Pautan Suara Sukan

Friday, September 30, 2011

Dollah Cabar Merah Kuning Julang Piala Malaysia..


Sentuhan magisnya mengembalikan reputasi Selangor selaku kuasa besar bolasepak tanah air, dengan menjulang TREBLE - Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia pada 2005, tahun terakhir Piala Malaysia singgah di bumi Selangor. 

Sentimen betapa dia adalah jurulatih terakhir Selangor menjulang piala berprestij tanah air itu, gelaran kali ke-32 yang menjadi kebanggaan penyokong Merah Kuning, kira-kira 6 tahun lalu kerap bermain di minda DOLLAH SALLEH, dan Dollah tidak dapat menyembunyikan rasa terkilan melihat pasukan dengan reputasi hebat seperti Selangor bergelut untuk melepasi ranjau peringkat kumpulan, sebelum memastikan tiket ke suku akhir. 

Justeru Dollah melontarkan cabaran kepada barisan pemain Selangor diketuai Amri Yahyah, supaya memastikan Misi 33 yang kembali hidup hasil kemenangan pada perlawanan terakhir ke atas Kuala Lumpur, dinoktahkan dengan kejayaan gilang gemilang selaku juara.

‘bagi saya, selepas struggle sebegini macam, dan mara ke suku akhir, adalah rugi kalau mereka persiakan peluang ini. nak bergelar juara kena hadapi situasi ini, permulaan lembap, tekanan penyokong, pengunduran jurulatih, moral down, tapi bila u atasi semua rintangan kemudian ke final, itulah perwatakan sebenar seorang juara, dan Selangor kena pamerkan perwatakan itu..mereka ada kekuatan, cuma lambat dapat rentak permainan, saya yakin mereka dah tolak ke tepi segala masalah, dan tidak akan lepaskan ‘nyawa’ kedua yang mereka dapat ni, mereka akan pastikan Misi 33 berjaya..”. – Dollah Salleh.

Dollah, yang ketika ini membimbing pasukan Pahang, turut berpendapat keserasian antara jurulatih sementara, P.Maniam dan barisan pemain Merah Kuning, antara sebab Maniam tidak berdepan masalah membentuk semula pasukan dalam tempoh begitu singkat selepas pengunduran Devan.

“saya lihat pemain serasi dengan Maniam, cara dia lain berbanding Devan, dan ini sebenarnya kelebihan buat Maniam, kerana dia sudah lama bersama Selangor, jadi inilah masa dia boleh betulkan apa yang tidak kena, apa mistake yang dia nampak  masa Devan bawa team ni, open talk bersama player, bincang, minta pendapat, player pun boleh bersuara..tapi kat sini saya tak kata Devan tak bagus, kita harus berterima kasih kepada peranan yang dia mainkan sepanjang 3 tahun, banyak piala dia menang..”.

Selangor mara ke suku akhir, selaku naib juara Kumpulan D di belakang T-Team, dan akan menentang Perak, satu-satunya pasukan belum tewas dalam kempen kali ini, dan seandainya mara ke semifinal berpotensi bertemu satu daripada dua pasukan pantai timur, sama ada Juara Piala FA, Terengganu, atau Juara Liga Super juga juara bertahan, Kelantan.

Thursday, September 29, 2011

Tiada Usaha Pancing Apek !


Setiausaha Agung merangkap Pengurus Selangor, Datuk Hamidin Amin menafikan khabar angin pasukan itu sedang berusaha keras memancing khidmat penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek, untuk memantapkan cabaran Gergasi Merah Kuning menghadapi saingan musim baru Liga Malaysia, tahun depan.

Apek, kapten skuad Olimpik negara serta penjaga gol utama Juara Liga Super, Kelantan, dilihat sebagai jawapan terbaik kepada krisis penjaga gol di kem Selangor, apabila dua penjaga gol sedia ada Iqbal Suhaimi dan Saiful Amar Sudar dilaporkan gagal meyakinkan pengurusan Persatuan Bolasepak Selangor untuk mengekalkan mereka musim depan – dengan FAS terpaksa mendapatkan khidmat penjaga gol USM, G.Jeevanathan secara pinjaman untuk mengemudi benteng terakhir Selangor dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

“memang betul kita berdepan krisis penjaga gol, tetapi saya boleh CONFIRMKAN kita tiada sebarang cubaan untuk mendapatkan Khairul Fahmi, so far saya sendiri tiada dengar apa-apa rumours, mungkin peminat saja buat spekulasi, tapi saya tidak nafikan dia penjaga gol hebat, kita perlukan seseorang dengan kaliber seperti yang ada pada Apek, sebab ini adalah Selangor. Apapun dia ada kontrak jangka panjang dengan Kelantan, dan Kelantan juga sudah pasti tidak mahu kehilangan pemain sensasi seperti dia..”. – Datuk Hamidin Amin.

Mengenai peluang Selangor yang bergelut sebelum kembali menyalakan impian merangkul Piala Malaysia buat kali-33, Hamidin berkata sepanjang 16 tahun bergelar Setiausaha Agung FAS, ini adalah kali pertama beliau melihat Selangor berada dalam situasi tertekan seperti ini, namun yakin segalanya sudah kembali UNDER CONTROL dengan kejayaan mara ke suku akhir.

“kalau awak compare tahun-tahun sebelumnya, dengan baki satu atau dua game, Selangor sudah masuk suku akhir, ni kali pertama kita hampir tersingkir dan mara selepas perlawanan terakhir. Tak pernah kita berada dalam situasi ini, tapi dengan melangkah ke last 8, saya yakin tekanan semua dah berkurang. MISI 33 BELUM BERAKHIR. Maniam melaksanakan tanggunjawab dengan baik, dan player pun dah dapat balik keyakinan, rentak permainan mereka..”.

“nasihat saya kepada pemain, jangan pandang rendah Perak, kita tidak tahu kekuatan mereka, Perak ni pasukan yang tidak boleh dijangka. Awal-awal aritu semua kata mereka akan bungkus awal, tapi tanpa 5 pemain tonggak dan bersandarkan kudrat pemain muda, Perak nampaknya ada sesuatu untuk dibuktikan. Dan Perak adalah satu-satunya pasukan belum tewas dalam Piala Malaysia, jadi kita kena berhati-hati, sejak beberapa tahun lalu kita tersekat di Suku Akhir, tapi SAYA YAKIN KITA AKAN DAPAT ATASI BADI ITU kali ini..”.

Ditanya siapa PREFERABLE OPPONENT andai berjaya melangkah ke separuh akhir, Hamidin berharap Selangor dapat mengelakkan pertemuan menentang juara bertahan, Kelantan, sebaliknya lebih berminat berdepan anak buah Irfan Bakti, Terengganu.

Sentuhan ‘SuperSub’ Anuar Senjata Selangor

Namanya cukup dikenali ramai dek kerana kelebihannya sebagai SUPERSUB. Terlepas pandang akan kelibatnya maka terngangalah penjaga gol jawabnya. Aksi lincah dengan susuk tubuh yang kecil, serta sentuhan tajamnya di depan gawang berpotensi mengubah keputusan perlawanan, mengangkat nama ANUAR ABU BAKAR sebagai antara penyerang terbilang tanah air di zaman kegemilangannya pada tahun 1990-an.

Mereka yang pernah menyaksikan kelibat bekas pemain kebangsaan berusia 40 tahun ini, pastinya masih ingat akan gol kemenangan dramatic jaringannya pada aksi separuh akhir Piala Malaysia Johor menentang Kuala Lumpur genap 20 tahun lalu – kedudukan terikat agregat 3-3, Anuar skor hanya 2 minit selepas dimasukkan, membawa Johor ke final kemudiannya muncul juara menewaskan Selangor 3-1, serta penyudah tajam yang menyaksikan Anuar dinobatkan penjaring terbanyak Liga Perdana Satu 1995, bersama Selangor.

Manakala mereka yang hanya sekadar pernah mendengar namanya dan tidak pernah berpeluang menyaksikan aksi pemain kelahiran Johor ini, saksikan kelibat Anuar bersama bekas bintang Gergasi Merah Kuning yang lain antaranya Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Shahrin Majid, K.Sanbagamaran dan lain-lain pemain yang akan mewakili Pilihan Selangor menentang Pilihan Singapura dalam aksi Piala Sultan Selangor Sabtu ini. 

Tonggak Merah Kuning yang membantu pasukan itu menjulang HATRIK Piala Malaysia pada 1995, 1996 dan 1997, selain membantu Kelantan menjuarai Liga Perdana Dua 2000 ini nyata belum hilang sentuhan berbisanya, dan melaungkan azam membantu Selangor merampas semula trofi Piala Sultan Selangor dari tangan musuh tradisi mereka itu.

Pada sessi pemanas badan terakhir menentang Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) di Wisma FAM malam tadi, Anuar membuktikan usia bukan faktor penghalang apabila memperaga aksi lincah bertenaga dan ‘bernafsu’ besar dengan menjaringkan 4 gol dalam kemenangan 7-2 ke atas pasukan diketuai Abu Bakar Atan itu, namun yang lebih menjadi tumpuan adalah kebijaksanaan meloloskan diri dari kawalan pertahanan dan pantas memanfaatkan peluang yang masih menjadi ASSET SETIAnya.
“memang kita tekad untuk menang, rakan-rakan semua pun komited, semangat kali ini lain, persiapan juga lebih bagus, saya janji akan lakukan yang terbaik, gandingan dan kombinasi, persefahaman pun kalau tengok tadi agak bagus, lagipun tadi kita main tak 100%, nak elak letih, elak cedera kan..so insyaAllah, kita cuba pastikan Piala sultan Selangor kembali ke Selangor la tahun ini..”.

Anuar dan Dollah berganding cemerlang di barisan depan, sesekali diSWAP dengan kelibat Zainal dan berhasil mengucar-kacirkan pertahanan SAM dengan  - Dollah menyumbang 2 gol menerusi sepakan penalti dan situasi ini pastinya disambut dengan helaan nafas lega oleh Jurulatih, Md Shah Norbit.

Sepanjang karier lebih 15 tahun, Anuar pernah mewakili Johor, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan MPPJ Selangor, serta memiliki rekod sempurna dalam sejarah saingan Piala Malaysia apabila menang kesemua 5 aksi final – bersama Johor (1991), Selangor (1995, 1996, 1997) dan MPPJ Selangor (2003), manakala pada 2005 dia meraih pingat kejuaraan bersama Selangor selaku pembantu kepada Dollah.

Monday, September 26, 2011

Tribute To Sathia : From Zero To Hero


Masih ingat lagi ketika Peter James Butler secara tiba-tiba melepaskan jawatan sebagai Ketua Jurulatih Kelantan, tatkala Kelantan dalam persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia 2009 dengan status selaku UNDERDOG – Hashim Mustapha, pembantu jurulatih Kelantan tidak mempunyai Lesen A, sekaligus menyaksikan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) terdesak mencari penganti, sebelum tampil B.Sathianathan sebagai penyelamat.

Nama Sathianathan ketika itu cukup SENSASI – Sathia hadir dengan reputasi selaku BEKAS KETUA JURULATIH KEBANGSAAN YANG DITAMATKAN KONTRAK, gara-gara komen FAMOUSnya “M-LEAGUE IS NOT FOOTBALL” selepas kekalahan 0-5 kepada UAE dalam saingan kelayakan Piala Asia – dihukum kerana BERKATA BENAR, apabila dilaporkan hanya 3 pemain sahaja betul-betul FIT untuk beraksi di pentas antarabangsa sedangkan Liga Malaysia mempunyai lebih 400 pemain.

Kehadirannya disambut dengan REAKSI BERBEZA – belumpun sempat memulakan tugas, sudah ada yang bertanya Adakah coach yakin mampu bawa Kelantan muncul juara buat kali pertama, Adakah coach yakin dengan barisan pemain yang ada, Apa sasaran coach, Adakah coach tertekan untuk penuhi harapan peminat yang dahagakan kejayaan, adakah coach yakin akan kemampuan Kelantan, selain soalan berbentuk provokasi, coach pernah cakap M-League is not Football, so kenapa memilih untuk melatih pasukan Liga-M? Tidak kurang juga cakap-cakap yang mempertikai kredibilitinya – segalanya disambut Sathia sebagai satu cabaran.

5 kemenangan dalam 6 perlawanan peringkat kumpulan, hanya tewas sekali kepada Kedah, layak ke suku akhir selaku juara kumpulan adalah jawapan Sathia kepada para pengkritik, sekaligus menutup mulut mereka yang lantang bersuara sebelum itu - malah ramai mula yang tampil memuji taktikal dan strategi permainannya, selain keupayaannya membentuk pasukan mantap dalam tempoh singkat bersama TRW.

Laluan Kelantan tidak terhenti di situ, Sathia muncul jurulatih pertama membimbing pasukan itu mara ke final Piala Malaysia selepas 39 tahun (paling hampir sebelum itu adalah K.Rajagobal, semi final pada 2001) – menyingkirkan KL Plus dan Perlis dalam laluan ke final, sebelum kecemerlangan itu dinoktahkan Negeri Sembilan pada aksi final.

Apapun, meraih pingat naib juara selepas 11 perlawanan boleh diklasifikasikan sebagai kejayaan cemerlang untuk Sathia, dan ianya menjadi titik tolak kepada berkembangnya karier beliau di Kelantan – dari jurulatih sementara, dihadiahkan kontrak Ketua Jurulatih oleh KAFA. 

Ramai yang mungkin tidak tahu, hadirnya Sathia ke Kelantan mengambil alih tugas ditinggalkan Butler, adalah atas dasar sukarela, dan menghormati pelawaan Tan Sri Annuar Musa. Beliau bergegas menghabiskan cuti, ketika itu kalau tidak silap di India (CORRECT ME IF I’M WRONG MR SATHIA) sejurus dihubungi TSAM, melaksanakan tanggungjawab tanpa langsung bertanya perihal gaji/elaun/bonus atau sebarang bayaran lain yang akan dibayar KAFA.

Kejayaan muncul naib juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia 2009, secara tidak langsung menyaksikan EXPECTATION peminat untuk menyaksikan Sang Kijang muncul kuasa besar bolasepak tanah air, semakin tinggi. Kehadiran Sathia, kemudiannya disusuli pula beberapa nama besar bolasepak tanah air, antaranya Akmal Rizal Ahmad Rakhli, dan Hairudin Omar.

Di sinilah bermulanya segala tekanan buat Sathia, ditambah pula permulaan lembap Kelantan dalam saingan Liga Super 2010, tersingkir di pusingan awal Piala FA, menyaksikan Sathia dikritik hebat, dimaki, hingga ada yang memintanya MELEPASKAN JAWATAN dan mula mencadangkan nama seperti Azraai Khor untuk menapak masuk.

Sathia bagaimanapun tidak cepat melatah dengan situasi itu, sebaliknya memacu anak buahnya memberi saingan hebat kepada Selangor sebelum berpuas hati selaku naib juara (satu lagi pingat naib juara, selain rekod defensive terbaik bolos hanya 14 gol dalam 26 perlawanan) dan sekali lagi mara ke final Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan, meskipun bermula dengan kekalahan 0-1 kepada lawan sama di Kota Bharu.

Menentang Kedah di separuh akhir, Sathia secara tiba-tiba dikenakan hukuman penggantungan 6 bulan berkuatkuasa serta-merta – SEKALI LAGI GARA-GARA BERKATA BENAR tentang pemilihan stadium tuan rumah Terengganu menentang Perlis, yang mana ianya berlaku 2 atau 3 bulan sebelumnya. Sathia bagaimanapun menerima FULL BACKUP dari peminat, sebelum hukuman itu kemudiannya ditangguhkan pula ke satu tarikh lain. 

Mara ke final, Kelantan beroleh peluang menoktahkan kemarau panjang serta peluang menebus kekalahan tahun sebelumnya dan kali ini, selepas 89 tahun, akhirnya Piala Malaysia tiba di bumi Kelantan – terima kasih kepada tandukan cantik Hairudin Omar, serta aksi berinspirasi tinggi Badri Razi, dan pastinya tidak lupa congakan strategi berkesan Sathia – mencatit namanya di HALL OF FAME bolasepak Kelantan sebagai antara jurulatih paling berjaya dalam sejarah KAFA.

Malah, sebelum bermula aksi Piala Malaysia 2010 (ketika Hari Raya Aidilfitri), Sathia dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung, dan dinasihatkan untuk berehat, namun disebabkan komitmen tinggi serta sayangnya kepada TRW, Sathia berkorban dan mengambil risiko, sanggup turun padang pada malam sama untuk bersama pemain, apatah lagi hanya dipisahkan beberapa hari dengan perlawanan pembuka tirai.  

Hasrat Sathia untuk terus mencipta sejarah bersama Kelantan, bagaimanapun tersentak apabila TINDAKAN ZALIM yang ditangguhkan, DILUNASKAN kali ini, 3 hari menjelang aksi pembuka tirai musim baru menentang Selangor, yang juga aksi Piala Sumbangsih – yang mana Dato’ M.Karathu pula tampil sebagai penyelamat.

Di atas segala pengorbanan, dan sebagai menghargai jasa Sathia, KAFA bagaimanapun tidak berdiam melihat situasi Sathia, dan memberi perhatian sewajarnya dengan melantik beliau sebagai CEO Kejurulatihan KAFA, seterusnya Akademi Red Warriors Al-Hambra (ARMY), untuk memantau dan mengilap bakat baru bolasepak Kelantan.

Malah tidak dinafikan kejayaan Kelantan menjulang Liga Super musim ini, turut dibantu kudrat Sathia yang DIINSTALL untuk berganding bahu dengan Karathu selepas tewas 0-4 kepada Perak. 

Kini, setelah tamat pengantungan lebih 2 bulan lalu, dan selepas beberapa pasukan mencuba mendapatkan khidmat Sathia, beliau akhirnya berjaya dipancing Angkatan Tentera Malaysia untuk saingan musim 2012. 

Meskipun Sathia kembali melatih pasukan berstatus kelab (selepas MPPJ), ia pastinya satu keputusan bijak untuk masa depan Sathia sendiri, selain dapat kembali berdampingan dengan isteri setelah sekian lama berjauhan.  

Jasa dan pengorbanan Sathia pastinya tidak akan dilupakan, dan akan sentiasa dikenang dalam lipatan sejarah KAFA, SELAMAT MAJU JAYA!

Aziz Ismail, Baddrol & Asrar Perkuat Skuad Sukan Sea, Olimpik


Seorang lagi bintang dalam pembikinan dari Kelantan, Abd Aziz Ismail antara yang dipanggil menjalani latihan bersama skuad bawah 23 tahun kebangsaan bimbingan Ong Kim Swee sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan Sea 2011 hujung tahun ini.

Aziz Ismail/foto : kelantanfa
Tiada kejutan besar dilakukan Kim Swee yang berdepan cabaran hebat dalam mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Vientiane, Laos, 2 tahun lalu, apabila memanggil semula beberapa pemain lain yang digugurkan sebelum ini antaranya Fakri Saarani.

Sementara itu, dua pemain skuad senior kebangsaan, Asrarudin Putra Omar dan Baddrol Bakhtiar dipanggil memperkuat skuad B-23 tahun kebangsaan selepas berjaya mempamer prestasi meyakinkan dalam saingan Liga Malaysia yang sedang rancak berlangsung ketika ini.

Pasukan B-23 tahun kebangsaan akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Jemputan Antarabangsa Piala VFF di Hanoi, Vietnam dari 17 hingga 24 Oktober depan.

Senarai penuh skuad B-23 tahun kebangsaan (Sukan Sea) yang dikehendaki melapor diri pada 1 Oktober 2011 :

Baddrol, kudrat dihargai
Fakri Saarani, Hazwan Bakri, See Kok Luen, Faizal Abu Bakar, Aziz Ismail, Izuan Solahudin, Syazwan Roslan, Azrul Azmi, D.Sarvindran, Abdul Shukor Jusoh, A.Tamil Arasu, Ferris Danial Mat Nasir, Gary Steven Robbat, Nazirul Naim Che Hashim, Amer Saidin, Fandi Othman, Izham Tarmizi, Zamir Selamat, K.Sasikumar, Nazmi Faiz Mansor, Syazwan Tajuddin.

Manakala 12 lagi pemain, dikehendaki melapor diri ke kem skuad Olimpik/B-23 pada 9 Oktober 2011.

Khairul Fahmi Che Mat, Zubir Azmi, Yong Kuong Yong, Baddrol Bakhtiar, Asrarudin Putra Omar, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, G.Gurusamy, Izzaq Faris Ramlan, Syarul Azwari, Wan Zaharulnizam, K.Rubben.

Sunday, September 25, 2011

Kenapa Kelantan Terdesak Turunkan Apek?


Persoalan pertama yang bermain di fikiran penulis, apabila melihat senarai kesebelasan utama pasukan Kelantan menentang Johor FC pada aksi kelima saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia – KE MANA HILANGNYA nama penjaga gol, Shahrizan Ismail, yang secara ‘tiba-tiba’ digantikan Khairul Fahmi Che Mat.

Apek : Bila lah aku boleh berehat..
Rupanya Shahrizan tercicir ke bangku simpanan - ya memang betul Khairul Fahmi a.k.a Apek adalah penjaga gol utama skuad senior dan Olimpik tanah air, beraksi cemerlang ketika menentang Jepun, dia juga penjaga gol nombor satu The Red Warriors, Shahrizan hanyalah pengganti sementara, justeru mungkin ada yang fikir adakah penulis ni bodoh bangang mempersoalkan perkara tersebut. 

Namun, sebelum ada yang beranggapan sedemikian, sila juga pertimbangkan beberapa perkara berikut, dan anda akan nampak rasionalnya perkara ini dibangkitkan.

Apek baru sahaja pulang ke tanah air, 22 September iaitu 2 hari lalu, dan beroleh peluang untuk BEBAS seketika selepas jadual latihan dan pertandingan cukup padat yang pastinya menjejaskan mental dan fizikalnya – dan selama ketiadaan Apek, penjaga gol kedua Kelantan, Shahrizan berjaya menggalas tanggungjawab selaku benteng terakhir dengan berkesan, membuktikan kudratnya masih berbisa, seterusnya memastikan ketiadaan Apek tidak dirasai penyokong Sang Kijang. 

Shahrizan, cemerlang
Shahrizan adalah penjaga gol utama Kelantan sepanjang kempen Piala Malaysia berlangsung, bolos hanya 3 gol dalam 4 perlawanan (1 menentang Johor Fc, 2 ketika tewas kepada Felda). 

Umum mengetahui Shahrizan bukanlah calang-calang penjaga gol – dia bukannya penjaga gol cetek pengalaman, atau dia bukannya penjaga gol yang dipromote dari skuad Piala Presiden, dan lebih penting sepanjang 4 perlawanan yang lalu juga, Shahrizan tidak pula melakukan sebarang kesilapan bodoh, beraksi di bawah par atau mempamer prestasi goyah.  

Justeru adakah wajar Datuk M.Karathu menurunkan Apek serta merta dalam kesebelasan utama, mencicirkan nama Shahrizan, kurang 48 jam Apek pulang dari Jepun – kenapa tidak beri ruang kepada Apek menarik nafas, rileks dan bertenang dulu - rehat satu perlawanan selepas begitu banyak berkorban masa dan tenaga, pastinya sesuatu yang diharapkan Apek, dan ia sudah tentu tidak akan merugikan mana-mana pihak.

Kecualilah jika Kelantan betul-betul terdesak, tiada penjaga gol berwibawa untuk mengawal gawang, sebagai jurulatih berpengalaman luas tindakan Karathu dilihat tidak cukup relevan dalam situasi ini, ditambah pula hakikat Apek terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan dan digantikan semula oleh Shahrizan pada perlawanan sebentar tadi - maaf kalau ada yang tidak bersetuju.

Khidmat Shahrizan begitu ditagih Kelantan sepanjang Apek tiada, dialah taruhan, dialah yang menjadi tumpuan media sejak sebelum Piala Malaysia bermula, namun hanya kerana penjaga gol utama kembali ke kem pasukan, dia terus dilupakan. Usah jadi ibarat Kacang Lupakan Kulit.

Seharusnya Shahrizan dikekalkan kerana ini akan menambahkan lagi keyakinannya, malah dia sendiri akan rasa dihargai, ini tidak, main bagus, cemerlang macam mana sekalipun, tetap kena drop bila penjaga gol utama kembali. Malah sekiranya Shahrizan dikekalkan, Apek juga pastinya sedar status selaku pemain bintang dan kapten skuad olimpik bukan jaminan buatnya untuk berada dalam kesebelasan utama. Setuju?

Apapun, kita harapkan Shahrizan mahupun Apek akan terus BERSAING SECARA SIHAT untuk merebut kepercayaan Karathu selepas ini - BEST MAN WIN. 

SS : Tahniah Karathu berjaya membawa Kelantan melepasi halangan pertama dalam misi mempertahankan kejuaraan, dan tahniah juga kepada Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Felda Utd dan T-Team yang turut mengesahkan kemaraan ke suku akhir.

Saturday, September 24, 2011

‘Raja Bola’ Kecewa Misi 33 Lingkup


Beliau boleh diangkat pemain paling berjaya dalam sejarah kegemilangan skuad bolasepak Selangor, menjulang Piala Malaysia sebanyak 8 kali, membantu Selangor mara ke final Kejuaraan Kelab Asia 1967, malah rekod jaringan 9 gol ketika menewaskan Negeri Sembilan dalam saingan Piala Malaysia 1960 belum mampu diusik sesiapa hingga ke hari ini.

Kelibat dan kehebatan aksinya di atas padang cukup untuk menghadirkan gerun pertahanan lawan, justeru X-FACTOR itulah yang mengangkat nama Datuk Ghani Minhat, lagenda bolasepak tanah air, untuk dinobatkan selaku RAJA BOLA oleh Persatuan Bolasepak Selangor, seterusnya menyaksikan namanya tercatit dalam HALL OF FAME sebagai antara pemain terhebat sepanjang zaman.  

Hari ini, pada usia 75 tahun, Raja Bola masih setia mengikuti perkembangan bolasepak tanah air, sama ada pasukan kebangsaan mahupun liga domestic, malah sentiasa terlibat dalam aktiviti anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), juga Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) – membuktikan betapa beliau begitu sayangkan bolasepak yang ditinggalkannya sebagai pemain lebih 40 tahun lalu, tempoh yang menyaksikan Selangor menjulang Piala Malaysia sebanyak 17 kali.

Rekod pencapaian hebat Selangor di pentas domestic, nyata cukup cemerlang, justeru atas alasan itulah, Ghani cukup kecewa melihat kedudukan/situasi terkini di kem Selangor, yang mana mereka ketika ini bergelut untuk memastikan impian menjulang piala berprestij tanah air itu buat kali ke-33, atau secara ringkas Misi 33, terus bernyala, selain pengunduran mengejut Ketua Jurulatih, K.Devan.

“pasukan yang bagus tidak harus mengeluh dengan tekanan seperti ini, they have to fight! Selangor adalah team champion. Apa itu Misi 33, Misi 33 adalah misi julang piala buat kali ke-33, jadi player kena main dengan semangat luar biasa, kalau u dah lancarkan misi 33, tapi main takde semangat, memanglah kena kutuk. Memang kecewa lah tengok, lingkuplah Misi 33. coach cakap kita tiada player bagus, itu alasan, tapi u kena tengok lah adakah alasan dia betul. Kalau betul kita kena terimalah. kita tiada striker yg bagus, takde tukang assist yg bagus, jadi betullah alasan dia (Devan).”.

“sekarang mereka (Selangor) kena lupakan segala masalah, bangkit menang baki 2 game, boleh layak, lepas layak ke next round barulah moral akan kembali naik. Masa saya jadi coach dulu, kalau dalam situasi macam ni, semangat kita lain, kita gempur habis lawan yang datang,..”. – Datuk Ghani Minhat.

Sebagai bekas pemain dan jurulatih yang pernah membawa kemasyuran kepada Selangor, Ghani tetap optimis peluang untuk Selangor menamatkan musim suram mereka dengan menjulang sekurang-kurangnya satu piala tetap ada, namun menegaskan ianya turut bergantung kepada nasib dan juga keputusan perlawanan lain, apatah lagi Kuala Lumpur yang ketika ini di kedudukan kedua Kumpulan D, meninggalkan mereka dengan beza 4 mata.

Ini bermakna Selangor berdepan misi WAJIB MENANG kedua-dua perlawanan, dan mengharapkan Kuala Lumpur mencicirkan mata menentang T-Team. Keputusan seri antara Kuala Lumpur dan T-Team akan menyaksikan T-Team mara, manakala anak buah Razip Ismail pula hanya perlu seri menentang Selangor pada perlawanan terakhir untuk mara selaku naib juara kumpulan.

Hari ini, Selangor akan turun menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) – tugas getir pertama buat P.Maniam selepas mengambil alih tugas daripada Devan.

Thursday, September 22, 2011

Good Job Guys, Keberanian Kim Swee Tiada Pada …


Rasanya tiada apa yang perlu dihairankan dengan kekalahan skuad Olimpik negara kepada Jepun, malam tadi. Selepas melihat serangan bertali arus Samurai Jepun, dengan statistic akhir SHOTS ON GOAL menunjukkn angka 14-2, keputusan 0-2 adalah pastinya cukup melegakan, dan boleh dianggap satu keputusan yang realistik apatah lagi dengan jurang yang begitu besar antara dua pasukan berbeza status ini. 

Tahniah kepada penjaga gol juga kapten pasukan, Khairul Fahmi Che Mat, di atas aksi cemerlang serta rakan-rakan kerana memastikan scoreboard tidak menunjukkan sebarang angka luar biasa. 

Sesungguhnya tewas 2-0 kepada Jepun – dengan Ong Kim Swee pantas mengenalpasti kelemahan dan merencana perubahan strategi di separuh masa kedua, wajar diberikan pujian berbanding ketidak-beranian jurulatih skuad senior, Datuk K.Rajagobal melakukan perkara sama ketika tewasnya skuad senior kepada Singapura 4-6 pada aksi kelayakan Piala Dunia. 

Ini bukan sentimen menang dipuji kalah dikeji, Kim Swee walau kalah tetap tidak menjadi sasaran kritikan – terima kasih di atas keberanian beliau membuat keputusan, serta aksi bersemangat tinggi anak buahnya meskipun dilihat mempamer corak permainan defensive. Justeru tidak perlulah ada yang melabel penulis lalang atau tidak patriotic, itu tanggapan karut, atau lebih tepat tanggapan mereka yang baru nak belajar menjadi peminat bola itupun kerana Malaysia menang Sukan Sea dan Piala AFF Suzuki. Kalau tidak, cubalah kira berapa ramai yang datang ke stadium tiap kali skuad negara beraksi.

Menjadi seorang wartawan bukan tugas mudah, perlu berani menyuarakan pendapat. Kritikan yang disuarakan tidak harus sama sekali dipengaruhi sentimen kenegerian, kenegaraan, perkauman, perasaan, emosi mahupun sebarang faktor lain. Kalau menurut Rizal Hashim, menulis berdasarkan fakta. Kalau tidak ia akan membawa kepada pendapat berunsur BIAS, atau berat sebelah.

Atas alasan itulah, penulis meskipun anak jati Kelantan, tidak pernah pula mengagungkan skuad The Red Warriors kecuali apabila menulis tentang apa yang patut umpamanya berkaitan kegilaan bolasepak di Kelantan, kalau kalah terimalah kritikan sepertimana diterima pasukan besar lain seperti Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan mahupun Kedah – tiada unsur pilih kasih. 

Atas alasan itu jugalah penulis mempertikai ‘hilang’nya nama Ashaari Shamsudin dan Safiq Rahim dari senarai pelatih skuad kebangsaan, bukan semata-mata menyebut nama Shakir Shaari atau S.Chanturu.

Atas alasan itulah penulis mempertikai kenapa Rajagobal tidak memanfaat sebaiknya pilihan pemain yang ada masa kelayakan Piala Dunia tempoh hari, di mana Baddrol Bakhtiar dan Ashaari sekadar memanaskan bangku simpanan manakala pemain tidak menyerlah terus menerus mendapat kepercayaan – kerana AKU SEORANG WARTAWAN – harus menulis apa yang benar, mempersoal apa yang tidak kena, AKU MENULIS BUKAN KERANA EMOSI atau PERASAAN, BUKAN KERANA AKU PEMINAT BOLASEPAK, TETAPI KERANA PROFESION.

Siapa yang cakap kalau mengkritik pasukan bolasepak kebangsaan, maknanya anda tidak patriotic? Kolotnya pemikiran. Saya cabar mereka yang berpendapat sedemikian untuk tampil berbahas, kita tengok siapa yang kena. 

Sebagai peminat, anda layak untuk berkata apa sahaja tentang pasukan anda, apa pula kena mengena patriotisme dengan sokongan terhadap pasukan bola. So, adakah ini bermaksud mereka yang tidak meminati sukan, atau lebih tepat tidak minat bola tidak patriotic? Sila jawab wahai cerdik pandai. (SEDIKIT PENAMBAHAN : Janganlah pula kita mengkritik membabi buta tanpa ada asas, biar berpada-pada berasaskan fakta, bukan dipengaruhi rasa amarah)

Daripada 30 juta rakyat Malaysia, tidak sampai 10 juta pun yang tahu pasal sukan, so adakah mereka yang tidak tahu pasal sukan, tidak kenal siapa Lee Chong Wei, Nicol David, Mokhtar Dahari, atau Safee Sali tidak patriotik?

Bagi yang tidak tahu menahu pasal bola, bila tanya pukul berapa game Malaysia vs Jepun, dia tanya kita balik apa tu Cicakman nak lawan Ultraman? So, adakah mereka ni tidak patriotic hanya kerana tidak tahu pasal bola? Kita kritik atau puji, sokongan kita tetap tidak berbelah bahgi, hari ini kita kritik bukannya bermakna esok Malaysia lawan Australia kita boikot, sebab semangat kita tetap satu – SEMANGAT MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU!!

GENG ULTRAS pun ada boikot game Malaysia lawan kelab EPL – Arsenal, Liverpool, Chelsea – atas alasan ianya perlawanan sarkas, tapi mereka tetap menyokong bila lawan Taiwan, Singapura, adakah mereka tidak patriotic? Bagi yang suka mengomen, komen jangan ikut emosi, tapi pakai otak.

Takkan hanya kerana Rajagobal sudah membawa Malaysia julang Piala AFF, dia tidak boleh dikritik? Wah hebat sungguh, Perdana Menteri boleh pula dikutuk, dimaki, tapi team bolasepak tak boleh? Bagi yang beli tiket RM50, RM30, RM10, datang tengok game last-last dihadiahkan aksi macam budak sekolah, takkan tak boleh bersuara? Kritik Rajagobal bukannya bermaksud kita minta dia lepaskan jawatan, JASANYA CUKUP BANYAK, tidak dinafikan beliau adalah antara jurulatih terbaik ASIA, tapi kritikan yang dilontar adalah supaya beliau memperbetul apa yang MUNGKIN beliau tidak nampak.

Bagi yang suka mengomen juga, anda tahu apa maksud PENYOKONG LALANG? Apabila team Malaysia kalah kepada Singapura, esoknya dia terus menjadi penyokong Singapura. Apabila Singapura kalah kepada Indonesia, esoknya dia tukar pula sokong Indonesia – itu namanya LALANG. Orang yang suka mengkritik, tapi tetap memberi sokongan kepada pasukannya apabila turun berjuang, namanya PENYOKONG SEJATI. So, awak berada di area mana? LALANG ke PENYOKONG SEJATI? Atau anda jenis tutup muka bila Selangor dibelasah Kelantan 1-5, Kelantan dibelasah Perak 0-4? Ada faham, atau mahu saya translate dalam bahasa lain?

Berbalik kepada cerita pasukan Olimpik, so selepas ini, mereka masih ada perlawanan getir menentang Syria, Bahrain dan Jepun di Bukit Jalil, selain dua lagi perlawanan di tempat lawan, sama-sama lah kita doakan yang terbaik buat skuad Kim Swee, harap mereka dapat terus memberi saingan hebat.