Pautan Suara Sukan

Friday, September 30, 2011

Dollah Cabar Merah Kuning Julang Piala Malaysia..


Sentuhan magisnya mengembalikan reputasi Selangor selaku kuasa besar bolasepak tanah air, dengan menjulang TREBLE - Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia pada 2005, tahun terakhir Piala Malaysia singgah di bumi Selangor. 

Sentimen betapa dia adalah jurulatih terakhir Selangor menjulang piala berprestij tanah air itu, gelaran kali ke-32 yang menjadi kebanggaan penyokong Merah Kuning, kira-kira 6 tahun lalu kerap bermain di minda DOLLAH SALLEH, dan Dollah tidak dapat menyembunyikan rasa terkilan melihat pasukan dengan reputasi hebat seperti Selangor bergelut untuk melepasi ranjau peringkat kumpulan, sebelum memastikan tiket ke suku akhir. 

Justeru Dollah melontarkan cabaran kepada barisan pemain Selangor diketuai Amri Yahyah, supaya memastikan Misi 33 yang kembali hidup hasil kemenangan pada perlawanan terakhir ke atas Kuala Lumpur, dinoktahkan dengan kejayaan gilang gemilang selaku juara.

‘bagi saya, selepas struggle sebegini macam, dan mara ke suku akhir, adalah rugi kalau mereka persiakan peluang ini. nak bergelar juara kena hadapi situasi ini, permulaan lembap, tekanan penyokong, pengunduran jurulatih, moral down, tapi bila u atasi semua rintangan kemudian ke final, itulah perwatakan sebenar seorang juara, dan Selangor kena pamerkan perwatakan itu..mereka ada kekuatan, cuma lambat dapat rentak permainan, saya yakin mereka dah tolak ke tepi segala masalah, dan tidak akan lepaskan ‘nyawa’ kedua yang mereka dapat ni, mereka akan pastikan Misi 33 berjaya..”. – Dollah Salleh.

Dollah, yang ketika ini membimbing pasukan Pahang, turut berpendapat keserasian antara jurulatih sementara, P.Maniam dan barisan pemain Merah Kuning, antara sebab Maniam tidak berdepan masalah membentuk semula pasukan dalam tempoh begitu singkat selepas pengunduran Devan.

“saya lihat pemain serasi dengan Maniam, cara dia lain berbanding Devan, dan ini sebenarnya kelebihan buat Maniam, kerana dia sudah lama bersama Selangor, jadi inilah masa dia boleh betulkan apa yang tidak kena, apa mistake yang dia nampak  masa Devan bawa team ni, open talk bersama player, bincang, minta pendapat, player pun boleh bersuara..tapi kat sini saya tak kata Devan tak bagus, kita harus berterima kasih kepada peranan yang dia mainkan sepanjang 3 tahun, banyak piala dia menang..”.

Selangor mara ke suku akhir, selaku naib juara Kumpulan D di belakang T-Team, dan akan menentang Perak, satu-satunya pasukan belum tewas dalam kempen kali ini, dan seandainya mara ke semifinal berpotensi bertemu satu daripada dua pasukan pantai timur, sama ada Juara Piala FA, Terengganu, atau Juara Liga Super juga juara bertahan, Kelantan.

4 comments:

  1. selamatkan pahang dulu dollah.. dlu phg pasukan wajib suku akhir piala malaysia..

    ReplyDelete
  2. Penulis xnak tulis matchup/previu MY vs AUS dgan Piala Msia ke... nak tengok kelebihan dan klemahan sume team.

    ReplyDelete
  3. serabut perut wei berita pasal slangor.. Takdop orge nk ambik caro nyo.. Blog demo pun tok laku pos komen pun 3,4 line jah..k caro nyo.. Blog demo pun tok laku pos komen pun 3,4 line jah..

    ReplyDelete
  4. anon 8:26 : demo jange tok tahu, demo oyak blog dio x laku, blog dio tok laku pun ada ore sponsor boh, demo ado? nk kutuk ore agok2 la, dio wat blog, dapat income ramai sponsor luar 20-30k sebule, ikut dio la nk tulis gapo pun..

    -ahli lembaga-

    ReplyDelete