Pautan Suara Sukan

Monday, June 4, 2012

Tan Sri Ghani Tegur Rajagobal, Safee


Prestasi semasa skuad Harimau Malaya yang tidak menunjukkan sebarang peningkatan sejak menjuarai Piala AFF Suzuki pada 2010, nyata mengecewakan pelbagai pihak, tidak ketinggalan lagenda bolasepak tanah air, Tan Sri Datuk Abdul Ghani Minhat - satu-satunya pemain bolasepak bergelar Tan Sri - yang juga dikenali sebagai Raja Bola.

Ghani berkata keputusan seri menentang Filipina tempoh hari, juga yang kedua menentang pasukan sama tahun ini, tidak boleh diterima dan berharap agar ketua jurulatih, Datuk K.Rajagobal tidak berterusan menjadikan pasukan ini pasukan eksperimen dan memberikan alasan lapuk apabila gagal.

“Ini kelemahan penyudah, eksperimen tu hanya alasan. Kalau eksperimen, u takkan dapat peluang (shots) sampai 15, 16 kali dalam satu game. Tapi Rajagopal cakap dia bangga sebab kita dapat banyak peluang, cuma tak dapat gol dan dia sudah kenalpasti kelemahan itu.

“kalau saya jadi jurulatih saya takkan berbangga dapat 15 peluang, dapat 1 shot 1 gol sudah cukup. Kelemahan apa yang dia kenalpasti? Striker sepak bola semua melambung ke langit, sebagai jurulatih betulkan apa yang tak betul kat situ. Panggil u punya striker, suruh diorang tendang bola 100 kali ke arah gol masa latihan, low shot, ajar teknik yang betul, tajamkan sentuhan penyudah. Kalau kesilapan berulang, maknanya u as coach tak buat kerja dengan betul,” katanya.

Apabila diajukan soalan mengenai kecenderungan Rajagobal yang lebih gemar menurunkan barisan pemain kesayangannya, ini reaksi Ghani,

“Bolasepak ni hiburan, sebagai pemain mereka perlu hiburkan penonton, sebab tu lah peminat datang stadium, nak tengok aksi yang menghiburkan. Bukan nak tengok u test player atau bagi pemain yang u suka main walhal ramai lagi yang layak. Zaman saya dulu ini tak berlaku, pemain tak perform tiada tempat dalam pasukan regardless of your status pemain bintang atau popular..”

Tambah Ghani yang merupakan tonggak kejayaan meraih gelaran hatrik Piala Merdeka pada 1958, 1959 dan 1960 serta pemenang gangsa Sukan Asia pada 1962, Malaysia tidak boleh berterusan bermegah dan riak dengan kemenangan dicapai 2 tahun lalu, kerana baginya kejayaan itu tidak melambangkan kekuatan sebenar Malaysia memandangkan bolasepak negara pernah berada di tahap yang lebih tinggi sebelum ini.  

foto : Bernama
Sambil itu, Ghani turut menegur prestasi penyerang negara, Safee Sali ekoran aksi hambar ditunjukkan pemain Pelita Jaya itu bersama skuad kebangsaan, dan berharap Safee tidak terbawa-bawa dengan statusnya selaku penyerang bernilai jutaan ringgit seterusnya hilang fokus di atas padang.

“Dia penyerang yang baik, tapi mungkin dia sudah merasakan dia lebih bagus, satu tahap di atas pemain-pemain lain. Dia sudah jadi jutawan, ada nama, konsentrasi mula hilang. Dia harus meletakkan diri sama level dengan pemain lain, dan dia juga tidak perlu cepat melatah dengan kritikan, u tak boleh nak puaskan hati semua pihak. If u’re a good striker, buktikan kehebatan atas padang, perform setiap game, kritikan akan bertukar menjadi pujian..”.

63 comments:

  1. terbaik! tapi yela bak kata datuk k, saya tau pemain saya.

    ReplyDelete
  2. Teguran yg membina n positif.
    Org lame punye teguran ni agak stright to the point n pedas. Tapi message dia jelas n perlu lakukan sesuatu.
    Sama ada rajagobal ubah sikap or letak jawatan.

    ReplyDelete
  3. sapa2 buleh bercakap....ghani minhat bawak msia sampai mana?ade tahap raja gopal?dari zaman coach, sapa yg lebih hebat dr raja?setakat zaman 60-an nk banding dgn skrg lainler....berpijaklah di bumi nyata...ia hanya friendly.....ikutlah raja nk ambil plyer mana die suke, sebab die coach...setiap coach ade player feveret die.....player inilah yg bawa pingat emas utk sea games dan suzuki....saya cabar ghani minhat ambil coach msia then buat cmne raja buat....

    ReplyDelete
  4. raja gopal menang nasib je,jgn nak bangga dgn 1 kejayaan je..

    ReplyDelete
  5. Anon 8:54 mmg bodoh lg bangang, engkau tau ke x pasal bola.. Tan sri ghani komen mbina pn kau nk marah... Ni mmg dasar pyokong fam yg bodoh..

    ReplyDelete
  6. aku rasa anon 8:54 taktau sejarah bola malaysia kot hahaha.. ghani minhat, bekas pemain SELANGOR yg paling menonjol di MALAYSIA. as a coach dia pegang beberapa tahun jer, yes takdelah hebat pun pencapaian. but as a player, walaupun tak pernah sampai world cup atau olimpik, semua yang lain dia tapaw.. raja, as a player pun stakat main dengan PKNS, jadi simpanan dlm skuad kebangsaan, jadi coach gaji puluh2 ribu, stakat mng sukan sea yg mana under 23 jer main, menang pun tak efek ranking (sebab takde kelas), AFF pun stakat jaguh ASEAN jer...Ghani Minhat gangsa Sukan Asia la woi, SUKAN ASIA, BUKAN AFF SUZUKI setakat menang dengan TIMOR TIMOR, KEMBOJA hahahahaha

    ReplyDelete
  7. statement rajagopal bila salu mmg tidak boleh diterima. alasan macam tu alsan orang takot dgn kritikan. rajagopal letak shj jawatan.

    ReplyDelete
  8. kalau nak test.baik balik main kat umah....sampai bila la oiiiii nak tgk bola malaysia orait,....ni bukan orait..loserrr....suma akai nak perabis duit...bodoh

    ReplyDelete
  9. bodola Anon 8.54 Raja bola bleh bawak M'sia dpt pingat gangsa SUKAN ASIA di Tehran Iran masa tu jepun pon dok merangkak lg Rajagopal takat sukan sean dgn piala AFF je.

    ReplyDelete
  10. benci raja sejak malaysia kalah wc qualify.June 4, 2012 at 10:10 PM

    anon 8.45. lu gi baca laa kisah tan sri ghani tu,dia berhak komen sbb dulu dia bersungguh utk jadi player malaysia. sekarang, yg bersungguh2 x dpt tempat, yg x perform pulak jadi pilihan.

    ReplyDelete
  11. anon 8.54 > ghani minhat salah sorg pemain yg buat 11 gol lawan filipina . menang 15-1 masa tu . skg ? 0-0 saja mampu ?

    ReplyDelete
  12. Sah sah yang anon sekor menyokong k raja dgn fam tu wan pakerul wan bakaq.. Kah kah kah... Bodoh noh...

    ReplyDelete
  13. Buang raja gopal.. Bubar fam!!

    ReplyDelete
  14. pada zaman sekarang rajagopal adalah the best coach. kalau xde rajagopal x merasa la mamat2 bajet coach kt atas ni melompat seronok masa malaysia mng sukan sea 2009 n piala aff 2010.... lalang bodo....

    ReplyDelete
  15. sebagai penyokong kita dah jalankan tanggungjawab untuk menyokong. dan tiba masa pengurusan dan pemain berubah. selagi kita tak kalahkan thailand jangan berbangga dengan status pasukan terkuat asia tenggara. kalau dengan filipina pun seri... huh.

    ReplyDelete
  16. gua rasa anon 8:54 ade la salah sorg player kesygan raja gopal.xpun anak didik fam.tu yg angin semacam je tu.hahaha..bongok

    ReplyDelete
  17. komen yang agak pedas tapi membina! bagusss, saya sokong apa yg beliau tegur. kepada rajagopal, safee, dan lain2, amik nasihat ni untuk perbaiki kelemahan! go malaysia!

    -penyokong setia bola sepak malaysia-

    ReplyDelete
  18. aku tak faham orang nak bandingkan malaysia dulu dgn sekarang. zaman dulu tu mungkin malaysia tak la hebat mana, tapi cuma negara2 lain lebih tak hebat dari malaysia je. cuma the best among the worst masa tu la. lepas tu negara2 lain mula bangunkan bolasepak negara masing2. tengok jepun, korea dan ghana. cara main zaman dulu dan sekarang pun sangat jauh beza dari segi teknikal dan fizikal. intensity dan tempo permainan zaman sekarang lebih cepat. zaman dulu main gelek sorang2, long pass dan striker curi ayam.

    ada pulak nak kata ts ghani balun filipina 11 gol. tu filipina zaman bila? filipina sekarang dah guna naturalisasi lah. half-blood europeans.

    pandai main bola dengan pandai coaching tu dua perkara yang sangat berbeza. ada orang kurang pandai main tapi pandai mengajar. ada pula yg sebaliknya.

    cuba bandingkan raja dengan coach2 tempatan yg lain zaman sekarang ni baru adil la tengok macam mana.

    setakat ni pada aku rajagobal tu the best among the worst yg kita ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agreed. Skang pun dah ada successor...tgg masa saja

      Delete
    2. Mmg la beza dlu dn skrg tp mgapa jepun Korea blh berubh dr psk blasahan mnjdi kuat dn gagah tp kita makin mndur. So fikirkan la

      Delete
    3. Drpd Rajagopal tu baik amik ong kim swee. Best lagi player2 main. Ada tactical. X membazir bola. X passing ke laut.

      Kalau kira gemeplay, baikla tgk kelantan / tganu / lions main. Jauh lg best.

      Kalau msh dgn corak gameplay yg tah hapa2 tu, lauk la dgn spore nnt

      Delete
  19. aku cadang ape kata skuad kebangsaan kita asingkan...buat macam harimau muda...takyah men utk negeri...hanya main untuk negara saja...

    ReplyDelete
  20. Jumaat ni frenly lawan s'pore.. kalau kalah, hope King gopal tak salah kan padang tiruan stadium jalan besar... think again!!!!!

    ReplyDelete
  21. xyah nk bajet sgt la rajagobal the best coach. ..puihhh..ramai lgi la yg punye strategi & taktikal lg baik..yg buat kita sbg pnoton sronok tgk bola..kta bkn stkt nk tgk gol je tpi nk tgk pmainan cantik pantas dan xmmbosankn..tgk mse lwn phlipine tmpoh hari..best ke? sumpah bosan gile..psl tu la klu tgk klantan n ganu nye pmainan ad sdikit bbeza seolah2 mreka brada pda klas tsendiri.. TSAM dh buktikan bila bliau bwa kmajuan kt klantan..so xyah la nk buat2 noob sruh tan sri buktikan plak..xsmestinya nk tgo kna jdi coach dlu.lu tu lalang..just support mmbuta mmbodo..bila nk maju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelas tersendiri ...? Pui....!
      Jaguh kg bole la...kalo hg nk tau player2 dlm team2 tu la yg byk buat malu skuad malaysia masa asia cup 07 & 08
      Mcm palat dok bangga team x semenggah tu
      Player skang dh ok...cuma raja x byk buat friendly, rilek la ....harimau x heran friendly, tgg tournament la kalo mau tau

      Delete
    2. Jgn salahkn plyer. Klu main teruk, coach kn tggjwb. Yg main x best masa 07-08 tu tuptap perform gila2 bila dk dlm team baru diorg. Apa citer?

      Mmg dh terang lg bersuluh gopal tu hampeh. Experimen player berdozen2. Balik2 plyer sama je dia pkai. X pyh eksperimen la. Baik lg train yg muka sama tu jer dp dulu lg.

      Delete
  22. aku rasa anon 8.54 tu budak sekolah lagi. baru nak kenal dunia.

    ReplyDelete
  23. ..ye..Xleh nk banding.. ngan zaman dlu.. ye permainan mreka bbeza dlu dan skrg...KITA??? ada BEZA??? ada la bezanya..SEMAKIN TROK! itulah bezanya...sekian

    ReplyDelete
  24. Mohon supaya bljar dr di matteo

    ReplyDelete
  25. 1 selepas bergelar datuk, 1 lagi selepas berstatus pemain bolasepak jutawan negara yang pertama....dia orang ni cepat lupa

    ReplyDelete
  26. Malaysia walaupun menang AFF hari tu tapi main macam haram. kita nak tengok player control game, passing bagus dan tak buat silap bodoh bangang. passing pun sloppy. budak sekolah menengah main boleh la macam tu. gaji beribu main macam sial. bodoh sial rajagopal ni. gurusamy main gampang macam mana pun mesti dapat main. badhri radzi punya bagus sekali pun tak kena panggil. kalau kalah mesti cakap experiment.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abih tu ko nak raja ckp apa? Dia ckp mcm tu sbb dia malas nk ckp byk kat press. Nanti tanya lagi byk. Mcm tu la bila ckp dgn press. Dia pun x happy la...sapa yg suka peluang berderet x le score
      Pandai2 la cover..tapi belakang kerja jalan
      Cuba la ko igt benda yg sama dia ckp 2 3 thn lepas, last2 menang....tgk mcm mana kita beat indon

      Delete
    2. Gopal tu nasib baik ada apex jer. Buat save2 thp dewa. Kalu x tsam yg ktghkan bakat mcm apex tu, Sayur la Hm. Cuba banding wc qual. Msia vs spore pn blh tau dh. Aff tu pn nasib baik apex yg takeover lps kn 1-5 ngan indon.

      Delete
  27. Player skang dh ok...cuma raja kena kerap panggey depa training & buat friendly byk sket mcm OKS buat
    Buat tour kat oversea....slovakia ka, china ka, dgn kelab pun takpa la janji player always at international level

    ReplyDelete
  28. FAM > "Ranking tidak penting"

    Coach Raja > " Saya kenal pemain saya."

    "Saya masih mencuba.."

    ReplyDelete
  29. Kalau semua terror sgt senaraikan player yg boleh main malaysia kini... Jgn cakap je lebih..

    ReplyDelete
  30. sudah2 la asik nk mengenangkan kejayaan yg lme..bnda 2 xsmestinya terjadi byk kali..skang ni lepas kejayaan beat indon 2 la tim harimau malaysia xde peningkatan lnsung..lg 1 smapi bila kita nk dok kt takuk asean je..kita peminat bkn nk peningkatan yg drastik tros..at least tnjuk la sket improvement 2..ni makin turun ad la..ptotnya kejayaan 2 la jd pemangkin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb tu la aku ckp raja kena kerap panggey depa training skali, buat friendly byk sket, skang nak bg depa ngam ja. Tgk la nanti...no problem lah

      Delete
  31. Hak elah... Ape la nk melenting sangat... Org tu tegur jer pon.... Tak mati la si raja tu kena tego... Tak kurang pon gaji dia yg ber puloh ribu tu... Terima je dan buat keja....

    ReplyDelete
  32. Jgn berbangga dgn kejayaan lpas yg xseberapa tu..yg pnting bola sepak mlaysia trus maju ke dpan..rajagopal perlu plih pemain yg perform dlm liga, bkn pemain yg prestasi mkin menurun..

    ReplyDelete
  33. heboohh korang gaadoh2 , bukan rajagopal dengar pon .

    ReplyDelete
  34. amek form player dlm league x semestinya akan perform dlm national team. yes aku pn setuju kenapa nak amek azmi muslim, amir taj... tapi kpd yg ckp amek form player masuk terus national team tu bole jalan da. contoh mudah = hadi yahya. last season antara top scorer MSL, tapi bwk pegi mana masa main msia. lagi satu coach raja punye pemilihan is dia nak jgk tgk player ni committed tak nak main national team, eg khalid jamlus. power2 main kt league, bile nk main national team, displin hampeh. pastu experiment team tu bukannye mcm kt makmal punye eksperimen, kene try combination player in a real game, hebat2 mana pun player kalau x gel, x bole pegi jgk. lg satu contoh gerrard - lampard.

    aku x absolve blame totally from RG, die kene keras sket kt player dia, kalau buat silap kene ngaku. tp selection dia, itu hak dia.

    tp kalau ikut ckp ghani kt atas tu, biar la satu shot on goal je asalkn menang, itu hak dia la. bagi aku bodoh sgt kalau mentaliti mcm tu, baik kita try perkemaskan permainan for the future, more shots on target maknenye more control of the game. kalau satu je shot pastu satu goal, komen aku gol nasib. smash and grab. lwn team kecik bole la nanti bile lwn team lagi kuat?

    btw nk kutuk player tendang x masuk tu pegi la kutuk coach kt club diorg. apsal RG jgk kene kutuk, itu tugas player training kt club, perkemaskan technique. RG kumpul player dgn harapan technique diorg dah mantap in a national team setting, tugas dia bukan utk develop technique. die kene jalankan tactical side of things. kalau player punye shooting x bagus, tendang ke langit, pegi la marah coach kt club or better yet pegi marah grassroot coach sbb x reti ajar technique betul dari kecik. melentur buluh biar dari rebung

    ReplyDelete
  35. sampai bila nk buat eksperimen ?xpe2,buat la eksperimen bnyk.
    buat bnyk2 ....xsedar ke ranking semakin jatuh .ke nk tggu ranking Malaysia jatuh samapai ke ranking 200 br nk sedar ...
    tp rangking xpenting laaa.....lupa plak ..

    ReplyDelete
  36. nk eksperiment mende kalau asyik player yg sama je main..kalu nk try kombinasi kemungkinan trunkanla player2 yg top kt league..ni haram. .player yg xperform yg dya g amek pstu main cam "&/&: ..ini bukan eksperiment..ini diskriminasi..ini pilih kasih

    ReplyDelete
  37. selection player mesti dlihat pada prestasi semasa...xkirala dya dlu pnh main ke x..xkirala dya main trok ke x dulu..xkira la dya buat malu msia pada asia cup 07/08 ke x dulu...hehe..skurang2nye try la..ni x..static pada player ttentu..

    ReplyDelete
  38. inilah dinamakan familiy planning...puihhhh

    ReplyDelete
  39. Rajagopal Bodoh!! Bangang cam lembu.. takleh pikir lagi dah.. Safiee Sali Emo.. Main cam sampah.. Tu je kesimpulan aku.. Buang Dato' Azuddin dari FAM.. dia ingat dia paling best la dalam Mesia bila jadi SU FAM... Puiiiiii!!!! Askar pencen tak sedar diri!! Main bola pun tak reti.. Jilat bontor boss sepanjang masa.. Bolasepak sepatutnya ditadbir oleh orang korporat..Bukan askar pencen yang tak tau apa2..

    ReplyDelete
  40. bila legend bersuara ada kewajarannya. x dinafikan bila sesebuah tim (klub/nasional) bertukar jurulatih, dia akan pilih pmain yg ngam dgn sistem dia. apa2pun, rajagobal x abis2 bereksprimen & SUA fam x kisah dgn halatuju bolasepak msia. masing2 pentingkan gaji lumayan di fam.

    ReplyDelete
  41. Mgkn dah tiba masa FAM utk pandang ke europe plak..amik kaedah pengurusan sana...komersilkan team bola..jadikan business...baru maju..sbb psaingan sengit dlm business kompom FAM taknak rugi...msti nak untung..baru business maju dan tjaga...kalau taknak juga pandang ke europe, pandang je Kelantan...kaedah yg sama digunakan..busines oriented...selamat maju jaya....

    ReplyDelete
  42. Aku sokong dgn intan2202... komersilkan aje sukan bolasepak nie. FAM patut ditakbir oleh ahli korporat, bukan askar pencen cam mamat tu kata... betul tu... kalo askar pencen yang jadi orang atas, lingkup le bolasepak kita nie. pasal rajagopal tu... aku rasa buat masa ni, bior le dia yg tentukan kedudukan bolasepak. kalo tak berubah, kita ramai-ramai boikot bolasepak Malaysia, biar diaorang tau siapa yang lebih berkuasa. Penyokong @ pegawai FAM.

    ReplyDelete
  43. salam,
    apa yg tan sri ghani cakap tu mmg betul..kebanyakan coach di mesia..tk kira la rajagobal ke siapa ker..dia org tk peduli pasal teknik sepak bola yg pemain bawah kendaliannya lakukan..apa yg coach lebih utamakan ialah utk menerapkan taktikal untuk pemain faham.

    Soal pemain sepak kelangit..crossing bola ntah kemana arah..tu bukan masalah coach..sb bg coach..setiap pemain sudah ada asas bermain bola dan ianya perlu di asah sendiri selepas sesi latihan bersama coach.

    Tp masalahnya..pemain di negara kita berapa kerat yg buat latihan sendiri...freekick, corner kick, penalti kick, latihan gelecek pemain..latihan kejar bola...tiada tu...tk sama mcm pemain di luar negara..

    Tp olehkerana pemain pun malas nk buat latihan asas sendiri..coach yg bertanggungjawab utk memastikan pemainnya melakukan tendangan yg tepat..walaupun tidak menghasilkan gol..

    Kena evaluate dan tengok semula asas-asas bolasepak yg ada pd setiap pemain..

    ReplyDelete
  44. APTB...coach n player same penting...terbaiklah coach, terbaeklah playernye n terbaeklah hasilnya..tp kalo dh selalu kena kritik...so fikir2kan lah mane part yg terok n worse tu...aku x fhm satu je..raja kate eksperimen tp player yg same je aku tgk yg main...eksperimen ke tu...
    ade beberapa org player baru kena panggil tp x main pun aku tgk (contoh ashri chu chu swak n rozaimi sbh..last2 x disenaraikanpun...mane yg eksperimennye...hohoho

    ReplyDelete
  45. Terima kasih TS Ghani Minhat - pandangan yang brutal tapi in synch dengan pandangan kami penyokong tegar Harimau Malaya yang dah mula fed-up ngan Rajagobal "Saya Kenal Pemain Saya". Rajagobal - kelemahan utamanya ialah di aspek taktikal. Tak caya tengok nanti wingers Singapore akan dengan mudah mengatasi bek kiri dan kanan pasukan negara. Dan walau pun permainan kita dirobek2, RG akan tetap bertahan dengan taktik dan pemain yang sama. Tengoklah.

    ReplyDelete
  46. aku senang jek...betui apa yang tan sri tu katakan, bolasepak malaysia tak kemana...tiada peningkatan....

    bayangkanlah dari digeruni diasia..sekarang dah jadi belasahan asia.....malunya...semuanya dalam masa 28tahun.....

    ReplyDelete
  47. aku bayar RM20 nk tgok skor goal bukan nk tngok eksperimen kau la bangang..prestasi semakin menurun stakat lwn sri lanka budak skolah pon bleh menang...

    ReplyDelete
  48. Safee tu syg kaki die kot, sbb tu le tak nak main btol2x, klau injrd pelita buang, sape nk tanggung? Engko nk?

    ReplyDelete
  49. xde guna semua ni, mereka xmkn saman

    ReplyDelete
  50. Mohon Tan Sri Datuk Abdul Ghani Minhat jadi COACH! aka Raja Bola!
    Jaguh zaman 60 an!

    ReplyDelete
  51. dulu memang kita kuat sbb jepun n korea belom kuat lg mcm skrg...skrg ni bola sepak dieorg jauh lebih maju n kuat dr kita...dah terbukti pun taraf mereka dgn kita, jadi rendah lah diri kita cket,pergi blaja cara pengurusan dieorg mcm mana...dh tau idea kita takat ni je,blaja lah...jgn duk bangga sgt dgn AFF Suzuki n Asean Games 2...jauh lg nk ke worldcup...arap2 dgn umur sy 25 tahun ni sempat lah merasa Malaysia layak ke worldcup nti..tlglh FAM khasnya sbg pengurusan tolak ketepi ego tu...jgn duk kejar nama n duit je...bglah kami kebanggaan dlm bola sepak

    ReplyDelete
  52. kalau malaysia kalah lawan singapore jumaat nanti... rajagopal kena letak jawatan.. taktikal rajagopal orang dah boleh baca...

    ReplyDelete
  53. harap player seperti Ashaari Shamsuddin, shakir shaari diberi peluang bermain..walau apa pun raja bola atau sesiapa pun ada hak untuk mengkritik tetapi keputusan tetap di tangan rajagopal,mungkin ada byk aspek yg die nmpk n tahu yg peminat2 xtau psl pemain2 kat liga msia ni..harap msia boleh at least menang di tempat sendiri melawan singapore nih

    ReplyDelete
  54. kenapa fan malaysia suke rendah2kan raja?ape salah beliau?ghani minhat tu talks as plyer.rami di kalangan kite talk as fan n lyaer jgak.woii aku rasa thailand vietnam indon tu yg kita kalahkan , saje2 nk bagi msia menang?selagi coach raja, buleh menang.kala bgi orang lain, belom tentu menang. akula anomn8.54 tu....saya cabar mana2 yg boleh bgtaw sape coach utnuk ganti raja?kalau kalah padan muka!

    ReplyDelete