Gol jaringan Norshahrul Idlan Talaha, Baddrol Bakhtiar, dan Shahrizal Saad menyaksikan skuad senior kebangsaan bimbingan Datuk K.Rajagobal mencatat kemenangan memberangsangkan 3-0 ke atas skuad Sukan SEA a.k.a skuad B-23 tahun negara kendalian Ong Kim Swee.
Tidak banyak aksi menarik/berkualiti dapat disaksikan, dengan kedua-dua jurulatih lebih berminat mencuba gandingan pemain yang mana lebih menampakkan keserasian serta kombinasi menarik namun kesungguhan dan komitmen ditunjukkan pemain sepanjang 90 minit permainan, meskipun sedar ia sekadar INTERNAL FRIENDLY wajar dipuji.
Farizal Marlias, Muslim Ahmad, Norhafiz Zamani Misbah, Mahali Jasuli, Zubir Azmi, Amar Rohidan, Khyril Muhaimin, Joseph Kalang, S.Kunalan, Norshahrul Idlan dan Safee Sali diturunkan dalam kesebelasan utama oleh Rajagobal, tatkala beliau mempersiapkan pasukan dan menguji pemain untuk berdepan Australia di Canberra 7 Oktober nanti.
Tanpa Safiq Rahim, seperkara yang jelas menampakkan kepincangan adalah kurangnya penguasaan bola di kawasan tengah, meskipun Joseph Kalang yang ditugaskan mengambil alih peranan itu tampak cuba membuktikan kehadirannya dirasai.
Joseph, perlu lebih masa utk sesuiakan diri. |
Situasi ini jelas memberi gambaran, betapa skuad negara tiada MIDFIELD MAESTRO yang mampu membuka permainan atau CREATE OPPORTUNITY, masih buntu idea, dan jika berhasrat untuk mengekalkan momentum yang dicipta ketika Piala AFF Suzuki tempoh hari, bukan sahaja kelibat Safiq (Selangor), tetapi Shakir Shaari (Kelantan), dan Ashaari Shamsudin (Terengganu) tampak masih diperlukan Rajagobal.
Mungkin ada yang berpendapat tanpa mereka sekalipun masih boleh menang 3-0, tapi ingatlah, sekali lagi ia hanyalah INTERNAL FRIENDLY, dengan barisan pemain yang ada, dan kualiti permainan yang ditunjukkan, jangan kena belasah kaw-kaw dengan Australia sudah.
panggil piya,shakir,farisham,subra...
ReplyDeletekalau tak perform, panggil org lain plak...
lepas tu kalau tak perform, bubar FAM dan Liga Malaysia...
nampaknya penulis sgt berminat pd ashaari samsudin..sbb slalu je sebut nama player tu..
ReplyDeletetp mmg tak nafi, ashaari adalah nama besar bg midfield di malaysia..dia boleh di katakan yg terbaik sbb mampunyai skill hantaran tepat, gelecek yg mengelirukan & kepintaran mengatur permainan di bahagian tengah..
heran knp dia takde dlm skuad kali ni..sbb dlm piala malaysia skrg, dia top perform dlm team terengganu
Anonymous, October 2, 2011, 11:42 PM: Kalu sebut Shakir takut2 dikatakan bias dgn Pasukan Kelate, jd sebutlah Ashaari. Ok, kalu King xnak Shakir xpa, tp knpa Ashaari dketepikan?
ReplyDeleteAtau King mahu mencuba ssuatu. Jika King bejaya dgn kmbinasi pmain barunya King la raja bola masa kini. Kalu x bjaya King kan k.o..
safee sali dan safiq rahim off form smlm lawan Singapura...
ReplyDeletedlm piala malaysia pun teruk bebenor mainnya...
corak permainan rajagopal x mementingkan playmaker, dia lebih gemar guna bahagian sayap utk wat attack...
safiq rahim selama nie pun mana ada assist sgt utk Malaysia, masa lawan Taiwan pun midfield Malaysia mati. dlm situasi bola mati boleh lah harap si safiq tp rasanya badrol lebih hebat dlm situasi bola mati, tgk aksi badrol kt kedah pun dah nampak dia pakar freekick/corneckick.
aku pun amat xpuas hati kenapa ashaari x dipilih....pelik..... dr awal lagi...dia ada mslh dgn ashaari ke...
ReplyDeleteDato Raja kalo berani watla friendly Kelantan vs Malaysia..try tgk team mana akan ctrl bola.
ReplyDeleteShakir Shaari - The best midfielder
S.Subramaniam - The solid defender
Ashaari Samsudin - The great finisher
itu je yg kawe mitok, payah sangat ke Dato Raja???
X abis2 fakri ,amar rohidan, izzaq..adoila
adoiii..aritu keluar news kata fav player dah drop from squad..ni ttiba plak panggil balik...saja buat gempak ke aritu,coverline skit..kasi sejuk hati org Malaysia...apa reason panggil balik? player yg sediaada x cukup bagus ke...bagus sgt ke player yg di panggil balik tu..petform ke dorg masa malaysia cup@international duty? adoiii...pecah kepala la mcm ni...ke ada dpt wahyu dari sapa2 srh panggil balik???
ReplyDeletekalau ramai dok sebut nama ashaari, aku ttp bias kpd shakir..xpaham sbb apa kene drop..tp bgus jgk sbb nlh concentrate utk malaysia cup..
Ashaari tidak patut digugurkan cos beliau langsung tidak diberi peluang diatas padang ketika Kelayakan Dunia masa tu!Macam mana beliau nak perform dengan baik macam ni..??!!!Bagi chance diatas padang pun setakat lebih kurang beberapa minit sahaja.Adoi laaa....
ReplyDelete