Pautan Suara Sukan

Saturday, October 1, 2011

Kelantan – Negeri Sembilan Sekali Lagi?


Ramalan awal ketika undian Piala Malaysia pada bulan Ogos tempoh hari ~ Kelantan bertemu Kedah, Terengganu bertemu Selangor di separuh akhir, justeru final idaman adalah Kelantan vs Terengganu, Kelantan vs Selangor, selain Kedah vs Selangor, ATAU  Kedah vs Terengganu.

Peluang finalis musim lalu, Negeri Sembilan dinoktahkan awal-awal memandangkan congakan di atas kertas membayangkan betapa mereka berdepan tugas berat menentang juara bertahan Kelantan, namun SIAPA SANGKA berakhir saingan peringkat kumpulan, tiada nama Kedah dalam kelompok 8 terakhir, manakala Negeri Sembilan berjaya mengelak bahana awal bertemu Kelantan – situasi yang bermakna Negeri Sembilan dan Kelantan kini berpotensi untuk sekali lagi bertemu di pentas final, buat kali ketiga berturut-turut sejak 2009.

Saingan 2011 yang sukar diramal, menyaksikan Terengganu dan Selangor berkesudahan selaku naib juara kumpulan masing-masing, sekaligus menyaksikan persaingan berat sebelah dengan 4 pasukan bukan pilihan dengan kekuatan AVERAGE bertemu sesama sendiri, dan berada di laluan yang dipisahkan menentang 4 pasukan pilihan sehingga aksi final.

MENGAPA NEGERI SEMBILAN ..

Antara 4 pasukan tersebut, hanya Negeri Sembilan pernah merasa nikmat bergelar juara, malah dengan status ‘FAVOURITE UNDERDOG’ (bukan pilihan yang menjadi pilihan) dan pengalaman dimiliki pasukan itu sendiri, tidak keterlaluan andai dikatakan mereka jugalah pasukan yang dilihat paling layak untuk mengisi slot beraksi di final, jika dibandingkan dengan Felda Utd, T-Team dan Sabah - yang turut dikhuatiri gagal menarik sokongan peminat. 

Mengatasi halangan Felda mungkin bukan suatu masalah besar buat anak buah Azraai Khor, meskipun Felda juga dengan kekuatan sukar dijangka berpeluang mencipta kejutan. Cuma pendapat penulis, Felda mara ke suku akhir, sekadar mengetepikan Johor FC dan Sarawak, manakala kemenangan ke atas Kelantan pula umpama LADY LUCK buat mereka. Felda bukannya mara dengan menewaskan Kedah, Terengganu mahupun Selangor untuk pantas diberi gelaran GIANT KILLER.

SS juga yakin Azraai pastinya mempunyai ramuan sendiri bagaimana untuk menyekat T-Team mahupun Sabah, dua pasukan dengan kekuatan sukar dijangka, yang dijangka menanti di separuh akhir, seterusnya mengintai gelaran ketiga selepas membimbing Kedah muncul juara pada 2007 dan 2008.

MENGAPA KELANTAN ..

Kelantan pula pastinya mempunyai sesuatu untuk DILUNASKAN kepada Terengganu pada aksi yang dilabel sebagai ulangan final Piala FA di mana kelibat sekurang-kurangnya 11 pemain kebangsaan – Khairul Fahmi, Farisham Ismail, Izuan Solahudin, Norshahrul Idlan, Sharbini Allawee, Joseph Kalang Tie, Ismail Faruqi, Abdul Hadi Yahya, Helmi Remeli, Zubir Azmi, dan Ashaari Shamsudin turut dijangka menambah hangat perlawanan itu.

Duka dikecewakan jaringan masa tambahan Nordin Alias pastinya masih terasa, dan ia dilihat bakal memberi tonik tambahan kepada anak buah Datuk M.Karathu untuk mencipta satu lagi sejarah iaitu merangkul DOUBLE buat pertama kali, meskipun Terengganu juga memburu kemasyuran di temasya berprestij tanah air itu sejak kali terakhir menang pada 2001.

Sama ada berdepan Selangor, mahupun Perak di separuh akhir, Kelantan dilihat terlalu kuat untuk ditumbangkan (mengambil kira prestasi semasa), namun ianya hanya mungkin sekiranya Kelantan konsisten dan bangkit menutup segala kepincangan yang terserlah ketika aksi peringkat kumpulan.

9 comments:

  1. jgn lupa bro, sabah ada SUMANDAK.. aweks ultras yg hottt..

    ReplyDelete
  2. Berkenaan Felda-N9 ni, salah sikit :

    -Ketika bermain di PAROI bukan KLFA menang 0-1,(min 88) walaupun hanya 10 orang sahaja pmain sepanjang 2nd half(min 42 kena kad merah). Wan Jamak dipecat selepas game ini.

    -Ketika bermain di KLFA, ketinggalan 2-0 pada N9 sampai min 80, 2-1, dan 84, 2-2. Hampir menang kalau tak kerana golie N9.

    Memang bukan giant killer, tapi bukan team yang mudah, terutama bagi N9.

    ReplyDelete
  3. Ini baru seteru tradisi. Kelantan vs Selangor atau Kedah atau N9 adalah seteru baru.

    Pertembungan mnarik utk melihat pmain ngara beraksi mewakili pasukan masing2.

    Ini jg mungkin akn mmbuka balik mata King; sama ada trus bangga dgn menyenarai Zubir & Farisham setelah mengenepikan Rizal Fahmi. Atau langsung x mmpedulikan Subra.

    Berbaloikan King menggugurkan Ismail dan digantikan dgn Josep Kalang; stelah Shakir dlihat x dpt mnandingi "kehebatan" Ismail pd perlawanan lalu. Atau langsung tidak mmpedulikan Badri @ Piya.

    Hadi Yahya & Shaari Shamsudin bkn lg pilihan King. Tp mampukan Matyo mmpamerkan aksi mnarik & Kosisten.

    King merehatkan Sharbinei sementara Apek masih teguh d gawang. Kedua2nya sdh pasti ada semngat mmbara utk tawan King.

    Fuh hebat..walaupun pengendalinya adalah Irfan dan Karathu, ia seakan mmberi bayangan kpd King siapa yang layak untuk membalut tubuh dgn jersey Malaysia.

    Bg penyokong Kelate tiba masanya pmain mmbalas dendam dan mmbawa pulang kemenangan berharga setalah ditewas dlm Final FA lalu. Ckap2kda kopi menggelegak bhw kemengan Ganu tmpoh hari adalah 1 rancangan. Tp tiada siapa yg brani bsuara apatah lg bdiri dgn bukti. Atau mungkin ini alasan utk sejukan hati yg panas terbakar dek kkalahan.

    Kkalahan 3-0 Ganu dlm saingan MSL d K.T'ganu pd 6 Jun lalu mesti dtebus. Tewas besar d tmpt sndiri sukar utk dterima. Inilah pluangnya utk kembali menyengat.

    ReplyDelete
  4. kelantan confirm kalah awal....

    ReplyDelete
  5. sori boh, lmbat lagi klate kaloh.. klate akn wak balik smula pialo ke tmpat asalnyo iaitu tanoh rendah sekebun bunga..hahaha

    ReplyDelete
  6. anon 1:10 ,

    mmg btul felda ada track rekod bagus ngn n9, tapi itu cter lama, cter dlm liga, bila tiba saingan piala malaysia semuanya brbeza. tgklah sndiri, perak, n9, t-team mara selaku juara sdgkan pilihan utama kedah, tganu n selangor..piala malaysia kekuatan semua pasukan adalah lain, contoh felda sendiri dalam liga kena 6-0 ngn kelantan, tapi bole menang 2-0m ke atas kelantan...so, n9 ada kekuatan mncukupi utk mara ke final, sperti kata penulis..

    -penyokong nogori, hoben jang hoben-

    ReplyDelete
  7. adakah t.team juara tahun ni..hhehe

    ReplyDelete
  8. kalau ikut prestasi semasa rasenya team perak yg patut masuk final

    ReplyDelete
  9. Bagi akulah,memang tak mustahil pasukan2 underdog/kelab mampu melakar kejutan untuk PM musim ini...

    ReplyDelete