Kalau mengikut kepada isi kandungan surat yang dihantar
Persatuan Bolasepak Malaysia, ditandatangani The Great Setiausaha Agung, Datuk
Azuddin Ahmad, sepatutnya sejurus resit pembayaran berjumlah RM2124.00
dikeluarkan,segala sekatan terhadap Timbalan Presiden, Tan Sri Annuar Musa
sudah boleh ditarik balik dan beliau kini seharusnya bebas terlibat dalam semua
aktiviti bolasepak tanah air.
Itulah tafsiran yang boleh dibuat, bila merujuk kepada surat
bertarikh 5 April yang dikeluarkan FAM, yang mana dengan jelas menyebut “Jika
Yang Berbahagia Tan Sri gagal menjelaskan kos mesyuarat tersebut, maka Yang
Berbahagia Tan Sri tidak boleh terlibat dengan SEMUA aktiviti bolasepak
sehinggalah kos mesyuarat tersebut dijelaskan”. Atau saya tersalah baca?
Sesiapa boleh tolong jelaskan, atau Datuk Azuddin sendiri mahu tampil memberi
penjelasan?
Hukuman penggantungan ke atas TSAM yang mana dinyatakan di
dalam surat yang sama juga berbunyi dalam tempoh dua tahun setengah tersebut, TSAM
tidak boleh terlibat dengan sebarang aktiviti bolasepak di peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah atau Kelab – dalam kata
lain SEMUA. Jadi seharusnya hukuman penggantungan 30 bulan terbatal dengan
pembayaran yang dibuat di Wisma FAM pada hari ini, bukan begitu?
Atau sekali lagi berlaku TYPO ERROR sepertimana kes pemain
import Terengganu tempoh hari? Rasanya perlu diupah seorang yang lebih professional
untuk menaip surat yang tidak menimbulkan kekeliruan di masa akan datang, atau tukar
terus orang yang tandatangan tanpa baca dengan teliti surat tu.
Sebelum ini Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah berkata dakwaan
bahawa TSAM perlu menjelaskan kos mesyuarat itu sebagai bidaah atau mengarut, namun
selepas berjaya dibuktikan bahawa dakwaan itu memang berasas menerusi surat FAM
itu sendiri, dan kos mesyuarat itu pula dilangsaikan secara SYILING-CASH hasil
kutipan dilancarkan gabungan kelab penyokong The Red Warriors - ia pastinya
satu pukulan KO buat FAM.
wakil kelab penyokong |
Apa sekalipun, kredit dan pujian buat gabungan kelab
penyokong yang melancarkan kutipan ‘skeleng’ – Kempen 10sen Untuk FAM RM2124 (maaf
kalau silap) – sekaligus mencipta sejarah arena bolasepak apabila turun sendiri
menjelaskan bayaran tersebut.
Pegawai media KAFA, Wan Badri Wan Omar berkata jumlah
kutipan yang diperoleh mencecah RM2700, dan duit lebihan kutipan tersebut akan
disumbangkan ke tabung anak-anak yatim. Wan Badri juga menafikan pembayaran
SYILING-CASH ini sebagai sindiran kepada FAM sebaliknya menjelaskan ianya adalah
permintaan kelab penyokong TRW.
Manakala TSAM pula mengucapkan terima kasih di atas
sumbangan tersebut, dan menyifatkannya sebagai cukup bermakna dan akan kekal
sebagai ingatan yang abadi buatnya untuk terus menyumbang kepada pembangunan bolasepak.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBengon molek.. Sblm ini PRESIDEN kata kos meeting tu sbg "mengarut" dan "bidaah".. Macam mna ni?
ReplyDeleteSiapa yg x tau perlembagaan ni? Aska pencen tu kata kena bayar, presiden pla kata tak payah.
Presiden yg x tau plembagaan atau S/U yg x berapa agung yg pandai2..
Bengon molek. Media patut dan mesti dan perlu buat pendedahan kes ini. Rungkai benar atau tidak isu "kos meeting" tu.
Bengon molek..
Kemah keming boh . Kawe suko molek bilo denga duit skeleng jah . Pade doh ngan FAM tuwh . Hahaha !!!
ReplyDeletebayar gaji tinggi tinggi pun tak reti tulis surat gak ke?
ReplyDeletesalah tulis surat x kne gantung ker??? hahahaha.. da sah FAM ni dibarisi oleh org2 yg bodoh lg sombong!! dah la bodoh!! sombong plak tu!!
ReplyDeletekalu gitu, bowok gi mahkamah la... peguam buleh fight ni bilo ado keraguan munasabah dale isi surat yg bertandatangan s/u agong ni... klu ado keraguan, kes penggantungan pom buleh lepas ni... sedak ni kes ni :)
ReplyDeleterasa2 maksudnya begini: jika selepas 4 Oktober 2014, jumlah RM2,124 itu masih belum dijelaskan, maka Tan Sri dianggap masih digantung sehinggalah kos tersebut dijelaskan. Tp kandungan surat memang mengelirukan.
ReplyDeleteaskar pencen mano reti tulis surat..nk kecek pn ketar mulut.po ore bodo kakah judin ni
ReplyDeleteNak kata tak ngaji sekolah pangkat jeneral,jawatan setiausaha tak agung pulak tu, tapi nulis surat serupa budak tak pas SRP..he..he..he
ReplyDeletepakat bengong abis..jem la FAM.....nk soh semua jd bengong mcm askar bersara tu kot....
ReplyDeleteTerbaru President JFA, TMJ pun kritik FAM...bakpo Judin x issue charge letter???
ReplyDeletehttp://hareshdeol.blogspot.com/2012/04/tmj-slams-fam.html
S/U tak baca surat le ni.. Kerani main taip je. hahaha
ReplyDelete