Wednesday, January 30, 2013

Piya, Karathu bidas Rajagobal

Datuk K.Rajagobal umpama menjerat diri sendiri apabila mengeluarkan komen yang disifatkan kurang profesional oleh bekas jurulatih Kelantan, Dato' M.Karathu berhubung pemilihan kapten berpengaruh Kelantan, Badhri Radzi ke kem latihan skuad kebangsaan. 

foto : shazlishamsudin
Raja, ketika menjawab soalan wartawan mengenai sebab dia masih enggan mempertimbangkan untuk menyenaraikan nama Badhri a.k.a Piya di sebalik berdepan masalah kecederaan pemain yang serius sehingga kehilangan sekurang-kurangnya 10 pemain, berkata Badhri sendiri tahu tentang sebab dia tidak tersenarai dan menyuruh media bertanya kepada pemain itu sendiri untuk merungkai segala persoalan.

Menambah kehangatan, pengendali Harimau Malaya itu mengaitkan pula nama dua bekas jurulatih Kelantan, B.Sathianathan dan Dato' M.Karathu sebagai individu yang boleh memberi gambaran lebih jelas mengenai pasukan Kelantan - tetapi yang anehnya, Sathia melatih Kelantan pada tahun 2009 dan 2010 iaitu lebih kurang 3 tahun lepas manakala Karathu pula membimbing Kelantan sehingga hujung 2011.

Selepas itu, Kelantan dibimbing Peter Butler dan kemudiannya Bojan Hodak (sehingga sekarang) - justeru, apa relevan pula Rajagobal menjadikan kata-kata Sathia dan Karathu sebagai asas menyingkirkan Piya? Bukankah penilaian patutnya mengambil kira kata-kata Bojan atau Zahasmi Ismail? 

Piya, yang ditemuramah laman Sports247, mempersoal sama ada pengendali itu mempunyai masalah dengannya dan berkata dia tidak pernah diberi peluang selama ini untuk membuktikan sesuatu, selain menyifatkan ianya tidak adil buatnya sekiranya kebolehannya hanya dinilai hanya dalam satu perlawanan (selebihnya, baca di sini).

Manakala Karathu yang membawa Kelantan muncul juara Liga Super buat pertama kali, melalui laman facebooknya membidas Raja dengan berkata Raja tidak sepatutnya menyalahkan pihak lain sedangkan dia sebagai BOSS besar seharusnya tahu sama ada Piya sesuai atau tidak untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan.


p/s : Mungkin Fabio Capello boleh meminta pandangan Carlo Ancelotti atau Jose Mourinho, atau Luis Felipe Scolari apabila memilih pemain England dari pasukan Chelsea selepas ini. 

1 comment:

amilin halim said...

We are all behind Piya