foto : www.shazlishamsuddin.com |
Larian pantas bak lipas kudung, kawalan bola menarik dan hantaran-hantaran tepat, menjadikan namanya sentiasa menjadi sebutan dan kegilaan peminat bolasepak Kelantan, seterusnya dilabel sebagai asset skuad kendalian Datuk M.Karathu.
Justeru tidak hairanlah Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim sendiri pening kepala melihat bagaimana pemain sayap lincah ini mengucar-kacirkan barisan pertahanannya ketika aksi Liga Super tempoh hari, dan melabel Awe sebagai antara pemain yang berpotensi mengubah keputusan perlawanan, seterusnya perlu dikawal ketat atau dikunci pergerakannya pada aksi final Piala FA antara Kelantan dan Terengganu Sabtu ini.
Awe mungkin tidak sepopular Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat atau kapten pasukan, Badri Razi, malah ketika namanya diumumkan sebagai salah seorang daripada 6 muka baru skuad Kelantan pada awal musim, tidak ramai yang meletakkan harapan tinggi di bahu pemain kelahiran Pasir Putih ini.
Malah, tidak ramai juga yang berani menduga sejauh mana kekuatan dan kelemahan pemain ‘bergraduat’ dari Sekolah Sukan Bukit Jalil ini, yang karier bolasepaknya bermula seawal usia 10 tahun, ketika mewakili skuad Kelantan B-12 tahun.
foto : www.shazlishamsuddin.com |
Kini, selepas hampir separuh musim berlalu, pemain kidal ini berjaya meletakkan dirinya sebagai salah seorang pemain tonggak dan calon wajib kesebelasan utama di posisi sayap kiri – posisi yang lazimnya menjadi milik Indra Putra Mahyudin sejak 2 tahun lalu, sekaligus membuktikan ketiadaan Indra tidak langsung memberi kesan.
Terharu akan sokongan penuh peminat, Awe berjanji memperaga aksi terbaiknya musim ini sekaligus menjadi sebahagian daripada skuad Kelantan mencipta sejarah menjulang Piala FA buat kali pertama.
“saya tak pernah terfikir akan sampai ke tahap ini, dah lama saya idam menyarung jersi Kelantan, dan syukur pada musim pertama saya, kita sedang dalam usaha mengejar double, saya bangga bermain dan berbakti kepada negeri sendiri, saya mahu hadiahkan Piala FA kepada peminat, kalau boleh saya nak skor di final, tapi itu bukan keutamaan saya, janji menang sape skor pun tak kisah..”, katanya ketika dihubungi SS.
Awe juga yakin, kekalahan 0-3 kepada Kelantan tempoh hari menjejaskan moral skuad Penyu, sekaligus meletakkan mereka dalam keadaan tertekan untuk mencari kemenangan dan berharap rakan sepasukannya menggunakan peluang ini sebaik mungkin dan tidak beraksi sambil lewa.
ketika mewakili Johor Fc |
Untuk rekod, sebelum beraksi bersama Johor FC daripada tahun 2005 – 2010, Awe pernah bermain selama setahun untuk SKMK Kelantan dalam saingan Liga Perdana pada 2004, iaitu ketika berusia 18 tahun.
Meskipun bertindak selaku pemain sayap, pemain yang juga pernah mewakili skuad B-15 Malaysia ini seringkali mencatat namanya selaku penjaring ketika mewakili Johor FC, dan pencapaian terbaiknya bersama skuad Lebah, mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2008 & 2010.
9 comments:
Awe mmg trbaik..larian laju..rajin..mmg xmgecewakn..adakh beliau msh da plung u wakili msia??
X sia2 KAFA ambil Awe utk berkhidmat dgn Kelate. Larian dia mmg laju. Kelate bnasib baik ada 2 pmain sayap yg laju; Awe d sblh kiri, Chanturu sblh kanan.
Klebihan Awe blh passing bola smbil blari, & pass dgn laju, sepakan deras & free kick yg baik (walaupun blm mnampakkan lg hasil)
Dgn adanya Awe & Chanturu, Kelate blh atur serangan sama ada d sblh kiri atau kanan. Masa lwn dgn Ganu 6/6 ari tu Kelate serang ikut dua2 arah. Ganu plok lbh terarah serang ke sblh kiri.
Insya-Allah, 11/6 Kelate ada rzeki. Kelate blh mng sbb ada Awe & Chanturu yg lincah, Idlan yg kreatif, Shakir yg tenang, Daudsu yg kental, Apex / MatCah yg tangkas & lain2 player yg bsemangat tinggi. X lupa jg penyokong yg pembakar semangat.
Tp harus diingat, keyakinan tinggi kita sama dgn keyakinan lawan. Semangat kita sama dgn smangat lawan. Mesti berhati2. Matlamat yg sama dgn lwan.
*Sorilah SS deh; byk sgt kawe mengomen di blog ni. Semangat tiba2. Kbtulan tajuk2 crita dlm SS ni seiring dlm diri kawe..;-)
hmmm, buat ambo terfikir.....adakah awe salah sorang yg tlh di offer utk skuad 2012 ?????
umur dio brapo? bkpo xley maen malaysia.mas key maen counter attack.molek bena la ado dio.
kena ucap trima kasih kat indra. sbb dialah kita boleh tgk awe main utk TRW.
meme terbaek dr ladanggg la awe nih.. kawe minat skill dia... mempesona, pantas.... Insyallah jika diberi ruang dan peluang di final FA nnti, awe akn mengegarkn stadium bukit jalil dengan gol beliau... Gomo kelate Gomo !!!!!
maseh trase kehilangan awe sejak tinggalkan johor fc. tiada pengganti. apa2pon, tahniah dan teroskan usaha, awe! =)
Inilah bolasepak.. utk menjadi satu team yg kuat kita kena kuat dari segenap sudut.. Semua pemain perlu rajin..bijak..berstamina yg penting berpasukan sokong antara satu sama lain. Kalau satu posisi pincang..kita akan nampak impak satu pasukan itu. Kita sama2 berdoa agar semua player kita dari keeper..defend...midfield.. striker...wingger dapat perform dgn hantaran2 yg tepat..serasi.. NURUL AZWA ROYA (AWE)anda sebahagian darinya....Tahniah kerna kehadiran anda mula mendapat perhatian bukan sahaja pada pihak pengurusan.. jurulatih..pihak lawan.. tapi juga pada mata kami penyokong TRW..
bg kawe la,permainan terbaik awe yg kawe pernah tengok ialah semasa lawan slgor(semi fa) kat shah alam ari tu,yg lain kawe x tau ada lg kut,sebab kawe pusing stadium area lembah kele jah..male tu awe punya meine mace lipah kudung,hungga pah ceroh,bagi tepat,pantas,pening palo player slgor,asal dia dapat bola je,bergema stadium,meme A la..kawe x tengok doh scoreboard,result,maso tingal berapo,ralit tengok ko dia hungga bowok bola..meme sesuai untuk serangan kilat,serta permainan pantas..arap2 coach national team boleh try bg peluang..
Post a Comment