Pautan Suara Sukan

Friday, August 5, 2011

Piala Malaysia : Mudah Buat Kelantan, Perit Buat Terengganu

Juara bertahan, Kelantan dijangka tidak berdepan masalah menempah tiket ke suku akhir - diletakkan bersama Johor FC, Felda United dan naib juara Liga Premier, Sarawak dalam Kumpulan C, tatkala seteru Pantai Timur, Terengganu mungkin berdepan sedikit kesukaran apabila diundi bersama finalis musim lalu juga 'pakar' saingan kalah mati, Negeri Sembilan, serta Juara Liga Premier, PKNS Selangor, dan Sime Darby FC dalam Kumpulan B.

Juara musim 2007 dan 2008, Kedah pula diundi bersama  Perak, Sabah dan Johor dalam Kumpulan A, manakala Kumpulan D menemukan juara 32 kali, Selangor, T-Team, Kuala Lumpur dan PDRM.


Kumpulan A
Kumpulan B
Kedah
Terengganu
Perak
Negeri Sembilan
Sabah
PKNS
Johor
Sime Darby

Kumpulan C
Kumpulan D
Kelantan
Selangor
Johor FC
T-Team
Felda Utd
Kuala Lumpur
Sarawak
PDRM


Jika kesemua 4 pasukan pilihan berjaya menepati ramalan muncul juara kumpulan masing-masing, maka saingan sebenar Kelantan adalah di peringkat lapan terakhir, di mana mereka dijangka bertemu sama ada NEGERI SEMBILAN atau PKNS Selangor, manakala KEDAH pula menanti di separuh akhir.

Manakala Terengganu, sekali lagi bakal berentap dengan Selangor, justeru aksi final mungkin menemukan :

i) KELANTAN vs TERENGGANU
ii) KELANTAN vs SELANGOR
iii) KEDAH vs TERENGGANU
iv) KEDAH vs SELANGOR

(Suku Akhir) i) A1 vs D2, ii) B1 vs C2, iii) C1 vs B2, iv) D1 vs A2
(Semi) -->  i vs iii, ii vs iv

5 comments:

  1. kawe harap puok kito jangan memandang mudoh sarawak. Kito tidok melawan sarawak musim ni, dan kito sikit habuk tak tahu kemampuan naib juara liga premier ni.

    Mungkin kita pernah membelasah felda, tapi kadang kadang felda mampu memberi saingan sengit ketika terdesak. Kito mungkin kata mudoh terhadap johor fc, felda. Tapi jangan mengambil mudoh. kesimpulan, gomo jak diawal.gkg

    ReplyDelete
  2. FINAL PIALA MALAYSIA 2011

    SARAWAK LAWAN T-TEAM

    ReplyDelete
  3. saya teka pasukan impian DR & Sime darby final....

    ReplyDelete
  4. Yang nampak mudah bagi kita cuma pada nama tetapi belum cuba belum tahu...

    ReplyDelete
  5. kawe tetap yakin kelate ke final..hehehehe

    ReplyDelete