Minat mendalam terhadap aktiviti kebajikan dan sukarelawan membawa
Izyan Zafirah Abdul Rahman terlibat sekali lagi sebagai salah seorang
sukarelawan yang akan membantu melicinkan perjalanan Sukan Malaysia (SUKMA)
tahun ini.
“Saya terlibat di dalam aktiviti sukarelawan ini sejak dari bangku sekolah lagi, saya berasa puas apabila dapat terlibat sama dalam kerja-kerja amal. Malah, ketika di UTM dulu, saya aktif bersukan. Saya bermain Sofbol dan dari situ secara langsung seringkali dipanggil untuk menjadi sukarelawan di kejohanan-kejohanan sukan berprestij.
Bertugas sebagai Pegawai Tadbir Gred N41 di Kementerian Pertahanan,
gadis genit berusia 25 tahun lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai
ini tidak menjadikan kesibukan tugas sebagai alasan untuk menjauhi aktiviti
khidmat masyarakat dan ironinya, dia bukanlah asing dalam bidang ini dan
merasakan satu kepuasan apabila dapat melakukan kerja amal.
“Saya terlibat di dalam aktiviti sukarelawan ini sejak dari bangku sekolah lagi, saya berasa puas apabila dapat terlibat sama dalam kerja-kerja amal. Malah, ketika di UTM dulu, saya aktif bersukan. Saya bermain Sofbol dan dari situ secara langsung seringkali dipanggil untuk menjadi sukarelawan di kejohanan-kejohanan sukan berprestij.
“Penglibatan saya sebagai sukarelawan di temasya sukan bermula ketika
AUG 2008 yang berlangsung di ibu negara apabila saya ditugaskan sebagai pegawai
Liason (perhubungan) untuk kontijen Timor Leste. Saya membantu menguruskan
segala apa yang diperlukan dan saya suka untuk melakukannya, ia satu pengalaman
yang menarik.
"Dari situ, minat saya untuk terlibat sebagai sukarelawan di temasya sukan bertambah dan sejak saya melibatkan diri dalam sukarelawan ini ramai kawan-kawan telah saya tarik untuk terlibat sama dalam program berbentuk sukarelawan. Saya melakukannya bukan untuk mencari nama dan tidak mengharap apa-apa kerana niat saya adalah mahu melihat lebih ramai generasi muda menjadi seorang sukarelawan," kata Izyan.
Ini adalah kali kedua Izyan akan terlibat sebagai sukarelawan SUKMA selepas kali pertama pada 2011, juga di Kuala Lumpur.

Dia yang ditemui ketika menghadiri Kursus Intensif MySukarelawan di
Bukit Jalil turut berkata pada hakikatnya ramai belia di luar sana yang
berminat untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti ini tetapi tidak
diberi pendedahan wajar malah ramai yang tidak tahu bagaimana caranya mahu
terlibat sama.
Seramai 350 sukarelawan akan terlibat di dalam menjayakan penganjuran
SUKMA ke-16 tahun ini yang akan berlangsung dari 28 Jun hingga 7 Julai depan
dan Izyan tidak sabar untuk menantikan temasya bermula untuk sama-sama merasai
satu lagi pengalaman hebat dapat memberikan khidmat kepada para atlet mahupun
pegawai pasukan.
No comments:
Post a Comment