Pautan Suara Sukan

Monday, April 23, 2012

Bukan Mat Zan, Sebaliknya DCMJ Yang Perlu Berundur - Siapa Yang Layak?

Nama Mat Zan Mat Aris bukanlah nama asing dalam arena bolasepak tempatan, baik sebagai pemain mahupun jurulatih. Sebagai pemain, Mat Zan merupakan jantung pertahanan, PENYAMBUNG WARISAN kepada era Soh Chin Aun dan Santokh Singh (kedua-duanya kini Datuk) bersama-sama Serbegeth Singh dan Razip Ismail, malah pernah digelar ORANG BESI dek kekentalannya di benteng terakhir pasukan negara mahupun Kuala Lumpur – KL ketika itu antara kuasa besar bolasepak tanah air.

Selaku jurulatih, tidak dinafikan Mat Zan merupakan salah seorang jurulatih berpengalaman tanah air, dengan Kuala Lumpur, Telekom Melaka, KL Plus dan Pos Malaysia merupakan antara pasukan pernah dibimbing jurulatih berusia 54 tahun itu yang juga bertanggungjawab membawa Piala Malaysia pertama kali ke bumi Terengganu pada 2001 – cukup besar jasanya itu.

Ditawarkan kontrak selepas TACTICIAN MAESTRO Irfan Bakti Abu Salim memilih untuk membawa haluan ke Selangor, harapan dan kepercayaan diletakkan pengurusan mahupun peminat Terengganu ke atas Mat Zan sebenarnya cukup tinggi, dalam masa sama ‘menghadiahkan’ tekanan hebat buat pengendali serba boleh ini untuk setidak-tidaknya mengulangi tiga pencapaian musim lalu – Juara Piala FA, naib juara liga super dan naib juara Piala Malaysia.

Aksi goyah sejak kebelakangan ini menyaksikan Mat Zan menjadi  sasaran kritikan, dan diminta melepaskan jawatan, yang mana sampai ke kemuncaknya selepas tewas kepada Selangor yang dibimbing Irfan Bakti 1-6, termasuklah terbaru tewas kepada pasukan kelab Sime Darby FC, 1-2 semalam hingga dikhabarkan penyokong fanatik skuad Penyu menyerang rumah Presiden, Datuk Che Mat Jusoh.

Jelas, kehilangan Irfan Bakti, mula meninggalkan kesan hebat kepada prestasi pasukan Terengganu yang makin kehilangan momentum mereka ketika ini, paling jelas, TIADA LAGI GERUN kelibat trio pengempur berbisa tanah air – Ashaari Shamsudin, Manaf Mamat dan Abdul Hadi Yahya yang berganding hebat mencetak hampir 50 gol sesama mereka musim lalu. TIADA LAGI SENTUHAN-SENTUHAN KREATIF di barisan tengah yang pernah suatu ketika dijelmakan gandingan Ismail Faruqi-Joseph Kalang-Reeshafiq Alwi.

Namun wajarkah Mat Zan disalahkan 100% di atas aksi lesu ditunjukkan skuad Terengganu? Mungkin taktikal, strategi dan formasi diterap Mat Zan jauh berbeza dengan apa yang dibuat Irfan Bakti namun SS yakin Mat Zan pastinya sudah melakukan yang terbaik, tiada jurulatih yang mahu melihat pasukannya mempamer aksi buruk – dan SS masih tertanya-tanya apakah sebenarnya yang dimaksudkan aksi buruk?

Berada di tangga keempat liga dengan 3 perlawanan dalam tangan, masih lagi bersaing untuk merebut tiket ke final Piala FA, dan menduduki tangga kedua Piala AFC di belakang Kitchee, adakah sesuatu yang buruk sangat untuk diterima?

Tewas 2,3 perlawanan, kemudian melancarkan protes menyuruh jurulatih berundur bukanlah tindakan bijak atau professional, kerana jurulatih terbaik dunia sekalipun belum tentu berupaya mengubah situasi dalam sekelip mata - lainlah kalau dah hampir 30 tahun masih gagal menjelmakan transformasi, ranking pula terus menerus jatuh, ada juga asas untuk disuruh berbuat demikian.

Jadi, menyuruh DCMJ berundur adalah lebih relevan bukannya Mat Zan - mungkin sudah tiba masanya menyerahkan tugas kepada individu yang lebih layak, tetapi kalau tindakan meminta Che Mat Jusoh berundur dianggap paling tepat, siapa pula calon sesuai untuk mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan dia kelak? Siapa yang anda (penyokong/rakyat Terengganu) mahukan? 

Kalau benar penyokong Terengganu mahu DCMJ berundur dan transformasi berlaku, maka cara paling relevan adalah hadir dengan senarai calon yang anda kehendakkan then baru protes. KUMPUL & SERAH MEMORANDUM. Kalau tidak, MEMANGLAH TIDAK DILAYAN.

Saat-saat seperti inilah anda harus bersatu memberikan sokongan kepada pasukan, jangan kerana marahkan mana-mana individu (DCMJ) atau pengurusan PBSNT, pemain dan jurulatih turut terkena tempiasnya.

11 comments:

  1. mmg x spatutnya coach disalahkan 100%.. namun perbezaan corak permainan skuad peteh jauh berbeza untuk musim ini.. jelas sgt, kita bleh nmpk ats padang.. coach x kreatif dlm mrencanakan taktikal.. barisan tgh x berfunsi ngn baik... saha, manaf, hadi, x mnyengat lngsng... silap klau ada yg ckp tganu bernasib baik sbb ada froeky doe.. sbb nmpk sgt coach akn meletakkn doe sbg target man dalam setiap perlawanan... bila manaf dh ada peluang terbaik, dilorongnya kpd doe.. sbb tu la x de lg trio pnggempur skuad peteh ni.. ptutnya coach la lebih kreatif.. dia beruntung sbb tganu dibarisi dgn pemain2 yg sangat baik.. boleh bertukar2 posisi.. coach mmg la lebih mngetahui..tp x leh la smpai syok sndiri.. tgk coach2 ternama yg lain, x payah suruh, bila da tahu kudrat dia tu x mampu nk bantu pasukan, secara sukarela mereka tarik diri dr pasukan.. tgk k devan, wan jamak..

    ReplyDelete
  2. suara sukan x tengok ke apa permainan terengganu sekarang?taktikal hancur lebur.nk menang pn sakit.gol pn x lebih dri 1 gol.

    ReplyDelete
  3. Kate tganu nelang ngat, doh bakpe x menang? Ke tganu teanmg mee segera?

    ReplyDelete
  4. rasanya faktor jadual padat perlu diambil kira. terengganu dgn kelantan main di AFC, bleh tgk sejak 2,3 games lps dua2 team ni merosot.

    ReplyDelete
  5. Adakah benar anda ini wartawan?

    Kerana sefaham saya seseorang wartawan itu perlu lebih menyeluruh buah fikirnya dan melihat sesuatu isu itu dengan gambaran yang lebih luas.

    1. Bantahan ini BUKAN kerana "2-3 kali tewas" tapi disebabkan KEMUNCAK KECEWA penyokong Terengganu selama 14 TAHUN REJIM CHE MAT di PBSNT.

    2. Kekecewaan penyokong Terengganu terhadap Mat Zan hanyalah sedikit berbanding Che Mat. Sila pergi ke stadium dan dengar rungutan penyokong; semuanya terhala kepada CHE MAT. Ada pun Mat Zan juga ada dikritik tapi TIDAK SETERUK CHE MAT. Mengatakan penyokong Terengganu menyalahkan Mat Zan "100%" adalah satu ucapan yang dusta.

    3. Penyokong Terengganu TIDAK MENYALAHKAN pemain. Hanya Che Mat sahaja yang cuba mengheret pemain melalui kenyataan-kenyataan akhbar walhal itu TIDAK BENAR.

    4. Permainan Terengganu semakin merudum, kami ke stadium maka kami tahulah bagaimana rupanya. Kalau nak kata "kedudukan masih baik", takkanlah nak tunggu "kedudukan teruk" baru nak melatah. Sama macma hal FAM, nak tunggu ranking 200 baru nak melatah ke?

    5. "Menyuruh Che Mat berundur"...laa, memang INILAH YANG DISUARAKAN oleh penyokong Terengganu. Tahun 2002, 2007, 2011 dan yang terkini 2012 telah DISUARAKAN supaya Che Mat berundur. INI BUKAN KALI PERTAMA.

    6. Selama 4 kali protes jalanan dibuat, ini kali pertama penyokong menyerbu rumah Che Mat. 4 kali desakan tapi TIDAK DILAYAN (kenyataan akhbar: Saya tidak akan letak jawatan), akhirnya kemarahan memuncak.

    7. Ini juga bukan kali pertama memorandum diserahkan.

    8. "Anda harus bersatu menyokong pasukan"....seolah-olahnya kami tidak menyokong pasukan? AMARAH kami ditujukan kepada CHE MAT dan bukan PASUKAN atau PEMAIN.

    ReplyDelete
  6. pandangan anda semua saya hargai, at least yg mana saya kurang tahu, skrg sy dapat gambaran jelas.. it's noted..

    cuma, saya juga ingin anda semua fikir, dengan tindakan protes macam ni, yang lebih berisiko tinggi untuk berundur atau dipecat adalah MatZan...sedangkan anda penyokong sendiri kata ia dituju ke DCMJ.. apabila tekanan memuncak PBSNT mungkin mngambil keputusan drastik menamatkan khidmat MZMA, manakala DCMJ akan terus kekal di kerusinya itu. DCMJ tidak akan sdikitpun terusik, sedangkan jurulatih pula akan silih berganti... ya, memang sudah banyak memorandum diserahkan, tetapi kenapa tak dilayan? sebab dia tahu takde sape yang lebih layak.. why not u all approach seseorang yg difikirkan layak, minta orang tu melobi jawatan yg disandang DCMJ? kalau takde orang nak cabar dia, why dia nak berundur?

    ReplyDelete
  7. aku sokong statement brader atas ni.. point 1-8, hanya pnyokong tganu yg mngerti tperinci hal ini.. ini skrip crita lama bro.. dh 14 tahun..

    ReplyDelete
  8. En Aiman, saya penulis Anon @ 9:42AM.

    1. Ya, saya akui protes begini akan menyebabkan Mat Zan disingkir, atau dijadikan kambing hitam sedangkan petualang sebenar masih berkuasa. Ini hanya skrip lama Che Mat kerana dia pandai meletakkan beban kesalahan kepada pihak lain. Cth sekarang: penyokong salahkan Che Mat tapi dia keluarkan kenyataan seolah-olah penyokong marahkan jurulatih & pemain.

    2. Berkenaan calon, setakat ini hanya dengar "cakap-cakap kedai kopi" sahaja tentang siapa yang layak. Perlulah difahami CMJ ialah ahli politik dan mempunyai jawatan di kerajaan negeri ie. mempunyai KUASA. Tambahan lagi No 2 Syeikh Tajuddin hingga ke bawah hanyalah orang-orang dia

    3. Sebab itu mana-mana kumpulan penyokong (5 buah persauan, kalau termasuk Ultras) tak pernah sebut NAMA calon, takut dituduh sebagai "ditaja oleh seseorang". Namun saya juga akui, masing-masing persatuan penyokong juga ada syak-wasangka terhadap sesama sendiri. Lagi pula, jika cabaran itu gagal, entah apa pula nasib si calon (ditindas?dibatalkan permit perniagaannya? terlalu banyak kemungkinannya).

    4. Atas sebab kuasa politik jugalah, maka pada akhir 2011 penyokong Terengganu mengancam Che Mat denagn ancaman yang sama, iaitu kami akan gulingkan juga Che Mat dalam politik (iaitu sokong parti lain, ada dalam Youtube). Kerana apa?kerana kami sudah tidak tahu jalan mana lagi hendak dipilih...

    5. Saya mohon maaf jika komen saya sebelum ini kelihatan kasar. Tidak bermaksud begitu.

    ReplyDelete
  9. Kita orang malaysia kalau beri komen first kelas. Check dulu siapa yang di beri kuasa penuh atas pasukan. Kalau tm asik nak kacau kerja coach buang tm. Kalau coach diberi kuasa penuh perbelanjaan pun tinggi buang saja coach. Tolong tanya coach dulu atau p/coach.

    ReplyDelete
  10. kami tak kira! kami nak menang sentiasa. tak kira la lawan madrid sekalipun. kalah kami tetap berdemo

    ReplyDelete
  11. heheh...

    saya sokong semua pendapat di atas...hehe

    Yahoo..kelate selamanyeee...

    ReplyDelete