Pautan Suara Sukan

Tuesday, June 12, 2012

Badi Berakhir

Peningkatan aksi ditunjukkan anak buah Datuk K.Rajagobal menyaksikan rekod tanpa menang Malaysia ke atas Singapura sejak 15 perlawanan lalu dalam tempoh 8 tahun berakhir dengan Harimau Malaya merekodkan kemenangan 2-0 pada perlawanan berlangsung di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

foto : arkib utusan
Gol tandukan cantik Shakir Ali, dan sepakan percuma menarik Safiq Rahim mengesahkan kemenangan buat pasukan negara, yang mendominasi sepenuhnya perlawanan yang turut menyaksikan pemain Singapura, Mustafiq Fahrudin dilayangkan kad merah kerana mengasari Norsharul Idlan Talaha.

Pada pengamatan saya, yang sepatutnya kena kad merah adalah Bunyamin (kad kuning kedua, dia already dah kena kad kuning sebelum insiden itu), manakala Mustafiq sekadar kad kuning - ini pandangan peribadi saya maaf jika ada yang tidak bersetuju.

Tanpa beberapa pemain utama, Singapura nyata tidak berupaya menghadirkan ancaman di barisan pertahanan negara, dengan gandingan Bunyamin Umar, Amiridzwan Taj, Aidil Zafuan dan Fadhli Shas tidak berdepan masalah besar mengekang gerakan barisan depan Singapura diketuai kuda tua mereka, Aleksandar Duric, manakala Khairul Fahmi hanya sesekali diuji.

Tiada perubahan besar dilakukan Rajagobal yang terus memberi kepercayaan kepada senarai kesebelasan pilihannya sepertimana perlawanan-perlawanan lalu, kecuali hanya Safee Sali direhatkan dan Shakir bermula di posisinya manakala Azamudin Akil diberi kepercayaan berada di kesebelasan utama, bermain di posisi sayap kanan.

Kemenangan ini walaupun hadir tepat pada waktunya pada ketika Malaysia betul-betul dahagakan kemenangan selepas hanya mampu mencatat kemenangan 6-0 ke atas Sri Lanka bulan lalu, masih dilihat sebagai tidak meyakinkan mengambil kira prestasi pasukan lawan yang tidak memberi saingan 100% namun sama-sama kita doakan agar kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan lebih cemerlang Harimau Malaya di masa akan datang, terutamanya di dalam melonjakkan semula ranking dan mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi 2 tahun lalu.

p/s : analisis permainan dan pemain, esok. tambah sikit --> Norsharul aka Matyo dikritik gemuk berat badan naik, main rilek jer dan berjaya buktikan atas padang, hantaran cantik untuk gol pembuka Shakir, ada player kena kritik luah perasaan dan membidas peminat dalam fb hehe..

13 comments:

  1. Adakah player yang dimaksudkan itu penyerang sensasi mr F?

    ReplyDelete
  2. main di liga indonesia nmpknya x kompetitif, spatutnya ada ramai.lg penyerang yg lebih berwibawa, ashari ke, manaf ke, (top scorer liga super) jgn sbb knang jasa je tp lupakan objektif utk naik rangking, sbnrnya salah player itu sndiri kerana x mmpu bersaing dgn player yg lain, slps shakir dan azamudin kluar, corak permainan dh jd lesu..xde gol wpun lwn 10 player...

    ReplyDelete
  3. sekali lagi artikel bersifat kenegerian..

    ReplyDelete
  4. HM menang bkn sbb kuat tp sbb spore man teruk smlm..
    Kalu game mcm smlm alamak xndpt ptahan aff la..
    Pmain tganu yg power2 sorg pn xda.. Tp team slangor yg main x cerdik ramai plak..
    Midfield main kalut smcm je eapecially shafik & guru..
    Mujurlah winger & mat yo byk bantu midfield slangor 2 org tu..
    Spatutnya midfiel bg kt zairol & piya je..

    ReplyDelete
  5. Permainan semalam menunjukkan peningkatan skuad "saya kenal pemain saya". Singapore main teruk sbb pressure main kat malaysia...mudah hilang fokus...sbb tu pemain cina dia mulah hilang sabar..malaysia bernasib baik sbb bunyamin x kena kad merah..klo x..10 lawan 10 la..ape2 pn perlu ada lagi seorang striker yg berkebolehan macam mat yo skill dribble beliau mmg terbukti banyak memecahkan benteng singapore...

    ReplyDelete
  6. betul ckp admin..smlm patut nyer bunyamin yg kena kad kuning ke 2 seterusnya kad merah cm player kita bernasib baik...wlpn singapore main 10 org kita masih x mampu nk menjaringkan gol lg...safee mmg x jadi la main kali ni ...harap2 coach cr la pemain muda yg boleh mengantikan dia...di bhgian tgh kena memerlukan player yg lebih kreatif spt piya dan shakir ...sy rasa klu diganding ngan safik bhg tgh lebih menjadi..apa2 pun mat yo ngan apek mmg pemain terbaik negara...azamudin juga npk smlm bermain bersgh2..syabas team malaya diharapkan lebih meningkat lg dlm perlawanan akan datang

    ReplyDelete
  7. kenegerian? haha anon 7:24 ni memang buta hati..kat mana kenegeriannya, tolong tunjukkan, aku tak nampak..

    ReplyDelete
  8. Thniah HM!!! Sudah bnyak improvement walaupn masih ada lg kelemahan. Mngkin hasil kritikan peminat @ pemerhati bolasepak negara. Skuad HM perlu bermain menggunakan keupayaan akal (men biar cerdik), bukan keupayaan fizikal smata2. X mustahil persembahan yg berkualiti dan konsisten akan kembali meraih kepercayaan peminat bolasepak negara yg semakin pudar. Saya x rsa artikel ini bersifat kenegerian kerana ulasannya bersifat general dan menyentuh smua player (rujuk komen anon 7:24), melainkan anda sndiri yg berfikiran kengerian???

    ReplyDelete
  9. saya mohon kpd admin supaya bertanya kpd king raja knp tdk bagi peluang kpd zairo n piya dlm skuad HM...cuba gandingan baru bersama syafiq..

    ReplyDelete
  10. Sy amat setuju dgn anon 12:36. Minta admin tanya rajagobal kenapa xnk zairol & piya sdgkan merekalah midfield tbaik dlm msl.. Mereka berdua antara midfeld yg jaringkan byk gol.. Kalu nk banding safiq, guru & amar dlm liga mmg jauh la umapama langit dgn bumi.. Minta admin tanya ni. Kami bgitu bharap utk dptkn jwban dr gobal..

    ReplyDelete
  11. permainan mlm td,secara keseluruhan mmg ada peningkatan,syabas & tahniah Dato K.....cuma masih tak faham kenapa Dato K,tidak mengunakan ashari & shakir saari(itu pun masuk penghujung permainan),bila menang tiada pula perkatan experiment keluar dari mulut.....ini membuktikan bila mana sesuatu keputusan itu kurang memberangsangkan seperti sebelum ini,hanyalah alasan semata-mata mencuba pemain walhal kita penyokong nie pun dh nmpk siapa yg dia nk letak main 1st eleven..........kalau nk mencuba pemain sepatutnya,kesemua pemain diberi peluang untuk beraksi bagi membuktikan kemampuan supaya tidak lah nanti menjelang kejohanan sebenar andai kata pemain-pemain yg sentiasa diberi peluang ini injured,maka jangan lah guna alasan pemain yg turun mengantikan player kesayangan nanti dikatakan kurang keserasian 7 pengalaman...mana nk datang pengalaman jika tidak diberi kesemua pemain peluang secara adil bagi membuktikan kemampuan......memang paling ralat & tertanya-tanya apalah berat sangat nk bagi peluang pada ashari beraksi.......gurusamay dh diberi peluang buktikan kemampuan,tempat yg selama nie amat selamat bagi amar rohidan,ruang untuk shakir 8 minit jer untuk perform....harap match akan datang,kedua-dua player ini diberi ruang & peluang dgn seadilnya,amat rugi jika dipanggil hanya untuk memanaskan bangku simpanan,kedua pemain ini mempunyai bakat serta kemahiran & teknik yg baik disamping bentuk fizikal yg cukup baik.......

    ReplyDelete
  12. PILIHAN PLAYER MALAYSIA: Shakir Ali, Matyo, NorFarhan, Safee, Azamudin, Manaf Mamat, Ashari, Kunanlan, Azwan Roya, Shahuain, Chanturu, Piya, Zairo,Syafiq Rahim, Aidil Zafuan, Subramanian, Fadli Shaas, Amiridwan, Aziz ismail, Zubir Azmi, Apek, Farizal, Sharbinee

    ReplyDelete
  13. http://sembangbolasepak.wordpress.com/2012/06/16/satu-menang-2-seri-bolehkah-kita-berbangga-dengan-prestasi-terkini-skuad-harimau-malaya/jemput baca & komen..thank you

    ReplyDelete