Tamat perlawanan pertama bagi
kesemua pasukan, semua pasukan pilihan iaitu Kelantan, Selangor dan Lions XII
termasuk Perak bermula dengan langkah kanan apabila melakukan sepak mula musim
baru liga dengan meraih tiga mata.
Piya menjaringkan gol penyamaan Kelantan. Foto : Wan Ahmad Jauzi/gawang.my |
Kelantan, selaku juara bertahan
sedikit cemas sebelum gol masa kecederaan Zairul Fitree mengesahkan kemenangan
2-1 ke atas skuad bersemangat tinggi PKNS Selangor, manakala Lions XII
menewaskan juara Piala Sumbangsih, Angkatan Tentera Malaysia 1-0 menerusi
jaringan kapten pasukan, Shahril Ishak.
Selangor yang berwajah baru
menewaskan Negeri Sembilan juga 1-0 menerusi jaringan bekas pemain Jang,
S.Kunanlan sehari sebelumnya, begitu juga Perak di bawah bimbingan Azraai Khor
Abdullah cemerlang mencatat kemenangan 1-0 meskipun memerlukan gol sendiri pada
masa kecederaan Nuraliff Shamsudin untuk menewaskan T-Team.
Begitupun, aksi juara sulung Liga
Super, Pahang menentang skuad bangsawan, Johor Darul Takzim paling mencuri
tumpuan peminat bolasepak tempatan – Pahang bimbingan Dollah Salleh bangkit
daripada ketinggalan 2 gol di babak pertama untuk menang 3-2 ke atas pasukan
yang menghimpunkan deretan pemain berstatus bintang dalam pasukan mereka itu.
Fauzi Roslan menyumbang 2 gol,
manakala R.Surendran menjaringkan gol kemenangan sekaligus memadam gol
pendahuluan pelawat yang sebelum itu mendahului menerusi Safiq Rahim dan
Norsharul Idlan.
Keputusan penuh Matchday 1
seperti berikut :
9 Januari 2013
Kelantan 2 – 1 PKNS Selangor (Badri, Zairul ; Helmi)
ATM 0 – 1 Lions XII (Shahril)
8 Januari
Perak 1 – 0 T-Team (gs Nuraliff)
Terengganu 1 -1 Felda (Ismail ; Ghaddar)
Selangor 1-0 Negeri Sembilan (Kunanlan)
Pahang 3 – 2 Darul Takzim (Fauzi, Fauzi, Surendran ; Safiq, Norsharul)
**penjaring pasukan tuan rumah dan pelawat dipisahkan dengan tanda (;)
No comments:
Post a Comment