Masih ingat lagi ketika Peter James Butler secara tiba-tiba melepaskan jawatan sebagai Ketua Jurulatih Kelantan, tatkala Kelantan dalam persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia 2009 dengan status selaku UNDERDOG – Hashim Mustapha, pembantu jurulatih Kelantan tidak mempunyai Lesen A, sekaligus menyaksikan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) terdesak mencari penganti, sebelum tampil B.Sathianathan sebagai penyelamat.
Nama Sathianathan ketika itu cukup SENSASI – Sathia hadir dengan reputasi selaku BEKAS KETUA JURULATIH KEBANGSAAN YANG DITAMATKAN KONTRAK, gara-gara komen FAMOUSnya “M-LEAGUE IS NOT FOOTBALL” selepas kekalahan 0-5 kepada UAE dalam saingan kelayakan Piala Asia – dihukum kerana BERKATA BENAR, apabila dilaporkan hanya 3 pemain sahaja betul-betul FIT untuk beraksi di pentas antarabangsa sedangkan Liga Malaysia mempunyai lebih 400 pemain.
Kehadirannya disambut dengan REAKSI BERBEZA – belumpun sempat memulakan tugas, sudah ada yang bertanya Adakah coach yakin mampu bawa Kelantan muncul juara buat kali pertama, Adakah coach yakin dengan barisan pemain yang ada, Apa sasaran coach, Adakah coach tertekan untuk penuhi harapan peminat yang dahagakan kejayaan, adakah coach yakin akan kemampuan Kelantan, selain soalan berbentuk provokasi, coach pernah cakap M-League is not Football, so kenapa memilih untuk melatih pasukan Liga-M? Tidak kurang juga cakap-cakap yang mempertikai kredibilitinya – segalanya disambut Sathia sebagai satu cabaran.
5 kemenangan dalam 6 perlawanan peringkat kumpulan, hanya tewas sekali kepada Kedah, layak ke suku akhir selaku juara kumpulan adalah jawapan Sathia kepada para pengkritik, sekaligus menutup mulut mereka yang lantang bersuara sebelum itu - malah ramai mula yang tampil memuji taktikal dan strategi permainannya, selain keupayaannya membentuk pasukan mantap dalam tempoh singkat bersama TRW.
Laluan Kelantan tidak terhenti di situ, Sathia muncul jurulatih pertama membimbing pasukan itu mara ke final Piala Malaysia selepas 39 tahun (paling hampir sebelum itu adalah K.Rajagobal, semi final pada 2001) – menyingkirkan KL Plus dan Perlis dalam laluan ke final, sebelum kecemerlangan itu dinoktahkan Negeri Sembilan pada aksi final.
Apapun, meraih pingat naib juara selepas 11 perlawanan boleh diklasifikasikan sebagai kejayaan cemerlang untuk Sathia, dan ianya menjadi titik tolak kepada berkembangnya karier beliau di Kelantan – dari jurulatih sementara, dihadiahkan kontrak Ketua Jurulatih oleh KAFA.
Ramai yang mungkin tidak tahu, hadirnya Sathia ke Kelantan mengambil alih tugas ditinggalkan Butler, adalah atas dasar sukarela, dan menghormati pelawaan Tan Sri Annuar Musa. Beliau bergegas menghabiskan cuti, ketika itu kalau tidak silap di India (CORRECT ME IF I’M WRONG MR SATHIA) sejurus dihubungi TSAM, melaksanakan tanggungjawab tanpa langsung bertanya perihal gaji/elaun/bonus atau sebarang bayaran lain yang akan dibayar KAFA.
Kejayaan muncul naib juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia 2009, secara tidak langsung menyaksikan EXPECTATION peminat untuk menyaksikan Sang Kijang muncul kuasa besar bolasepak tanah air, semakin tinggi. Kehadiran Sathia, kemudiannya disusuli pula beberapa nama besar bolasepak tanah air, antaranya Akmal Rizal Ahmad Rakhli, dan Hairudin Omar.
Di sinilah bermulanya segala tekanan buat Sathia, ditambah pula permulaan lembap Kelantan dalam saingan Liga Super 2010, tersingkir di pusingan awal Piala FA, menyaksikan Sathia dikritik hebat, dimaki, hingga ada yang memintanya MELEPASKAN JAWATAN dan mula mencadangkan nama seperti Azraai Khor untuk menapak masuk.
Sathia bagaimanapun tidak cepat melatah dengan situasi itu, sebaliknya memacu anak buahnya memberi saingan hebat kepada Selangor sebelum berpuas hati selaku naib juara (satu lagi pingat naib juara, selain rekod defensive terbaik bolos hanya 14 gol dalam 26 perlawanan) dan sekali lagi mara ke final Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan, meskipun bermula dengan kekalahan 0-1 kepada lawan sama di Kota Bharu.
Menentang Kedah di separuh akhir, Sathia secara tiba-tiba dikenakan hukuman penggantungan 6 bulan berkuatkuasa serta-merta – SEKALI LAGI GARA-GARA BERKATA BENAR tentang pemilihan stadium tuan rumah Terengganu menentang Perlis, yang mana ianya berlaku 2 atau 3 bulan sebelumnya. Sathia bagaimanapun menerima FULL BACKUP dari peminat, sebelum hukuman itu kemudiannya ditangguhkan pula ke satu tarikh lain.
Mara ke final, Kelantan beroleh peluang menoktahkan kemarau panjang serta peluang menebus kekalahan tahun sebelumnya dan kali ini, selepas 89 tahun, akhirnya Piala Malaysia tiba di bumi Kelantan – terima kasih kepada tandukan cantik Hairudin Omar, serta aksi berinspirasi tinggi Badri Razi, dan pastinya tidak lupa congakan strategi berkesan Sathia – mencatit namanya di HALL OF FAME bolasepak Kelantan sebagai antara jurulatih paling berjaya dalam sejarah KAFA.
Malah, sebelum bermula aksi Piala Malaysia 2010 (ketika Hari Raya Aidilfitri), Sathia dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung, dan dinasihatkan untuk berehat, namun disebabkan komitmen tinggi serta sayangnya kepada TRW, Sathia berkorban dan mengambil risiko, sanggup turun padang pada malam sama untuk bersama pemain, apatah lagi hanya dipisahkan beberapa hari dengan perlawanan pembuka tirai.
Hasrat Sathia untuk terus mencipta sejarah bersama Kelantan, bagaimanapun tersentak apabila TINDAKAN ZALIM yang ditangguhkan, DILUNASKAN kali ini, 3 hari menjelang aksi pembuka tirai musim baru menentang Selangor, yang juga aksi Piala Sumbangsih – yang mana Dato’ M.Karathu pula tampil sebagai penyelamat.
Di atas segala pengorbanan, dan sebagai menghargai jasa Sathia, KAFA bagaimanapun tidak berdiam melihat situasi Sathia, dan memberi perhatian sewajarnya dengan melantik beliau sebagai CEO Kejurulatihan KAFA, seterusnya Akademi Red Warriors Al-Hambra (ARMY), untuk memantau dan mengilap bakat baru bolasepak Kelantan.
Malah tidak dinafikan kejayaan Kelantan menjulang Liga Super musim ini, turut dibantu kudrat Sathia yang DIINSTALL untuk berganding bahu dengan Karathu selepas tewas 0-4 kepada Perak.
Kini, setelah tamat pengantungan lebih 2 bulan lalu, dan selepas beberapa pasukan mencuba mendapatkan khidmat Sathia, beliau akhirnya berjaya dipancing Angkatan Tentera Malaysia untuk saingan musim 2012.
Meskipun Sathia kembali melatih pasukan berstatus kelab (selepas MPPJ), ia pastinya satu keputusan bijak untuk masa depan Sathia sendiri, selain dapat kembali berdampingan dengan isteri setelah sekian lama berjauhan.
Jasa dan pengorbanan Sathia pastinya tidak akan dilupakan, dan akan sentiasa dikenang dalam lipatan sejarah KAFA, SELAMAT MAJU JAYA!
TERIMA KASIH BEBANYAK KEPADA ABE YA KERANA TELAH MENAIKAN MUTU BOLASEPAK KELATE...JASAMU TIDAK AKAN DILUPAKAN...
ReplyDeletetimo kaseh,,timo kaseh,timo kaseh.. jasamu tetap dikenang..
ReplyDeleteKAWE NK SATHIA JD COACH KELATE.. KAWE X SIR KARATU.. KARATU JENIS HOK X BRAPO ADO IDEA, TAKTIK SAMO JAH TIAP2 KALI GAME.. KAWE NK SATHIA, KAWE NK SATHIA...
ReplyDeletesebenarnya 'From Hero to Zero back to Hero' adalah tajuk yang lebih sesuai
ReplyDeleteTQ kt Abe Ya...semoga sukses di tempat baru....n bersama keluarga tercinta..
ReplyDeletebesar jasa dia kt TRW....
all the best abe..
ReplyDeleteambo pn kalo bulih nk abe ya...datuk ka taktik hok tulo jah..xjeliro mano weih...
ReplyDeletekemahkemim
Datuk K tu paka taktikal zaman 80an...dio mano ada ide baru...omputih kata 'FRESH IDEA'...tgk la kelate layak ke tk masuk semi penal..
ReplyDeletehe did a really agood job at kelantan
ReplyDeletepanggil coach omputih la pulok..hk sedak2.biar beza sikit game kelate dr negeri2 lain..bulih main po barca xpo dh.haha
ReplyDeleteemolah plakl ambo baca entri ni. kalau boleh nak stahia duduk klate jah.
ReplyDeletetapi setiap permulaan mesti ada penghujung.
all the best abe ya!