Friday, February 1, 2013

Sathia : Jangan kaitkan saya!

Ramai yang tertanya-tanya apakah dua bekas pengendali The Red Warriors, Dato' M.Karathu dan B.Sathianathan memainkan peranan di dalam penyisihan kapten Kelantan, Badri Razi atau Piya daripada skuad kebangsaan kendalian Datuk K.Rajagobal, sejak ketua jurulatih kebangsaan itu mengeluarkan kenyataan 'tanyalah Karathu dan Sathia mengapa Piya tidak dipilih'. 

Karathu telah menjawab persoalan itu sebelum ini, dan membidas Rajagobal sebagai tidak profesional di dalam menjawab soalan media, manakala Piya sendiri tertanya-tanya dan mahu Rajagobal yang menjawab punca dia disisihkan. 

Terbaru, giliran Sathianathan, yang kini berada di Jepun membidas tindakan pengendali berusia 57 tahun itu agar tidak mengaitkan nama orang lain tatkala penilaian dan kebebasan memilih pemain ke kem kebangsaan terletak sepenuhnya di tangan dia sendiri malahan berkata jika benarpun Raja perlukan seseorang untuk memberi komen menegenai Piya, orang yang paling sesuai adalah Bojan Hodak.

Gambar : Kakibola/365 Images
Sathia tidak mahu dia dikatakan telah memberi 'testimonial' yang tidak bagus tentang Piya dan berikut kenyataan Sathia yang kini melatih Angkatan Tentera Malaysia kepada Suara Sukan. 

"Saya adalah jurulatih Kelantan bermula penghujung 2009, di mana Piya mengalami kecederaan dan tidak beraksi walau satu pun perlawanan. Pada 2010, piya kembali berada dalam pasukan tetapi tidak beraksi 90 minit penuh kerana masih dalam proses pemulihan kecederaan. Hanya menuju ke penghujung musim, seterusnya saingan Piala Malaysia, Piya berada pada tahap prestasi yang baik.

"Datuk Raja ada bertanya kepada saya pada awal musim tersebut tentang Piya, saya kata dia belum 100% cergas kerana kecederaan. Apabila Piya beraksi dengan cemerlang, Raja tidak dapat menyenaraikan namanya dalam skuad AFF 2010 kerana dia tidak didaftarkan dalam senarai 50 pemain untuk kejohanan itu. 

"Pada 2011, Datuk Karathu mengambil alih pasukan, dan kemudiannya Butler dan Bojan, tempoh di mana Kelantan memuncak memenangi liga dan kemudiannya treble. Pada tempoh ini, saya tidak mempunyai sebarang hak untuk bercakap tentang Piya dan Raja sepatutnya bercakap dengan Bojan mengenai pemain Kelantan. 

"Apabila Raja bertanya kepada saya tentang Piya, saya hanya boleh komen tentang prestasi dia ketika 2010, ketika di bawah bimbingan saya. Saya hanya boleh bercakap apa yang saya tahu tentang pemain di bawah kendalian saya sahaja. Tentang prestasi semasa Piya, hanya Bojan sahaja yang boleh menjawab dan memberi maklumat tepat mengenai Piya," ujar Sathia.

Bukan sahaja Sathia, tetapi seluruh peminat bolasepak tempatan juga pastinya bersetuju Bojan adalah individu yang perlu komen tentang prestasi Piya, bukannya seorang jurulatih yang membimbing pemain itu 3 tahun lalu - sama juga dengan Amri Yahyah, dia beraksi dengan Selangor sejak awal 2000-an, takkan Rajagobal nak tanya tentang Amri dekat Abdul Rahman Ibrahim, Ismail Ibrahim, Dollah Salleh atau K.Devan?  

2 comments:

Anonymous said...

kalau dah kapten pasukan. menang treble. feed bola cantek2 buat nor shahrul sampai dapat mpv player..

aku yang bukan jurulatih pun tau piya tu bagus...

hadoi

kueh

amilin halim said...

Selagi Piya x dipanggil, selagi itulah Rajagobal akan dipersoalkan..

Wbgmanapun, credit pada wartawan sukan/media sekarang yang sedikit demi sedikit mula terima apa yg peminat mahukan..

seblom ni asyik backup Raja jah..

http://sisisukanmalaysia.blogspot.com/