Kegembiraan skuad The Red Warriors yang masih dalam mood berpesta ekoran kejayaan menempah tiket beraksi di final Piala Fa, mahu segera dinoktahkan skuad berstatus kelab, Felda United apabila kedua-dua pasukan bertemu malam ini, dalam saingan Liga Super.
“Bukan bercita-cita besar, sebaliknya mahu melakukan yang terbaik demi mengembalikan reputasi Felda yang sekian lama tercalar”, itu komen ringkas Jurulatih Felda, E.Elavarasan, sedar akan hakikat betapa pasukannya tidak lagi boleh tercicir mata, jika berhasrat mahu menempatkan diri di kelompok tiga pasukan teratas Liga Super.
Menang hanya 2 daripada 12 perlawanan terakhir, dan hilang status pencabar kejuaraan selepas bermula dengan agak cemerlang pada awal musim turut menguatkan lagi semangat barisan pemain bintang Felda Utd untuk menaikkan semula nama juara Liga Perdana 2010 itu, meskipun lawan mereka bukan calang-calang pasukan.
Kemenangan ke atas Harimau Muda, pada 6 Mei lalu, merupakan satu-satunya kemenangan berjaya diraih Felda Utd dalam lima perlawanan terakhir, tatkala Kelantan yang seri 0-0 menentang Negeri Sembilan, ketika ini di kemuncak prestasi, mengintai kemenangan ke-13 musim ini.
Rekod pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini, Kelantan menang 6-0 (Liga Super), dan 3-0, 2-2 (Piala Fa), kesemuanya di Kota Bharu, dan ini kali pertama mereka akan bertemu di Cheras, sejak penghujung 2007, ketika itu seri 1-1 dalam saingan Liga Perdana.
Sama ada Felda Utd mampu menghadiahkan Kelantan kekalahan pertama sejak tewas kepada Perak, iaitu sejak 8 perlawanan lalu, atau Kelantan akan meneruskan rentak cemerlang dengan merakamkan kemenangan ketujuh daripada 9 perlawanan, akan terjawab apabila kedua-dua pasukan bertemu tepat jam 8:45 malam nanti.
Perlawanan-perlawanan lain yan turut berlangsung, pendahulu liga, Selangor menentang T-Team, Perak menentang Sabah (kedua-dua perlawanan dijadual berlangsung 4:45 petang), Harimau Muda menentang Terengganu, Negeri Sembilan bertemu Johor Fc, dan Pahang menentang K.Lumpur.
No comments:
Post a Comment