Pautan Suara Sukan

Saturday, July 2, 2011

Selangor Harap Bantuan Sabah, Asrarudin Pasrah


Setuju atau tidak, peluang untuk juara bertahan Liga Super, Selangor untuk mempertahankan kejuaraan buat musim ketiga berturut-turut kini terletak sepenuhnya di tangan pasukan di tangga kesepuluh, Sabah.

Dengan Selangor wajib menang perlawanan terakhir mereka menentang Perak di Stadium Ipoh, mereka juga harus mengharapkan Kelantan tewas di Likas.

Walau berjaya mengutip 1 mata, maka kejuaraan Liga Super akan pertama kali menjadi milik Kelantan, yang berputih mata di final Piala FA 11 Jun lalu, tewas 1-2 kepada Terengganu, justeru Selangor tidak mempunyai pilihan lain melainkan mengharap kejutan Sang Badak di laman sendiri 6 Julai depan.

Bagi K.Devan, beliau tetap optimis dengan peluang Gergasi Merah Kuning, apatah lagi pada pendapatnya Sabah bukanlah pasukan yang mudah dijinakkan.

“bukan mudah untuk Kelantan di Likas, Sabah will give them a good fight, mereka di tangga kesepuluh dan perlu perbaiki kedudukan  menjelang aksi next season, dan Piala Malaysia. Peluang kita tetap ada, tak boleh kata tipis, peluang masih terbuka, mathematically 1 mata sahaja, Kelantan pernah tewas kepada Pahang, T-Team, dan Perak, semuanya tempat lawan, so kita tengoklah macam mana..”. – K.Devan.

Pemain VERSATILE Selangor, Asrarudin Putra Omar, turut berkongsi pandangan sama, namun pasrah andai Selangor gagal mempertahankan trofi yang dimenangi mereka pada 2009 dan 2010, dan menegaskan menamatkan musim di tangga kedua tetap boleh dibanggakan.

Asrar, yang ditemui sebelum aksi Malaysia menentang Taiwan di Bukit Jalil, Rabu lalu, sedar peluang pasukannya agak tipis memandangkan Kelantan berada di kemuncak prestasi mereka ketika ini, selain hanya memerlukan 1 mata untuk muncul juara, namun baginya,  masih ada 90 minit terakhir sebagai penentu.

Asrar, ketika ditemui penulis di Wisma FAM
“bagi saya, ada rezeki nanti ada lah, kita tak boleh pressure diri, sebab dalam situasi ketika ini, pada akhirnya keputusan di tempat lain yang sebenarnya memainkan peranan. kalau kita menang kita takkan muncul juara, kita kena tunggu pula game sana, kalau Kelantan menang then kita tak boleh kecewa. Sebab nak habiskan season, 14 pasukan, di tangga kedua pun dah cukup bagus. Kita bukannya jatuh dari nombor 1 ke no.5, atau no.10…kita just jatuh 1 tangga jer pun..” – Asrarudin Putra Omar.

6 comments:

  1. Kelantan bakal juara liga super..
    Thats all & full stop..hahaha..

    -ZP

    ReplyDelete
  2. ambo blago angin mena kalu abe devan main perey saikoloji.

    ReplyDelete
  3. O ooo oo oo.. Sprt Irfan, Devan jg optimis mahu mjuarai Liga Super. Tp optimis Devan lbh munasabah (tu pun kalau Kelate tewas) jika dibandingkan dgn Ganu. Ganu yakin menang utk last game (lwn Felda), tp adakah yakin utk dpt jaringan yg besar?

    Apapun kedudukan, alasan, prancangan, strategi, dan psikologi, rata2 pnyokong Kelantan mengharapkan Kelantan x kcundang di Likas.

    Bg Selangor, tugas utk menjinakan Perak bukanlah tugas yg mudah. Walaupun Perak khilangan Akmal Rizal & Razali Umar, itu bkn alsan utk mrk hilang nafsu melawan.

    Mnarik jg utk last game ni; 3 pasukan teratas akn btandang ke tmpt lwn. Felda vs Ganu, Perak vs Slngor, Sabah vs Kelate. & top 3 x tercabar oleh pasukan yg brada di tmpt ke 4 & kebawah.

    ReplyDelete
  4. ramai org suka bila team Kelantan kalah, tidak dinafikan seluruh Malaysia akan menunggu dan berharap keputusan tersebut termasuk King Gopal. sengaja x turunkan matyo lawan Taiwan tempoh hari sebaliknya akan menurunkan pada hari ini (3 jul) di taiwan supaya kalau x cedera pun matyo akan keletihan apabila lawan Sabah nanti.....entahlah... GKG

    ReplyDelete
  5. Abe Devan nak minta tulong Sabah silap haribulan demo tersungkur di Ipoh... lagu mana

    ReplyDelete