Pautan Suara Sukan

Friday, August 5, 2011

Kelantan Boleh Hidup Tanpa Apek – Karathu


Imbas Kembali, Kelantan Juara Musim Lalu
Ketiadaan penjaga gol sensasi, Khairul Fahmi Che Mat, atau Apek bukanlah suatu masalah besar yang perlu dibimbangkan kem Kelantan, menjelang saingan Piala Malaysia yang akan bermula dalam tempoh sebulan dari sekarang.
 
Itu reaksi Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M.Karathu yang menolak tanggapan usaha Kelantan mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi tahun lalu, sedikit terbantut apabila dijangka kehilangan khidmat penjaga gol sensasi, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, yang terikat dengan komitmen bersama skuad Olimpik bimbingan Ong Kim Swee, untuk menghadapi aksi Kelayakan Sukan Olimpik 2012 menentang Jepun yang dijadual berlangsung 21 September depan.

“saya pun tidak pasti apa perancangan diatur FAM, kita tidak tahu bila dia (Khairul Fahmi) akan kembali, dan bila dia akan masuk semula kem Olimpik, berapa game dia takkan main pun tak tahu. tapi memang betul kita akan terasa ketiadaan dia, dia penjaga gol no.1 kita. tapi kalau dia takde kita bukannya bermaksud tak boleh survive, ini bukan first time kita kehilangan Apek. kita masih ada Shahrizan (Ismail). Dia pun penjaga gol yang bagus, walaupun dia sekadar pemain simpanan, setiap kali diturunkan dia tak pernah mengecewakan. Tahun ni dia beraksi 3 atau 4 kali, dan dia tidak bolos dalam kesemua perlawanan itu. so takde Apek, ada Shahrizan, takde Shahrizan kita ada orang lain, yang penting siapapun GK, defend kita pun kena pandai cover..”. Datuk M.Karathu.

Selain Apek, Kelantan juga dijangka turun tanpa khidmat pemain muda, Izuan Solahudin yang turut bersama skuad Olimpik berlatih di Slovakia, namun keputusan akhir sama ada pemain itu akan terus kekal dalam perancangan Kim Swee, atau digugurkan hanya akan diketahui sejurus pulangnya mereka ke tanah air menjelang Aidilfitri. 

Empat pemain lain – Shakir Shaari, Rizal Fahmi, Farisham Ismail, S.Chanturu ketika ini bersama skuad kebangsaan untuk perlawanan menentang Selangor malam esok, dan dijangka kembali dalam tempoh terdekat.

Skuad Kelantan diundi bersama Johor FC, Sarawak, dan Felda Utd dalam kumpulan C, dan dijangka tidak berdepan masalah untuk setidak-tidaknya mara hingga ke peringkat separuh akhir, di mana jika berpandukan ramalan di atas kertas mereka dijadual bertemu Kedah.

Namun, Karathu tidak mahu memandang rendah kemampuan mana-mana pasukan, dan mahu pemainnya tidak melihat mana-mana pasukan sebagai underdog, atau meletakkan diri sebagai pilihan, sebaliknya menganggap semuanya sebagai sama kuat, sama hebat.

8 comments:

  1. Menarik mnarik mnarik.. Atas kertas Kelantan bdepan cabaran mudah. Tp awas, jgn dipermudahkan. Felda & Johor FC pernah dinakan sang kijang musim ini. Bujang senang belum btemu kijang.

    Jgn p'kecilkan lwn. Kelate pernah ditewaskan olh Pahang 2-0 pd saingan liga super, pusingan ptama. Walaupun Kelate dijangka menang mudah di atas kertas, tp twn mudah jg.

    Matcah masih ada aura. Walaupun Apek xde Matcah msh mampu utk b'aksi. Pd kawe ktiada Apek ini jg 1 klebihan utk Matcah. Dia blh buktikan pd M.Karathu & pengurusan bhw dia masih tangkas dan bingkas di gawang.

    Ktiadaan Izuan rasanya blh ditampung dgn yg lain. Mungkin Kelate blh harapkan adik2 dr skuad Presiden. Antaranya Khairul Izuan Rosli, Aris Zaidi, Farhan Yaacob. Ataupun Zamri (Zamri blh main defend & pnyerang).

    Tp kalu xde Matyo, itu 1 masalah jg tu. Pnyerang prolifik & kreatif Kelate & jg Malaysia.

    Apa2pun Insyaallah, Kelate blh..

    ReplyDelete
  2. jange amik zamri dr skuad Presiden..sudah lupakah kita semua...Final PM 2009...inilah org yg 'membantu' kemenangan n9...ambo tok tahu adakah dio telah dibyar atau tidak...apa yg pasti pemain inilah yg 'bodoh2' memberi ketiga2 gol kpd n9....Final Presiden yg baru lepah...player inilah yg telah menerima kad meroh akibat 'x pandai main'...bukan nok perkecilkan dio tp kito jgn jadi serupo Rajagopal...tahu doh 'anak emas' dio x leh main tp masih letak sbg skuad utama....harap2 Karathu xkan jd serupo Rajagopal....TRW malah Mesia bukan hak milik satu individu tertentu!!!!!

    ReplyDelete
  3. pd hemat saya tahun ni pasukan underdog bole g jauh..sbb bnyk player pasukan pilihan ta dpt join..di kurung oleh DR & FAM....

    ReplyDelete
  4. Anonymous 1:08AM: jgn kata gitu boh, mmg Zamri off form masa tu..tp dia antara key player zahasmi..setiap player ada on off performance. Kalau ingat dulu time dia sedap score goal comey lwn Myteam.goal kebangkitan kita..semua puji.PEACE

    ReplyDelete
  5. Final 2009 antara kontrovesi, fantasi & realiti. Byk crita tubik d sblk kkalahan itu. Rasanya ramai yg tau (sbb kalah) sama ada khabar angin, realiti, kontrovesi & fantasi.

    Zamri ada pningkatan. Final Presiden thn ini kawe tgk Zamri baik ok jg. Kena kad merah pun xdok sbb yg kukuh. Tp x tau pengamatan pnyokong yg ikut live Astro Arena ari tu. Kalu tgk live d stadium rasanya Zamri x slh; defend MP Muar jah hok mari terkam & glonso mari, pahtu keno kaki Zamri.

    ReplyDelete
  6. player kito hok dengan skuad kebangsaan tuh. toksoh dok main la, kelik kelik la stakat skuad kebangsaan nok friendly dengan selangor. takut tok pasal injured, kalu lawan negara lain, berbaloi jugok. skalo pok tu duduk bangku, kawe harap hokni pun dok bangku.

    friendly tu mengutungkan selangor jah,bulih try player baru pinjam. hok dok ngan skuad kebangsaan jadi bahan ujikaji, pada maso samo tokleh training dengan negeri. bo friendly nok wak segar angin rg jah tu awo kaloh ngan singapore. nok tunjuk tok pilih kasih anok emas, panggil player 'luar'. peh!

    ReplyDelete
  7. squad olimpik jangan dok kacau. nak lawan jepang nii.. squad keb tkpala, hihi..

    ReplyDelete