foto : Bernama |
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) semalam melancarkan Kad Ahli YAKEB yang juga akan berfungsi sebagai Kad Diskaun, sebagai satu lagi manfaat untuk dinikmati ahlinya yang terdiri daripada bekas atlet negara.
Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan,
Datuk Razali Ibrahim yang mewakili Isteri Perdana Menteri juga Penaung YAKEB,
Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang tidak dapat hadir kerana mengiringi Raja
Permaisuri Agong dalam satu lawatan rasmi ke luar negara.
Dalam teks ucapannya yang disampaikan Razali, Rosmah berkata
pelancaran Kad Diskaun ini adalah satu pengiktirafan terhadap jasa dan
pengorbanan bekas atlet di dalam mengharumkan nama negara.
“Sumbangan bekas atlet kepada negara begitu besar, apa yang kita
lakukan ini satu daripada usaha mengiktiraf
pengorbanan mereka di dalam mengangkat nama negara di mata dunia, dan
membuktikan kita tidak sekalipun meminggirkan mereka selepas mereka bersara.
“Objektif utama pelancaran kad ini adalah mendapatkan diskaun bagi
bayaran perkhidmatan atau urusan pembelian, selain pelbagai keistimewaan lain
yang ditawarkan penaja. Melalui kerjasama yang terjalin ini, ternyata aspirasi
yang didokong YAKEB turut dikongsi pihak penaja..”
.
Hadir sama pada majlis pelancaran yang diadakan di Seri Perdana, seorang
lagi Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Peng Siew, serta barisan
lagenda sukan tanah air antaranya Datuk Malek Noor, Datuk Soh Chin Aun, Datuk
M.Rajamani, Datuk Ghani Minhat dan Datuk Santokh Singh.
Dengan pelancaran Kad Diskaun ini, ahli YAKEB akan dapat menikmati
diskaun dan pelbagai faedah lain di premis-premis terpilih seperti Pasaraya,
Farmasi, Kedai Peralatan Sukan dan Restoran selain diskaun penggunaan
perkhidmatan pengangkutan awam.
Pengerusi YAKEB, Datuk Jamil Salleh berkata usaha untuk menarik
lebih banyak syarikat untuk menjalinkan kerjasama dengan YAKEB akan diteruskan
dan berterima kasih kepada semua penaja yang terlibat di dalam menjayakan Kad
Diskaun ini.
“Pelancaran Kad Diskaun YAKEB pada hari ini merupakan hasrat kita sejak
sekian lama, dan warga kerja YAKEB telah berusaha sebaik mungkin untuk
menjadikan ianya sebagai satu realiti, usaha kita tidak akan terhenti di sini,
kita akan sentiasa mencari idea baru dan peluang untuk menjalinkan kerjasama
bersama pihak penaja, dan menyumbang kepada kebajikan bekas atlet”, ujar Jamil.
Selain tumpuan terhadap Kad Diskaun, majlis pada hari ini turut
menyaksikan pembabitan secara rasmi jaguh sukan bermotor, Nabil Jan Al Jefri
bersama YAKEB, yang menyatakan komitmen untuk menyumbang 10% daripada jumlah
penajaan yang beliau perolehi ke tabung YAKEB.
Nabil adalah atlet ketiga menyatakan komitmen untuk terlibat
bersama YAKEB selepas Datuk Lee Chong
Wei dan Azlan Iskandar, menyumbang baik dari segi kewangan mahupun sokongan
moral dan inisiatif mereka ini wajar diberikan pujian dan menjadi contoh kepada
kalangan atlet yang lain.
p/s : Penulis SS, iaitu Muhammad Aiman adalah Pegawai Perhubungan Media dan Ketua Editor di YAKEB.
p/s : Penulis SS, iaitu Muhammad Aiman adalah Pegawai Perhubungan Media dan Ketua Editor di YAKEB.
tahniah bro atas kemenangan. segak bergaya dalam tv.
ReplyDelete