Thursday, May 26, 2011

Dipotong 6 Mata Sekadar Gimik Naikkan Kemarahan Peminat Terhadap FAM


Belumpun reda episode kekalahan di tangan T-Team malam tadi, penyokong Kelantan dikejutkan pula dengan berita kononnya Kelantan dan Terengganu, dua pasukan Pantai Timur yang kini menghuni 2 tangga teratas Liga Super, serta finalis Piala FA dipotong 6 mata, ekoran masalah pendaftaran pemain.

Klik utk imej lebih besar

Kejadian potong mata ini sebenarnya langsung tidak berlaku, lebih-lebih lagi untuk memotong mata Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM perlu bersidang, bermesyuarat, dan andai keputusan dibuat ia akan pertama sekali dimaklumkan kepada pengurusan kedua-dua pasukan.

Datuk M.Karathu dan Irfan Bakti Abu Salim hanya tergelak apabila diajukan soalan itu, malah bertanya : “minggu lepas Matyo mati accident, arini kena potong mata pulak?”.

Ianya disebarkan melalui laman sosial Facebook, kononnya milik Buletin Utama TV3, yang kemudiannya pantas dinafikan krew TV3. Malah Suara Sukan turut ada meninggalkan beberapa komen di page tersebut yang mempunyai 5,343 peminat namun kesemua komen tersebut dipadam oleh admin page itu.

Penafian Zon Sukan Milik TV3, klik untuk imej lebih besar

Secara tidak langsung, ia sekaligus mendedahkan bahawa itu bukan page milik TV3, atau mana-mana kakitangannya, malah lebih kelakar, di ruangan ‘about’ mengenai  page tersebut, tertulis KAMI BUKAN PREJUDIS, KAMI HANYA MENYAMPAIKAN BERITA BERAT SEBELAH.KAMI MOHON MAAF JIKA BUAT ANDA TERASA HATI. LAIN KALI KAMI BUAT LAGI.TERIMA KASIH tetapi malangnya ramai yang tidak sedar akan perkara ini.

Apakah kalau betul ia milik sebuah stesen TV popular, akan ada ungkapan sedemikian rupa? Dan yang menampakkan lagi bahawa ia adalah page tipu, bukankah meja sukan TV3 ada page mereka sendiri, iaitu ZON SUKAN, justeru kenapa pula update tentang berita bola nak diletakkan di page lain?

Kepada yang menyebarkan berita palsu ini, atau dalam kata lain fitnah ini, SS tidak tahu apa motif anda, tetapi usahlah melaga-lagakan pasukan Pantai Timur dengan FAM, dan sengaja mencetus rasa marah penyokong terhadap FAM. 

Andai wujud situasi tegang, ia akan menampakkan seolah-olah penyokong pasukan Kelantan dan Terengganu tidak bertamadun, dan ia satu kepuasan bagi anda, bukan begitu?  

6 comments:

Kawe Hanya Peminat! said...

Baso jenis gong payoh la boh...

Alexis Aiman said...

pelik2 prangai ore ni, ..bodoh ore hok wat lagu ni, tok tahu apa motif nak perlago KAFA n FAM la tuh...mugo selangor dio duk no3 tu gak...

Anonymous said...

page fb tu sebelum ini dikenali sbg TV3suku dan ia baru je ditukar kepada TV3...agenda dia hanya menyongsang statement2 yg dikeluarkn oleh media tp bagi yg tak perasan mungkin akan terkena...

Alexis Aiman said...

masalah nye ramai yg percaya, byk sms diterima, malah ramai yg brtanya melalui fb ttg kesahihan benda tu. kita pun padahal toksey caro benda ni, bila ramai duk roger last2 tnya direct kat tv3...diorang pun tak puas ati la sbb pakai nama diorang...

egypt85 said...

parok...harap tiada lg isu ni...

aPihnaikZ said...

kawe raso 2 page yg d tbuhkan utk menyindir tv3...mmg blambak page2 gi2 loni....cumo kdg2 ore main like jah page tanpa baca n pehe dlu...