Pautan Suara Sukan

Monday, April 30, 2012

Kami Sedia Terap Formasi 8-1-1 Untuk Ke Final Piala FA


Jangan terkejut andai pasukan berstatus kelab, Sime Darby FC yang akan turun menentang juara bertahan, Terengganu, pada aksi timbal balik separuh akhir malam esok, menerapkan formasi negative 8-1-1 untuk merealisasikan hasrat muncul kelab pertama beraksi di final Piala FA.

foto kredit : ganusoccer.net (GSN)
Bukan mencetus andaian, tetapi ia diakui Ketua Jurulatih pasukan SDFC itu sendiri, Ismail Zakaria, yang berpendapat dia tiada pilihan lain selain melakukan apa yang ‘lazimnya’ dilakukan mana-mana jurulatih yang berada di situasinya iaitu menerapkan formasi bertahan untuk mempertahankan kelebihan 1 gol yang dibawa pulang dari Kuala Terengganu minggu lalu – mengambil kira status pasukannya yang dilabel underdog.

“Terengganu perlukan paling kurang 2 gol, dengan barisan depan mereka yang hebat, tidak mustahil mereka akan all-out untuk mencari kemenangan, kita sedar reputasi Terengganu selaku pasukan dari Liga Super yang juga juara bertahan, tetapi sekarang kami memiliki kelebihan 1 gol, saya memikirkan strategi terbaik adalah bertahan habis-habisan, ini sahaja pilihan yang kita ada jika mahu mengecewakan mereka, saya tidak kisah untuk meletakkan 7 atau 8 pemain di barisan pertahanan, asalkan keputusan berpihak kepada kita..”.

“mungkin ada yang akan beranggapan kami merosakkan permainan bolasepak dengan taktikal sebegitu, tapi saya tak rasa ia satu kesalahan, ia cuma satu daripada strategi permainan, setiap pasukan ada cara mereka, Chelsea singkirkan Barcelona pun dengan cara sama, jadi jangan kata ia taktik kotor..”. – Ismail Zakaria.

Ismail mengakui taktikal sebegitu sudahpun pernah diterap sebelum ini di mana ia membuahkan hasil, termasuklah ketika menyingkirkan dua pasukan Liga Super, Sabah dan Johor FC, namun menegaskan dia tidak memandang mudah Terengganu, yang memiliki antara barisan serangan terbaik Liga Malaysia dengan adanya Ashaari Shamsudin, Francis Forkey Doe, Abdul Hadi Yahya. (Manaf Mamat cedera).

Memburukkan situasi di kem SDFC, mereka akan turun tanpa penyerang import prolific, Patrick Ronaldingo Wleh yang menjalani penggantungan, namun Sang Penyu tetap perlu berwaspada dengan kelibat bekas pemain Perak, Razali Umar Kandasamy yang pastinya berpotensi menjadi duri dalam daging buat barisan pertahanan mereka, andai diturunkan.

SDFC akan melayan kunjungan Terengganu di Stadium Selayang malam esok, berbekalkan kemenangan 2-1 pada perlawanan pertama, manakala dalam satu lagi perlawanan, Kelantan berkunjung ke Alor Star menentang tuan rumah Kedah.

Kelantan turun dengan misi wajib menang selepas keputusan seri 1-1 di laman sendiri memberikan kelebihan gol di tempat lawan kepada Kedah, bermakna Wan Jamak hanya perlukan keputusan seri tanpa jaringan untuk menyingkirkan Kelantan, namun dalam masa sama, sekiranya perlawanan berkesudahan 2-2, iajuga memadai untuk membawa Kelantan ke final ketiga dalam tempoh empat tahun..

Sunday, April 29, 2012

Mat Zan Optimis Terengganu Bangkit, Nafi Doe Digantung


Orangnya mudah didekati, senang dibawa berbicara, senang berkongsi cerita, seorang yang cukup humble, itulah Mat Zan Mat Aris, Ketua Jurulatih Terengganu yang kini berdepan tekanan berat untuk mengembalikan reputasi hebat Sang Penyu selaku satu daripada kuasa besar bolasepak tanah air.

Ketika dihubungi SS, Mat Zan jelas tidak keberatan untuk berkongsi pandangannya mengenai peluang Terengganu yang sedang dalam usaha pulih daripada prestasi lesu, dan optimis naib juara liga super dan finalis Piala Malaysia musim lalu ini akan bangkit mempamer aksi lebih bertenaga selepas ini.

“pada saya, saya tak suka banyak berbicara, cakap camgitu camgini, sebab at the end prestasi pemain yang akan menentukan, so biar pemain buktikan bahawa mereka bagus. Saya sebagai jurulatih takboleh cakap sesuatu yang mungkin memberikan tekanan kepada pemain, saya boleh tentukan line-up, tentukan strategi, tentukan formasi mahupun taktikal, tapi yang mengaplikasikan di atas padang adalah pemain, dan saya yakin terhadap pemain saya, saya beri mereka peluang dan kepercayaan penuh..

“saya akui moral pemain sebelum ini ada yang terjejas ekoran beberapa insiden luar padang, seperti bantahan dan desakan penyokong, provokasi dan sebagainya. Namun tak semua penyokong macam tu, ada juga memberi sokongan penuh, dan pemain juga faham tanggungjawab, apa yang perlu mereka lakukan, kemenangan besar ke atas Song Lam sedikit sebanyak mengembalikan semangat mereka, dan saya mahu ia menjadi turning point untuk skuad ini..”. – Mat Zan Mat Aris.

Mat Zan percaya pemainnya juga sudah bersedia menterbalikkan kekalahan 1-2 kepada Sime Darby FC pada aksi separuh akhir pertama Piala FA tempoh hari, di mana Terengganu perlu mencari setidak-tidaknya kemenangan melebihi defisit 2 gol untuk mara buat kali kedua berturut-turut ke final seterusnya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu.

Tanpa Manaf Mamat yang diberitakan masih dalam proses merawat kecederaan, Mat Zan bagaimanapun yakin dapat menurunkan barisan kesebelasan terbaik dan dijangka sekali lagi menagih kudrat trio berbisa di barisan depan, Ashaari Shamsudin - Forkey Doe – Hadi Yahya.

Ditanya mengenai kontroversi di sebalik pengantungan yang sepatutnya dijalani pemain import, Forkey Doe, namun diturunkan pada separuh akhir pertama yang lalu malah menjaringkan gol penyamaan, Mat Zan menafikan perkara itu dan menganggap ianya hanya salah faham.

“saya rasa ianya salah faham, sebelum ini saya kata kita tidak dapat guna khidmat pemain seperti Ismail Faruqi, Zubir Azmi, Forkey Doe dan Manaf yang mana menjalani pengantungan dan kecederaan. Jadi pengantungan tu saya merujuk kepada Ismail dan Zubir, Doe dan Manaf pula kecederaan, itu jer, mungkin ada berlaku salah faham, dia tidak digantung cuma cedera ringan, tempoh hari kita terpaksa juga turunkan Doe sebab tiada pilihan lain, manakala Manaf pula saya berpendapat adalah tidak elok mengambil risiko memandangkan dia belum pulih sepenuhnya..”.

Terengganu baru-baru ini mengesahkan tiket ke pusingan kedua Piala AFC selepas membelasah Song Lam 6-2 di gelanggang sendiri, dan berada di tangga ketiga Liga Super di belakang Lions dan Kelantan, manakala dalam saingan Piala FA, mereka di ambang tersingkir selepas tewas di gelanggang sendiri kepada Sime Darby, namun berpotensi mengubah situasi itu jika para pemain mengekalkan konsistensi dan menunjukkan aksi sepertimana ketika membenam kelab dari Vietnam itu..

Belum Masa Untuk Dabik Dada


foto : Bernama

Bagi yang membayar RM20 untuk menyaksikan perlawanan menentang Sri Lanka sebentar tadi, mungkin keputusan 6-0 adalah satu justifikasi tepat bagi harga mahal yang dibayar anda untuk sebuah perlawanan ‘bertaraf A’ yang pertama di laman sendiri, dan yang kedua tahun ini selepas Filipina di tempat lawan bulan lalu.

Sebagai rakyat Malaysia, penulis berkongsi rasa gembira di atas kemenangan skuad Harimau Malaya, meskipun sebelum perlawanan bermula ada juga timbul keraguan mampukah skuad ini mengelak daripada diaibkan team di ranking ke-181 dunia, dan tahniah kepada semua pemain di atas kemenangan ini.

Namun, usah terlalu riak atau berbangga dengan kemenangan ke atas lawan kerdil ini. Pada ketika 6 gol membolosi gawang Sri Lanka mungkin mengembirakan jutaan peminat bolasepak tanah air yang hampir setahun menantikan kemenangan di pentas antarabangsa selepas kali terakhir menewaskan Taiwan di kelayakan Piala Dunia, harus kita akui kemenangan ke atas Sri Lanka sekadar menepati ramalan awal dan tidak mencerminkan kekuatan sebenar pasukan negara – pendapat yang saya rasa mungkin dipersetujui ramai.

Filipina juga membaham pasukan Sri Lanka ini 4-0 pada kempen kelayakan Piala Dunia yang mana statusnya lebih kompetitif, justeru untuk kita sebagai juara serantau untuk menang 6-0 pada aksi frenly bukanlah satu kejutan besar, malah Sri Lanka juga bukanlah lawan yang mampu memberikan saingan apatah lagi mereka sendiri mengakui hadirnya mereka ke Malaysia hanyalah untuk pendedahan dan menimba pengalaman.

Melihat kepada aksi 90 minit atas padang, kebanyakan gerakan mereka kerap kali sangkut sebelum masuk ke dalam kotak penalti, dan hanya sekali penjaga gol, Farizal Marlias dikerah melayangkan badan untuk menampan keluar percubaan ON TARGET dari dalam kotak penalti, selebihnya semuanya OFF TARGET.

Justeru, Datuk K.Rajagobal dan anak-anak buah usahlah mendabik dada dengan kemenangan ini, ia tidak lebih daripada sebuah perlawanan hiburan hujung minggu yang dikategorikan ‘kelas A’ – tetapi pastinya lebih bermanfaat daripada perlawanan sarkas menentang Arsenal, Manchester City, Chelsea mahupun Liverpool terutamanya dari aspek kedudukan ranking dunia yang disifatkan tidak penting oleh Datuk Azuddin Ahmad.

Bezanya, menentang kelab EPL - duit berjuta-juta dapat dijana, dapat mempromosikan Malaysia ke serata dunia menerusi hebahan dan tayangan siaran langsung ke seluruh dunia, dapat merasai pemain-pemain ternama dunia seperti Sergio Aguero, Robin Van Persie, dan Samir Nasri menjejak kaki ke bumi Malaysia. Kalau tunggu international friendly, jawabnya pemain Sri Lanka, India, Bangladesh dan Nepal sahajalah yang dapat pijak rumput Stadium Bukit Jalil & Shah Alam.

foto : Bernama
Kredit juga buat dua pemain Harimau Muda – Wan Zack Haikal dan Ahmad Hazwan Bakri yang menyumbang 5 daripada 6 gol malam tadi, justeru membuktikan kudrat pemain dari skuad bimbingan Ong Kim Swee mula menampakkan impak besar untuk skuad negara. Hazwan cuma beraksi 20 minit terakhir menggantikan Safee Sali dan menamatkan permainan dengan 3 gol manakala Wan Zack sebelum itu dengan 2 gol di separuh masa pertama.

Percaturan Rajagobal mengandingkan Shakir Ali dan Safee di barisan depan ekoran keberkesanan gandingan itu ketika menentang Filipina yang berkesudahan 1-1, nyata tidak berhasil kali ini – Shakir tidak begitu berfungsi di babak pertama hingga terpaksa digantikan dengan Azamudin Akil selepas 45 minit perlawanan, manakala Safee, penyerang bernilai RM2Juta juga gagal memberi impak maksima, meskipun hampir menambah koleksi gol di babak pertama (dibatal kerana offsaid).

Apa yang sedikit mengecewakan, adalah ketidak-berkesanan pemain tengah untuk memegang bola dan menggerakkan permainan dengan lebih berkesan – hanya Safiq kelihatan yakin dengan hantaran dan sentuhannya.

Ujian sebenar bagi skuad negara, bagaimanapun dijangka hadir pada penghujung Mei menentang Indonesia, serta dua perlawanan menentang Singapura selepas itu, jika menang ketiga-tiga perlawanan itu barulah anda benar-benar layak digelar jagoan ASEAN – walaupun ramai bekas pemain berpendapat kita seharusnya sudah boleh dilabel kuasa bolasepak Asia sepertimana zaman kegemilangan suatu ketika dahulu.

Saturday, April 28, 2012

Bekas Juara Dunia Langgar Arahan Doktor Untuk Rampas Kembali Mahkota


Rina Jordana Adnan merampas kembali mahkotanya sebagai ratu silat kebangsaan walaupun terpaksa melanggar nasihat doktor apabila dia dinobatkan semula gelaran juara kebangsaan di Kejohanan Silat Kebangsaan ke-16 di Stadium Badminton Kuala Lumpur di Cheras, hari ini.

Rina (Lincah Malaysia) sambil diperhatikan Bibi Aisyah  (pengadil) juga bekas pesilat negara.

Pesilat berusia 32 tahun itu yang kali terakhir memenangi kejuaraan kebangsaan pada 2006, bersara daripada arena persilatan pada 2007 - tahun ketika dia merampas kejuaraan dunia - kerana komitmen kerja.

Walaupun tidak memasang impian yang besar sebelum kejohanan ini bermula, Rina Jordana jelas tiada tandingan kepada pencabar kelas Putri B (50-55kg) termasuk pesilat Kedah, Nur Adilah bt Abd Hamid pada pertarungan akhir hari ini, walaupun dia bertarung dengan ibu jari kaki kanan yang patah apabila menguasai penuh saingan untuk kemenangan 5-0.

“Saya tidak sangka akan menang di kejohanan ini kerana saya tidak dapat menjalani latihan dengan kerap," kata Rina Jordana yang turut mewakili negara dalam acara futsal.

“Saya sebenarnya lebih banyak berlatih dan bermain futsal kerana peluang untuk terpilih mewakili negara lebih cerah. Silat bagaimanapun, kekal menjadi sukan kesayangan saya dan kerana itulah saya membuat keputusan untuk bertanding di kejohanan kebangsaan ini.

“Malangnya, saya tidak tahu sama ada boleh mendapat cuti untuk meneruskan kehidupan sebagai atlit dua sukan ini."

Mengenai kecederaan kakinya, Rina Jordana berkata: “Ia berlaku beberapa hari lalu. Pada mulanya saya hanya menyangka ia terseliuh. Kemudian saya mendapat tahu tulangnya etak dan doktor yang merawat menasihatkan saya supaya menarik diri daripada pertandingan ini."

Selepas melihat pencabar lain dalam kategori berat badan yang disertainya, Rina Jordana berpendapat dia berpelang cerah untuk menang dan membuat keputusan melanggar nasihat doktor itu walaupun terpaksa beraksi dalam kesakitan.

“Saya terpaksa menukar corak pada pertarungan separuh akhir dan akhir kerana saya tidak dapat melakukan serangan kerana kecederaan ini. Mungkin pengalaman luas sebelum ini membantu saya menewaskan pencabar itu yang terlalu ghairah mahu mengutip mata," katanya yang memenangi pingat emas Sukan Asia 2002 ketika pencak silat menjadi acara pertunjukan.

“Seperti yang saya katakan, saya tidak pasti sama ada akan diserapkan semula ke dalam pasukan kebangsaan. Tetapi jika diberi peluang, saya akan cuba walaupun sedar pesilat muda negara ketika ini lebih bertenaga."

Jika Rina Jordana mahu bertanding di Kejohanan Dunia pada penghujung tahun ini, dia mungkin perlu berdepan Noor Farhana Ismail, yang kini bergelar pesilat nombor satu kebangsaan. -- Media247 ---

Line-Up Malaysia vs Sri Lanka

Kesebelasan Utama Malaysia menentang Sri Lanka, menjelang perlawanan 'kelas A' sebentar lagi.

Malaysia : Farizal Marlias, Asrarudin Putra, Aidil Zafuan, Fadhli Shas, Bunyamin Omar, S.Kunalan, K.Gurusamy, Safiq Rahim, Wan Zack Haikal, Shakir Ali, Safee Sali

Sri Lanka : Bandara Warakogoda, Welldon Rohana, Dumidu, Isadeen, Ediri, Dehiwalage, Matarage, Mohideen, Hewabetage, Wellala, Wearsinghe

Pahang Unggul Seperti Diramal


Nur Jannah Alias amat gemuruh sebelum bermula Kejohanan Silat Kebangsaan edisi ke-16 tetapi kini dia boleh berbangga selepas menyumbang tiga pingat emas dalam acara Silat Seni.


Pahang menguasai lapan daripada 12 pingat emas yang dipertandingkan dalam kategori Silat Seni dan pesilat 18 tahun dari Temerloh itu yang mula berjinak-jinak dengan sukan itu sejak Tingkatan 3, kini bergelar juara kebangsaan dalam tiga acara.

“Saya tidak memasang sebarang sasaran ketika menyertai kejohanan ini kerana ini adalah kejohanan pertama saya sertai di peringkat tertinggi," kata Nur Jannah, yang memenangi pingat emas dalam acara jurus tunggal ganda dengan kembarnya, Nur Atikah Alias dan dua emas lagi bersama-sama Siti Nur Fadhillah Abu Karim dalam Tempur berpasangan tangan kosong dan berpasangan senjata.

“Saya agak gemuruh sebelum pertandingan bermjula dan kini lega segala-galanya sudah berakhir! Saya perlu berterima kasih kepada jurulatih saya, Suzie Sulaiman yang menjadi sumber inspirasi kepada saya.”

Suzie mula-mula mengesan bakat kembar itu dan mula menonton persembahan mereka pada satu majlis perkahwinan, dan memanggil mereka untuk menjalani latihan bersama pasukan negeri.

“Saya berada di Tingkatan 5 ketika mula menyertai pertandingan di peringkat daerah dan terkejut kerana menang. Ia memberi keyakinan kepada saya untuk terus serius dalam sukan ini," kata Nur Jannah yang akan mencecah usia 19 tahun pada Halloween.
  
“Kini sasaran utama saya ialah terpilih ke dalam skuad kebangsaan. Saya mahu mencuba nasib bersama pasukan kebangsaan supaya terpilih ke Kejohanan Dunia yang akan diadakan penghujung tahun ini."

Ketika ditanya sama ada dia bercita-cita mahu menjadi juara dunia pula, Nur Jannah menjawab: "Saya sentiasa memberikan 100% setiap kali turun gelanggang. Semua mahu menjadi juara dunia dan saya tiada bezanya."

Tentera, Selangor, Kuala Lumpur dan Terengganu semuanya mengutip baki satu pingat dalam kategori Silat Seni. --- Media247 ---

KEPUTUSAN (Akhir) :

Putra
Solo Kreatif: 1. Amirul Akmal Abdullah (ATM) 200 mata, 2. Hafizzuddin Mohamad (Terengganu) 197 mata, 3. Muhamad Hazri Yahid Kasimi (Perak) 195 mata

Tempur Berpasangan Tangan Kosong: 1. Mohd Hairi Jupri-Indra Putraya Adi April (Kuala Lumpur) 213 mata, 2. Muhammad Abdullah-Muhammad Hazri Zahid Kasimi (Perak) 203 mata, 3. Mohammad Firdaus Sabarudin-Abdul Hanif Hasbullah (Pahang) 203 mata
* Perak menang menerusi kekayaan teknik

Tempur Berpasangan Senjata: 1. Mohd Ahfiz Mohammad Arif-Mohd Taqiyuddin Hamid (Pahang) 208 mata, 2. Muhd Akmal Hafiz Jamaluddin-Muhd Azim Abd Aziz (Selangor) 204 mata, 3. Muhammad Abdullah-Muhammad Hazri Zahid Kassim (Perak) 198 mata.

Jurus Tunggal: 1. Mohd Faqiyuddin Hamid (Pahang) 453 mata, 2. Hilmi Asmawi Zakaria 443 mata, 3. Amirul Akmal Abdullah (ATM) 441 mata

Ganda: 1. Mohd Hafiz Mohammad Arif-Mohammad Tqiyuddin Hamid (Pahang) 552 mata, 2. Mohd Asyraf Ridzuan-Mohd Aminul Hakim Hani Salwan (Selangor) 522 points, 3. Muhammad Syafik Zikri Sulong-Muhammad Faiz Faisal Zikri (Terengganu) 515 mata

Regu: 1. Mohd Nazreen Zulkefli, Mohd Hafidzul Hakimi Ibrahim, Rosli Mohd Sharif (Pahang) 452 mata, 2.  Muhd Hanif Aminuddin, Mohd Irzad Amier Mat Ali, Nazrul Azam Aliasaa (Selangor) 447 mata, 3. Mohamad Rosidi Md Yunus, Douglas Mut Jelian, Mohd Shahiddan Din (ATM) 438 mata

Putri
Solo Kreatif: 1. Nur Atikah Alias (Pahang) 201 mata, 2. Roslinda Jupri (Kuala Lumpur) 195 mata, 3. Nur Fazira Abd Hamid (Selangor) 191 mata

Tempur Berpasangan Tangan Kosong: 1. Siti Nur Fadhillah Abu Karim-Nur Jannah Alias (Pahang) 219 mata, 2. Nabila Rojangi-Nor Amira Mat Sapie@Mat Shafie (Perak) 215 mata, 3. Nur Amirah Abdul Halim-Nur Syuhada Nordin (Kuala Lumpur) 210 mata

Tempur Berpasangan Senjata: 1. Siti Nur Fadhillah Abu Karim-Nur Jannah Alias (Pahang) 192 mata, 2. Nabila Rojangi-Nor Amira Mat Sapie@Mat Shafie (Perak) 175 mata, 3. Nur Khairani Surianto-Amirah Adbidah Adenan (Melaka) 167 mata

Jurus Tunggal: 1. Nurul Syahidah Hishamuddin (Selangor) 446 mata, 2. Nir Naema Nayan (Perak) 445 mata, 3. Nur Atikah Alias (Pahang) 444 mata.


Ganda: 1. Nur Atikah Alias-Nur Jannah Alias (Pahang) 541 mata, 2. Nor Hamizah Abu Hassan-Nur Syazreen A. Malik (Gayong Fatani) 525 mata, 3. Nor Amira Mat Sapie@Mat Shafie-Nabila Rojangi (Perak) 513 mata

Regu: 1. Wan Fatin Hana Wan Mohd Noor, Tengku Shariza Tengku Azahar, Tengku Sharina Tengku Azahar (Terengganu) 449 mata, 2. Sharipah Nor Hafizah Syed Azhar, Syahidah Atiqah Omar, Fiaz Noraini Omar (Selangor) 448 mata, 3. Nor Afizah Ariffin, Nurul Hidayah Sobri, Nur Inani Rahmat (Melaka) 446 mata

Thursday, April 26, 2012

Terengganu, Ghaddar Tutup Mulut Pengkritik


Di sebalik krisis keyakinan yang melanda, Terengganu tampil mempamer aksi garang membelasah kelab dari Vietnam, Song Lam Nghe FC, 6-2 di laman sendiri seterusnya mengesahkan tiket beraksi di pusingan seterusnya selepas pasukan tangga ketiga, Tampines Rover terikat tanpa jaringan menentang Kitchee FC dalam perlawanan terdahulu.

foto : Bernama
Hatrik jaringan awang import, Francis Forkey Doe, dan satu gol masing-masing jaringan Ashaari THE SILENT KILLER, Hadi Yahya dan Joseph Kalang Tie memastikan Terengganu mengutip 3 mata berharga dan menutup mulut pengkritik – setidak-tidaknya buat seketika – dan meredakan tekanan digalas para pemain dan juga jurulatih, Mat Zan Mat Aris yang dikecam hebat ekoran prestasi lesu sejak beberapa perlawanan lalu.

Ini termasuklah kekalahan kepada pasukan kelab dari Liga Perdana, Sime Darby FC pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA tempoh hari, justeru fokus pastinya terarah untuk menterbalikkan keputusan tersebut 1 Mei depan, dengan Mat Zan mahupun peminat setia Sang Penyu pastinya mengharapkan kemenangan malam ini menjadi suntikan semangat untuk aksi lebih konsisten selepas ini.

Meskipun musim ini tiada lagi bisa gandingan trio penggempur Ashaari-Hadi-Manaf Mamat yang dipecahkan Mat Zan mengikut kesesuaian taktikal yang diterapnya, barisan depan Sang Penyu tetap dilihat bernafsu besar dengan adanya kelibat Forkey Doe, dan jika prestasi ini dapat dikekalkan, pastinya pertahanan Sime Darby bakal berdepan igauan ngeri pada aksi timbal balik nanti.

Jika itu cerita di kem Terengganu, jiran mereka, Kelantan juga mempunyai sebab untuk berbangga dengan prestasi ditunjukkan pemain import dari Lubnan Mahmoud Ghaddar yang juga tampil menutup mulut pengkritik dengan aksi setaraf statusnya - 7 gol dalam saingan peringkat AFC selepas permulaan hambar di awal musim.

Kemarau jaringan selepas hanya mampu menjaringkan gol menerusi sepakan penalti hingga pada satu ketika disisihkan dari skuad Liga Super, Ghaddar membuktikan dia adalah pembelian berbaloi dengan menjaringkan 5 gol menentang Arema Malang FC dari Indonesia, selain satu gol menentang Ayeyawady dan gol kemenangan ketika menewaskan Navibank Saigon.

foto :shazlishamsuddin
Malangnya, kembalinya Ghaddar ke puncak prestasi, merupakan berita kurang baik buat Nwoha Onyekachi, yang mana dia pula ditunjukkan pintu keluar dari saingan Liga Malaysia. Dengan Norshahrul Idlan Talaha juga sudah kembali daripada kecederaan, barisan depan Kelantan kini boleh dilabel lebih ampuh dan pastinya Bojan Hodak sedang merencana strategi terbaik mendapatkan hasil terbaik menerusi gandingan dua penyerangnya itu.

Dengan Kelantan akan bertandang ke Alor Star pada 1 Mei untuk misi hidup mati dalam saingan Piala FA, selain ketinggalan 5 mata di belakang Lions (12 perlawanan lagi untuk diharungi), dan hanya memerlukan satu mata sahaja dari perlawanan terakhir menentang Ayeyawady untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya – Ghaddar pastinya diharap dapat mengekalkan momentum diciptanya ini untuk memimpin barisan serangan TRW, seterusnya membuktikan kredibilitinya selaku penyerang bertaraf Asia.

Wednesday, April 25, 2012

Kemenangan Buat Semua



Pertamanya, setinggi ucapan terima kasih dan penghargaan buat Astro Arena, kerana memilih Suara Sukan sebagai pemenang kategori blog sukan popular Anugerah Arena yang berlangsung malam tadi. Lebih manis, kategori ini pertama kali diperkenalkan dan penulis agak terkejut dan teruja apabila diumumkan sebagai pemenang sulung kategori ini.

Jutaan penghargaan dan terima kasih juga kepada semua pembaca, rakan-rakan, pengunjung blog ini yang mengundi dan memberi sokongan sama ada secara langsung atau tidak dalam memastikan SuaraSukan diiktiraf sebagai blog sukan terbaik, sesungguhnya kemenangan ini  TIDAK MANIS dan TIDAK BERMAKNA TANPA SOKONGAN anda semua. Kemenangan ini adalah MILIK KITA SEMUA.

Penulis juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi penghargaan kepada bekas sifu, SHAUKEI KAHAR, yang mana kalau bukan kerana peluang yang diberi beliau lebih kurang 6 tahun lalu untuk saya terlibat di dalam bidang kewartawanan atau penulisan sukan menerusi syarikatnya SILVERSPORTS/MEDIA SUKAN, saya mungkin tidak akan sampai ke tahap ini – bekas wartawan di Bernama TV, kini Ketua Pengarang di YAKEB dan berblogging untuk mencapai kepuasan dalam menulis.


Apapun saya tidak menganggap Suara Sukan atau diri saya lebih baik daripada calon-calon lain sebaliknya kita semua (Haresh Deol, Chris Raj) adalah sama, dan dalam masa sama akan cuba memperbaiki lagi setiap kelemahan yang ada – dengan kekangan MANPOWER, adalah sukar untuk SS mengikuti perkembangan semua jenis sukan, sebab itulah juga fokus lebih terarah kepada bolasepak.

InsyaAllah, SS akan kekal dengan matlamat atau misi yang sama - hadir dengan laporan, berita, kupasan, analisa dan pendedahan lebih BOMBASTIC, memberi peluang kepada atlet, bekas atlet dan pembaca-pembaca untuk menyuarakan pendapat, melontarkan cadangan demi pembangunan sukan itu sendiri – setiap komen-komen anda saya terima, saya baca dan nilai, maafkan sekiranya tidak sempat memberi maklumbalas, namun IT’S NOTED.

Terima kasih juga kepada blogger terkenal tanah air, Abang Rizal Hashim, kerana menyampaikan anugerah malam tadi, pastinya ia menjadi suntikan moral dan aspirasi kepada saya, agak berdebar sebenarnya, hinggakan apabila nama saya diumumkan terus naik ke atas pentas tanpa bersalam dengan rakan semeja (ralat yang perlu diperbetul di masa akan datang) - dan tiada sengketa antara saya dan RH sepertimana disebut MC, Akhbar Sahari, saya lebih suka mengatakan ianya sebagai perselisihan pendapat sahaja, tidak lebih dari itu.

Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Arena malam tadi, kepada yang tidak berjaya, anda semua juga adalah yang terbaik di arena sukan negara. Agar ianya menjadi motivasi untuk kejayaan lebih cemerlang kepada anda semua di masa akan datang!

bersama Lee Hup Wei
Senarai Pemenang Anugerah Arena 2011: 

Blog Sukan : SUARA SUKAN (MUHAMMAD AIMAN)
Atlet Lelaki : Khairul Fahmi (Apek)
Atlet Wanita : Fatehah Mustapha
Jurulatih : Ong Kim Swee
Pemain Muda : Nazmi Faiz Mansor
Kebangkitan Pilihan : Lee Hup Wei
Meja Sukan : Harian Metro
Perlawanan Pilihan : Malaysia vs Indonesia (Final Sukan Sea)

Reduan Abdullah Bangga Berbakti Melalui YAKEB


Syarikat Pengurusan Acara dan Pembangunan Sukan, Hitch Marketing, tampil sebagai penaja utama Majlis Pelancaran Kad Diskaun Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim semalam.

Penulis ketika menemuramah Reduan minggu lalu
Pengerusi Hitch, Reduan Abdullah yang juga bekas pemain bolasepak kebangsaan era 70-an, berkata pihaknya melihat YAKEB sebagai platform terbaik untuk berbakti kepada bekas atlet yang pernah mengharumkan nama negara, dan berbangga diberi peluang menjalinkan kerjasama di dalam membelas nasib bekas atlet.

“Saya sendiri sebagai bekas atlet, dan ahli YAKEB, menghargai peranan yang dimainkan YAKEB, sebagai ahli kita menerima banyak manfaat dari YAKEB, mereka perlukan sokongan terutamanya dari segi kewangan untuk bantu ahli, dan ini saya lihat sebagai menyumbang balik kepada YAKEB, untuk mengurangkan beban mereka.

“Ini adalah permulaan dan saya harap kerjasama antara Hitch dan YAKEB akan berterusan untuk jangka panjang, kami selalu fikirkan bagaimana mahu menyumbang, dan ini salah satu cara yang kami fikirkan sesuai. Diharap kedua-dua pihak menikmati manfaat hasil kerjasama ini, bekas atlet menyumbang untuk kebajikan bekas atlet,” ujar Reduan.

Pengurus Besar Hitch, Ashraff Mazlan ketika menjelaskan mengenai perkhidmatan ditawarkan Hitch, berkata, “kita terlibat secara langsung di dalam memberi khidmat nasihat dari segi nutrisi pemakanan dan membekalkan Nutrien kepada atlet melalui kerjasama dengan Institut Sukan Negara, khidmat nasihat dan kaunseling dalam bidang sukan, bekerjasama dan menyelaras Akademi Bolasepak, penajaan korporat dan sebagainya.”

Untuk makluman, Hitch ditubuhkan pada 2009, didaftarkan sebagai Hitch Resources Sdn Bhd sebelum dikenali dengan nama Hitch Marketing bermula tahun 2011.

Kad Ahli YAKEB Dilancar, Bekas Atlet Nikmati Pelbagai Manfaat


foto : Bernama
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) semalam melancarkan Kad Ahli YAKEB yang juga akan berfungsi sebagai Kad Diskaun, sebagai satu lagi manfaat untuk dinikmati ahlinya yang terdiri daripada bekas atlet negara.

Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim yang mewakili Isteri Perdana Menteri juga Penaung YAKEB, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang tidak dapat hadir kerana mengiringi Raja Permaisuri Agong dalam satu lawatan rasmi ke luar negara.

Dalam teks ucapannya yang disampaikan Razali, Rosmah berkata pelancaran Kad Diskaun ini adalah satu pengiktirafan terhadap jasa dan pengorbanan bekas atlet di dalam mengharumkan nama negara. 

“Sumbangan bekas atlet kepada negara begitu besar, apa yang kita lakukan ini satu daripada usaha mengiktiraf  pengorbanan mereka di dalam mengangkat nama negara di mata dunia, dan membuktikan kita tidak sekalipun meminggirkan mereka selepas mereka bersara.

“Objektif utama pelancaran kad ini adalah mendapatkan diskaun bagi bayaran perkhidmatan atau urusan pembelian, selain pelbagai keistimewaan lain yang ditawarkan penaja. Melalui kerjasama yang terjalin ini, ternyata aspirasi yang didokong YAKEB turut dikongsi pihak penaja..”
.
Hadir sama pada majlis pelancaran yang diadakan di Seri Perdana, seorang lagi Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Peng Siew, serta barisan lagenda sukan tanah air antaranya Datuk Malek Noor, Datuk Soh Chin Aun, Datuk M.Rajamani, Datuk Ghani Minhat dan Datuk Santokh Singh.  

Dengan pelancaran Kad Diskaun ini, ahli YAKEB akan dapat menikmati diskaun dan pelbagai faedah lain di premis-premis terpilih seperti Pasaraya, Farmasi, Kedai Peralatan Sukan dan Restoran selain diskaun penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam.

Pengerusi YAKEB, Datuk Jamil Salleh berkata usaha untuk menarik lebih banyak syarikat untuk menjalinkan kerjasama dengan YAKEB akan diteruskan dan berterima kasih kepada semua penaja yang terlibat di dalam menjayakan Kad Diskaun ini.

“Pelancaran Kad Diskaun YAKEB pada hari ini merupakan hasrat kita sejak sekian lama, dan warga kerja YAKEB telah berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan ianya sebagai satu realiti, usaha kita tidak akan terhenti di sini, kita akan sentiasa mencari idea baru dan peluang untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak penaja, dan menyumbang kepada kebajikan bekas atlet”, ujar Jamil.

Selain tumpuan terhadap Kad Diskaun, majlis pada hari ini turut menyaksikan pembabitan secara rasmi jaguh sukan bermotor, Nabil Jan Al Jefri bersama YAKEB, yang menyatakan komitmen untuk menyumbang 10% daripada jumlah penajaan yang beliau perolehi ke tabung YAKEB.

Nabil adalah atlet ketiga menyatakan komitmen untuk terlibat bersama  YAKEB selepas Datuk Lee Chong Wei dan Azlan Iskandar, menyumbang baik dari segi kewangan mahupun sokongan moral dan inisiatif mereka ini wajar diberikan pujian dan menjadi contoh kepada kalangan atlet yang lain.

p/s : Penulis SS, iaitu Muhammad Aiman adalah Pegawai Perhubungan Media dan Ketua Editor di YAKEB.

Monday, April 23, 2012

Pahang Jadi Tumpuan, Intai Gelaran Kali Keempat Berturut-Turut

Walaupun juara bertahan Pahang merahsiakan persiapan mereka untuk menghadapi Kejohanan Silat Kebangsaan e-16 kali ini, tidak dinafikan mereka adalah pasukan yang harus ditewaskan apabila kejohanan itu membuka gelanggang di Stadium Badminton Cheras, esok.
  
Pasukan Pantai Timur itu memenangi kejuaraan keseluruhan sejak tiga edisi lalu (2004, 2006 dan 2010) dan mereka adalah satu daripada dua pasukan yang mampu muncul juara tiga kali berturut-turut. Pasukan lain ialah Lincah Malaysia yang muncul juara pada 1998, 2000 dan 2002.

Presiden Persekutuan Silat (PESAKA) Kuala Lumpur, Tuan Haji Adnan Zakaria, berkata kebanyakan pasukan tidak mahu terlalu mendedahkan persiapan mereka untuk menghadapi kejohanan itu.

“Kejohanan ini sering berlangsung dengan begitu sengit kerana ada empat cabang silat yang mengambil bahagian," kata Adnan.  "Semua mahu muncul juara kerana ia akan memberi penghormatan yang tinggi untuk cabang silat mereka."

Dengan lebih 500 pesilat mewakili cabang perguruan mereka yang mengambil bahagian dalam kejohanan tahun ini, kejohanan ini bakal menyaksikan pertempuran daripada perguruan Silat Gayong, silat Lincah, silat Cekak dan Silat Gayong Fatani.

Adnan berkata, persiapan terakhir untuk menghadapi kejohanan itu kini berjalan lancar di mana hari ini, mereka memutuskan untuk memindahkan lokasi perhimpunan dengan Perdana Menteri pada Rabu ini ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras.

Gambar : Media247

Dijangkakan, lebih 25,000 pengamal silat di seluruh negara akan menghadiri majlis perhimpunan ini.

“Kami agak bimbangkan keadaan keselamatan dan itulah sebab mengapa kami membuat keputusan tidak mengadakannya di Dataran Merdeka," tambah Adnan.

Kejohanan Silat Kebangsaan ke-16 dilancarkan baru-baru ini oleh Presiden PESAKA yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Berikutan kerjasama dengan Astro Arena, perlawanan separuh akhir dfan akhir Kejohanan Silat Kebangsaan ke-16 ini akan disiarkan secara langsung di Saluran 801 Astro Arena. ~~Media247~~

JUARA LALU

1984 – Gayong Malaysia

1985 – Juara tidak diumumkan kerana kontroversi

1986 – Gayong Malaysia

1988 – Selangor

1990 – Selangor

1991 – Kedah

1992 – Gayong Fatani Malaysia

1994 – Sarawak

1996 – Sarawak

1998 – Lincah Malaysia

2000 – Lincah Malaysia

2002 – Lincah Malaysia

2004 – Pahang

2006 – Pahang

2010 - Pahang

Bukan Mat Zan, Sebaliknya DCMJ Yang Perlu Berundur - Siapa Yang Layak?

Nama Mat Zan Mat Aris bukanlah nama asing dalam arena bolasepak tempatan, baik sebagai pemain mahupun jurulatih. Sebagai pemain, Mat Zan merupakan jantung pertahanan, PENYAMBUNG WARISAN kepada era Soh Chin Aun dan Santokh Singh (kedua-duanya kini Datuk) bersama-sama Serbegeth Singh dan Razip Ismail, malah pernah digelar ORANG BESI dek kekentalannya di benteng terakhir pasukan negara mahupun Kuala Lumpur – KL ketika itu antara kuasa besar bolasepak tanah air.

Selaku jurulatih, tidak dinafikan Mat Zan merupakan salah seorang jurulatih berpengalaman tanah air, dengan Kuala Lumpur, Telekom Melaka, KL Plus dan Pos Malaysia merupakan antara pasukan pernah dibimbing jurulatih berusia 54 tahun itu yang juga bertanggungjawab membawa Piala Malaysia pertama kali ke bumi Terengganu pada 2001 – cukup besar jasanya itu.

Ditawarkan kontrak selepas TACTICIAN MAESTRO Irfan Bakti Abu Salim memilih untuk membawa haluan ke Selangor, harapan dan kepercayaan diletakkan pengurusan mahupun peminat Terengganu ke atas Mat Zan sebenarnya cukup tinggi, dalam masa sama ‘menghadiahkan’ tekanan hebat buat pengendali serba boleh ini untuk setidak-tidaknya mengulangi tiga pencapaian musim lalu – Juara Piala FA, naib juara liga super dan naib juara Piala Malaysia.

Aksi goyah sejak kebelakangan ini menyaksikan Mat Zan menjadi  sasaran kritikan, dan diminta melepaskan jawatan, yang mana sampai ke kemuncaknya selepas tewas kepada Selangor yang dibimbing Irfan Bakti 1-6, termasuklah terbaru tewas kepada pasukan kelab Sime Darby FC, 1-2 semalam hingga dikhabarkan penyokong fanatik skuad Penyu menyerang rumah Presiden, Datuk Che Mat Jusoh.

Jelas, kehilangan Irfan Bakti, mula meninggalkan kesan hebat kepada prestasi pasukan Terengganu yang makin kehilangan momentum mereka ketika ini, paling jelas, TIADA LAGI GERUN kelibat trio pengempur berbisa tanah air – Ashaari Shamsudin, Manaf Mamat dan Abdul Hadi Yahya yang berganding hebat mencetak hampir 50 gol sesama mereka musim lalu. TIADA LAGI SENTUHAN-SENTUHAN KREATIF di barisan tengah yang pernah suatu ketika dijelmakan gandingan Ismail Faruqi-Joseph Kalang-Reeshafiq Alwi.

Namun wajarkah Mat Zan disalahkan 100% di atas aksi lesu ditunjukkan skuad Terengganu? Mungkin taktikal, strategi dan formasi diterap Mat Zan jauh berbeza dengan apa yang dibuat Irfan Bakti namun SS yakin Mat Zan pastinya sudah melakukan yang terbaik, tiada jurulatih yang mahu melihat pasukannya mempamer aksi buruk – dan SS masih tertanya-tanya apakah sebenarnya yang dimaksudkan aksi buruk?

Berada di tangga keempat liga dengan 3 perlawanan dalam tangan, masih lagi bersaing untuk merebut tiket ke final Piala FA, dan menduduki tangga kedua Piala AFC di belakang Kitchee, adakah sesuatu yang buruk sangat untuk diterima?

Tewas 2,3 perlawanan, kemudian melancarkan protes menyuruh jurulatih berundur bukanlah tindakan bijak atau professional, kerana jurulatih terbaik dunia sekalipun belum tentu berupaya mengubah situasi dalam sekelip mata - lainlah kalau dah hampir 30 tahun masih gagal menjelmakan transformasi, ranking pula terus menerus jatuh, ada juga asas untuk disuruh berbuat demikian.

Jadi, menyuruh DCMJ berundur adalah lebih relevan bukannya Mat Zan - mungkin sudah tiba masanya menyerahkan tugas kepada individu yang lebih layak, tetapi kalau tindakan meminta Che Mat Jusoh berundur dianggap paling tepat, siapa pula calon sesuai untuk mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan dia kelak? Siapa yang anda (penyokong/rakyat Terengganu) mahukan? 

Kalau benar penyokong Terengganu mahu DCMJ berundur dan transformasi berlaku, maka cara paling relevan adalah hadir dengan senarai calon yang anda kehendakkan then baru protes. KUMPUL & SERAH MEMORANDUM. Kalau tidak, MEMANGLAH TIDAK DILAYAN.

Saat-saat seperti inilah anda harus bersatu memberikan sokongan kepada pasukan, jangan kerana marahkan mana-mana individu (DCMJ) atau pengurusan PBSNT, pemain dan jurulatih turut terkena tempiasnya.

Sunday, April 22, 2012

Khalid Dedah Agenda Sebenar FAM


Meskipun sudah hampir 3 minggu berlalu, nampaknya cakap-cakap mengenai isu penggantungan Tan Sri Annuar Musa masih menjadi topic hangat yang dibualkan pengemar sukan bolasepak negara, termasuklah dari kalangan bekas pemain kebangsaan sendiri.

Khalid Ali, yang pernah menyarung jersi kebangsaan selama 9 tahun pada pertengahan tahun 70-an hingga 80-an, berkongsi rasa kecewa dan mendedahkan dia dan beberapa rakan lain tahu apa agenda sebenar di sebalik penggantungan TSAM, ketika ditemui SS di satu majlis ringkas yang dianjurkan untuk bekas atlet negara petang tadi.

“Pertama sekali saya nak tanya jawatan Timbalan itu lantikan atau undian? Kalau undian jangan cakap kepada saya bahawa Timbalan tidak mempunyai hak eksekutif untuk bersuara!! undang-undang negara mana digunapakai ni? Kalau TSAM menang jawatan timbalan melalui UNDIAN, dia mempunyai EXECUTIVE RIGHTS utk bersuara, kalau tak, tak perlulah dia pegang jawatan tu dan duduk dalam FAM, jawatan paling tinggi selepas presiden, tapi tidak boleh menegur apa-apa? Kelakarla sistem diorang ni, kenapa FAM begitu dengki dan tidak pernah memberi peluang kepada orang yang betul-betul PASSIONATE terhadap bolasepak untuk berbakti? Naik sikit, mereka cantas,”

“jangan ingat saya tak tahu agenda sebenar mereka ni, they have their OWN AGENDA! Saya bukan nak wujudkan gimik atau polemic, nak bukti? Awak tengoklah berapa banyak kenyataan dikeluarkan Tengku Mahkota, termasuk semalam kenyataan tentang ranking, itu tak menjadi kesalahan ke?? Kenapa si Azudin tak gantung dia? Atau dia (Azudin) takut kena gantung terus?? Kenapa ada double standard? Saya bukan minta TM digantung, tapi saya mahu rakyat dan peminat fikir, TSAM kena gantung kerana bersuara tentang prestasi pasukan negara, TM pula bercakap tentang ranking yang mana secara langsung berkenaan dengan prestasi pasukan negara, kedua-duanya timbalan tapi seorang disokong, seorang lagi dihukum??..”.

“kalau awak nak tahu, Presiden FAM ni sebenarnya nak berundur sudah, dia nak kosongkan kerusi dia, tapi dalam masa sama nak anak dia (TM) yang naik jadi presiden. Takkan senang-senang nak bagi kerusi diraja kat orang luar? Sekarang kalau awak tanya saya sekalipun, saya mahu TSAM yang dilantik jadi presiden, dia sudah terbukti bagus, tak perlu saya cakap. Exco dan ahli gabungan FAM pun saya yakin akan calonkan TSAM berbanding TM, apa sumbangan dia? TM ada persatuan lain nak jaga, macam mana nak bagi komitmen? So mereka dapat peluang, mereka KILL dia (TSAM)..kalau tak percaya, tanyalah kawan-kawan saya tu, semua ex-national, mereka tahu tentang perkara ini”. – Khalid Ali.

Klasik : Khalid berentap bersama Allahyarham Mokhtar
Di zaman kegemilangannya, Khalid merupakan tonggak tengah skuad negara, dan pernah membantu pasukan Malaysia layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980, yang mana kita kemudiannya menarik diri sebagai bantahan terhadap pencerobohan Russia ke atas Afghanistan -  itu juga kali terakhir skuad bolasepak negara layak ke temasya terulung dunia itu, dan Khalid menyifatkan kegagalan itu sebagai suatu TRAGEDI HITAM bolasepak tanah air, dan MENGHENTAM Setiausaha Agung, Datuk Azuddin Ahmad yang memalukan bolasepak negara dengan mengeluarkan kenyataan RANKING TIDAK PENTING. 

Tambahnya lagi, Azuddin sepatutnya angkat kaki dari FAM dan berpendapat calon terbaik untuk mengisi jawatan SU Agung adalah Rosli Hussin, bekas pemain Kelantan dan kebangsaan, yang disifatkannya cukup tegas dan berdisiplin.

“saya rasa dia (Azuddin) tu bodoh dan tidak layak untuk duduk di kerusi SU Agung, perlu ganti dengan orang yang tahu pasal bola, Rosli Hussin cukup sesuai, dia bekas pemain dan berdisiplin tinggi. Zaman saya main dulu, presiden Tan Sri Abu Samah, S/U Datuk Yaw, ranking adalah cukup penting, kita jagoan Asia, semua team nak lawan kita masa tu, sekarang kenapa kita asyik lawan Bangla, Maldives, India? Tak lama lagi lawan Papua New Guinea? Saya dengar Rajagobal juga cakap benda sama, PAK TURUT la katakan, kalau dia lawan kena pecat macam Sathia, sejak Presiden FAM sekarang ambil alih, kita tak pernah ke Olimpik, tunggu 20 tahun untuk menang emas Sukan Sea..”.

Laluan Berliku Buat Dua Finalis 2011, Kejutan Giant Killer Berterusan

Tamat aksi first leg separuh akhir Piala FA 2012, ternyata skrip yang tercipta sukar untuk diduga kesudahannya namun apa yang pasti, laluan getir menanti penyandang juara, Terengganu dan finalis musim lalu, Kelantan.

Norsharul diasak pemain Kedah, foto : BERNAMA
Tatkala Kelantan dikecewakan jaringan penyamaan Vedran Gerc selain sentuhan penyudah tumpul di laman sendiri, Terengganu pula dikejutkan kekalahan 1-2 kepada pasukan GIANT KILLER dari Liga Perdana bimbingan Ismail Zakaria, Sime Darby FC juga di laman sendiri – senario yang memberi kelebihan kepada dua pasukan pelawat itu yang bakal melayan kunjungan dua gergasi Pantai Timur ini pada aksi timbal balik, 1 Mei depan.

Kedah pastinya tidak mahu mensesiakan kelebihan satu gol tempat lawan yang dibawa pulang pada hari ini, ditambah pula dengan hakikat betapa Kelantan akan kehilangan khidmat pemain pertahanan serba lasak, Daudsu Jamaludin yang dilayangkan kad merah sebentar tadi, seterusnya tampil beraksi di pentas final buat kali kelima – di mana keputusan 0-0 juga sudah memadai buat anak buah Wan Jamak Wan Hassan mengesahkan tiket ke final.

Manakala Kelantan, mereka tiada pilihan lain selain misi wajib menang di Alor Star, dan ia pastinya disuntik dengan kehadiran semula THE NEWLY-BORN Norshahrul Idlan Talaha ke dalam kesebelasan utama, yang juga meraikan gol pertamanya bersama Kelantan sejak kali terakhir menjaringkan gol pada pertemuan menentang Terengganu dalam aksi Liga Super.

Apapun, Kedah juga dalam masa sama pastinya tidak mahu igauan buruk dimalukan Kelantan 3-0 dalam aksi Liga pada awal tahun ini berulang, dan perlu berada di kemuncak prestasi jika berhasrat menghalang Kelantan daripada layak ke aksi final Piala FA ketiga dalam tempoh 4 tahun.

Lain pula ceritanya di kem Sime Darby, mereka hanya selangkah lagi dipisahkan dari mencipta sejarah sebagai pasukan kelab pertama untuk beraksi di final kejohanan berusia 22 tahun itu.

foto : DuniaSukan Online
Kemenangan pada malam tadi menyaksikan Sime Darby membawa bukan sahaja kelebihan satu gol, tetapi memiliki dua gol tempat lawan – sekaligus bermakna anak buah Mat Zan Mat Aris, perlu sekurang-kurangnya menang 2-0 di Stadium Selayang.

Di atas kertas, meskipun memiliki pemain berstatus bintang seperti Manaf Mamat, Ashaari Shamsudin, Forkey Doe dan Joseph Kalang Tie, Sang Penyu tetap dilihat bermasalah untuk menjinakkan Sime Darby - pasukan yang menduduki tangga ketiga Liga Perdana - seterusnya menterbalikkan keputusan hari ini dan mereka juga tiada pilihan lain selain mempamer aksi ALL OUT dalam usaha mempertahankan trofi yang dimenangi tahun lalu.

Antara Wan Jamak, Bojan Hodak, Mat Zan dan Ismail Zakaria – siapakah yang akan berjaya di dalam menyerap tekanan dan mengadaptasi taktikal dan strategi ampuh seterusnya memacu pasukan mereka ke final, 90 minit berikutnya akan menentukan - cuma kita harapkan PENGADIL yang lebih PROFESIONAL dan BERTAULIAH... SEMOGA BERJAYA!

Thursday, April 19, 2012

Hutang Setel, TSAM Bebas Terlibat Aktiviti Bolasepak Atau Typo Error?




Kalau mengikut kepada isi kandungan surat yang dihantar Persatuan Bolasepak Malaysia, ditandatangani The Great Setiausaha Agung, Datuk Azuddin Ahmad, sepatutnya sejurus resit pembayaran berjumlah RM2124.00 dikeluarkan,segala sekatan terhadap Timbalan Presiden, Tan Sri Annuar Musa sudah boleh ditarik balik dan beliau kini seharusnya bebas terlibat dalam semua aktiviti bolasepak tanah air.

Itulah tafsiran yang boleh dibuat, bila merujuk kepada surat bertarikh 5 April yang dikeluarkan FAM, yang mana dengan jelas menyebut “Jika Yang Berbahagia Tan Sri gagal menjelaskan kos mesyuarat tersebut, maka Yang Berbahagia Tan Sri tidak boleh terlibat dengan SEMUA aktiviti bolasepak sehinggalah kos mesyuarat tersebut dijelaskan”. Atau saya tersalah baca? Sesiapa boleh tolong jelaskan, atau Datuk Azuddin sendiri mahu tampil memberi penjelasan?

Hukuman penggantungan ke atas TSAM yang mana dinyatakan di dalam surat yang sama juga berbunyi dalam tempoh dua tahun setengah tersebut, TSAM tidak boleh terlibat dengan sebarang aktiviti bolasepak di peringkat  Kebangsaan, Negeri, Daerah atau Kelab – dalam kata lain SEMUA. Jadi seharusnya hukuman penggantungan 30 bulan terbatal dengan pembayaran yang dibuat di Wisma FAM pada hari ini, bukan begitu?

Atau sekali lagi berlaku TYPO ERROR sepertimana kes pemain import Terengganu tempoh hari? Rasanya perlu diupah seorang yang lebih professional untuk menaip surat yang tidak menimbulkan kekeliruan di masa akan datang, atau tukar terus orang yang tandatangan tanpa baca dengan teliti surat tu.  

Sebelum ini Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah berkata dakwaan bahawa TSAM perlu menjelaskan kos mesyuarat itu sebagai bidaah atau mengarut, namun selepas berjaya dibuktikan bahawa dakwaan itu memang berasas menerusi surat FAM itu sendiri, dan kos mesyuarat itu pula dilangsaikan secara SYILING-CASH hasil kutipan dilancarkan gabungan kelab penyokong The Red Warriors - ia pastinya satu pukulan KO buat FAM.  

wakil kelab penyokong
Apa sekalipun, kredit dan pujian buat gabungan kelab penyokong yang melancarkan kutipan ‘skeleng’ – Kempen 10sen Untuk FAM RM2124 (maaf kalau silap) – sekaligus mencipta sejarah arena bolasepak apabila turun sendiri menjelaskan bayaran tersebut.

Pegawai media KAFA, Wan Badri Wan Omar berkata jumlah kutipan yang diperoleh mencecah RM2700, dan duit lebihan kutipan tersebut akan disumbangkan ke tabung anak-anak yatim. Wan Badri juga menafikan pembayaran SYILING-CASH ini sebagai sindiran kepada FAM sebaliknya menjelaskan ianya adalah permintaan kelab penyokong TRW.

Manakala TSAM pula mengucapkan terima kasih di atas sumbangan tersebut, dan menyifatkannya sebagai cukup bermakna dan akan kekal sebagai ingatan yang abadi buatnya untuk terus menyumbang kepada pembangunan bolasepak.