Perkembangan terbaru ...
Persatuan Bolasepak Johor tampil membidas keputusan Jawatankuasa Pertandingan FAM yang memutuskan untuk meneruskan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor dengan kehadiran penyokong.
Dalam satu kenyataan media yang dihantar sejurus tamat mesyuarat pengelolaan semi-final petang tadi, mereka berkata FAM perlu bersikap neutral di dalam mentadbir bolasepak Malaysia.
"Sebab utama perlawanan diadakan di gelanggang neutral agar ianya adil kepada kedua-dua pasukan. Kita perlu ingat bahawa Pahang telah DIHUKUM kerana gagal menyediakan kawalan keselamatan yang baik ketika perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada 28 Mei. Sekarang mereka diberi pula keistimewaan untuk menjadi tuan rumah di Bukit Jalil dengan tambahan penonton yang akan mencecah 80,000.
"Dengan hasil jualan tiket akan masuk ke kantung Persatuan Bolasepak Pahang, ini boleh dikatakan sebagai hadiah kepada mereka, bukannya hukuman. Persatuan Bolasepak Johor meminta perlawanan diadakan tanpa penyokong kerana keselamatan penonton, kerana keadaan masih lagi tegang dan panas. Nampaknya, FAM lebih berminat untuk tolong Pahang buat duit, berbanding memikirkan keselamatan penyokong."
Kenyataan tersebut juga mempertikai tentang agihan tiket 60,000 kepada pihak PBNP, manakala 20,000 untuk dijual secara terbuka selain kenapa perlunya penyokong JDT pula yang membayar lebih untuk menyaksikan perlawanan itu - mengambil kira kos pengangkutan, tenaga dan lain-lain.
"Sekiranya terjadi apa-apa kejadian tidak diingini, siapa yang akan bertanggungjawab, FAM atau Pahang? Sekiranya kejadian yang sama berlaku di Larkin, Perak atau Selangor, atau mana-mana sahaja pasukan apakah keistimewaan menggunakan Bukit Jalil akan diberikan kepada mereka juga? FAM seolah cuba membantu Pahang, mungkin ada kepentingan peribadi antara FAM dan Pahang.
"Jika mereka tidak adil dalam pengagihan tiket, mungkin juga mereka tidak adil dalam perkara lain. Mungkin juga pengadil akan bersikap tidak adil kerana mereka adalah di bawah FAM."
Adakah JDT akan mengambil keputusan untuk tidak beraksi?
Kesimpulan : Presiden FAM adalah Sultan Pahang ...
Tiket 80,000 x RM 15 = RM1.2 juta
Tolak denda - RM 100,000
Keuntungan bersih Pahang dapat ekoran insiden tempoh hari : RM1.1 juta
Untung RM1.1 juta ni dikira sebagai hukuman atau ganjaran
Tetapi, apa yang menjadi persoalan adalah, ketika mesyuarat berlangsung petang tadi, apabila ditanya sama ada pihak PBNJ berpuas hati dengan keputusan yang dibuat, mereka berkata berpuas hati dan tiada masalah cuma sedikit peka dengan pengagihan tiket.
Jadi, kenapa pula bersuara selepas segalanya dimuktamadkan? Atau mendapat arahan khas dari TMJ pada saat akhir? Apa sekalipun, kata-kata TMJ bahawa keselamatan penyokong perlu diutamakan adalah sangat tepat, sesuatu yang tidak tercapai dek akal oleh individu-individu dalam FAM.
Kepada JDT juga, pasukan-pasukan lain sudah lama melalui situasi ini - Kelantan paling utama, gelanggang tak dapat diguna kerana bencana alam pun boleh diisytihar sebagai kalah dan diberi kemenangan percuma kepada KL PLus 3-0, Sarawak pernah didenda beraksi tanpa penyokong, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah semuanya pernah merasa situasi ini.
JDT baru ditubuhkan, ia bukan Johor atau Johor FC, pengurusan totally baru, so berjinak-jinakla dengan kerenah FAM, banyak lagi akan dilalui.
Kepada JDT juga, pasukan-pasukan lain sudah lama melalui situasi ini - Kelantan paling utama, gelanggang tak dapat diguna kerana bencana alam pun boleh diisytihar sebagai kalah dan diberi kemenangan percuma kepada KL PLus 3-0, Sarawak pernah didenda beraksi tanpa penyokong, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah semuanya pernah merasa situasi ini.
JDT baru ditubuhkan, ia bukan Johor atau Johor FC, pengurusan totally baru, so berjinak-jinakla dengan kerenah FAM, banyak lagi akan dilalui.
1 comment:
bagi aku tak adil kalau main kat Bukit jalil - stadium berkecuali. Patutnya main dekat darul makmur dengan kawalan ketat dari awal. Peminat JDT tak payah datang la. TGK tv je kalau rasa tak selamat.
kalau nak main stadium kosong? ni bukan nak romen fazura, taknak org lain tengok. ni Bolasepak derrr..
penyokong pahang tak pernah fullhousenya stadium besar macam shah alam, bukit jalil.Sejarah dah beritahu.
penyokong gaduh bukannya perkara baru.bukan berperang - sejak zaman dulu lagi. biasalah, nama pun bola.
JDT baru rasa 'kemeriahan' bolasepak dah feel macam-macam. Pemain2 JDT ramai dah rasa baracuda military indonesia. apadehal stadium darul makmur.
ketegangan hari tu kerana banyak sebab - melibatkan hanya segelintir. kalau satu stadium macam tu selamat ker fan johor...
kita malaysian, still ramai rasional dari gila.
Post a Comment