Pautan Suara Sukan

Sunday, January 8, 2012

Azraai Puas Lengkap Koleksi Kejuaraan


Pertama sekali, tahniah kepada Jurulatih ‘magis’ Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah, di atas kejayaan membimbing pasukan juara Piala Malaysia 2011 itu menjuarai Piala Sumbangsih dalam aksi pembuka tirai Liga Malaysia 2012, dengan menewaskan pasukan favourite, Kelantan, 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

foto : Bernama
Lebih manis, kemenangan ke atas Kelantan, juara Liga Super musim lalu, melengkapkan koleksi kejuaraan Azraai yang sudahpun mendakap trofi Piala FA, Liga Super, dan Piala Malaysia sebelum ini, sekaligus menjadikannya antara jurulatih paling berjaya dalam sejarah bolasepak tempatan.

“Alhamdulillah, seperti yg yang saya cakap semalam, nak rasa sangat-sangat satu-satunya piala yang kami tak dapat lagi, buat saya dan juga pasukan. Dan berjaya kami tunaikan malam ini, lengkap koleksi saya dan Negeri Sembilan, team ni 2012 masih lagi baru, first match pun tak main lagi, so ia pembakar semangat untuk player-player muda saya..”. – Azraai Khor Abdullah.

Azraai nyata tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya di atas kejayaan ini, apatah lagi skuad Hoben Jang Hoben bangkit daripada ketinggalan gol minit ke-19 Norshahrul Idlan Talaha, menerusi dua gol pemain importnya, Emanuel Effa Owana, yang ternyata berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Kelantan, sehingga memaksa Jurulatih Kelantan, beberapa kali merombak barisan pertahanannya.

Bagi Azraai beliau tidak mahu pasukannya terbuai dengan kejayaan menumbangkan antara pasukan yang boleh dilabel gergasi bolasepak tanah air ini, sebaliknya ia menjadi batu loncatan untuk mengharungi musim 2012 yang dijangka begitu mencabar ini dengan prestasi konsisten.

“walaupun pasukan ini muda, saya kagum mereka mampu memikul tanggungjawab dengan baik, team 2012 pasukan baru, tapi tengok malam ini, mereka menunjukkan komitmen tinggi, cukup komited. Ia satu perkara positif dalam team ini, anda boleh lihat keberkesanan gandingan, chemistry di barisan depan, menunjukkan persefahaman yang baik, mereka boleh adapt, untuk bangkit daripada ketinggalan, menentang pasukan seperti Kelantan, pada saya cukup bagus, dan insyaallah, saya tidak mahu ia terhenti di sini..”.

2 comments:

  1. indah khabar dari rupa.. team yang di canang mampu jd team tanpa kalah dgn 4 piala haha.. main mcm hampeh..

    ReplyDelete
  2. taktik yg sguh lawak jenaka dr coach.. badut import bernombor 18 dibiarkan lama diatas pdg w/pun main hampeh.. coach terlalu menumpukan aspek serangan sehingga mengabaikan kawasan tengah yg agak kosong.. kesimpulannya kekalahan kelantan adalah akibat dr kesilapan coach...

    ReplyDelete