Thursday, January 10, 2013

Stadium & Lampu Limpah


Berdasarkan maklumat terkini daripada FAM : 

Dimaklumkan bahawa Stadium-stadium berikut dibenarkan untuk bermain pada waktu malam. Tahap pencahayaan lampu limpah bagi stadium-stadium berikut berasaskan kepada pemeriksaan terakhir pada 6 Januari 2013.


i. Stadium Shah Alam, Selangor.
ii. Stadium Darul Makmur, Kuantan.
iii. Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.
iv. Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
v. Stadium TLDM, Lumut.
vi. Stadium Jalan Besar, Singapura.
vii. Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin.
viii. Stadium Negeri, Kuching.
ix. Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Walau bagaimanapun, penggunaan stadium ini bermain pada waktu malam bergantung kepada laporan tahap pencahayaan lampu limpah yang akan dilakukan oleh Komissioner Perlawanan (MC) atau Penilai Pengadil (RA) bersama-sama dengan General Coordinator (GC) Pasukan Tuan Rumah dan wakil Pegawai Pasukan Pelawat yang akan diadakan pada jam 8.00 malam di semenanjung dan 7.30 malam bagi Sabah dan Sarawak pada hari perlawanan.

Jika tahap pencahayaan tidak mencapai piawaian FAM, maka FAM akan mengeluarkan notis 30 hari supaya tahap pencahayaan diperbaiki. Sekiranya tahap pencahayaan masih lagi gagal selepas 30 hari notis dikeluarkan stadium tersebut akan bermain di sebelah petang.

Bagi stadium-stadium yang masih belum mencapai tahap piawai yang ditetapkan di sembilan lokasi yang ingin bermain pada waktu malam hendaklah mengemukakan laporan tahap pencahayaan lampu limpah sebaik sahaja tahap pencahayaan melepasi piawaian FAM.

No comments: