Bahagian Pertama dan Kedua sebelum ini telah menceritakan perjalanan karier, suka duka, pengalaman pahit manis, kelebihan dan pencapaian lagenda bolasepak Kelantan, Hashim Mustapha.
Jika semua elemen yang dinyatakan itu ada dalam diri pemain, Hashim tidak menafikan Malaysia secara amnya, atau Kelantan secara khusus, dapat melahirkan lebih ramai ‘Hashim Mustapha’ di masa akan datang.
“striker sekarang ni MALAS, keje dia tunggu bola cantik, tak cantik dia biar jer..saya dulu, macam saya kata nak gelecek memang terer matyo lagi, tapi saya bergantung pada kepantasan, positioning saya betul, rakan hantar bola saya hanya sedia menanti di posisi betul, bila sepak biar on target, masuk tak masuk belakang kira, janji on target, ni sepak pun ke langit macam mana nak jadi penyerang terbilang, belajar dari situ..” .
Bercerita tentang Hashim ibarat tiada penghujungnya, dan Bahagian Tiga, akan memaparkan pula perkembangan karier Hashim di balik tabir iaitu di barisan kejurulatihan, serta rahsia gemilang 20 tahun yang menjadikannya pemain serba sempurna idaman setiap jurulatih.
Hashim yang kini bertindak sebagai pembantu jurulatih Kelantan, pernah berkhidmat di bawah 3 jurulatih berbeza, bermula dengan Peter James Butler (2009), B.Sathianathan (2009/2010), dan kini Dato’ M.Karathu (2011).
Bagaimanapun, penglibatan Hashim di dalam barisan kejurulatihan sebenarnya bermula lebih awal daripada itu, ketika membimbing skuad pilihan veteran Kelantan menjuarai Piala UMNO 1Malaysia di Ipoh pada 2006.
Selepas berehat seketika, Hashim dilantik pula sebagai pembantu jurulatih skuad Piala Presiden Kelantan pada 2008, dan pengalaman luasnya selama 20 tahun bergelar pemain ditagih pula skuad utama yang pada ketika itu mengalami revolusi besar-besaran di bawah Tan Sri Annuar Musa.
Ketika kebolehan dan kewibawaan Hashim MUNGKIN sudah lebih daripada cukup untuk membolehkannya mengisi kerusi panas Ketua Jurulatih, SS yakin peminat sedia maklum, mengapa Hashim belum layak berada di posisi itu – belum mempunyai Lesen Kejurulatihan Kelas A.
Untuk makluman, tahun 2011, adalah peluang terakhir Hashim, mendapatkan Lesen Kejurulatihan Kelas A, jika mahu cita-citanya bergelar jurulatih professional tercapai, ini kerana usianya yang mencecah angka 45 tahun ini - had umur terakhir ditetapkan FAM bagi mendapatkan lesen kejurulatihan kelas A.
semangat anak jati, foto kredit fanpage Hashim Mustapha |
Hashim juga secara terang-terangan mengakui tidak mahu melepaskan peluang ini, apatah lagi ia merupakan cita-citanya melihat Kelantan dipimpin sepenuhnya anak jati negeri satu hari nanti.
“sebagai anak jati dan bekas pemain Kelantan, memang nak sangat la bimbing sendiri pasukan ni, insyaAllah peluang tu akan datang, kita tunggu, kita ni darah bola, lepas player, pembantu jurulatih, pasni ketua jurulatih, insyaAllah, slow-slow, biar tambah ilmu tu dulu. mitok doa banyak-banyak lah. adalah kebanggaan berbakti kepada tanah tumpah darah kita..”.
Berkongsi rahsia yang membawa kepada kerjaya gemilangnya, bapa kepada 3 cahayamata, yang mana salah seorang daripadanya kini JAGUH DALAM PEMBIKINAN, Muhamad Aiman Syakir Hashim, wakil Kelantan B-14, berkata ia dibentuk daripada DISIPLIN DIRI, KESUNGGUHAN dan AZAM dalam diri pemain itu sendiri, yang mana TIADA pada kebanyakan pemain pada hari ini.
Malah, DISIPLIN itu jugalah penyebab Hashim menolak tawaran rasuah oleh bookie pada 90-an dahulu, sebanyak RM40,000. Bagi Hashim, tidak sekalipun pernah terlintas di fikirannya mencari duit dengan cara tidak halal, dan menyara keluarga dengan duit haram itu.
foto kredit, fanpage Hashim Mustapha (klik utk besarkan) |
Tambahnya, duit bukan segalanya sehingga harus mengadai maruah dan pendirian, sekaligus merosakkan nama, imej dan reputasi dibina sekian lama dalam sekelip mata.
Jika semua elemen yang dinyatakan itu ada dalam diri pemain, Hashim tidak menafikan Malaysia secara amnya, atau Kelantan secara khusus, dapat melahirkan lebih ramai ‘Hashim Mustapha’ di masa akan datang.
“buat masa ni saya TAK NAMPAK lagi, kelate sendiri ada ramzul, aris zaidi, mereka kena banyak buat HOMEWORK, nak sepak bola macam mana, nak tanduk macam mana, KENA ADA ILMU, bukan main sepak, main tanduk, kena tahu sepak bawah bola gi mana, sepak atas gi mana, kena rajin belajar, ia BERGANTUNG PADA DIRI individu tu, bukan orang lain, TIDAK MUSTAHIL mereka boleh jadi lebih hebat daripada saya nanti..”
ikut putaran jam - Nizad, Ramzul, Aris, Syarul |
Harus diakui, belum ada yang benar-benar layak/sesuai digelar The Next Hashim Mustapha, kalau diikutkan penyerang sudah silih berganti, sejak Azlan Ismail (2005) hinggalah ke zaman Norsharul Idlan, Ramzul Zahini, dan Nizad Ayub pada hari ini.
Malah, beberapa pemain seperti Wan Zaharulnizam (Attacking Mid Harimau Muda) dan Syarul Azwari (striker Harimau Muda) – dua pemain kelahiran Kelantan juga kini diangkat sebagai bakat serba boleh untuk menyerlah dalam beberapa tahun mendatang, sama ada mereka mampu menepati ramalan itu, hanya masa akan menentukan.
hashim mustafa begitu saya minati ketika usia 10thn lg..mmg famous time tu..sampai skrg pun masih dkenali n hashimmmg trbaik,mudah baso,xsambong n rileks je..harap hashim dpt ambik lesen A secepat mgkin..u pngetahuan saudara aiman..saya jg mmpunyai lesen iaitu B2 & D...keto n mutor...hahaha..gura pagi2 ni..hehe..pasni boleh wat story halim napi plk...masih mero lembu lagi ko loni?ehhe
ReplyDeletehehehe, halim napi ni dio payoh skit kalu nk dibawa berbicara apatah lagi nk interviu, kawe banyak kali dah approach dio, meme payoh...
ReplyDeletetunggu bahagie ke-4 pulok.
ReplyDeleteSalam semua,
ReplyDeleteBakpo Hashim ni tk sey ambil kursus jurulatih FAM...ada sijil kelas A baru gempak..anak jati kelate sendiri latih skuad negeri..