Pautan Suara Sukan

Sunday, January 8, 2012

Butler Kesal Kesilapan Pertahanan, Azizi Tersisih 5 Minggu


Belumpun bermula saingan Liga Super 2012, Jurulatih Kelantan, Peter Butler nyata sudah mempunyai CONCERN besar yang perlu diberi perhatian serius, selepas menyaksikan anak buahnya tunduk 1-2 kepada Negeri Sembilan, sebentar tadi.

Antwi : Perlu lebih masa untuk beri impak
“ya, saya cukup kesal dengan kesilapan pertahanan kami, kesilapan mudah, dan lawan memanfaatkannya. Ia tidak harus berlaku bukan sahaja dalam perlawanan ini tetapi mana-mana perlawanan, kita leka. Saya gembira dengan permainan ditunjukkan pemain saya, mereka bermula dengan baik, meyakinkan, tetapi kemudiannya hilang fokus kerana kesilapan pertahanan. Kekalahan ini sukar diterima, dan saya tidak lagi mahu pemain melakukan kesilapan mudah seperti ini di masa akan datang, secara keseluruhan, permainan yang ditunjukkan bagus, dan kita perlu lebih banyak mencipta peluang..”. – Peter Butler.

Meskipun bermula dengan agak baik, dengan mencipta beberapa peluang jaringan, memaksa Farizal Marlias bekerja keras, dan berjaya merebut gol pendahuluan pada minit ke-19, Kelantan umpama hilang punca selepas itu, dan kerap kali membenarkan lawan mengasak.

Malah segalanya serba tidak menjadi buat The Red Warriors, di mana beberapa pemain tidak beraksi pada tahap keupayaan sebenar antaranya Norfarhan Mohd, Denny Antwi yang dikeluarkan dan digantikan oleh Badri Razi, kebuntuan idea untuk mencipta gerakan-gerakan berbahaya, termasuklah kecederaan yang dialami tonggak pertahanan Azizi Mat Rose, yang menyaksikannya digantikan Nik Shahrul Azim pada masa rehat, manakala Zamri Ramli dibawa masuk menggantikan tireless full-back, Aziz Ismail pada ketika perlawanan memasuki babak akhir.

Ditanya mengenai keputusan merombak barisan pertahanan tatkala Kelantan terdesak mencari gol penyamaan, malah masih memiliki Nurul Azwan Roya dan S.Chanturu di bangku simpanan, ini reaksi Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim.

“memang kita nak cari gol, tapi kita rombak pertahanan kerana yang bermasalah adalah pertahanan, barisan depan masih berfungsi dengan baik. Kita tiada pilihan. Mengenai Azizi, saya jangka kecederaan yang dia alami serius mungkin ACL, kita dah berhubung dengan pegawai perubatan, dan segala apa yang patut sedang diuruskan. Dia mungkin tersisih sekurang-kurangnya 5 minggu, kita akan maklumkan..”. – Azman Ibrahim.

No comments:

Post a Comment