Pertama sekali setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Astro
Arena yang meraikan ulangtahun kedua mereka bulan Mac tahun ini, seterusnya sebagai
memeriahkan lagi HARI LAHIR mereka, menganjurkan Anugerah Astro Arena sebagai
mengiktiraf pencapaian cemerlang para atlet dan personaliti sukan tanah air.
Anugerah Arena bukan sesuatu yang baru sebenarnya buat
peminat sukan tanah air, apabila anugerah itu yang julung kali diperkenalkan
tahun lalu menyaksikan pengiktirafan buat Safee Sali, Nur Ayuni Abdul Halim
(Menembak) dan Khairul Fahmi Che Mat sebagai atlet harapan pilihan.
Tahun ini hanya Khairul Fahmi yang masih kekal bersaing bagi kategori atlet lelaki pilihan, tatkala penerjun sensasi yang baru dinobatkan Olahragawati Kebangsaan, Pandalela Rinong dan pemenang 5 pingat emas Sukan Sea, Katrina Ann mendahului pencalonan bagi kategori wanita.
Apapun, majlis pada tahun ini dijangka lebih meriah, dengan
tiga kategori baru diperkenalkan termasuklah blog sukan pilihan yang
mengiktiraf sumbangan blogger sukan tanah air.
Ironinya, calon-calon yang tersenarai kesemuanya dari
kalangan wartawan atau bekas wartawan iaitu Christopher Raj (bekas wartawan NST
Sport), Satwant Singh (bekas wartawan Mailsport), Haresh Deol (wartawan
MalayMail) dan penulis sendiri, bekas wartawan Bernama TV.
Penulis cukup terharu dengan pencalonan ini, dan berterima
kasih kepada Astro Arena kerana sudi
mencalonkan blog Suara Sukan sebagai satu daripada 4 blog sukan pilihan –
dengan undian orang ramai, peminat sukan tanah air akan menentukan siapa yang
muncul pemenang.
Bagi SS, sememangnya peluang untuk menang agak tipis jika dibandingkan
calon yang lain, namun sekali lagi, tercalon di salah satu anugerah sukan berprestij
tanah air ini sendiri sudah dianggap sebagai satu pengiktirafan, dan SS
menganggapnya sebagai satu kemenangan moral.
Berikut calon-calon bagi 8 kategori anugerah yang
dipertandingkan :
Atlet Lelaki Pilihan Berpasukan :
Khairul Fahmi (Bolasepak), Adrian Ang (Boling), Bryan
Nickson Lomas (Terjun), Cheng Chu Sian (Memanah), Madzli Ikmar (Hoki)
Atlet Wanita Pilihan Berpasukan :
Pandalela Rinong (Terjun), Jaqueline Sijore (Boling),
Katrina Ann Hadi (Renang Berirama), Png Hui Chuen (Renang Berirama), Nur
Fatehah Mustapha (Berbasikal)
Atlet Muda Pilihan :
Zulfadli Zulkifli (Badminton), Nazmi Faiz (Bolasepak),
Aaliyah Yoong (Ski Air), Jupha Somnet (Berbasikal), Adeq Husaini (Berbasikal)
Kebangkitan Pilihan :
Sam Chong (Snuker), Lee Hup Wei (Lompat Tinggi)
OKS, calon jurulatih pilihan |
Jurulatih Pilihan :
Yang Zhu Lian (Terjun), Holloway Cheah (Boling), Lee Jae
Hyun (Memanah), Ong Kim Swee (Bolasepak), John Beasley (Berbasikal)
Blog Sukan Pilihan :
Haresh Deol (Foul), Chris Raj (Jaiho Malaysia), SS Dhaliwal
(SportsMalaysia), Muhammad Aiman (Suara Sukan 1Mas)
Perlawanan Pilihan :
Malaysia vs Indonesia (Final Bolasepak Sukan Sea), Lee Chong
Wei vs Lin Dan (Final All England), Terengganu vs Negeri Sembilan (Final Piala
Malaysia), Malaysia vs Singapura (Kelayakan Piala Dunia), Malaysia vs Australia
(Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor)
Meja Sukan Pilihan :
The Star, Kosmo, Berita Harian, New Straits Times, Harian
Metro, Kosmo
Blog Sukan Pilihan - SuaraSukan1Mas (Mohd Aiman)
ReplyDeleteTahniah bohhhhhhhhhhhhhh