Pautan Suara Sukan

Thursday, September 29, 2011

Tiada Usaha Pancing Apek !


Setiausaha Agung merangkap Pengurus Selangor, Datuk Hamidin Amin menafikan khabar angin pasukan itu sedang berusaha keras memancing khidmat penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek, untuk memantapkan cabaran Gergasi Merah Kuning menghadapi saingan musim baru Liga Malaysia, tahun depan.

Apek, kapten skuad Olimpik negara serta penjaga gol utama Juara Liga Super, Kelantan, dilihat sebagai jawapan terbaik kepada krisis penjaga gol di kem Selangor, apabila dua penjaga gol sedia ada Iqbal Suhaimi dan Saiful Amar Sudar dilaporkan gagal meyakinkan pengurusan Persatuan Bolasepak Selangor untuk mengekalkan mereka musim depan – dengan FAS terpaksa mendapatkan khidmat penjaga gol USM, G.Jeevanathan secara pinjaman untuk mengemudi benteng terakhir Selangor dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

“memang betul kita berdepan krisis penjaga gol, tetapi saya boleh CONFIRMKAN kita tiada sebarang cubaan untuk mendapatkan Khairul Fahmi, so far saya sendiri tiada dengar apa-apa rumours, mungkin peminat saja buat spekulasi, tapi saya tidak nafikan dia penjaga gol hebat, kita perlukan seseorang dengan kaliber seperti yang ada pada Apek, sebab ini adalah Selangor. Apapun dia ada kontrak jangka panjang dengan Kelantan, dan Kelantan juga sudah pasti tidak mahu kehilangan pemain sensasi seperti dia..”. – Datuk Hamidin Amin.

Mengenai peluang Selangor yang bergelut sebelum kembali menyalakan impian merangkul Piala Malaysia buat kali-33, Hamidin berkata sepanjang 16 tahun bergelar Setiausaha Agung FAS, ini adalah kali pertama beliau melihat Selangor berada dalam situasi tertekan seperti ini, namun yakin segalanya sudah kembali UNDER CONTROL dengan kejayaan mara ke suku akhir.

“kalau awak compare tahun-tahun sebelumnya, dengan baki satu atau dua game, Selangor sudah masuk suku akhir, ni kali pertama kita hampir tersingkir dan mara selepas perlawanan terakhir. Tak pernah kita berada dalam situasi ini, tapi dengan melangkah ke last 8, saya yakin tekanan semua dah berkurang. MISI 33 BELUM BERAKHIR. Maniam melaksanakan tanggunjawab dengan baik, dan player pun dah dapat balik keyakinan, rentak permainan mereka..”.

“nasihat saya kepada pemain, jangan pandang rendah Perak, kita tidak tahu kekuatan mereka, Perak ni pasukan yang tidak boleh dijangka. Awal-awal aritu semua kata mereka akan bungkus awal, tapi tanpa 5 pemain tonggak dan bersandarkan kudrat pemain muda, Perak nampaknya ada sesuatu untuk dibuktikan. Dan Perak adalah satu-satunya pasukan belum tewas dalam Piala Malaysia, jadi kita kena berhati-hati, sejak beberapa tahun lalu kita tersekat di Suku Akhir, tapi SAYA YAKIN KITA AKAN DAPAT ATASI BADI ITU kali ini..”.

Ditanya siapa PREFERABLE OPPONENT andai berjaya melangkah ke separuh akhir, Hamidin berharap Selangor dapat mengelakkan pertemuan menentang juara bertahan, Kelantan, sebaliknya lebih berminat berdepan anak buah Irfan Bakti, Terengganu.

9 comments:

  1. kenyataan ikhlas tuh tkt jmpa kelate hehe..tp agok2 boleh lepas ko dgn ganu andai kata ANDAI KATA ganu lepas dgn kelate haha

    ReplyDelete
  2. kalau apex ditawarkan dgn ganjaran lumayan apa salahnya..masa muda ni la nak bt duit..kesetiaan no 2..jgn esok da terkulai tiada sape yg na dtg bantu..go apex!!!

    ReplyDelete
  3. Anonymous 6:46 PM

    Sorry bro, lu mmg x kenal jiwa n semangat patriotik org Kelantan... dia lagi pentingkan kesetiaan.. aku tau sbb aku pon org Kelantan

    ReplyDelete
  4. biarla dia pegi ke selangor ke,cardiff ke,QPR ke..apa susa..baru best suasana lain2...haha

    ReplyDelete
  5. annon 6.46 pengurusan di kelantan lg terbaik dari slangor.. Gaji player kelantan pun bkn main2.. First eleven 21k ke atas..

    ReplyDelete
  6. g la kalu rezeki dia sana.. insa'allah akan muncul penganti baru.. patah tumbuh hilang berganti haha..

    ReplyDelete
  7. g apek kito ejas norazlan keeper kL tu main dgn kelate plk.. xpun ejas masuk sharbinie, syed adney, helmi eliza, azizon kadir.. taraf kebangsaan belako tuh haha

    ReplyDelete
  8. mase perform semua ckp lagu tu..klau off form ramai cerdik pandai hentam apex..kalau na maju kena berhijrah utk cari pengalaman bkn soal gaji atau kesetiaan..tp bkn lah skrg masa nya kerana selangor tak layak masuk AFC..mana tahu thn depan TRW main kat AFC ada kelab yg berminat na apex..jgn jadikan sentimen setia membabi buta..

    ReplyDelete
  9. setia xsetia..klu gaji di tawarkan kt apek 3kali ganda dri skrg sape xmau...time laku nie la dia nk cri duit...dh sampai tahap xlaku masa tu 1k pn brt nk bg...

    ReplyDelete