Gambar : NST |
Tamat undian peringkat kumpulan Piala Malaysia, jurulatih Selangor, K.Devan tampak boleh tersenyum lebar apabila pertemuan menentang juara bertahan, Kelantan dipisahkan sehingga aksi final sepertimana diidamkannya, itupun sekiranya kedua-dua pasukan menepati ramalan menggungguli kumpulan masing-masing.
Devan, dalam satu kenyataan kepada SS sebelum ini, tanpa berselindung mengakui Kelantan adalah lawan yang mahu ditentangnya pada aksi final, seterusnya membalas dendam kekalahan kepada The Red Warriors dalam 4 kejuaraan berbeza (Piala Malaysia 2010, Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super) dalam tempoh kurang setahun, dan menjulang Piala Malaysia buat kali pertama selepas 6 tahun. (baca sini).
Selangor, juara 32 kali, yang kali terakhir menjulang piala berprestij tanah air ini pada 2005 di bawah bimbingan Dollah Salleh, diundi bersama T-Team, Kuala Lumpur dan PDRM dalam kumpulan D, dan Devan berpendapat Selangor seharusnya tidak berdepan masalah untuk mara ke kelompok lapan terakhir meskipun perlu melepasi BADI pasukan berstatus kelab, T-Team yang dua kali menundukkan mereka musim ini dalam saingan Liga Super.
Di atas kertas, andai berjaya melepasi semua halangan termasuk Perak (suku akhir), cabaran sebenar Selangor, dijangka hadir di peringkat separuh akhir, apabila Juara Piala FA dan Naib Juara Liga Super, Terengganu dijadual menjadi halangan terakhir Gergasi Merah Kuning dalam usaha mencari tiket beraksi di final.
Apapun, hakikat yang perlu diakui, Selangor juga berdepan badi tewas di peringkat suku akhir sejak dua edisi Piala Malaysia yang lalu, selain hakikat betapa Terengganu seringkali menjadi ‘bogey team’ buat mereka dalam saingan kalah mati.
Juara 2005, foto Utusan Malaysia |
“seharusnya kita tidak berdepan masalah untuk setidak-tidaknya ke suku akhir. walaupun tewas dua kali kepada T-Team, kita akan cuba tidak mengulangi kesilapan sama dan masalah yang biasa kita hadapi adalah tewas di suku akhir, dan saya yakin kali ini kita akan lebih bernasib baik, dapat atasi badi tersebut, seterusnya cuba layak ke final, dan sebolehnya jumpa Kelantan, untuk menjadi juara, kita kena tewaskan juara..”. – K.Devan.
Sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia, Devan berkata Selangor mengatur sekurang-kurangnya 6 perlawanan persahabatan sepanjang bulan Ramadhan ini, termasuklah menentang Harimau Malaya malam esok di Stadium Shah Alam.
Antara perkembangan lain, Selangor juga dilaporkan telah menggugurkan kapten Harimau Muda B, D.Sarvindran gara-gara kuota pemain pinjaman telah penuh, gara-gara tindakan minit akhir Selangor menyenaraikan penjaga gol USM FC, G.Jeevanathan.
Selangor akan memulakan kempen Piala Malaysia menentang PDRM di Stadium Paroi pada 6 September.
" umpama mimpi mimipi " deven ni penuh dgn falsampah..tp nan ado?
ReplyDeletedan sebolehnya jumpa Kelantan, untuk menjadi juara, kita kena tewaskan juara..”. – K.Devan.
ReplyDeletehehehe....dia pandang tinggi TRW tu weh..heheheh