Sebagai memeriahkan suasana, dan memberi sokongan kepada skuad bolasepak kebangsaan yang akan menentang Taiwan pada aksi kedua Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014, barisan bekas wira bolasepak kebangsaan akan berkumpul di Restoran Lagenda 17 (Shah Alam) milik Zainal Abidin Hassan, 3 Julai ini.
Antara yang dijangka hadir termasuklah Datuk Ghani Minhat (Raja Bola), Khalid Ali, Zolkifli Ahmad, K.Gunalan, Datuk Soh Chin Aun, Kamarulzaman Yusoff, Azlisham Ibrahim, Dollah Salleh, dan ramai lagi bekas pemain yang juga ahli Yayasan Kebajikan Atlet (YAKEB).
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek, serta Ahli Lembaga YAKEB, termasuk Datuk Malek Noor turut dijangka hadir memberikan sokongan kepada Harimau Malaya, yang membawa bekalan 1 gol hasil kemenangan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari.
Peminat bolasepak yang berkelapangan juga dijemput hadir memeriahkan suasana.

ambo buleh puji dgn keyakinan k-devan tuh. tapi ambo kurang berminat sikit dgn cara dia yang nk bermegah2. ambo suko cara irfan bakti, zuhud tapi mempunyai keyakinan yg tggi terhadap team dia
ReplyDeletetime macam ni baru gelabah semua nak tengok bola, kah kah kah
ReplyDelete