Jurulatih skuad elit gimnastik
kebangsaan, Nurul Fatiha Abdul Hamid mahu anak buahnya yang akan mewakili
kontijen negeri masing-masing pada Sukan Malaysia (SUKMA) bulan depan
menjadikan kejohanan itu sebagai platform terbaik untuk mempersiapkan diri bagi
menghadapi beberapa kejohanan besar yang akan disertai sepanjang tahun ini.
Menurut Nurul Fatiha, bekas
gimnas kebangsaan yang turut mencipta nama di pentas SUKMA dengan meraih keseluruhan
tiga pingat emas di tiga edisi SUKMA iaitu 1998, 2000 dan 2002, temasya yang
akan berlangsung dari 28 Jun hingga 7 Julai ini akan memberi ruang buatnya
untuk memantau secara teliti prestasi 6 atlet yang berlatih di bawahnya.
nurul fatiha pada suatu masa dahulu ... |
“Selepas balik dari Singapura,
mereka akan kembali ke kontijen negeri masing-masing untuk SUKMA. Tapi
sepanjang kejohanan berlangsung, saya akan sentiasa memantau mereka. Saya tidak
meletakkan tekanan ke atas mereka untuk beraksi cemerlang, kerana tujuan kita
adalah memberi pendedahan.
“Oleh sebab acara ini tak
dipertandingkan di Sukan Sea Myanmar, maka fokus saya adalah untuk Kejohanan
Dunia pada hujung September dan saya percaya SUKMA adalah salah satu peluang
untuk mereka menimba pengalaman dan mendapatkan keyakinan untuk beraksi di
temasya lebih besar,” kata Nurul Fatiha yang juga pemenang 6 pingat emas di
tiga temasya Sukan Sea (2001, 2003 & 2005).
6 gimnas yang berada di bawah
bimbingan Nurul Fatiha, diketuai dua gimnas senior iaitu Tracie Ang, Farah Ann
Abdul Hadi, Tan Ing Yueh, Nur Elli Elina Azmi, Nor Azira Aziri dan Rachel Yeoh.
tracie ang |
farah ann |
Manakala
Ing Yueh yang akan menggalas cabaran Melaka mencipta kejutan dengan memenangi
pingat emas individu keseluruhan juga pada SUKMA yang lalu dengan mengetepikan rakan
sepasukan, Tracie sementara Rachel pula disandarkan harapan oleh kontijen dari
Borneo, Sabah.
No comments:
Post a Comment