Pautan Suara Sukan

Friday, June 1, 2012

Apakah Akan Ada Sinar Di Sebalik Kepincangan?


Safee, kredit foto : BERNAMA
50 tahun lalu, Datuk Ghani Minhat, yang sudah saya anggap seperti ayah saya sendiri, menjaringkan 11 gol menentang Filipina dalam saingan peringkat kumpulan Sukan Asia di Stadium Gelora Bung Karno. Kita menang 15-1. 

Malaysia kemudiannya tewas di separuh akhir kepada Korea Selatan, dan menamatkan saingan di tempat ketiga selepas menundukkan Vietnam Selatan, 4-1, di mana Ghani menjaringkan kesemua 4 gol pada perlawanan itu. Gaji Ghani ketika itu sekadar RM40. Tiada tajaan kasut, tiada equipment serba lengkap, kemudahan atau fasiliti latihan sepertimana pada hari ini.

Hari ini, dengan memiliki penyerang bernilai jutaan ringgit, Safee Sali, pemain paling bernilai Liga Malaysia 2011, Norsharul Idlan Talaha, David Beckham Malaysia, Safiq Rahim yang juga pernah menjalani trial di QPR, penyerang muda meningkat naik, Shakir Ali - tiada satu percubaan pun dapat menembusi gawang Filipina dikawal penjaga gol nombor dua mereka, Roland Richard Muller.

Ada yang kata itu zaman dulu, zaman bolasepak belum berkembang dan membangun di negara-negara kerdil, jadi bolehlah skor 15-20 gol dan ianya tidak boleh dijadikan perbandingan. Persoalannya, kenapa sekarang bolasepak mereka sudah membangun dan bolasepak kita pula mengalami kejatuhan?

Kebimbangan para peminat, pastinya bukan semata-mata ketumpulan jentera serangan yang membazir deretan peluang di depan gol, tetapi juga ke mana hilangnya kreativiti di barisan tengah, tiada idea untuk mencipta gerakan atau hantaran yang berbahaya, dalam kata lain, bahagian tengah yang diibaratkan bahagian paling penting, umpama MATI, tidak berfungsi.

Safiq Rahim mahupun K.Gurusamy, tidak menampakkan impak kehadiran mereka. Mungkin Datuk K.Rajagobal lebih mengenali pemainnya, dan masih dalam proses bereksperimen, tetapi jika beginilah aksi yang ditunjukkan, lebih elok beliau bereksperimen dengan membuat internal frenly menentang skuad Ong Kim Swee untuk menilai keserasian, persefahaman dan komitmen pemain. 

Pemain ibarat tidak memberi komitmen 100% (bukan semua), dan tiada justifikasi untuk harga RM20 yang dibayar penyokong untuk menyaksikan perlawanan ini.

Harus juga diingat ia adalah perlawanan antarabangsa berstatus A, apakah tahap bolasepak kita sudah sampai ke garis kritikal, di mana kita hanya mampu MAKAN lawan seperti Sri Lanka, Maldives atau Nepal?  

Lebih mengecewakan, Filipina yang sekadar menurunkan barisan pemain yang tidak cukup fit, bukan sahaja mampu tersenyum lebar dengan keputusan seri ini, malah ada ketika berupaya menghadirkan gerun di barisan pertahanan Malaysia gandingan Azmi Muslim-Aidil Zafuan-Fadhli Shas-Bunyamin Umar gara-gara kesilapan berulang yang dilakukan.

Safee diasak, foto : BERNAMA
Pasukan ini nyata belum bersedia untuk cabaran yang lebih besar, namun saya yakin beberapa pemain yang direhatkan atau sekadar diturunkan di separuh masa kedua seperti Shakir Ali, S.Chanturu, S.Subramaniam, Khairul Fahmi, Ashaari Shamsudin, Mahali Jasuli dan ramai lagi pemain, akan diberi peluang untuk membuktikan sesuatu ketika menentang Singapura nanti – itu juga apa yang kita harapkan.

Masih banyak lagi kepincangan yang terserlah, dan Rajagobal harus menggunakan sebaiknya ruang waktu yang masih ada untuk memperbaiki, menutup kelemahan itu, justeru sama-samalah kita harapkan akan ada kelainan selepas ini daripada segi taktikal, corak permainan, hantaran, formasi, line-up, serta pendekatan yang diambil. Kalaupun tak banyak, sikit pun jadilah.

Saya juga tertanya-tanya, jika di Sepanyol majoriti pemain yang membentuk skuad kebangsaan mereka dari Barcelona, Jerman pula Bayern Munich dan Borussia Dortmund, England majoriti dari 4 pasukan teratas. Tetapi kenapa di Malaysia, pemain dari sebuah pasukan juara Liga Super, Juara Piala FA, mara ke suku akhir Piala AFC, pasukan paling konsisten dalam Liga-M (diakui ramai), pertahanan bolos paling sikit (sejak zaman Sathianathan), tapi hanya seorang dua pemain yang boleh berada dalam first eleven, selebihnya memanaskan bangku simpanan? Apakah FAM telah mengarahkan Rajagobal untuk mengehadkan penglibatan pemain dari pasukan itu dalam skuad kebangsaan?

3 pemain dari Pasukan Liga Perdana, ATM yang berada 12 tangga di bawah Kelantan membentuk barisan pertahanan? ATM hanya berdepan pasukan seperti USM, Betaria, Pos Malaysia, PDRM, Pahang, Sime Darby jer kot dalam saingan liga, macam mana kemampuan dan kehebatan pertahanan ini dinilai jika lawan pun takat tu jer? Pelik... ini namanya PILIH KASIH, bukan pilih berdasarkan prestasi.

Sekali lagi, Aiman says : jangan panggil pemain ke kem kebangsaan kalau sekadar jadi pelengkap.   

24 comments:

  1. Boh..salah info ter..belum smpai separuh akhir AFC lgi..bru suku akhir tp Insyaallah klu ado rezeki..hehehe

    ReplyDelete
  2. kemenangan ke atas Filipina pastinya idaman semua peminat bolasepak tanahair malam tadi. namun, jika pun tidak menang, sekurang-kurangnya tunjukkanlah mutu permainan yang mantap. sedih melihat bolasepak kita sudah tidak dipandang tinggi pasukan yang dulu jadi belasahan kita...

    ReplyDelete
  3. X kan dlm tempoh eksperimen lgi..Mcm mne nak pertahankan Piala AFF ni??

    ReplyDelete
  4. parok gini..main boring nk mapuh..jwb dio gak blum tentu lg la nk pertahankn aff suzuki cup..

    ReplyDelete
  5. aja opal is Stupid.......... Cbalh amik skuad kelantan ramai ckit...jd skuad utama. Gramnya aku........

    ReplyDelete
  6. betul gak admin ckp mengapa perlu pilih kasih dalam pemilihan pemain...kita nk team bola sepak kita berjaya jgn campur aduk kn kptg pribadi lebih dr kptgan negara...patut nyer raja gopal blh select pemain kelantan ngan tganu membentuk satu team malaysia yg kuat..rgopal ni prh ker g setiap stadium tgk bola ...atau skdr tgk lam tv shj lps tu select pmain..cb2 la bg peluang kpd pemain yg lbh menonjol lam liga m

    ReplyDelete
  7. bak kata Raja'saya tau pemain saya'...

    ReplyDelete
  8. admin ada cuba consult org FAM, Rajagopal pasal isu ni? or setakat kat blog je? kalau xda, tapi akan pergi jumpa, saya nak join. xdapat main turun padang, dapat sumbang suara pon ok.

    ReplyDelete
  9. mungkin ada yg x suka sgn statement ni, berdasarkan prestasi smasa x dinafikan kelantan adalah kuasa baru bolaspak tanahair tp bak admin tulis pmain2 kelantan hanya jadi pmain pmanas bngku simpanan atau rakan sepelatih swaktu ada latihan pasukan nasional. yg prestasi mcm yoyo main utk pasukan pertengahan liga M pun bole lekat 1st 11. (takpalah friendly game)

    mungkin coach nk buat keunikan tersendiri mau menjadi satu2nya coach di dunia yg menurunkan pmain2 dari x pasukan terkuat liga domestiknya dlm 1st 11 ngara.

    kita tgk utk games vs spore yg lagi sengit adakah coach akan menurunkan pmain2 tim terkuat liga M atau masih mengekalkan kesebelasan yg sama vs filipina. jika yg kedua jdi pilihan sedikit sebyk kita dh nampk bayangan pmain2harapan rajagobal utk mempertahankan AFF.

    * cuba bersangka baik mungkin rajagobal x nk turunkan pmain2 kelantan kerana kesihan mereka pnat kerana banyak beraksi dlm pelbagai saingan kejohanan.

    ReplyDelete
  10. rajagopal a.k.a sanggupal ni anti psukan klate....

    ReplyDelete
  11. Consult apa jadahnya dengan FAM tu. Lagikan Timb Pres tegur sikit kena ban. Ni kan kita yang rakyat biasa. Lu duduk bawah tempurung ke Kanchong?

    ReplyDelete
  12. Pemain terbaik di malaysia bkn nya di liga super sahaja.liga perdana pn ad pemain terbaik.Pemain terbaik bukan dilihat dr liga mana dorg main,tp byk aspek lain kn ambl tahu.Mungkin Pemain kelantan pasukan terbaik dalam liga super, tp kn ingt,macth utk international lain.dan kebanyakkan pemain yg xdiambl utk skuad kbgsaan disebabkan cpt hilang fokus.kan dulu Coach da pnh bg peluang..shakir ali,Pia..form mmg teruk la...so,pikir2 kan b4 komen.jgn guna hati,guna la otak utk berfikir.

    ReplyDelete
  13. bro,,piya diberi peluang pon ngan skuad ong kim swee lawan chelsea..1st match pon lwn team epl..cmna nk buktikan..ko pon guna la otak jgk berfikir..lagi 1 team klantan n tganu bukan ka dah main AFC??ka AFC pon dlm liga mesia jgk??aiyooo yooo..

    ReplyDelete
  14. hrmmm....all the best malaysia...choose player based on current performance not based on glory time 2 years ago... :)

    ReplyDelete
  15. oh aku baru tau yg liga super n liga perdana adalah setaraf.. tq My JoUrNeY 4 da info.. jd salah la team spain, england, german dll yg ranking dunia tggi2 dunia 2 pilih pmain yg majoriti pmain top liga ngara mereka.. mmg salah la selama ni diorg xpilih pmain terbaik divisyen bwh. 2 pasal la team diorg xbgus cam malaysia main, diorg xamal cara camni rupenyee... ptuihhhhhh!!

    ReplyDelete
  16. tepat skali bro aiman. saya juga bersetuju. sememangnya pkembangan bolasepak team MAS agak perlahan sejak AFF 2010.

    Kita masih dibuai oleh kejayaan 2010..

    ReplyDelete
  17. salam...jgn lupa,...rangking tak penting.player dri liga perdana pon x pe....jnji ada name ..x perform pon x pe.....he he.......rajagopal minta player2 malaysia cuma pinjam semangat player2 klantan je yg sntiasa mahukan kemenangan...nk pnjam player klantan ramai2 rasa malu plak ngan Annuar Musa...so, kira ambil hati Annuar Musa je la panggil smpi 5 org player klantan...last2 main masa 2nd half ( kecuali MatYo)...rajagopal nk turunkan player2 klantan 1st eleven rasanya tp FAM dh tutop lobang daa...dh kasi warning agaknye kt Rajagopal.....apa2 pon suka cara KAFA bangunkan TRW - ORANG JOHOR

    ReplyDelete
  18. sedih tgk bola sepak malaysia..terlalu banyak kepincangan................................

    ReplyDelete
  19. Safee sali ngan safiq rahim emo tak bertempat. Macam ni ke mental pemain kebangsaan? Safiq rahim brganding ngan gurusamy main macam taik! Langsung tak kreatif. Takde gerakan2 menarik dn peluang dicipta. Patut la selangor main boring giler babi. Tp boleh jugak terplilih main kebangsaan.

    Coba2 la turunkn gandingan tgh kelantan atau tganu atau tteam. Piya ngan shakir, bg main 90 minit, kallang tie ngn reeshafiq atau zairo. Dh terbukti diaorg LAGI KREATIF dp selangor dua org tu.

    Nak bukti? Tgk sendiri la dlm liga. Team mana plg byk skor cipta peluang semua. Itu pn xleh pikir ke

    ReplyDelete
  20. masalah besar kalo kita terlalu bergantung pada safiq sbg playmaker..permainan terlalu statik..pasukan lain dah tau kemampuan dia..satu lagi kalo dia injured, sape akan ganti? Piya? Baddrol? mungkin kita boleh usulkan supaya Brendan Gan join team Harimau..walaupun dia tak perform dlm team Sabah,tapi kalo ada gandingan yg baik dlm team kebangsaan dia boleh meletup..dia ada fizikal yg mantap utk bersaing dgn pemain2 eropah dlm team Filipina..

    ReplyDelete
  21. Betul jugak pendapat sahabat-sahabat semua.. Kenapa Jurulatih Malaysia tak pilih pemain-pemain yang perform bagus dalam Liga Super sebaliknya pilih pemain yg kurang perform? Eksperimen, ekperimen jugak tapi pilihlah pemain yang bagus.. Tak Gitu.. Apa-apa pun all the best untuk Harimau Malaya..

    ReplyDelete
  22. RankingTidakPenting?June 5, 2012 at 1:38 AM

    setuju-setuju jugak...tp,jangan hanya kerana pasukan tu berada di atas,kita nak ambik terus untuk bermain dengan pasukan kebangsaan...

    Cari je player yang BETUL-BETUL perform..tak kisahlah dari top 3 or bottom 3 Liga Super..

    PILIH KASIH?itu saya setuju.Cukup2lah Coach Raja..Kalau dah tau "anak emas" anda TAK PERFORM.tak payah ambik.Malas sangat ke nak cari player kat Malaysia ni??Liga kat Malaysia ni bukannya besar sangat pun.

    Melihat persembahan menentang Filipina ,tak tau pulak ramai pemain Malaysia ni nak jadi the next Sergio Ramos.Or,nak tukar profession jadi pemain ragbi? Semua sepak ke langit.

    p/s : teringin nak melihat aksi Ashri Chuchu.

    ReplyDelete
  23. Salam,

    Sy Hidayah, pelajar UKM.

    Boleh sy dapatkan emel en?
    Terima kasih..

    Hidayah

    ReplyDelete