Juara bertahan, Kelantan tewas buat kali kelima musim ini
tatkala barisan pemain Bojan Hodak mempamer antara prestasi terburuk mereka
musim ini dalam kekalahan 1-2 kepada pasukan PKNS Selangor.
Pengendali dari Croatia ini menjadi sasaran kritikan dan
ejekan para peminat The Red Warriors apabila beberapa keputusannya termasuk
membuat dua pertukaran awal dan membiarkan pemain veteran, K.Nanthakumar kekal
di atas padang sehingga tamat perlawanan meskipun beraksi buruk namun dia tetap
tidak bersetuju prestasi pasukannya dikatakan terburuk musim ini.
foto : duniasukan online/fadzlie deto |
Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Bojan
berkata :
“Saya tidak rasa ini adalah prestasi terburuk Kelantan,
apabila cakap terburuk, apa yang dimaksudkan dengan terburuk. Selain fizikal,
yang lain semuanya ok. Pemain sangat letih, mereka cuba memberikan yang terbaik
tetapi itu sahaja mereka mampu. Terburuk bukan perkataan yang sesuai, penyokong
tidak faham aspek fizikal, pemain sangat letih, kalau boleh saya nak tukar
semua pemain tetapi saya hanya boleh buat tiga pertukaran.
“Saya buat pertukaran awal kerana dua pemain muda itu (Zamri/Khairul)
tidak begitu menyerlah, lebih-lebih lagi saya tidak gembira dengan Zamri. Saya
mahu pemain yang lebih bertenaga yang boleh membantu bawah dan atas, Dickson
sepatutnya dapat beraksi lebih baik tetapi dia susah mendapat bola, dia dikawal
ketat.
“Nathakumar pula, saya tiada calon yang lebih sesuai untuk
mengambil alih tempat Shakir. Hanya ini pemain yang saya ada, apa boleh saya
buat. Memang dia bukan pemain yang atraktif, tetapi dia telah memberi yang
terbaik. Dia banyak mencabar bola udara, membuat takel yang penting, apa lagi
boleh saya minta.”
Pada perlawanan itu, Kelantan mendahului seawal minit keenam
menerusi jaringan Ahmad Fakri Saarani namun selepas itu mempamer aksi hambar
dan membenarkan PKNS menguasai perlawanan.
Bojan memasukkan Dickson Nwakaeme dan Farisham Ismail ketika
babak kedua bersambung tetapi apa yang dapat disaksikan adalah aksi lebih buruk
membolehkan Roman Chmelo menyamakan kedudukan enam minit babak kedua bersambung.
foto : duniasukan online/fadzlie deto |
Fauzan Zulkifli menjaringkan gol menerusi sepakan percuma cantik
menewaskan Khairul Fahmi untuk memastikan tiga mata penuh milik tuan rumah –
meskipun Patrick Ronaldinho dilayangkan kad merah pada minit akhir permainan,
Kelantan sememangnya tidak berhak untuk membawa pulang walaupun satu mata.
“Babak pertama kita beraksi lebih rileks, dan baik secara
fizikal, tetapi babak kedua fizikal kami down. Kami beraksi terlalu banyak
perlawanan dalam tempoh dua minggu, pemain kehabisan tenaga dan kami tidak
mempunyai cukup pemain untuk digilirkan. Anda boleh nampak perbezaannya,
bermain tiga perlawanan sebulan dan 10 perlawanan sebulan. Ini adalah sesuatu
yang bukan berada di tangan saya. Ini sebabnya kami tewas malam ini,” tambah
Bojan.
1 comment:
salam...sy br mengikuti blog saudara dan tq dgn info terbaru yg menarik..nk komen psl bola klate ni...sedih jgk melihat situasi kelantan skrang ni..rasanye tahun ni liga super boleh bg kat team lain..harap kelantan boleh kekal dlm liga super je la.
bg sy..pemilihan pemain kelantan pada awal musim yg jd masalah sbenarnye..tahun ni kelantan xde sumber pemain simpanan yg boleh mencabar team lain dlm liga..bojan xboleh nk buat apa dh kcuali guna sumber yg ada..kalo xjd jgk..lingkupla kelantan tahun ni..tan sri anuar musa menjanjikan nafas br bila masuk bln 4...tp..yg diterima 2 kekalahan berturut2 dlm liga super..faktor jadual padat x jd alasan kalo kita punya rotation player yg bgus..
Post a Comment