...

Betul kata-kata penulis... perlawanan kedua terutamanya separuh masa kedua corak permainan kita seharusnya berorientasikan menyerang.. adakah anda masih ingat ketika Piala Tiger dulu kita menang 2-1 di Geloran Bung karno tetapi tewas di tanah sendiri 4 -1 ??? .. itu kerana Indonesia menukar taktikal dengan menggunakan 4 penyerang (2 penyerang utama dan 2 penyerang tengah) sekaligus.. tapi semalam Rajagobal hanya menggunakan safee seorang... bagi saya itu lah kesilapan taktikal Ragagobal.. tambah-tambah kita tuan rumah jika menggunkana taktikal seperti itu pada separuh masa kedua pasti kita boleh hasilkan lebih banyak gol atau sekurang-kurang mengasak habis-habisan dengan formasi seperti itu sehingaa lawan melakukan kesilapan seperti penalti

HArimau_Malaysia 11 said...

sedih saya sebagai seorang peminat bola... saya lihat... kenapa tidak ada seorg pun pemain dari sabah atau sarawak dlm skuad utama? tolong lah berlaku adil......

baru belajar bolasepak said...

blajar dari kesilapan..1 pengajaran bguna utk coach..diharap x berulang d masa hadapan..

pizli.mw said...

Artikel ni saya rasa ramai orang sependapat.

rminz said...

mmg artikel yg sgt bagus...kredit pd penulis..apa yg sy blh kata malaysia kalah kerana keegoan rajabebal x nak dgr pendapat org lain...dia nk buktikan player kesayangan dia tu mmg dia x salah pilih...sy pun hairan kenapa player sama yg main...itu je kah player malaysia yg ada...betul la kata saudara kita ini bukan skuad malaysia...tp skuad rajabebal!!!!sy nk sgt org2 fam @ rajabebal sendiri baca artikel ni...semoga dapat dijadikan pengajaran kepada skuad Olimpik Malaysia..

apa-apa je said...

amat setuju dgn artikel ini. kita bercakap bukan atas soal kenegerian tp prestasi semasa pemain.

selepas tugasan ni adakah nama2 ini - norhafiz zamani misbah, marzuki yusoff, joseph kalang tie, bunyamin omar, shahrunizam mustapha akan dipanggil utk latihan skuad HM. mmg tgk ada nama2 ini ada yg berumur tp sy rasa mereka masih boleh perform kalau diberi peluang. kita bercakap soal prestasi semasa & bukan soal kenegerian. pemain2 yg saya sebutkan ini bukan dari pasukan negeri yg saya sokong.

TOKKI said...

bubuh lagi parok bro aiman..kawe rasa juak doh nga rajagobal ni..supo dia rasa hebat sgt lepas mene piala AFF tu..padahal nak buleh sapa ke level ke 2 kelayakan piala dunia ni..pemain main supo nok abih nyawo...tk nak terima pendapat peminat

Anonymous said...

Abg Mok.

Kalau KFCM diturunkan di SJB, takkan kena 5 kut. Midfield Singa Harris Harun jauh lebih berkaliber berbanding Ismail Faruqi. Aku sedih sangat coz kita memang boleh pergi jauh.. tapi pelan taktikal DR macam dah tak menjadi. Memang DR banyak buat jasa.. tapi kini macam dah anti-climaks la pulak. Chelsea pun tak ragu2 nak tukar mana2 individu yang dah mula berkarat. Biasa jer tu.
Harap admin dapat juga laporkan perkembangan skuad olimpik kendalian OKS. Harap2 yang ini menjadi.. buat pengubat duka akibat kekalahan senior kepada singa, yang tak sepatutnya terjadi.
Adoi..doi...doi..doi..doi..doi..doi

saiful aizat said...

okay, asalamualaikum kpd peminat bola sepak smua.

pertama-tama skali, saya bukan lah pandai sgt bola ni. kedua, saya bukan penyokong setia rajagobal ni. in fact saya pun tak suka dgn pemilihan player dia.

tapi, saya tak faham kenapa perlu dia letak jawatan? tak layak ke peringkat seterusnya ? atau apa?

saya faham, peminat frust, tapi player pun confirm2 frust, coach lagi lah frust.

tanggungjawab tu.. dekat 90k peminat datang. besar tanggungjawab tu.. dia bukan lah beragama islam pun, tp biasalah, confirm ada moral kan? dia pun taknak malaysia tak layak gi next round. dia pun taknak kalah, dia pun ada cita-cita sendiri.

siapa nak kalah?

jadi berbalik kepada apa yang buat fan marah sangat tadi..

first skali pasal keeper. tahukah anda khairul fahmi mmg 1st choice keeper rajagobal? habis apsal tak pilih? mamat tu injured. siyes. pegi check surat khabar 2-3 hari lepas. ada tulis apapasai tak main mamat tu.

second, defender. okay, fair. first leg diorang cam haram. taik. macam lahanat. semua taknak attack bola.

tapi 2nd leg nampak perubahan? selain dari muslim botakkan rambut, dia dah start loncat, tanduk bola, attack bola tu, sampai qiu li tu tersembam ke bawah mamat tu panjat, nasib tak foul. well at least defender dah nampak sesungguh, dari 1st leg, lalai, tak fokus.

tapi yang paling penting, sapa main dulu? Aidil. Apesal korang mcm tak nampak benda ni? Aidil ni bukan selalu pun main dengan rajagobal, sbb dia slalu guna muslim dgn fadli shas kan? pastu dah nampak gandingan cam haromm je, die tuka aidil masuk, hukuman kpd muslim.

so, fair?

kenapa tak guna player #1 dari team A, atau player #14 dari team C, atau sape sape sape? ini soalan feveret. bukan MALAYSIA je eh, INGULAN, MENYU, ARSENEL, CELSI, pun same.

john terry buat silap, tapi main, tade ape hal pun. kalau john terry dengan luiz buat salah, salah sorang kene tukar, tapi tak tuka dedue an? ape pasai?

ferdinand, dulu selalu buat hal, macam haromm. skrang? partnership dgn terry/vidic antara terbaek di iktiraf. kenapa? sbb stabil. perlukan kesefahaman. lagipun, kalau 500 000 orang nak player A dari team A main, lagi 500 000 orang nak player B dari team B main, rajagobal nak ikut sape?

kenapa rajagobal stick dgn player dia? taknak tukaq. semua dia pilih 'memenuhkan kuota je'. okay sng cite ceni la. dia percaya player tu. kalau tak percaya player, dia nak percaya apa? peminat? berbalik kpd kes tadi. kalau msia ada 24 juta rakyat, 10 juta tgk bola, sejuta nak player ni, sejuta nak player ni, sejuta lagi nak player ni, dia nak ikut mana satu?

saiful aizat said...

kita ambik contoh lagi skali la player luaq negara.. Cristiano Ronaldo. Dulu waktu beli, harga dia antara player muda paling mahal time tu. siap pakai no bekam lagi, sapa tak panas? main cam harommm. bukan setaun, 3 taun! 5-6 taun lepas tu pe jadi? rege die dari 12 juta pound jadi 80 juta pound bhai. tu sbb ape? Sir Alex Ferguson percaya dia. Kalau manager tak percaya player tu, cmne player tu nak tunjuk bakat dia? Contoh lain.. Henry. Theirry Henry. Dulu dekat AS monaco, haram, taik! Dekat Arsenel pun awal2 cam taik, tapi lama-lama jadi power gile. ape pasal? kalau ikutkan hati peminat waktu tu dah lama kena jual dah.

Berbatov.. awal-awal semua fan benci dia. season ni? 20 goal.

honestly perlu ke aku bagi contoh semua ni? semua boleh nampak kan?

kenapa safee sali main sorang2 kat depan? macam haram je sorang, takde sape nak pass bola.

tgk seken leg, hadi#14 jadi striker jugak kat depan, formation 4-4-2. apa jadi dekat mamat tu? nampak sumbangan dia? tak kan.. padahal, DIA KASUT EMAS SUPER LEAGUE? tu.. tak nampak ke, rajagobal taruk player yang terbukti berkesan di pelusuk malaysia tapi berfungsi dalam game tu? dia perlu buat keputusan.. honestly, aku rasa salah. tapi kalau dia taruk player #13 tu, dan player #13 tu cam harommm gak, akan keluar la ayat "anak emas, ego, degil"

anyway. lepastu..

kenapa tak taruk player ni player ni player ni? senang.. sebab mamat ni, dia coach negara. head coach.

kalau lah kita, yang dengkel ilmu bola ni, cakap pasal bola macam nak rak, formasi 3-5-2, yada yada, rasenye la kan..

mamat head coach yang dah ada lesen coaching tu tak terfikir langsung ke? die tak terdetik langsung? tak faham bahasa malaysia, bahasa melayu, omputih? dia tak pernah fikir formasi itu ini?

mesti lah dia pernah fikir, sbb kita yang takde lesen ni leh fikir mcm tu, bezanya.. kalau kita salah, sapa nak judge? aku pun nak khyril main. nak badrol bakhtiar main. nak tuka mahali tu, macam sial je. tapi kalau keputusan aku salah? takde ape ape kan? semua tak kisah pun.

dari dulu lagi, kita asyik tukar coach.. mcm mana nak stabil, mcm mana nak bina team untuk masa depan? at least kalau safee takde dah pasni, pelan-pelan rajagobal leh masukkan player2 yg takde org pernah terfikir nak masukkan (safiq rahim? norshahrul?)

macam mana org mcm norshahrul tu jadi anak emas dia? padahal dari dulu mamat tu forsaken, dibuang dari perak, ape semue. tapi tup tup pakai jersi no 9. sebab dia head coach.

pastu semua sanjung norshahrul.

safee, dulu mana main! yang main zaquan. sekarang pe cer?

tapi yang org nampaknye yg tak menyerlah..

dulu bertalan biksei bawak player tiger cup sampai ke suku (ke separuh tah), pastu crashed out, kene tuka, ape jadi dengan player2 tu semua? dari dulu kita asyik2 bertukar2 player, coach.. kalau salah, dia tuka le, macam muslim kene.

takpelah gagal kali ni, biar la jadi pengajaran.. biarla bebudak tu membesar.. biarla "ego" rajagobal ni tau apa yang dia buat salah..

macam daudsu, buat salah, tapi still dapat bekap dari penyokong kan? dia dah perform balik.

mcm tu la kene bekap player.. kalah je sekali dengan coach tuka.. kalau macam tu, takde nye sir alex ferguson tu dapat sir! tak menang CL, tak lepaih 19 title tu!

bukak lah minda.. aku pun kecewa.. aku in fact menangis ( tak de la teresak2, tapi mengalir air mata je ) sbb kalah.. tapi grow up.. tak semua jadi macam kita rancang..

Anonymous said...

saiful aizat, ko ckp mcm rajagopal ni cam penah wat slh je. die bukan perfect. so xyah la puji melambung. kite penah mng aff je. bkn world cup lg. xde yg perfect. mmg la die ade lesen. tu keje die. same la jgk coach2 lain dlm dunia ni. ko nk tunggu brapa lama lg br nk tgk bola msia ni maju? sanggup amik risiko lg? we need result. bknnye emotional fags.

saiful aizat said...

dia mmg buat salah, aku setuju sangat. i'm not an emofag anyway, bagi aku emofag adalah fags yang bg kneejerk reaction.

so kau nak mng wc dgn player yang sedia ada. really? betul ke player kita cukup kaliber nak buat cmtu?

kau bawak la jose mourinho masuk skalipun, kalau takat ni jugak level player kite, dia nak main defend pun takleh.

berpijak di bumi nyata lah. kau sndri tgk result rajagobal banding dgn coach sblum ni. siyes cakap, aku tak sapot pun rajagobal, tapi i'm stating the obvious.

sbb aku sure lepas ni kalau coach lain gagal, semua fans akan lament kita pernah ada si dia si dia si dia. remember p ramlee? hujung hayat sapa peduli, skarang baru nak bg tan sri bagai.

typical malaysians. pernah era coach mana pernah buat 90k penduduk msia yang putus harapan dgn bola malaysia sapot gegar stadium balik?

again, enlighten me if i'm wrong, with facts. i'd be happy if you prove me wrong.

Haqif Azmi said...

baik artikel nih.. mintok kongsi boh.. :)

Unknown said...

wah xsangka conclusion artikel ini sebiji macam yg sy fikir ketika perlawanan belum pun habis...takkala rajagopal megeluarkan attacking midfied dan gantikan defensive midfield....dan moment fakri msuk je dah tau xboleh mng...ni first time saya menyerah kalah sebelum game blum habis

Anonymous said...

Seriously who is to blamed kalau passing pon x lepas? dribbling pon x lekat. bola pon terlepas pandang. mmg itu bende yg biasa, tp seteruk msia main aritu. not even worth to be compared ngn performance derang dlu. this is a fact.

if a coach has questionable decision to trust players who didnt perform at all, nak kata player slh jgk ke? ini negara bukan club so pls stop comparing negara ngn club. england is a perfect example for that. country doesnt play as much as clubs and this is the fact.

Aku x kata pon nk gi sampai world cup. tp kita lwn singapore. bukan jepun. not even uzbekistan. Tapi kite ade momentum dan reputasi kena jaga. singapore, thailand, indonesia sume lepas. We didnt. Juara Asean n Aff x lpas. sblm ko tgk derang lwn ngn sape, kalo malaysia lwn ngn country yg derang lawan n kalah, adekah perception ko akan same?

and again this is a country not a club..

fathimuhtar said...

saya taknak comment lah pasal pemilihan pemain sebab saya sendiri tak tau performance diorang dalam training 2-3 hari sebelum game . tapi pasal anak emas tu mungkin ada jugak betulnya , kalau kita tengok prestasi amar rohidan , ismail faruqi , fakri saarani . tapi dari segi taktikal mungkin ada kesilapan dari rajagobal . sebab kita nampak sendiri corak permainan yang dia cuba terapkan tak sesuai dengan pemain yang dimasukkan . saya bukan nak tunjuk bagus atau apa apa , tapi rasanya kalau player kita rata rata tidak mampu membuat first touch dengan baik , ditambah pula keadaan fizikal yang boleh dikatakan kurang berotot , mungkin perlu mengelakkan daripada membuat hantaran tinggi , sebaliknya lebih fokus untuk menyerang menggunakan groundball . dan di setiap game kita nampak , gap yang luas di antara kawasan midfield serangan dengan kawasan forward . kadang kadang midfield kita membuat barisan selari dengan barisan pertahanan ,meninggalkan barisan serangan terkapai kapai membuka ruang untuk diri sendiri . adakah ini mentaliti pemain atau taktik yang diterapkan dalam latihan , hanya mereka yang terlibat sahaja mengetahuinya . dan berapa kali kita lihat , barisan pertahanan lawan dikucarkacrkan oleh ganding pemain tengah ? kerana setakat yang saya perhatikan (daripada perlawanan yang saya tonton, mungkin tidak sebanyak yang anda tonton)kebanyakan gol kita diperolehi daripada gerakan di bahagian sayap , hantaran daripada seorang pemain yang membuat cut inside , atau hantaran lintang rendah . jadi , adakah disiplin posisi skuad rajagobal terlalu tinggi sehingga kita jarang melihat pemain tengah kita merencana serangan berdekatan dengan kawasan D ? saya bukan nak jadi shebby , saya cuma kongsikan apa yang saya perhatikan di dalam perlawanan . Mungkin apa yang saya comment ni pun ada salahnya , sebab saya sendiri tak mempunyai pengalaman yang mendalam dalam sukan ini . Assalamualaikum .

Anonymous said...

kalau ade org nk kata aku bias..biarla..tp salah satu sbb aku tak brp nk gi stadium sbb king raja x masukkan shakir..ye aku mmg penykong red warrior tapi tak salah rasenye kalau aku nak player yg bagus main utk MALAYSIA!!!
serius aku frust!!
anyway good article. setuju dgn komen Dunia Baru, try bro Aiman forward article ni to TSAM..nk tau ape reaction..
aku tunggu jgk ape reaction FAM lepas ni..ni qualifying world cup beb!bukan qualifying sukan sekolah!
kata target nk qualify world cup tp kalau ngan spore pun tak lepas ape cite beb!!!

Anonymous said...

t0o SAIFUL AIZAT..
> k0 ckp sal KEPERCAYAAN!!

> "dia percaya player tu."

> abis player lain 2 cmne??? klau k0 ckp die percaya player 2 mknanye die x percaya r kat player lain??? cm2 mksud kau??

> lps 2 ape gune die amik player rmai2 dr sluruh negara klau setakat nk pnskn bangku simpanan 0nly and just being a spectator!! klau cm2 baik die amik player y die percaya jer!! senang cite..

> abis 2 ble die nk percayakn player lain selain 1st elevan yang selalu main nie??

> andai kata la k0 yang jd DKR, k0 tetap akn turunkan player y sama ke setelah kalah 5-3???

> SHARBINEE 2 pndai plak die tukar ngan KHAIRUL FAHMI!! y nie die pndai plak pikir tp klau psl DEFEND x pndai nk pikir plak??

> lg satu k0 samakn kite dgn player EROPAH!! c0me 0n la b0y!! mereka 2 EROPAH pnye bknnye ASIA!! klau stkt ASIA p0n dh xleh cnme nk msuk EROPAH!!

> s0alan penting ak nk tny k0, knp k0 mnat EROPAH pnyer?? sebab d0rg ENSEM? sebab d0rg BERGAYA? sebab gaji d0rg MAHAL? 0r sebab d0rg HEBAT???

> ak rse sume 0rg akui player kite HEBAT kn?? cmne k0 bleh tau d0rg2 HEBAT?? sebab k0 tgk d0rg perf0rm kn??

> abis y tak perf0rm 2 cmne?? ble d0rg bleh tunjukkan KEHEBATAN d0rg?? klau skali main 0rg sama, 2 kali main p0n 0rg sme gak!! ape nk jd ngan yang seterusnye??

> klau k0 amik cite EROPAH punyer, ak ad cite MALAYSIA pnyer..ak nk imbas kembali cerita bertahun dahulu, aku nie bkn asl KELANTAN and bukn jgk TERENGGANU tp, ak salah s0rg peminat setia NORFARHAN!! mse die main ngan MALAYSIA bersama ngan INDRA PUTRA, INDRA selalu je naik name..selalu je diturunkn dalam setiap permainan..FARHAN plak jarang sekali..

> tp tup tup, mse FARHAN j0in KELANTAN and x main ngan negara, k0 tgk cmne naik die pnye nme!! berapa kali die sc0re g0al!! sampaikn peminat sendiri x penah tahu yang die pnah wujud dlm skuad TIGER nie..mse nme die naik ngan KELANTAN baru la peminat tahu yang die penah jd pemain negara!! ak rse 0rg x pnh tahu p0n kewujudan die..and cmne KEHEBATAN die!! ak rse sedih sgt mse die keluar KELANTAN ari 2..c0z ak mnat die..ak dpt tgk keserasian die ngan player KELANTAN yang lain..ak ad bc satu artikel dlm nie, FARHAN akui rindu KELANTAN..ak dh agak dh, cmne x rindu, dgn peminat yang berpuluh2 ribu, stadium y x pnah sunyi, and di situ jgklah tempat di mana NORFARHAN menunjukkan bahawa die adlah salah se0rg pemain yang MALAYSIA b0leh banggakn sebenarnya..and ak rse smpai sekrg masih ad peminat yang menunggu kedatangan NORFARHAN ke KELANTAN bt0l x?

> sini kte bleh amik c0nt0h, klau player 2 diturunkan, barulah d0rg bleh tunjukkan skill d0rg!! klau ayik pnskn bangku simpanan jer, ble mse d0rg nk tunjkkan skill d0rg, ble mse d0rg nk tunjukkn kehebatan d0rg!! ad 0rg ckp, klau main ngan negeri hebat sgt, klau ngan negara haram x jd..cmne nk jd klau stkt pnskn bangku simpanan jer!! yang HEBAT p0n jd MERUDUM!! bt0l x?? sekrg nie player KELANTAN y aku minat SHAKIR and FARISHAM..SHAKIR memg nmpk ketenangan dalam setiap kawalan die, and percaturan yang menjadi..

> aku berd0a supaya b0la MALAYSIA akn berubah satu ari nanti!! amin!!

arongo said...

cakap senang la bro aiman,aku rasa kalau ko jadi coach pun ko pening kepala..bila kalah semua tak kena.tak apa2 la ko nie

Koya said...

rilek la, sasaran Rajagopal adalah Piala Asia 2015... menang Piala AFF 2010 hanya kebetulan sahaja. Beri dia masa... Norshahrul, Safee Sali, Safiq Rahim bukan sehebat sekarang semasa dia panggil masuk ke tim kebangsaan...

Safee Sali sebelum Piala AFF hanya bidan terjun apabila Zaquan Adha injured. Prestasi Safee Sali di Selangor ketika itu dikritik teruk fans Selangor dan ramai pertikai pemilihan Safee Sali.. Semasa Piala AFF, Safee Sali dikritik lagi kerana gagal menjaringkan sebarang gol di peringkat kumpulan dan menjadikan dia kemarau jaringan selama 2 tahun...Sekarang siapa yg x kenal Safee Sali?

beri peluang kepada pemain2 muda nie membetulkan kesilapan... biar diorang belajar daripada pengalaman...

Rajagopal adalah coach terbaik yg Malaysia pernah ada kerana telah menghadiakan dua kejuaraan yg gagal diberi oleh mana2 coach sejak 20 tahun lepas...

Sathianathan yg disebut-sebut oleh beberapa org utk ganti Rajagopal dah banyak kali gagal, Sukan SEA 2007 dia gagal di peringkat kumpulan, Piala AFF 2008 pun gagal di peringkat kumpulan, kelayakan Piala Asia 2011 pun gagal lepas dibelasah teruk UAE 5-0 di tempat sendiri...

Rajagopal baru gagal ke R3 kelayakan Piala Dunia, bukan kegagalan bagi aku sebab Malaysia belum pernah layak ke R3 kelayakan Piala Dunia. Jadi xde apa yg nak dihairankan...

Anonymous said...

Wey.. saipoi azat tu sebeget seng ker ?

Ibu Ammar said...

setuju banyak untuk entry ni, ketua jurulatih main peranan penting membentuk pasukan yang mantap.

cuba tengok jurulatih skuad Olimpik bentuk pasukan masa lawan Chelsea?. hampir saja Chelsea dimalukan 0-0. cuma nasib baik ada gol kontroversi.

banyak silap pada percaturan raja gopal masa 1st leg kat singapura.
sampai kita bolos 5 gol?

taktau sangat soal anak emas atau bukan, tapi pelik kenapa badrol n ashari samsudin langsung tak turun,kesian weh kat safee sali macam nak pengsan carik gol.

dan kita mungkin takde rezeki kali ini bila Safiq Rahim dikenakan kad merah. idlan talaha n aidil pulak injured. mmg beri impak pada team malaysia.

apapun, majulah sukan bola sepak untuk negara, kepada Rajagopal, belajarlah dan ambik pengajaran daripada kekalahan kita di match ini.

Anonymous said...

ni bkn soal hairan tp peluang yg terlepas..laluan utk ke next round agak ringan kali ni-singapore..utk wc 2018,lum tentu lg kita akan dpt laluan mudah mcm ni.kena lwn big brothers(jepun,korea,australia,iran...) awal2 lg,mmg 2nd round pun lum tentu lps..penyokong kecewa bila peluang ni dilpskn begitu je..

mankaran said...

kesilapan besar rg apabila secara tiba2 meletakkan seorang pemain yang tidak mempunyai pengalaman di pentas antarabangsa dalam 1st eleven utk mengemudi bahagian tengah/enjin/nadi skuad negara. lagi2 pula menggantikan tempat kapten berpengaruh menambahkan kegugupannya. dengan ketinggian yg tidak tinggi bagaimana dia mampu menyaingi pemain import singapore ketinggian > 1.8m mmg menyebabkan kita sering kalah perebutan bola udara. 'surprise' rajagopal inilah yg pada pandangan aku banyak kali memberi masalah. ketika AFF amri yahyah dimasukkan 1st 11 secara tiba2, wlwpun dipanggil ke kem kebangsaan di saat2 akhir, hasilnya kita dikalahkan oleh indon 5-1. kemudian helmi rameli lwn taiwan, dikeluarkan baru beberapa minit akibat gugup. dan sekarang Ismael faruqi juga main sbg 1st 11 wlwpun dipanggil saat2 akhir menggantikan seorang pemain yg cedera ,,,, dan selepas ini siapa pula????????

Anonymous said...

1 artikel yg membina utk masa depan bolasepak negara kita... setuju 100 % tentang ap yg diutarakan...Cuma nak bagi pendapat gak... Malaysia seharusnya sudah mampu mencabar pasukan bolasepak terkuat Asia ketika ini kerana kita mempunyai pemain-pemain yg berpotensi besar tetapi tidak diberi peluang beraksi ats sebab tertentu... Kelesuan pertahanan Malyasia ketika menentang Singapura jelas ketara & kita sendiri rasa xdapat duduk senang melihat persembahan kurang matang yg ditunjukkan..jelas kehadiran skuad Senior Malaysia diperlukan untuk menerajui barisan pertahanan & tengah serta pemain pertahanan berpotensi yg mewakili pasukan negeri perlu diberi peluang menyarung jersi kebangsaan..gunakan segala pemain yg ada!!! Janganla MENANG SORAK TAPI MARUAH BOLA SEPAK NEGARA TERGADAI...

Anonymous said...

haha.. kereta kancil nak race dengan bm. nampak macam laju tapi hampehhh..

Anonymous said...

ismail faruqi la kereta kancil tu.

Anonymous said...

Rajagobal telah gagal sejak selepas AFF Suzuki lagi..

Tewas lawan Indon (2nd leg final di Bung Karno)..

Seri dgn Etoile FC
Menang Taiwan 2-1, kemudian...

Tewas lawan Taiwan 3-2 (tp layak 4-4 agregat)

Tewas dgn Arsenal 4-0
Tewas dgn Liverpool 6-3

Hanya menang lawan Myanmar 2-1 di Kota Bharu di mana aku rasa itulah barisan yg lebih baik patut bermain termasuk Ashaari perlu diletakkan bersama.

Anonymous said...

Ayoo apa dia ingat dia satu worang saja mau maang ka? apa dia satu worang saja ada visi 2015 ka? apa dia 1 worang saya tau pasai itu bola bola ka ? apa dia 1 worang saja ada lesen ? apa dia ada kenai suma pmalaysian players ka ? apa dia ada banyak bagoih ka ? apa worang lain punya pandapat suma bodo ka ? dia ingat lain worang mau kasi lingkup tiger ka ? ayo..yo.. poodah cit..

Anonymous said...

sasaran rajagobal mungkin piala asia 2015 tapi dgn barisan player terbaik yg kita ade dalam msl skrg ni, kite PATUT LAYAK KE KELAYAKAN PIALA DUNIA..tapi sygnya barisan player2 terbaik tersebut tidak dimanafaatkan sebaliknya player2 yang failed untuk perform dgn negeri (sbhagian besar) yg mendapat tempat sbgai ANAK EMAS seterusnya mereka ini failed utk perform juga dgn harimau malaya. alasan rajagobal mudah, supaya ANAK2 EMAS ini mendapat pendedahan secukupnya dan ready utk piala asia 2015. jadi seteruk mana mereka beraksi, mereka tetap mendapat tempat di 1st 11 rajabobal.

siputtubro

Anonymous said...

yeala, kalau guna akal sikit jer pasti berjaya. sayang seribu kali sayang. dah 2 hari berlalu.. aku masih terkilan atas kebebalan mu. oh tidakkk... olympic team cepatla main. aku dah ketagih nak tengok malaysia sebenar. kalah dengan samurai pun takpa, tapi dengan singa tua sungguh menyayatkan. tak patut, patut.. giler aku dibuatnyer.

abuhusin said...

artikel ni terlalu kenegerian dan taksub pada pemain team kesayangan.. semua pemain yg anda sebutkan telah diberi peluang beraksi dalam friendly.. shakir, ashaari, rizal, farisham... semua dah diberi peluang.. rajagopal takkan menilai keputusan perlawanan utk menentukan kesebelasan utamanya.. dia lebih utamakan pemain mana yg memenuhi taktikalnya.. jadi bagi aku kalau masukkan shakir ke.. rizal ke.. aku rasa lebih teruk malaysia kena..
badrol score masa lawan myanmar.. tapi permainannya masih tidak menyerlah.. begitu juga masa lawan taiwan 1st leg.. dia gagal memainkan peranan.. shakir juga masuk as sub masa lawan taiwan.. tapi gagal bagi impact.. jadi tolonglah jangan berfikiran begini.. semua pemain diberi peluang beraksi terutama ketika lawan kelab epl.. dan rajagopal memilih pemain terbaiknya berdasarkan perlawanan2 tersebut dan semasa latihan... dan bukannya aksi masa liga super kerana bukan dia yg melatih liga super tersebut..

artikel yg tidak matang..!

TigerJoe said...

Comment2 termasuk artikel ni nampak sgt semangat kenegerian. haha. xpe la, siapa xnak player negeri masing2 main dlm team negara? aku fan Selangor pun akui kalau boleh nak tgk acong main defend. tp hakikat sebenar banyak lg talent2 lain lg lg bagus terutamanya dr sabah sarawak utk posisi pertahanan.

Korang semua ni tgk dev game MSL tak? kalau takat tengok team fav sendiri je main mmg la tu je yg kau rasa terbaik. Lg yg langsung tak tau pasal MSL tu. takyah comment la boddo.

Apa-apa pun coach raja ada plan sendiri. plan jangka panjang. Kalau berjaya aku sangat bangga kalau gagal aku tetap di belakang Harimau Malaya.

Anonymous said...

Masa malaysia seri dgn Etoile FC, ashaari main dgn cukup baik. Nampak sangat dia boleh main kat padang besar tu, tapi bile lawan singapore, dia tak main sedangkan dia main okay kat padang camtu.

Anonymous said...

perkara tu ade benarnye, tp k rajagobal la jurulatih, mungkin die adehttp sbab tersendiri..http://behindtherainbows.blogspot.com/2011/07/k-rajagobal-tetap-k-rajagobal.html

Anonymous said...

Rajagobal perlu bertanggungjawab atas kekalahan Malaysia...dia sudah nampak pertahanan rapuh..tapi masih masukkan pemain pertahanan dan goal keeper yang sama..

Masa di Singapura sepatutnya goalkeeper dan defend ditukar dalam separuh masa kedua..

Selepas Safee Sali jaringkan gol, sepatutnya defend kena banyak bertahan..bukannya naik ke atas...Dengan pemain 'import' boroi pun tak boleh lepas, jangan harap nak masuk Piala Dunia..

Pecat Datuk K.Rajagobal dan pengurus...

Anonymous said...

pade la duk ngomen nyo nok [oso doh ni

Anonymous said...

selamat berposo untk blako blako

taik itik said...

abuhusin..pmain selain "ank emas" di beri pluang.bila? lwn myanmar?liverpol?arsenal? ok.kita tgk masa lwn myanmar,shakir d ganding kn dgn safiq rasa2 yg paling mantap,xde bola tggi dr defender terus ke forward.smua mlalui tgah. lwn arsenal ? seingat aku shakir main 10-15 last minit.sempat ke nk mnilai performance dia dgn xsmpi 20min main? lwn liverpol.x turun lansung even sub. so,x adil la kalau Rajagobal beri dia main 15 min pastu terus ckp dia x layak.

untuk ashari ngn badrol xtahu lh nk ckp.tp sekurang2 nya mereka ptut main lh wlopon sbg pmain gantian sbb experiance ngn skil down lg baik compare fakri.Tp untuk defensive midfilder ak rase yg terbaik skrg adlah shakir shaari bkn sbb aku 1 negri ngn dia tp sbb mmg dia bleh handle bhagian tengah ngn baik ,rmai gak membe2 ak dr negri lain ckp dia bagus compare ngn "ap ntah nama mamat 2 a.k.a salah sowg ank emas Rajagobal "

penyokong bukan lalang, tapi penyokong kecewa said...

aku tak nampak di mana kenegerian yg dikatakan sesetengah pengomen yg pandai bercakap, tapi tak reti menilai --> ashaari (terengganu), baddrol (kedah), shakir (kelantan) ...tiga negeri berbeza, so di mana kenegrian?????????? bangsat2 sekalian tolonglah jawab..asrarudin (selangor) boleh diganti azmin (kedah), kenegerian ke? aku tgk artikel ni bercakap prestasi player, amar, ismail faruqi, tak perform, bukan nak cakap suh masuk player kelantan la bodoh pundek sekalian...lainlah kalau dia cakap kena masuk player kelantan baru boleh menang, barulah korang buleh cop kenegerian, ntah pape la korang ni, dia cakap nape tak masuk ashaari, baddrol, shakir tiga pemain dari tiga negeri berbeza pun still nk cakap kenegerian memang dasar bodoh taktau pasal bola la korang ni, gi baca rembat nukilan rizal hashim, pun cakap benda sama, korang jer takleh trima kononnya fanatik, cibai la lu ... aku sokong artikel ni, bukan sebab aku penyokong trw, tapi sbb aku nk player yg layak jer main tim malaysia..

Ash said...

kita orang biasa x mampu berbuat apa2..berteriak lantang mcm mana pun tidak akan merubah apa2...

Anonymous said...

kita tak kalah , hanya baru seri....

kita target kejohanan lain, bukan kjohanan ini......

saya nak bereksperimen lagi.....

RAJAGOPAL

Anonymous said...

Gua msh x puas hati n depress...

Gua nk tpl satu dunia

Mkn Oman cancel coz pikir x bebaloi lwn team rajag.
Dgn Singapore dgn percaturan die ni pn klh, ni kan Oman.

Ni pdpt gua (panassss ooo)

Sokongan bukan x patriotik atau bermusim tp sbb sayangkan peluang Harimau Malaya:

1. Bila lg ada peluang lwn yg x terlalu sukar ke pusingan seterusnya?? Mkn lepas ni x dpt lg team semudah Singapore.

2. Mkn peluang terakhir utk player terbilang mengembangkan potensi tahap lbh kompetitif (World Cup Qual.) kerana faktor umur ie: Safee, Mat Yo etc. Lps ni ada npk pengganti???

3. Player terpilih dilihat bukan berdasarkan merit n x terbukti/ terpilih pun dlm prkt lbh rendah eg: Guru.... , etc. dan terbukti x pernah perform eg: Fakr.
Jadi fikirkan ANDA pilih atas FAKTOR APA???

4. Paling penting DGN. SIAPA KITA KALAH??? Negara kecil berpopulasi kecil atau serpihan KITA. x kira la ada "import" ke coz bukannya hebat mana pun.

Jadi fikirkanlah. Mmg pemain dh buat yg terbaik TAPI yg boleh diperhalusi/ pertikai adalah PERCATURAN / TAKTIKAL rajag.

Sori klh ngan Singapore buat brutal pun rasa nk nangis...

Anonymous said...

Rindu rasanya nak tengok Ashaari bermain.Huhu...,fikir-fikirkanlah Rajagopal..

~Cebagoo Market~ said...

Dapatkan jersi pasukan kegemaran anda di sini,
http://cebagoomarket.blogspot.com/

Jersi harimau malaya, jersi EPL dan kalau nk jersi pasukan negeri, sila request ke cebagoomarket@hotmail.com...

Like our fb page https://www.facebook.com/cebagoomarket

Jual Sepatu Online said...

terbaik la artiket nih weh....