foto : Bernama |
Bagi yang membayar RM20 untuk menyaksikan perlawanan menentang
Sri Lanka sebentar tadi, mungkin keputusan 6-0 adalah satu justifikasi tepat
bagi harga mahal yang dibayar anda untuk sebuah perlawanan ‘bertaraf A’ yang
pertama di laman sendiri, dan yang kedua tahun ini selepas Filipina di tempat
lawan bulan lalu.
Sebagai rakyat Malaysia, penulis berkongsi rasa gembira di
atas kemenangan skuad Harimau Malaya, meskipun sebelum perlawanan bermula ada
juga timbul keraguan mampukah skuad ini mengelak daripada diaibkan team di
ranking ke-181 dunia, dan tahniah kepada semua pemain di atas kemenangan ini.
Namun, usah terlalu riak atau berbangga dengan kemenangan ke
atas lawan kerdil ini. Pada ketika 6 gol membolosi gawang Sri Lanka mungkin
mengembirakan jutaan peminat bolasepak tanah air yang hampir setahun menantikan
kemenangan di pentas antarabangsa selepas kali terakhir menewaskan Taiwan di
kelayakan Piala Dunia, harus kita akui kemenangan ke atas Sri Lanka sekadar menepati
ramalan awal dan tidak mencerminkan kekuatan sebenar pasukan negara – pendapat yang
saya rasa mungkin dipersetujui ramai.
Filipina juga membaham pasukan Sri Lanka ini 4-0 pada kempen
kelayakan Piala Dunia yang mana statusnya lebih kompetitif, justeru untuk kita
sebagai juara serantau untuk menang 6-0 pada aksi frenly bukanlah satu kejutan
besar, malah Sri Lanka juga bukanlah lawan yang mampu memberikan saingan apatah
lagi mereka sendiri mengakui hadirnya mereka ke Malaysia hanyalah untuk
pendedahan dan menimba pengalaman.
Melihat kepada aksi 90 minit atas padang, kebanyakan gerakan
mereka kerap kali sangkut sebelum masuk ke dalam kotak penalti, dan hanya
sekali penjaga gol, Farizal Marlias dikerah melayangkan badan untuk menampan
keluar percubaan ON TARGET dari dalam kotak penalti, selebihnya semuanya OFF
TARGET.
Justeru, Datuk K.Rajagobal dan anak-anak buah usahlah
mendabik dada dengan kemenangan ini, ia tidak lebih daripada sebuah perlawanan hiburan
hujung minggu yang dikategorikan ‘kelas A’ – tetapi pastinya lebih bermanfaat
daripada perlawanan sarkas menentang Arsenal, Manchester City, Chelsea mahupun
Liverpool terutamanya dari aspek kedudukan ranking dunia yang disifatkan tidak
penting oleh Datuk Azuddin Ahmad.
Bezanya, menentang kelab EPL - duit berjuta-juta dapat
dijana, dapat mempromosikan Malaysia ke serata dunia menerusi hebahan dan tayangan
siaran langsung ke seluruh dunia, dapat merasai pemain-pemain ternama dunia
seperti Sergio Aguero, Robin Van Persie, dan Samir Nasri menjejak kaki ke bumi Malaysia.
Kalau tunggu international friendly, jawabnya pemain Sri Lanka, India,
Bangladesh dan Nepal sahajalah yang dapat pijak rumput Stadium Bukit Jalil
& Shah Alam.
foto : Bernama |
Kredit juga buat dua pemain Harimau Muda – Wan Zack Haikal
dan Ahmad Hazwan Bakri yang menyumbang 5 daripada 6 gol malam tadi, justeru
membuktikan kudrat pemain dari skuad bimbingan Ong Kim Swee mula menampakkan impak
besar untuk skuad negara. Hazwan cuma beraksi 20 minit terakhir menggantikan
Safee Sali dan menamatkan permainan dengan 3 gol manakala Wan Zack sebelum itu
dengan 2 gol di separuh masa pertama.
Percaturan Rajagobal mengandingkan Shakir Ali dan Safee di
barisan depan ekoran keberkesanan gandingan itu ketika menentang Filipina yang
berkesudahan 1-1, nyata tidak berhasil kali ini – Shakir tidak begitu berfungsi
di babak pertama hingga terpaksa digantikan dengan Azamudin Akil selepas 45
minit perlawanan, manakala Safee, penyerang bernilai RM2Juta juga gagal memberi
impak maksima, meskipun hampir menambah koleksi gol di babak pertama (dibatal
kerana offsaid).
Apa yang sedikit mengecewakan, adalah ketidak-berkesanan
pemain tengah untuk memegang bola dan menggerakkan permainan dengan lebih
berkesan – hanya Safiq kelihatan yakin dengan hantaran dan sentuhannya.
Ujian sebenar bagi skuad negara, bagaimanapun dijangka hadir
pada penghujung Mei menentang Indonesia, serta dua perlawanan menentang
Singapura selepas itu, jika menang ketiga-tiga perlawanan itu barulah anda
benar-benar layak digelar jagoan ASEAN – walaupun ramai bekas pemain berpendapat
kita seharusnya sudah boleh dilabel kuasa bolasepak Asia sepertimana zaman
kegemilangan suatu ketika dahulu.
Tahniahhhhhhhheeeeeee Malaysia tewaskan sri lanka 66-0 kah..kah..
ReplyDeleteMenang sgn barisan pmain yg rata2 dr skuad bwh 21 thn sri langka.. Kakakakak...
ReplyDeleteAlahai Rajakerbau.. nak sangat kemenangan cari lawan budak yang masih berhingus,RG ini jenis specis yang tak tahu malu, enam gol itu datang daripada anak didik Ong Kim Swee dan Dollah Salleh. RG U'RE NOT FIT TO DESERVE THE CREDIT OK....
ReplyDelete