Selepas pencarian selama tiga minggu pemain badminton
paling berbakat di kalangan remaja, Piala Axiata Junior menampilkan 24 pemenang
yang kini akan melangkah ke pentas lebih besar beraksi di Pusingan Akhir
Kebangsaan bulan depan.
Pencarian bakat Piala Axiata Junior telahpun
menjelajah ke 12 buah negeri, dari Perlis di utara hingga ke Johor di selatan
semenanjung, dan tidak ketinggalan Kelantan, Terengganu dan Pahang di Pantai
Timur.
Hampir 1,300 pelajar dari sekolah kerajaan,
institusi swasta dan akademi badminton mempertontonkan bakat mereka selepas
melalui proses saringan yang diketuai pemenang pingat perak acara beregu di
Sukan Olimpik Atlanta, Cheah Soon Kit, dan panel penilainya.
Kesemua 12 pemain lelaki dan 12 pemain wanita yang muncul juara di peringkat negeri masing-masing selepas berakhirnya pusingan awal kini akan bertanding di Pusingan Akhir dari 4-7 Disember depan di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras - dengan sasaran untuk bergelar juara kebangsaan Piala Axiata Junior, membuka laluan kepada mereka untuk menyerlah menjadi bintang masa depan arena badminton tanah air.
Kesemua 12 pemain lelaki dan 12 pemain wanita yang muncul juara di peringkat negeri masing-masing selepas berakhirnya pusingan awal kini akan bertanding di Pusingan Akhir dari 4-7 Disember depan di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras - dengan sasaran untuk bergelar juara kebangsaan Piala Axiata Junior, membuka laluan kepada mereka untuk menyerlah menjadi bintang masa depan arena badminton tanah air.
Di Negeri Sembilan, pelajar tingkatan empat SMJK
Chan Wa 2, Ngai Yong Kien menewaskan Lee Jia Jun 21-9, 21-18 untuk muncul juara
kategori lelaki manakala Kelly Siow Zhi Xin dari SMK King George V mengetepikan
tentangan Lee An Nie 21-12, 21-18 pada aksi akhir yang berlangsung 15 minit.
Pakar acara beregu, Helmie Zulhaidee Zulman, 16, dari
SMK Segambut mencipta kejutan apabila menjuarai kategori perseorangan lelaki di
Kuala Lumpur menerusi kemenangan 21-18, 21-16 ke atas Lim Jia Lek, 15 tahun
dari Chong Hwa Independent High School, Jalan Ipoh. Kedua-dua pemain merupakan
pelatih di Akademi Badminton Synergy dan sudahpun sedia memahami corak
permainan masing-masing.
“Saya tidak pernah langsung bermain dalam acara
perseorangan dalam mana-mana kejohanan sebelum ini kerana saya adalah pemain
beregu. Jurulatih beritahu saya tentang Piala Axiata Junior dan meyakinkan saya
untuk menyahut cabaran,” ujar Helmie. “Saya cukup teruja dengan kemenangan ini
dan akan berusaha keras untuk menghadapi Pusingan Akhir.
Bagi kategori wanita, pemain SMK Seri Bintang
Selatan, Dyvylyn Saha menewaskan Ng Joe Ee 21-5, 21-8 pada perlawanan akhir
yang berlangsung 30 minit. Tatkala Dyvylyn mendapat ‘bye’ di pusingan pertama, Joe
Ee pula beraksi di kesemua pusingan penyingkiran dan ternyata kepenatan menjejaskan
permainannya pada perlawanan akhir.
Dyvylyn, berusia 13 tahun adalah anak kepada Davincy
Saha, dan cucu kepada Hj Sanusi Mohamad yang merupakan jurulatih dan bapa
kepada antara keluarga pengiat badminton paling tersohor, adik-beradik Saha,
yang mana kesemuanya pernah mewakili negara dalam sukan badminton. Davincy
sendiri pernah beraksi di empat Kejohanan All-England, dengan pencapaian
terbaiknya adalah tersingkir di pusingan ketiga selepas tewas kepada Zhao
Jianhua dari China.
Di Johor, Low Yi Sheng, 13, dari SMK Seri Perling menang set pertama
21-9 ke atas Richie Ting Wei Jing, lawan yang lebih tua tiga tahun daripadanya.
Pada set kedua, Low mendahului 5-0 sebelum Richie, pelajar tingkat empat di SMK
Skudai, menarik diri selepas mengalami kekejangan otot di kedua belah kakinya.
Nur Azlinda Azlin Hassim dari SMK Convent Muar muncul juara kategori
wanita selepas bekerja keras dalam pertarungan tiga set menentang Tang Ying Hui,
untuk mencatat kemenangan 14-21, 23-21, 21-18 pada aksi akhir.
Kesemua
juara dan naib juara peringkat Negeri menerima RM500 setiap seorang di atas
usaha mereka, manakala sekolah yang mereka wakili turut menerima RM300 sebagai
token penghargaan.
SENARAI PEMENANG (Juara Negeri)
PERLIS – Lelaki : Yee Bin
Xian (SMK Syed Hassan, Kangar); Wanita:
Nur Rizuwani (SMK Syed Hassan, Kangar).
JOHOR – Lelaki: Low Yi Sheng
(SMK Seri Perling); Wanita: Nur
Azlinda Azlin bte Hassim (SMK Convent Muar).
KEDAH – Lelaki: Ng Yong Chai
(SMK St Michael, Alor Star); Wanita:
Eng Sin Jou (SMK St Michael, Alor Star)
MELAKA – Lelaki: Tai Chuan
Zhe (SMK Katholik); Wanita: Hamisya
bte Hashudin (SMK Seri Kota).
PAHANG – Lelaki: Nabeel Azriq B Nazri (SMK Sultan Abu Bakar,
Kuantan); Wanita: Wong Jia Mei (SMK Air Putih, Kuantan).
KELANTAN – Lelaki: Mohammad
Akram bin Mohd Razi (SMK Putera, Kota Baru); Wanita: Tuan Nur Aina
Nazirah bte Tuan Daud (SM Agama (1) Nurul Ittifak, Pasir Puteh).
TERENGGANU – Lelaki: Muhammad Shahfuan bin Mat Desa (SMK Bukit
Nenas, Setiu);
Wanita: Hafizah
Adila bte Hasran (SMK Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu).
SELANGOR – Boys: Wong Kin
Pan (Sri Sempurna International School, Cheras); Wanita: Chen Ai Yin (SMK Katholik, Petaling Jaya)
PERAK – Lelaki: Tan Choong Yen (Tenby Ipoh
International School); Wanita: Ting
Ee Chin (SMJK Yuk Choy).
PULAU PINANG – Lelaki: Ng
Wei Shun (SMK Jalan Damai); Wanita: Ooi
Shi Jie (SMJK Jin Sin)
NEGERI SEMBILAN – Lelaki: Ngai
Yong Kien (SMK Chan Wa 2, Seremban);
Wanita: Kelly Siow Zhi Xin (SMK King George V, Seremban)
No comments:
Post a Comment