Kelantan meletakkan harapan
tinggi di bahu pasangan kembar seiras, Hao He Peng dan Hao He Hao untuk
merealisasikan sasaran membawa pulang dua pingat emas acara gimnastik artistik
di Sukan Malaysia ke-16 yang akan membuka tirai secara rasmi pada 28 Jun nanti.
Jurulatih pasukan, Mohd Jailani
Daud berkata dua beradik yang merupakan bekas pelatih kebangsaan dan produk
Sekolah Sukan Bukit Jalil itu dilihat sebagai prospek terbaik Kelantan untuk
memperbaiki pencapaian di Pahang tahun lalu di mana mereka sekadar meraih
sebutir pingat perak dan sebutir gangsa.
“Mereka berdua inilah harapan
emas kita. Mereka pernah berada dalam skuad elit kebangsaan dan pernah menyertai
kejohanan-kejohanan besar jadi kita pertaruhkan pengalaman dan kelebihan yang
ada pada mereka.
“Kali ini kita turun dengan
persiapan lebih baik dan sasaran lebih realistik, kita mahu menjadi pencabar
yang serius, bukan sekadar beraksi melengkapkan jadual pertandingan.”
Jailani yang pernah mewakili
negara di Sukan Sea 1989 berkata keyakinan di kem Kelantan turut diperkukuhkan
dengan prestasi cemerlang yang ditunjukkan gimnas mereka di Kejohanan Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia yang berlangsung dari 2-9 Jun lepas di Shah
Alam, di mana kontijen Kelantan membawa pulang 2 emas, 2 perak dan 1 gangsa.
Menurutnya, kesemua 6 gimnas yang akan membawa
cabaran kini berada dalam mood cukup bersedia dan memasuki fasa akhir latihan
yang diadakan di Pusat Latihan Gimnastik, Kompleks Sekolah-Sekolah di Kota
Bharu sebelum mereka menyertai Kem Motivasi Atlet membabitkan kesemua atlet
SUKMA Kelantan di Besut pada 23 dan 24 Jun nanti.
1 comment:
xdok kuiz untuk final piala fa ko? pemenang boleh tiket free. tiket mahal loni ni..ejah kuiz la bro aiman.
Post a Comment