Walaupun juara bertahan Pahang
merahsiakan persiapan mereka untuk menghadapi Kejohanan Silat Kebangsaan e-16
kali ini, tidak dinafikan mereka adalah pasukan yang harus ditewaskan apabila
kejohanan itu membuka gelanggang di Stadium Badminton Cheras, esok.
Pasukan Pantai Timur itu memenangi
kejuaraan keseluruhan sejak tiga edisi lalu (2004, 2006 dan 2010) dan mereka
adalah satu daripada dua pasukan yang mampu muncul juara tiga kali
berturut-turut. Pasukan lain ialah Lincah Malaysia yang muncul juara pada 1998,
2000 dan 2002.
Presiden Persekutuan Silat (PESAKA)
Kuala Lumpur, Tuan Haji Adnan Zakaria, berkata kebanyakan pasukan tidak mahu
terlalu mendedahkan persiapan mereka untuk menghadapi kejohanan itu.
“Kejohanan ini sering berlangsung dengan
begitu sengit kerana ada empat cabang silat yang mengambil bahagian," kata
Adnan. "Semua mahu muncul juara kerana ia akan memberi penghormatan
yang tinggi untuk cabang silat mereka."
Dengan lebih 500 pesilat mewakili cabang
perguruan mereka yang mengambil bahagian dalam kejohanan tahun ini, kejohanan
ini bakal menyaksikan pertempuran daripada perguruan Silat Gayong, silat
Lincah, silat Cekak dan Silat Gayong Fatani.
Adnan berkata, persiapan terakhir untuk
menghadapi kejohanan itu kini berjalan lancar di mana hari ini, mereka
memutuskan untuk memindahkan lokasi perhimpunan dengan Perdana Menteri pada
Rabu ini ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras.
Gambar : Media247
Dijangkakan, lebih 25,000 pengamal silat
di seluruh negara akan menghadiri majlis perhimpunan ini.
“Kami agak bimbangkan keadaan
keselamatan dan itulah sebab mengapa kami membuat keputusan tidak mengadakannya
di Dataran Merdeka," tambah Adnan.
Kejohanan Silat Kebangsaan ke-16
dilancarkan baru-baru ini oleh Presiden PESAKA yang juga Ketua Menteri Melaka,
Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.
Berikutan kerjasama dengan Astro Arena,
perlawanan separuh akhir dfan akhir Kejohanan Silat Kebangsaan ke-16 ini akan
disiarkan secara langsung di Saluran 801 Astro Arena. ~~Media247~~
JUARA LALU
1984 – Gayong
Malaysia
1985 – Juara
tidak diumumkan kerana kontroversi
1986 – Gayong
Malaysia
1988 – Selangor
1990 – Selangor
1991 – Kedah
1992 – Gayong
Fatani Malaysia
1994 – Sarawak
1996 – Sarawak
1998 – Lincah
Malaysia
2000 – Lincah
Malaysia
2002 – Lincah
Malaysia
2004 – Pahang
2006 – Pahang
2010 - Pahang
Aiman.. maaf tukar tajuk sikit,pagi besok saya akan buat "MINUM PAGI" kesyukuran untuk member2 di kedai kopi sebelah rumah sekadar teh tarik dan roti canai kosong sebiji sahaja kerana SS dan APEK menang ANUGERAH ASTRO ARENA 2012 he..he..he..
ReplyDelete