Jangan terkejut andai pasukan berstatus kelab, Sime Darby FC
yang akan turun menentang juara bertahan, Terengganu, pada aksi timbal balik
separuh akhir malam esok, menerapkan formasi negative 8-1-1 untuk merealisasikan
hasrat muncul kelab pertama beraksi di final Piala FA.
foto kredit : ganusoccer.net (GSN) |
Bukan mencetus andaian, tetapi ia diakui Ketua Jurulatih
pasukan SDFC itu sendiri, Ismail Zakaria, yang berpendapat dia tiada pilihan
lain selain melakukan apa yang ‘lazimnya’ dilakukan mana-mana jurulatih yang
berada di situasinya iaitu menerapkan formasi bertahan untuk mempertahankan
kelebihan 1 gol yang dibawa pulang dari Kuala Terengganu minggu lalu –
mengambil kira status pasukannya yang dilabel underdog.
“Terengganu perlukan paling kurang 2 gol, dengan barisan
depan mereka yang hebat, tidak mustahil mereka akan all-out untuk mencari
kemenangan, kita sedar reputasi Terengganu selaku pasukan dari Liga Super yang
juga juara bertahan, tetapi sekarang kami memiliki kelebihan 1 gol, saya
memikirkan strategi terbaik adalah bertahan habis-habisan, ini sahaja pilihan
yang kita ada jika mahu mengecewakan mereka, saya tidak kisah untuk meletakkan
7 atau 8 pemain di barisan pertahanan, asalkan keputusan berpihak kepada kita..”.
“mungkin ada yang akan beranggapan kami merosakkan permainan
bolasepak dengan taktikal sebegitu, tapi saya tak rasa ia satu kesalahan, ia cuma
satu daripada strategi permainan, setiap pasukan ada cara mereka, Chelsea
singkirkan Barcelona pun dengan cara sama, jadi jangan kata ia taktik kotor..”.
– Ismail Zakaria.
Ismail mengakui taktikal sebegitu sudahpun pernah diterap
sebelum ini di mana ia membuahkan hasil, termasuklah ketika menyingkirkan dua
pasukan Liga Super, Sabah dan Johor FC, namun menegaskan dia tidak memandang
mudah Terengganu, yang memiliki antara barisan serangan terbaik Liga Malaysia
dengan adanya Ashaari Shamsudin, Francis Forkey Doe, Abdul Hadi Yahya. (Manaf
Mamat cedera).
Memburukkan situasi di kem SDFC, mereka akan turun tanpa
penyerang import prolific, Patrick Ronaldingo Wleh yang menjalani
penggantungan, namun Sang Penyu tetap perlu berwaspada dengan kelibat bekas
pemain Perak, Razali Umar Kandasamy yang pastinya berpotensi menjadi duri dalam
daging buat barisan pertahanan mereka, andai diturunkan.
SDFC akan melayan kunjungan Terengganu di Stadium Selayang
malam esok, berbekalkan kemenangan 2-1 pada perlawanan pertama, manakala dalam
satu lagi perlawanan, Kelantan berkunjung ke Alor Star menentang tuan rumah
Kedah.
Kelantan turun dengan misi wajib menang selepas keputusan
seri 1-1 di laman sendiri memberikan kelebihan gol di tempat lawan kepada Kedah,
bermakna Wan Jamak hanya perlukan keputusan seri tanpa jaringan untuk
menyingkirkan Kelantan, namun dalam masa sama, sekiranya perlawanan
berkesudahan 2-2, iajuga memadai untuk membawa Kelantan ke final ketiga dalam
tempoh empat tahun..
sy x rasa taktikal bertahan ni sesuatu yg memburukkn bola sepak. ini adalah salah satu teknik dlm bola sepak.. malah, pasukan bertaraf dunia pn akn mngamalkn teknik nie.. taktikal di lakukan ats kajian terhadap prestasi lwn.. situasi sime darby yg berdepan juara bertahan trengganu ini pasti akn memaksa pasukan ini untuk bertahan.
ReplyDeleteni corak mainan pasukan yg bodoh....dh kalo leh gi final pon ko nak main camne???ehh,main ikot kemampuan sendiri lahh...jgn nk main mcm bdk2..kalo camtu baik suruh coach Sime darby letak 10 pemainnya duk beratur jer atas garisan gol dia tuh....itu pun x salah n rosakkan bolasepak kan??bodohhhhhhhhhhhhhh............/
Deletelantak ar kat dye..nk pakai formasi apa
DeleteHi there,
ReplyDeleteMy name is Lizzy; I work for the PR agency that is handling the Warrior Sports (new apparel sponsor of Liverpool FC) account here in Asia.
I thought I’d get in touch as I’m currently compiling a media database for bloggers. Being a football fan yourself, I thought you would be interested in getting a copy of the press release for the launch of the new kit - would you be interested? If so, please share your email and I will gladly add you to the database.
I can be reached at ewu@racepointgroup.com. Hoping to hear from you soon.
Thanks and have a great day!
Best,
Lizzy