Meskipun masih
dihimpit masalah kecederaan berulang di pergelangan kaki ditambah kecederaan
bahu yang baru dialami pada awal Mei lalu, gimnas artistik serba boleh, Tracie
Ang tidak melihat ia sebagai alasan untuk meminggirkan diri daripada sesi
latihan dan tetap bersemangat untuk sekali lagi mempamer kelibat di temasya
Sukan Malaysia.
Permata
gimnastik negara yang akan membawa cabaran Melaka ini tidak menafikan masalah
kecederaan sedikit membataskan perjalanan kariernya namun berkata ia tidak sedikitpun
menjejaskan moralnya dan tidak akan berputus asa untuk kembali bangkit.
“Dengan
kecederaan yang saya alami ini, saya belum pasti sama ada akan bertanding atau
tidak di SUKMA, saya perlu lihat bagaimana keadaan saya tetapi jika diberi pilihan,
sudah tentu saya mahu bertanding.
“Saya tidak
boleh terburu-buru dan perlu mendapatkan nasihat doktor. Untuk kembali bangkit
memang satu cabaran besar tetapi semangat saya tetap kuat.
“Masih ada lebih sebulan jadi saya harap
kecederaan ini akan pulih sebelum tempoh itu. Saya mungkin tidak menyertai
kejohanan di Singapura awal bulan Jun nanti untuk tumpu pada proses pemulihan, jadi
SUKMA adalah kejohanan yang terdekat selepas itu. Bagi saya, SUKMA adalah
medium paling relevan untuk mencuba kemahiran atau teknik baru,” katanya.
Untuk rekod,
gimnas berusia 20 tahun ini adalah antara sandaran utama skuad gimnastik Melaka
setiap kali berlangsungnya SUKMA – pada 2004 di Kedah ketika berusia 11 tahun,
Tracie menyumbang dua pingat emas manakala satu pingat emas masing-masing pada
2008, 2010 dan 2012.
Manis sungguh budak ni :) |
Tracie
sebelum ini tersisih sepanjang tahun 2011 akibat kecederaan pergelangan kaki
dan seandainya gagal pulih menjelang tempoh SUKMA bermula, skuad gimnastik
artistik Melaka bimbingan bekas jurulatih kebangsaan, Mikhail Gutsalyuk akan
menyandarkan harapan untuk merampas semula pingat emas berpasukan yang terlepas
tahun lalu di bahu Tan Ing Yueh, Chong Yan Ling, Deifrin Choo Hui Sin, Yap
Chien Wen dan Emily Tan Voon Ling.
No comments:
Post a Comment