Tuesday, May 3, 2011

Lambaian Kaabah : Bekas Atlet Dibawa Ke Ladang Susu Unta, Mendaki Bukit Hira’


Hari keenam/ketujuh di Tanah Suci Allah, semakin banyak kesedaran dan ilmu berguna diperoleh. Bersama bekas atlet mengerjakan umrah, seterusnya menziarah beberapa kawasan bersejarah seperti Jabal Thur, Jabal Rahmah, Arafah, Masjid Nammeirah, Minna, Muzdalifah serta ketiga-tiga tempat melontar, Jamratul Aqaba, Jamratul Ula, dan Jamratul Usta, Jabal Nur, bermiqat sekali lagi, kali ini di Jaaranah untuk umrah kali kedua, memberi seribu satu pengalaman berguna.

Baru selesai mendengar tazkirah daripada Ustaz Gunawan, airmata keinsafan dan kesedaran, tidak henti mengalir dari mata lebih 60 bekas atlet yan g menyertai program ini.

Selepas berehat sehari pada hari ini, esok antara aktiviti yang telah diatur, lawatan ke Muzium Kaabah, dan melawat ladang susu unta di Hudaibiah, dan mendaki Bukit Hira’ bagi atlet yang mana masih bertenaga.

Antara yang dijangka terlibat, Mohd Nor Yaakob, Khalid Ali, Manja Man, Ammar See Abdullah, Kamarulzaman Yusoff, penulis sendiri dan ramai lagi.

No comments: