PENGENDALI Kelantan, Bojan Hodak
melaungkan amaran kepada musuh bahawa gol berganda Keita Mandjou yang
memusnahkan Terengganu 2-0 pada pertembungan derby Pantai Timur semalam,
hanyalah satu permulaan.
Bojan
yakin penyerang import Guinea itu akhirnya menemui sentuhan yang dicari-cari,
selepas dihantui kemarau gol sebanyak enam perlawanan.
“Apabila
seseorang penyerang itu meraih semula keyakinan dalam dirinya, dia tidak akan
berhenti meledak gol dan dua jaringan ini hanyalah satu permulaan bagi Keita,”
kata Hodak.
Hodak
sendiri turut menjadi sasaran kritikan penyokong-penyokong setia The Red
Warriors (TRW) kerana kerap menggunakan khidmat pemain berusia 33 tahun itu,
meskipun kurang berkesan di depan gawang namun ‘kedegilan’ jurulatih warga Croatia itu nampaknya membuahkan hasil dengan Keita
membalas kepercayaan bosnya itu, sekaligus menutup mulut pengkritik.
“Sayalah
orang paling gembira apabila menyaksikan dia menemui jaring dua kali pada
perlawanan ini. Saya
gembira kerana dia (Keita) membalas kepercayaan yang saya berikan terhadapnya. Keita
bukan pemain pertama menghadapi masalah yang sama, Muhammad Ghaddar (bekas
penyerang Kelantan), juga begitu pada permulaan musim lalu namun menjadi
pemusnah benteng pertahanan lawan sebaik sahaja menemui sentuhan sebenar,”
jelas Hodak.
Sementara
itu, Bojan turut memuji kombinasi jentera tengah membabitkan Mohd. Shakir
Shaari dan ketua pasukan, Mohd Badhri Mohd Radzi dalam memimpin rentak
permainan pasukan, di samping sumbangan pemain veteran, Indra Putra Mahayuddin.
“Mohd Shakir dan Piya (Badhri) adalah gandingan pemain tengah terbaik negara dan ini dibuktikan dengan kebijaksanaan mereka mencorakkan permainan yang kreatif dan menghidangkan banyak peluang untuk rakan-rakan. Pengalaman Indra Putra juga memainkan peranan besar,” ujar Bojan.
kredit to : sports247
1 comment:
Thank you ffor this
Post a Comment