Pautan Suara Sukan

Sunday, July 3, 2011

Taiwan Dedah Kelemahan Malaysia, Perlu Lebih Garang Lawan Singapura


Kejayaan Malaysia mara ke Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014, menewaskan Taiwan, diharap tidak segera dilabel ramai sebagai satu kejayaan besar, sebaliknya skuad Harimau Malaya ditagih memperkemas setiap kelemahan yang ketara kelihatan – yang mana perlu mengharapkan kelebihan gol di tempat lawan untuk mara.

Dua gol di tempat lawan, menerusi kombinasi pemain sama yang meledak di Bukit Jalil – Aidil Zafuan dan Safiq Rahim, menjadi pemisah dalam perlawanan yang cukup mendebarkan di mana skuad negara dilihat tertekan dengan asakan menggila tuan rumah, yang turut menyaksikan skuad Taiwan beroleh tiga sepakan penalti, dua daripadanya disempurnakan.

“saya bangga kita mara, walaupun tewas tapi gol tempat lawan. cukup mendebarkan, dengan pasukan Taiwan menyerang habis-habisan, mungkin tekanan main tempat lawan, apapun kita perlu perbaiki banyak lagi kelemahan, saya mahu lihat aksi yang lebih garang lawan singapura, Taiwan dah kaji kelemahan kita masa main di KL, dan mereka manfaatkannya, mereka dedahkan kelemahan kita dengan baik. Ini seperkara Datuk Rajagobal perlu teliti. Apapun saya yakin kemenangan malam ini berjaya kembalikan keyakinan peminat..ini suatu yang cukup mengagumkan..”. – Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan.

Pada perlawanan yang berkesudahan dengan Taiwan menang 3-2 itu, penjaga gol negara, Sharbinee Allawee Ramli boleh diangkat sebagai wira, apabila menyelamatkan satu sepakan penalti oleh Chen Po Liang, yang mana pada ketika itu kedudukan masih terikat 2-2.

Malah, persoalan yang paling besar, keengganan jurulatih, Datuk K.Rajagobal mengubah taktikal dan formasi permainan – kekal pada formasi 4-4-2 – formasi yang kurang berkesan ketika aksi di Bukit Jalil tempoh hari, dan Rajagobal sekadar melakukan tiga pertukaran di kesebelasan utama, di mana Norshahrul Idlan beraksi di posisi Safee Sali yang cedera, Abdul Hadi Yahya (Baddrol Baktiar) dan Mahali Jasuli (Helmi Remeli).

Kebanyakan bekas pemain negara yang ditemui selepas tamat perlawanan, menganggap kemenangan ini belum meyakinkan apatah lagi selaku Juara Piala AFF 2010, Malaysia seharusnya berada di kelas tersendiri dan berharap setiap kelemahan yang wujud dapat diperbaiki menjelang sepak mula aksi pusingan kedua 23 Julai depan.

“perlawanan yang cukup mendebarkan, dan nasib kita mara dengan gol tempat lawan. belum cukup bagus sebenarnya, defend bocor, senang jer Taiwan nak attack. Ini yang perlu kita perkemaskan. Kita jangan main terlalu confident, kalau dia skor satu lagi tadi jawabnya bungkuslah kita kan? fokus jangan hilang. Tapi lawan singapura, insyaAllah dengan semangat tinggi pemain, saya yakin kita boleh menang, yang penting kurangkan kesilapan..”. –Khalid Ali.

“perlawanan menentang Singapura, pastinya satu yang berbeza, yang amat dinanti-nantikan peminat, dan kami sendiri bekas pemain, banyak nostalgia, musuh tradisi la katakan. Yang pasti kalau main macam tadi susah nak menang, sebab Taiwan dah tunjuk mana kelemahan kita, sama ada defend, midfield atau striker, dan tugas coach la untuk kaji dan perbetulkan. Kredit juga kepada Sharbinee save penalti tadi. Player juga mungkin tertekan main tempat lawan tadi, tapi yang penting lepas ni, sape pun lawan, kita gempur habis..”. – Dollah Salleh.

“tahniah, saya bangga dengan kejayaan ini. kita semakin hari semakin maju, saya yakin kita sedang menuju ke arah mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak kita. Tadi memang agak cuak juga tengok bila kena serang, dia pun dapat 3 penalti, lawan singapura nanti kita jangan leka, kena fight habis, buktikan Harimau Malaya adalah kuasa bola Asia..”. – Zainal Abidin Hassan.

“inilah padah bila main over confident. Saya gembira kita mara ke pusingan kedua, tapi saya kecewa kita mara dengan cara macam ni, kalah dan harapkan gol tempat lawan. kenapa perlu kendurkan asakan bila dah leading, kenapa tak keep momentum. Saya bekas pemain, saya bekas jurulatih negara, bagi saya, kita patut bunuh terus kebangkitan Taiwan. Jangan nak main possession football kalau tak pandai. Kita bukan Brazil, bukan Sepanyol, u main possession football, maknanya u bagi dia chance to attack. Nasib baik 3-2, kalau penalti 1 lagi masuk?..cuba kira, berapa?..”. – Datuk Ghani Minhat.

18 comments:

  1. seperti biasa, komen negatif dari raja bola. minta maaf datuk, tapi mentaliti datuk kena ubah.

    ReplyDelete
  2. Bro sy berpeluang tgk live tadi..
    saya pn bukan lah arif sgt pasal bola tapi nampak midfield malaysia 'MATI' dlm kedua2 game vs Taiwan..Malaysia main long ball tp kadang2 shj ada player sambut n buat gerakan.Rasa saya midfield kene lebih creatif.Goalscoring midfield dah OK tapikene contribute lagi utk overall game.BOla jarang sampai ke Mat Yo & Hadi utk create chances.
    Defend pulak xleh handle pressure.Cpt buat mistake.
    Conclusion, Tahniah to Harimau Malaya sbb dah progress to next round. Ingat lawan kite S'pore & harap next game nanti game kite akan improve.

    ReplyDelete
  3. Datuk Ghani Minhat betul.

    Lagi satu,midfield macam taik tak kontrol tengah,Taiwan banyak attack tu yang defend pressure tu.

    ReplyDelete
  4. m'sia kalah kerana baju kuning,tapi nasib baik penjaga gol baju merah , boleh jadi penyelamat b/sepak malaysia....malaysia boleh!

    ReplyDelete
  5. @ali
    ape kne mngene biru kunign merah??? dlm zmn moden pn ad lg dok fikir benda2 karut marut cam2...

    stuju ngn raja bola.bila dh leading mula main ala kadar,bola hilang tngal xmau kjar..its ok nk men ball posesion tp kne mantap kn short pasing,variasi kn style..BTW tahniah MALAYSIA!!!!!

    ReplyDelete
  6. saya stuju 200% pendapat raja bola datuk ghani minhat.

    come on la, jgn pikir menang n layak jer, tapi pikir jugak cara kita main, malulah taiwan perbudakkan kita dari segi passing, control, taktikal so on..malu!!! layak dgn harap gol tmpat lawan, dikatakan bola kita sudah maju? tewas kepada pasukan 20 tangga bawah kita dikatakan skuad yg menuju era gemilang? korang tahu ke era gemilang dulu sape yg kita tewaskan? ada ke kita tewas kepada taiwan?

    midfiesld tak hidup, striker tak dapat bola, defend kelam kabut, keeper pun pressure sampai hadiahkan penalti, nasib baik dia tebus balik dgn save 1..

    NZ : bukan raja bola yg kena ubah mentaliti, apa beliau cakap betul sepenuhnya bagi saya, saya tak tahu apa org lain punya pendapat.

    ReplyDelete
  7. UltrasMalayaSelamanyaJuly 4, 2011 at 1:34 AM

    dlm byk2, komen datuk ghani paling bernas walaupun pedas, beliau berani kerana pengalaman luas beliau. beliau bukan jenis yg takut org mengata atau kutuk beliau, atau org tak setuju pendapat beliau.

    ada sesetengah player, tgk malaysia main siap geleng kepala, buktinya tadi saya pun ada di lagenda 17 bersama ultras malaya (sorry bro aiman tak tegor anda sebab anda sdg berborak rancak dgn datuk midin & datuk malek nor)..

    dapat dilihat player seperti azlisham ibrahim, khalid ali, shahril arsat, mr.17 (zainal) dan dollah sendiri geleng kepala tgk cara msia pass bola, and selalu hilang bola..tapi cuba tgk komen mereka, bertapis, tak berani nak kritik..sbb nanti bila paper atau tv publish esok, takut org akan mengata diorang balik..persepsi negatif la, pesimistik la, tapi datuk ghani i respek him. beliau cakap apa yg beliau tgk tnpa peduli org cakap beliau ni negatif thinking or what so ever, i respek u raja bola...kita perlukan org seperti dtk ghani utk mnyuarakan apa yg tak kena, ni asek duk puji mmg tak ke mana lah, kalau ngn taiwan tewas, ngn singapura??

    ReplyDelete
  8. Saya dah hidup hampir 70 thn dan jarang ketinggalan melihat Ghani Minhat main sama ada selaku pemain kebangsaan atau Selangor. Walau pon dia digelar raja bola saya tak pernah melihat sekali pon beliau membuat jaringan yang bertaraf dunia seperti yang di lakukan olih Aidil Zafuan dan Syafik Rahim malam tadi... Cakap memang senang..Khaidir Buyung boleh con firm ??

    ReplyDelete
  9. Hmmmmmmmmm..tak nak cakap banyak..game memang teruk walaupun leading 2x...last2 kalah.. perlu lebih berani dlm percaturan pemain.. kreativiti langsung out.. serapan tekanan.. memang hancur.. kalau tidak takkan sampai 3x penalti... defend tak pandai nak potong bola..sampai lawan bola bawa masuk ke kotak penalti.. harap2 dgn s'pura ada perubahan..

    ReplyDelete
  10. "tewas kepada pasukan 20 tangga bawah kita dikatakan skuad yg menuju era gemilang? korang tahu ke era gemilang dulu sape yg kita tewaskan? ada ke kita tewas kepada taiwan?"

    haha.. sebab tu saya kata kita kena tukar mentaliti. jgn sandarkan pada 'kenangan'. bolasepak moden dah jauh maju ke depan.

    sorry harimau malaya.. peace ;)

    ReplyDelete
  11. mas x akan maju kalau org politik camprtangan..lglah x maju kalau org kunig berkuasa..

    ReplyDelete
  12. to anon 8:42 .. betul ke dah hidup dekat 70 tahun? kalau 70 tahun means anda adalah org yg sezaman datuk ghani, beliau 75..huhu wallahuallam hanya anda yg tahu.

    so, sebagai org sezaman dgn datuk ghani (beza umur 5 tahun) ..apakah betul penilaian anda, dua gol aidil zafuan and safiq semalam adalah yg terbaik pernah anda saksikan sepanjang 70 tahun hidup? (haha, org yg dengar msti gelak terguling-guling)..come on, tak payah nak tipu, 70 tahun hidup baru first time tgk gol kelas dunia? lupakah anda gol datuk ghani masa lawan Arab Saudi, Uzbekistan, Korea Utara..gol yg dijaringkan menerusi gerakan menarik, larian deras, first timer, rembatan kencang..atau anda sebenarnya tak lahir lagi masa tu...kalau dah berumur 70 tahun, takkan tak tahu beliau pernah berguru di Jerman, Peru, Brazil, yg mnjadikannya raja bola? tepuk dada tnya selera, setakat dua gol cantik Aidil dan Safiq, awak boleh perlekeh pencapaian dan kehebatan Raja Bola..adakah dua gol itu boleh memadam pencapaian hebat seorang lagenda? atau apakah bagi awak yg dah hidup 70 tahun, pencapaian mara ke pusingan kedua, tapi tewas kepada Taiwan adalah lebih gemilang berbanding zaman 60an, 70an dulu? kalau itulah pandangan awak, sy yakin umur awak baru dalam linkungan 15-25 tahun..bukan 70...

    p/s : bukankah pelik org umur 70 tahun, sezaman dgn datuk ghani, boleh kata bola harini lebih bagus dari zaman dulu hnya kerana dua gol freekick? hahaha lawak2..

    ReplyDelete
  13. sandarkanlah pada kenangan tu sampai masuk kubur

    ReplyDelete
  14. haha anon cuba lari daripada tajuk...

    ReplyDelete
  15. kepada hafize apa yg anda nampak adalah benar dan betul.. Saya juga dapat kesan semua tu.. . Walaupun saya xberapa pandai sangat dalam bab2 bola ni.. Kalau org mcm saya dgn hafize boleh kesan midfield mati.. Tak kan raja xdpat kesan ? Kenapa player lain seakan memulau striker ? Atau masing2 nk cipta nama sbg penjaring? Arrrggh pening aku dgn taktikal raja ni.. juga dapat kesan semua tu.. . Walaupun saya xberapa pandai sangat dalam bab2 bola ni.. Kalau org mcm saya dgn hafize boleh kesan midfield mati.. Tak kan raja xdpat kesan ? Kenapa player lain seakan memulau striker ? Atau masing2 nk cipta nama sbg penjaring? Arrrggh pening aku dgn taktikal raja ni..

    ReplyDelete
  16. Komen Raja Bola perlu kita ambil perhatian yang sangat serius tidak kira oleh penyokong,pemain dan yang penting jurulatih.Akhirnya rekod tanpa kalah HARIMAU MALAYA 2011 hancur LEBUR di tangan pasukan kerdil,Taiwan.Jelas,corak permainan semalam menampakkan kelemahan ketara pasukan kita.Cuba untuk bertahan tapi hasilnya Taiwan tetap berhasil menjaringkan gol.Kali ini pertahanan lebih terbuka lebih longgar berbanding di Bukit Jalil.Betul cakap Raja Bola,kita seharusnya menyerang dan terus menyerang dan kenapa perlu beri ruang yang begitu besar untuk pemain Taiwan bebas mengawal bola dan melakukan hantaran lintang.Jelas di sini pemain tidak serius!Mereka memandang rendah keupayaan lawan.Dan 1 komen raja bola yang saya tidak suka kenapa kita nak jadi Sepanyol or Brazil?Dah jelas kita ni Malaysia!Perlawanan ini juga nampak berat sebelah dan RAJA BOLA kena tahu dan jangan kritik pemain ikut nafsu amarah!WALLAUALAM..

    ReplyDelete
  17. apa-apa pun m'sia sdah layak ke pus. 2 ... bagi saya datuk k. raja patut panggil balik amri yahya untu kuatkan barisan depan yg begitu tumpul dlm 2 plwn ini...

    ReplyDelete
  18. apa-apa pun m'sia sdah layak ke pus. 2 ... bagi saya datuk k. raja patut panggil balik amri yahya untu kuatkan barisan depan yg begitu tumpul dlm 2 plwn ini...

    ReplyDelete