Kekusutan melanda kem Terengganu, perlu diketepikan buat
seketika tatkala Mat Zan Mat Aris membimbing skuad naib juara liga musim lalu
itu, membuka tirai Liga Super 2012 menentang Perak di Ipoh, malam esok.
Ia pastinya peluang terbaik buat barisan diperkuat sepenuhnya
kudrat pemain tempatan Sang Penyu, untuk membuktikan bahawa mereka mampu
memberi cabaran hebat sekalipun tanpa
kelibat pemain import selepas kesemua 4 pemain import yang didaftarkan gagal
memenuhi kriteria ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia.
Hadi |
Sekarang, lupakan semua itu, tutup segala cerita negative dan
mulakan musim baru dengan nota gemilang. Tahun lalu, di bawah bimbingan Irfan
Bakti Abu Salim, Terengganu menjuarai Piala FA menundukkan Kelantan 2-1, dan
dua kali muncul naib juara iaitu dalam saingan liga juga Piala Malaysia, tewas
kepada Negeri Sembilan, NAMUN apa yang lebih hebat diperkatakan ketika itu
adalah sensasi gandingan trio barisan depan mereka, ASHAARI SHAMSUDIN – MANAF MAMAT
– HADI YAHYA yang mencetus gerun pertahanan lawan dengan menampilkan aksi
berbisa.
Justeru, apakah 2012 bakal menyaksikan gandingan yang
menjadi igauan buruk buat pasukan lawan musim lalu, menampilkan impak yang sama
dan kembali mengganas lebih-lebih lagi dengan tiadanya pemain import, Mat Zan
hampir pasti mahu memanfaatkan sebaiknya ASSET yang dimilikinya ini untuk
mengegar saingan Liga Malaysia, dan berterusan mencipta gemilang bolasepak
Terengganu.
Ashaari, kredit to duniasukan.com |
Sama ada SILENT KILLER, Ashaari, Manaf mahupun Hadi,
ketiga-tiga mereka pastinya mahu mengintai peluang untuk menonjolkan diri
sebagai penyerang terkemuka tanah air, di sebalik perlu bersaing hebat dengan
lambakan penyerang import seperti Mohd Ghadar (Kelantan), Emmanuel Effa
(N.Sembilan), Lazar Popovic (Perak) dan Lelo Mble (Selangor), tidak lupa juga
barisan penyerang terkemuka tempatan seperti Norshahrul Idlan Talaha, Zainizam
Marjan, Farderin Kadir, dan Syakir Ali.
Kredibiliti Ashaari sememangnya tidak boleh dinafikan,
penjaring terbanyak Liga Super 2010 ini memiliki gaya permainan dan kawalan
bola mengelirukan, dia bijak mencari ruang dan berupaya memerangkap bukan
sahaja pertahanan tetapi juga penjaga gol lawan. Tidak dinafikan penulis juga
amat mengemari gaya permainan bersahaja Ashaari dan sekiranya berada di TOP
FORM, Ashaari bakal ‘menghadiahkan’ mimpi ngeri buat pertahanan lawan.
Manaf |
Hadi pula, penjaring terbanyak Liga 2011 dengan 20 gol, satu
gol mengatasi Norshahrul Idlan, pastinya mahu mengekalkan kasut emas yang
dimenanginya musim lalu. Sentuhan penyudahnya cukup tajam dan tidak mustahil
mampu sekali lagi menjadi duri dalam daging.
Manaf yang menjaringkan 13 gol musim lalu, juga sudah pasti
mempunyai sesuatu untuk dibuktikan, sama-sama kita nantikan. Semoga pemain
tempatan kita lebih menyerlah berbanding awang import.
lamo ke...sep ganu royat dengki ko puak dia lagi ke.....wakakakakak
ReplyDeletenok bodek sek ganu ko??
ReplyDeletenate memey deki sungguh..xdok aroh dos sek mu tu..koya..kecek besar..Tuhan bls slalu..tu la..jgn pandang rendoh kokre..kecek besar taek pado jubo..doh2 la..samo2 Islam nie gak..maju ko pantai timur..wat taek gapo deki2..jeng blako
ReplyDeletedohlah baloh,kite same2 melayu,hok penting same2 islam....org tranung terime doh kenyataan xdok pemain import maen esok pah bulan4,tp cume sedih dpermainkan....cakak dlm tb laen,kabo kat surat kabo laen,mo'o ye ingat org tranung bodo2 dok panda bace...nok mitok maaf pong suruh tunggu due tige ari...sabo jelah...
ReplyDeletegane2 pong,esok~
peteh tranung peteh,gomo klate gomo
hok aloh, tok payoh baloh la. kito sptutnya respek penulis, dio oyak keno kritik, maki kaw2 pun masih tulih bnda positif pasal ganung, jadi kito sek timur tok perlu baloh2, tu buke budayo kito. kawe folow lamo doh blog ni, so bagi kawe, kawe respek blogger ni x mcm blog lain, yg pnting seki kitow jnge pecoh!
ReplyDeletejadi2 lh...dok mati eh xdok import pn..buang yang keruh ambik yang jernih...peteh trg peteh
ReplyDeletePeteh Ganu peteh....perjuangan mesti diteruskan..pandang dr sudut positif..ni la peluang anak tempatan tonjolkan diri
ReplyDeletetp pmain tbaik tganu adolah SARBINEE ALAWI RAMLI.. ekekekeke.. keeper power tu, tok cayo tgk final PM thn lps.. ekekeke..
ReplyDeletekuat ngat pong ke nyokong Tranung..biase la tu..arap wat terbaek 1st game..se lg jgn cakak besor nok bahang sume piala..ok bereh..pata timor sek megang bola malaysia!
ReplyDeletepong gapo dio gak bodo.. penulis wat masuk berito pasal pok2 mu ni krg2 mu bulih tau info.. nk tunggu pok2 mu wat blog nk update pasuke tganu mu x panda.. ni mujur org tlg update ko mu.. x tau la kot2 pyokong tganu ni jenis baco blog pun x pehe2 mcm pbsnt baco surat fam..
ReplyDeleteanonymous 10:52 am...
ReplyDeletedoh2 lah tu deme weh duk kire pasal tu,org senyak doh....xabih lagi ke pbsnt xpanda bacelah,bendelah,xtgk ke sape hok mitok maaf benornye..acu suruh sek ye face to face,xwaning kakah fam oo...
hok buruk namenye awok tranung,surat tu betol doh boh,awok2 tfc g tgk n bace diri doh surat tu...
tutup buku lame,buke buku baru,awok2 kite pata timor jgn baloh deh,kite wak dominasi lake piale2 tu kat pata timor jah...
PTP,GKG~layannnn~