Saturday, June 25, 2011

Hanya 9 Saat Memisahkan Proton Dari Kelompok 10 Teratas


Perlumbaan Rally Geko Ypres di Belgium, menyaksikan permulaan suram 2 pelumba pasukan Proton, Giandomenisco Basso dan dan P-G Anderson, apabila masing-masing menamatkan FIRST 6 SPECIAL STAGES di kedudukan ke-11 dan 18, pada hari penuh drama, yang menyaksikan beberapa pencabar utama di Intercontinental Rally Challenge (IRC) terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal (tarik diri).

Hari pertama perlumbaan di permukaan ASPHALT dengan jarak keseluruhan sebanyak 281KM ini, merangkumi 6 pusingan istimewa (SPECIAL STAGES), dengan jarak 18.84KM.

Memulakan saingan di kedudukan ke-15, Basso pada satu ketika berjaya memacu Satrio Neo S2000 ke kelompok 10 teratas ketika perlumbaan memasuki pusingan keempat dan kelima, namun KETINGGALAN HANYA 9 SAAT di pusingan terakhir menyaksikan dia berputih mata, sekadar berpuas hati di kedudukan ke-11. 

The special stages are both really fast and tricky. We changed tyres in special stage 4 but unfortunately the choice became too soft now, the most sensible decision therefore,
was to push moderately and to ensure we stay in contention for the final day.” – Basso, yang juga merupakan bekas juara Rally Geko Ypres.

Dalam pada itu, daripada sejumlah 121 pelumba yang memulakan perlumbaan hari pertama, hanya 90 pelumba sahaja berjaya perlumbaan.

Freddy Loix yang memandu Skoda Fabia S2000 muncul pendahulu, di hadapan pemandu Peugeot 207 S2000, Guy Wilks,diikuti seorang lagi pemandu jentera sama, Bryan Bouffier.

Nasib malang bagi seorang lagi pemandu Skoda, Jan Kopecky yang mana cabarannya berakhir sebelum perlumbaan bermula lagi, gara-gara kemalangan ketika SHAKEDOWN sehari sebelumnya, di mana jurupandu arahnya, Petr Stary mengalami kecederaan.

Dalam perkembangan lain, sensasi tuan rumah Thiery Neuville juga antara yang menjadi tumpuan, apabila terkandas seawal pusingan pertama SPECIAL STAGE, manakala Andreas Mikkelsen (Skoda) pula terbabas di selekoh pertama di babak paling awal perlumbaan.

Andersson pula, yang pertama kali berlumba di Rally Geko Ypres, mendapati ianya perlumbaan cukup mencabar. Dia yang pada satu ketika di kedudukan ke-15 pada SS2, ketinggalan 53 saat di SS3, yang menyaksikannya jatuh ke posisi ke-19.

Meskipun pelumba Sweden ini cuba memperbaiki kedudukannya dengan naik dua anak tangga di dua pusingan berikutnya, dia sekali lagi ‘kerugian’ 45 saat di pusingan terakhir, yang juga terpanjang - untuk berpuas hati di kedudukan ke-18.

“It's good fun, but at times we encountered big slides, overall, the car feels a lot better since the last round in the Ukraine.”, menurut juara 2 kali Kejohanan Rally Junior Dunia ini.

kredit to : Media 247 di atas Info & Gambar.

No comments: